Monday, April 26, 2010

Monyet Juga Hilang Selera.

Tiada mood mahu menulis entri. Sekarang aku demam. Mungkin kerana ditimpa tiga perkara. Ahh malas mahu cerita. Redha saja kan lebih bagus.

Nasib baik teman selesbian ku Malynn duduk secara haram di bilik aku selama 3 hari. Jadi ada juga teman untuk bergosip. Tidak perlu lah aku bergosip dengan dinding mahupun selipar tandas. Bosan tahu, benda2 itu bukan tahu memberi respon.

Disebabkan aku demam, maka jatuhlah hukum wajip aku bangun lambat hari ini. Ehh bukankan aku tidak pernah lagi bangun awal? Ahh abaikan. Tadi bangun lambat. Celik2 mata, Malynn sudah belikan makanan tengahari. Wahh sungguh bertuah nasip badan.

Belum sempat nasi dihadam sepenuhnya, Hasnaa pula datang ke bilik membawa Red Tea dan Yogurt kegemaranku. Aku mula membuat spekulasi konklusi bahawa walaupun muka aku toya, pucat dan tidak berseri sehingga monyet melihat muka aku pun hilang selera makan selama seminggu. Namun, ada juga hamba Allah yang ku namakan khadam2 sejatiku sanggup datang membawa makanan. 

Tapi aku tidak lah mahu demam lama-lama. Nanti bimbang tahap kepanasan badan aku mampu mencairkan otak aku. Aku masih memerlukan otak aku ketika ini. Lagi dua bulan bukan mahu jadi pelajar.

Dalam demam,aku masih sempat window shopping (Mat Salleh bilang tingkap membeli). Tapi sempat juga aku tertidur di surau JJ Wangsa Maju. Ini semua gara-gara pil selsema yang Hasnaa bagi tadi. 

Besok sudah bermula semester 3 sesi 2009/2010. Semester terakhir ku di UIA. InshaAllah. Kamu semua jangan cuma tahu gelakkan blog aku, sekali sekala doakan lah kejayaan aku. 

Aku ngantok bodoh sudah. Besok2 aku sambung. Mahu tidur kerana besok registration subjek. 


"Ya Allah, permudahkan lah jalan hidup ku. Amin."


p/s: wahhh semangat gitu mahu registrasi. kakak2 clerk besok bersedialah menerima pengunjung berhemah seperti aku!



Wassalam. 

2 comments:

Anonymous said...

Ya Allah, permudahkan lah jalan hidup Hannah.. Amin,

hannaH said...

anonymous..amin..tenkiu (: