Sunday, December 4, 2011

Kerja Gila Sha La La.

Sekarang aku dah jadi mata duitan. Tiap-tiap minggu nak buat OT. Mata dah macam panda, ada lingkaran hitam pakej sekali dengan eyebag. Customer pandang pun dah tak selera.

Masuk bulan kedua bekerja, aku harap rezeki ku bertambah. Amin. Tanggungjawab dah makin banyak. Sewa rumah, bil letrik, bil air. Tahun depan kena beli kereta. Lesen kereta bila nak ambik?? Tak tahuu.

Bosan duduk rumah seorang, balik rumah cakap dengan dinding. Bukan dinding rumah uols. Itu namanya gila. Cakap dengan dinding Facebook okai. Bila lah agaknya mak bapak aku nak datang Miri. Motif?? Ada lah yang masakkan aku bila balik kerja malam. Hehe.


p/s: Sekarang OT 12 jam uols. money money come to me!


Wassalam.

Belasungkawa 2011.

Dah lama rasa nya aku tak menulis. Sejak kerja ni, gila takda kehidupan. Balik kerja pukul 6 petang, sampai rumah, anak jiran sebelah pun dah tidur.

Oh ya. Kesibukan bertambah sejak datuk dimasukkan ke ICU Hospital Miri. Namun, ternyata Allah lebih menyayangi arwah. Pemergian arwah Piut Bin Kambar sedikit sebanyak memberi kesan terhadap aku.

Beliau pergi, aku tidak menangis. Pulang ke Lawas hanya sempat membaca Yassin di pusara nya. Namun, tetiba airmata keluar ketika anak buah aku bilang.


"Angah, ya market tempat nek atok selalu pergi kan."

Serius, bukan nya aku mengada2. Cuma bila terlihat pasar ikan di Lawas, hati akan berubah sayu. Maklumlah tempat lepak utama arwah datuk. Terasa seperti bayangan arwah masih ada di kaki-kaki tangga berbual bersama rakan baik nya.

Aku gagal lagi menahan sebak tatkala bersalaman dengan kawan baik arwah datuk, terlihat genangan airmata tua nya. Ayah aku cuma mampu berlagak kool sedangkan aku tahu ayah paling sedih.

Doa sentiasa aku panjatkan agar roh datuk dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan di kalangan orang-orang soleh. Amin.


Al-Fatihah buat Piut Bin Kambar (1929 - 2011 / 1 Muharram 1433H).



Wassalam.

Tuesday, October 4, 2011

Menangi IPAD2!!!

Gila bosan tak boleh lelapkan mata. Dah lama tak buka says.my. Ada contest invite rakan baru untuk sign up akaun. Siapa-siapa nak menang IPad 2 dengan aku sila gunakan url di bawah ya.






Menangi IPad2 bersama saya!




Oklah. Wassalam.

Monday, October 3, 2011

Pengangguran Bisa Mengakibatkan Tekanan Perasaan.

Habis study kena cari kerja. Tapi sekarang susah cari kerja. Mak bapak aku dah tentu bosan tengok muka aku kat rumah hari-hari.

Semut-semut kat dalam bilik aku pun dah diulang kira empat belas juta kali. Hmphh.

Kau sebut saja medan pencarian kerja atas talian. Semua aku dah hadap. Minggu ni Feroz. Minggu depan Naim Cendera. Doakan aku berjaya ya?

Maaf, dah lama tak updet blog. Otak sedikit kenyal. Ayat agak skema. Bau agak hanyir. Eh tak tak. Maksud aku, entri macam takda idea. Takkan nak bincang pasal Apex putus dengan Jejari Runcing. Lagi bosan nak bincang pasal Norman Hakim dan Memey dah nikah. Okai serius, aku tak nampak "Wedding of the year" yang digembar-gemburkan.

Untuk mengurangkan dosa asyik mencaci, baik aku baca blog Kak Senduk. Ketawa terbahak-bahak sampai mak aku asyik ketuk pintu, risau anak nya sakit mental akibat tekanan sebagai penganggur. Hakikatnya, si anak memang suka duduk rumah goyang kaki.

Okaylah, aku nak menunaikan tanggungjawab sebagai anak solehah. Mahu memasak untuk mak bapak aku. Chiow.




"Ya Allah, permudahkan lah jalan hidupku & murahkan lah rezeki ku. Amin."





Wassalam.


Tuesday, June 28, 2011

[CONTEST MALAYSIA] @MyMaybank Twitter Contest


@MyMaybank Twitter Contest

Contest & Competition



Contest Period : 23 June 2011 and will run until the final question is released when 
@MyMaybank gains its 5,000th Twitter follower.

Description : For every 500th Twitterer will be asked a single question. 

The first 50 correct answers will go into a random draw and 1 winner will be chosen to receive a brand new Apple iPad 2!

All Twitter replies with the correct answer must be preceded or followed by #iwantanipad2 (I Want An iPad 2).

Example
Question:
What is the latest credit card launched by Maybank?

Answer:
@MyMaybank Maybankard 2 Cards #iwantanipad2

Prizes : 10 x (one) Apple iPad 2 16GB (WIFI only)

Saturday, June 25, 2011

Zon Inggar Bersama Kak Lehot.

What can I say?? Terbaek dari Sarawak! Kalau Cats FM ada kat KL, aku sanggup bangun awal dengar celoteh Kak Lehot.


Siapa siapa yang faham bahasa Sarawak, meh layan Kak Lehot.


Yes Kak Lehot, YOU'RE THE PORET-est EVER!!









Wassalam.

Friday, June 24, 2011

[EVENT MALAYSIA] GRADUAN ASPIRE 2011.





Venue : Hall 5, Kuala Lumpur Convention Centre

State : Kuala Lumpur

Date : 16 July 2011 - 17 July 2011

Time :  12 p.m. - 6 p.m.

Description : GRADUAN ASPIRE 2011. 

"The First Ever Regional Career & Postgraduate Fair in Malaysia."

This career & postgraduate fair is not just restricted to undergraduates as it is also open to fresh graduates as well as experienced local and international talents currently in Malaysia.

10,000 people are attending this two-day fair so RSVP as soon as possible to secure your spot. Also, be the first 5,000 to arrive and receive a free goodie bag!

Admission is FREE. All are welcome. Avoid the queue and register now!

[CONTEST MALAYSIA] Ride the Hi-Life: Invite & Win! Contest


Ride the Hi-Life: Invite & Win! Contest

Contest & Competition



Contest Period: 16 June 2011 - 16 July 2011

Description : You may invite as many contacts in your social network as possible via Facebook, Twitter or through a personalized link.
The more contacts from your network of friends & family who sign up under your name will increase your odds of winning. As each sign up will generate 1x extra chance of winning; you stand a higher probability of getting your name picked when your network's sign-up pool increases.

Prize: 

- Coach Madison Op Art Maggie Shoulder Bag
- Rip Curl Lomography Fish-Eye Camera
- Rip Curl Astara Ladies Watch
- HiShop Store Credit Vouchers worth RM100

* Prize winners will be required to write a testimonial for HiShop upon receipt of prize(s)


[CONTEST MALAYSIA] Gaga Secret GIG Contest


Gaga Secret GIG Contest

Contest & Competition



Description : Fill up your details today & you could be on your way to catch Gaga.

Prizes :

Lucky winner will receive a pair of all expenses paid trip to catch Lady Gaga live in a secret location.

"Don't be a drag, just be a queen"


[CONTEST MALAYSIA] START-UP ENGINE WEAR. IT'S A MONSTER.


START-UP ENGINE WEAR. IT'S A MONSTER.

Contest & Competition



Contest Period : 15 June 2011 - 15 August 2011

Description : Come and play the Castrol Magnatec Augmented Reality game on Castrol Malaysia Facebook (http://www.facebook.com/castrolmalaysia)

Participants must meet the requirement below to qualify:

Play the game as many times using the mouse device or webcam.

Collect as many points possible within a single game. 

The Participant with the highest points at the end of the Contest Period wins.

Prizes : 

1 x Grand Prize : 
- 3D 2N Hong Kong Disneyland for 4 pax
- 6 x Castrol Magnatec 10W-40 (4L)

1 x Runner Up Prize:
- 3D 2N Singapore Universal Studios for 4 pax
- 6 x Castrol Magnatec 10W-40 (4L)

Third(3rd) to Tenth(10th) Prize:
- 1 x iPad2 16GB (Wi-Fi)
- 2 x Castrol Magnatec 10W-40 (4L)

Eleventh(11th) to Twentieth(20th) Prize:
- 1 x Castrol Magnatec 10W-40 (4L)
- Exclusive Castrol Merchandise


[CONTEST MALAYSIA] MTV World Stage Pass Contest


MTV World Stage Pass Contest

Contest & Competition



Contest Period : 1 June 2011 - 30 June 2011

Description : Sign up for Debit MasterCard. 

Spend Rm30 from 1 June - 30 June 2011. 

Register your details via SMS. For more info http://mastercard.com/sea/mtv

Prizes :

First 1000 to qualify and register will receive 2 passes to MTV World Stage.

2 cardholders stand to win the Rock On Priceless Package which include :

- A pair of MTV World Stage Party passes

- Limousine ride to MTV World Stage

- Date with MTV VJ Holly and autographed MTV memorabilia

- A chance to meet & greet selected MTV World Stage artistes


[CONTEST MALAYSIA] Taste The Ummph! Contest


Taste The Ummph! Contest

Contest & Competition



Contest Period: until 8 August 2011

Description :  Participants can submit as many entries they want.

Participants must meet the requirement below to qualify: 

Rank the six (6) pictures in order of preference.

Prizes: 

Main prizes (for Normal Mail entries only) - Grand Prize x 1 Nissan Grand Livina 1.6 (A)

Special Monthly Prize x 3 x 3 Ipad2.

Daily Prize x 7 x 12 Corelle tea set.
    

[CONTEST MALAYSIA] Name Your Potato Contest


Name Your Potato Contest

Contest & Competition



Contest Period : 23 May 2011 - 3 July 2011

Description : Each participant is entitled to multiple entries. To participate in this contest, members of the Website must: 1) allow access to the Name Your Potato! Contest application. 2) “LIKE” the Jack ‘n Jill’s Potato Heads Facebook Fan Page (http://www.facebook.com/potatoheads).

Participants must meet the requirement below to qualify: 

Participants are required to create a potato character by filling in a form to provide the potato's name, description and personality.

Consolation prizes (x3 per week) : Products worth RM100 each.

Prizes : 16GB IPAD 2 with WiFi (Grand Prize) 


[CONTEST MALAYSIA] M&M Vote and Win Contest


M&M Vote and Win Contest

Contest & Competition



Contest Period : 1 June - 15 July 2011

Description : Participants may join this Contest as many times as they want. Participants can only join the Contest by visiting the M&M’S® Vote & Win website (www.m-ms.com.my ) and voting for the M&M’S® Character of their choice. Participants may choose any M&M’S® Character.

Participants must meet the requirement below to qualify:

Answer 2 to 3 M&M’S® question correctly.

450 winners to be selected for the bi-weekly prizes (everyone stands a chance to win regardless which M&M’S® Characters they have voted for). Each Individual can only win one bi-weekly prize.

Prizes : 3 grand prize winners to be selected at the end of the promotion period from the pool of participants who voted for the M&M’S® Character that received the highest number of votes by end of the promotion. Bi-weekly prize winners can also win the grand prize.


Versi Promo Contest Malaysia.

Sekarang ni dah takde topik aku nak updet. Gambar pergi holiday ke Tioman tak abis edit lagi. yelah, spare tyre di pinggang ku banyak sangat. So kena lah edit. 

Kalau budak2 kewl selalew ambiwk gambewr sewrong sewgewt (baca: serong, senget), aku tak bolewh nawk cuwbwe. Wohh camna budak2 sekolah boleh guna ayat W ek? Nyaris herot mulut aku nak sebut.

Okay2, teknik melacur-gambar (baca: camwhoring) tidak dapat digunakan. Kau gila nak camwhoring time SNORKELING?? Saja aku CAPS-LOCK, supaya kamu perasan aku cakap aku snorkeling kat Tioman hari tu.

Walaupun hakikat nya aku tak reti berenang. HAUSS!!!

Okai-okai. Aku nak kongsi sedikit pasal Contest kat Malaysia sekarang ni. Sila lah klik kalau berminat nak menang hadiah MACAM AKU. Eh terCAPS-LOCK lagi. nampak sangat riak. Incek Heinsen pun mesti berminat. Aku tahu!!

Nanti aku buat entri baru bagi setiap contest okai. Tata.



Wassalam.

Tuesday, June 7, 2011

Awas Jangan Terkencing! [Korea's Got Talent]



Rasa nak terkencing berdiri tak dengar dia nyanyi. Meremang bulu roma satu hal, minum air boleh tersedak! Anak yatim yang menjadi budak jalanan. Punya bakat besar. Persembahan yang jujur. Clap clap clap..




Wassalam.

As long as u r dressed up in #AmirLuqman, u will be the 'wow' factor of the party. #MilkADeal

As long as u r dressed up in #AmirLuqman, u will be the 'wow' factor of the party. #MilkADeal


Mahu kelihatan diva? Serlahkan persona mu dengan tawaran hebat! Klik saja link di atas.


Rekaan beliau sungguh umphh! Tak tahu nak cakap camne. Rasa cam nak beli tapi tak mampu. hehe. kamu semua camne? Teringin tak? Dah ada deal di atas mungkin boleh fikir2 lagi bajet.

Mahu tahu pasal Amir Luqman? Bolehlah browse2 baju yang kamu berkenan. Aku dah tengok tadi. Memang kelasss! Rasa2 dah macam artis bila pakai kan? Serius aku tabik dengan designer2 kat Malaysia ni. Good job Amir Luqman. (wohh macam member2 plak aku cakap cenggitu!).


Link nya di sini!

Thursday, June 2, 2011

Miang Keladi.

Kring kring kring.



Aku: Helo.

Mr H: Hye. Hasna? Hanna? (gelak miang).

Aku: Yes I'm Hanna.

Mr H: Hey you kerja ari ni? (gelak miang lagi).

Aku: Err nope.

Mr H: Tak ingat I ke? (gelak miang lagi dan lagi).

Aku: Tak. You siapa?

Mr H: Takkan tak ingat. The Star? (Paper The Star kut?).

Aku: Huh? Tak kenal pun.

Mr H: Aih tak kan ramai kawan cina sampai tak ingat kat I. (sambung lagi ketawa miang).

Aku: Tak ramai tapi serius I tak kenal You pun.

Mr H: Mr H***. Ala you keja The Star kan?

Aku: Hah? I belum keja lah. Wrong number sir.

Mr H: Erk? Sorry. (Tetiba suara serius, berhenti gelak).


Wadefakk?? Aku tak kenal kau. Tidakkkkkk!!! Rasa macam kenal sex assault pulak. Suara pakcik tu masih terngiang-ngiang. Urghhh. *pitam*






Wassalam.


Tuesday, May 31, 2011

300 jumping jacks? A DAY? Think #BeyondBeauty regimen is definitely more appealing at this point. #MilkADeal

300 jumping jacks? A DAY? Think #BeyondBeauty regimen is definitely more appealing at this point. #MilkADeal


Hah dah makan macam2, buncit siti situ sana sini. Apa kata instead of rm630, anda cuma perlu membeli pakej ini hanya pada rm68.

Gila bukan? Tak payah kau ambil pisau kerat segala lemak2 di badan kamu. Kejam tahu!

Clicks saja link di atas dan dapatkan deal yang terbaek!




Wassalam.

Saturday, May 28, 2011

Ngansa.

Ngansa. Ini bahasa sarawak. Tak payah lah kau gugel nak tau apa maksud nya. Bukan kod rahsia pun nak menang contest.

Okai aku dah hilang motip. Mata tak boleh lelap. Delete message dalam Facebook, terjumpa chat message dengan arwah azlan. Gila emosi aku baca.

Sila bayangkan sekarang, sekarang aku bilang, jangan tunggu besok, cerita dah basi nanti. Bayangkan kawan yang kau kenal dari darjah satu, satu sekolah sampai tingkatan 4. (Tingkatan 5 arwah pindah sekolah). 

Sejak awal bulan puasa tahun lepas arwah banyak chatting dengan aku. Sedari pagi hingga tengahari. Setiap hari arwah meminta maaf. Hmm. Aku pun tak tahu nak cakap macam mana. Hari-hari lah arwah mintak maaf. 

Arwah pergi seminggu sebelum Raya Aidilfitri. Mengejut. Ya aku pun terkejut. Aku siap marah kawan aku, aku bilang soal maut jangan main2. Ye lah, baru sehari sebelum tu aku berbalas chat ucap selamat berbuka.

Bila arwah dah tiada, aku dapat simpulkan logik arwah meminta maaf setiap hari. Paling terkesan semua sahabat apabila arwah cuba mengumpulkan sahabat-sahabat terdekat. Rancangan arwah mahu adakan reunion. 

Sedih. Ya sudah tentu. Seorang sahabat dengan sendu mengungkap rancangan untuk reunion sebenarnya mengumpulkan kami ke majlis pengebumian arwah. 

Hmm, cukuplah. Kami redha. Sedekahkan saja Yassin untuk arwah. Tapi aku tetap simpan message arwah. 



********************

Arghh tak ngantuk jugak. Seperti mahu jogging malam-malam buta. (Terus pose2 ziana zain slimming beauty).

Tetiba teringat masa kat rumah, jogging seawal subuh dan petang-petang. Paling tak boleh blah, tiap kali lepas jogging pagi, singgah kedai beli kuih cakoi. Lepas jogging petang pula singgah stall uncle aku beli cucur pisang. *pitam*

Jadah apa, memang nak tambah lemak lah tuh. 

Dah marathon tonton Nutty Professor, layan ulangan Melodi, layan Tasbih Cinta, ni drama Na O Mei pulak.

Mata asyik tak boleh tidur.

Hmm. Mari membaringkan diri. Dah baring tak boleh taip-taip dah. Aku nak baring pastu cuba tidur. 

Sambil tu teringatkan keletah anak-anak buah aku yang lidah dah cakap Melayu Sarawak, tapi ada hati nak cakap Melayu Brunei macam kitorang aunty2 nya.


"Anik bah aniekkkk.."

"Jangan bah jangannnn.."

"Sapa aniekkk?"


Okai kennot go!! Geli gelemannnn. 







"Ya Allah. Permudahkan lah jalan hidupku. Amin."





Wassalam.


Thursday, May 26, 2011

Geram Pula Rasanya.

Kau geram tak bila kau menjerit-jerit sebab nampak seorang budak (lingkungan 3 tahun) menuju ke sungai sedangkan famili budak tu dok sedap makan ikan bakar, dan hanya gelak-gelak tengok budak tu berlari-larian.

Ehh tu bukan anak dorang ke aku yang terlebih-lebih hormon keibubapaan? Lagi sekali budak tu nak lari, ada lah dalam 4 ke 5 meter saja lagi dengan tebingan sungai. Aku siap cuak jerit-jerit nak ambik perhatian famili dia.

Tetap uols, famili dia pose2 jalan-jalan cari makan. Ratah semua ikan bakar tapi dok asyik panggil budak tu datang. Haram jadah la budak tu nak patah balik. Aku tengok budak tu tukar gear tingkatkan kelajuan.

Apa lagi, abang budak tu (yang aku rasa dalam 20-an kut), berlari-lari sambil membetulkan fesyen seluar londeh nya (hip hop ke kau?). Gila cemas sebab semua orang kat kedai tu dah nak menjerit, last-last nasib baik abang dia sempat tarik kolar baju, kalau tak wallahualam. Aku nampak budak tu memang dah sampai tebing, dah nak jatuh sungai dah.

Kau tahu apa reaksi famili budak tu, paling klasik adalah aksi mak budak tu. Dia boleh cubit anak dia beriya-iya sampai budak tu nangis. Mungkin mak dia kaver line kot, malu beb semua orang pandang sinis. Lagi-lagi mak dia pandang muka aku, terus aku pose-pose geleng kepala pastu buat muka "gila mung ni".

Lagi satu masa aku tengah buat pembayaran kat kaunter, time tu ala-ala ilmiah lah beli novel bagai, beli pulak buku "Jangan bersedih lagi" (walhal aku tolong kawan aku bayar saja).

Dari mula aku beratur sampai aku tunggu baki duit, ada seorang budak perempuan asyik menyondol bontot aku. Aku toleh belakang dia dengan bapak dia.

Aku dengar bapak dia asyik larang, tapi mata meliar pandang tempat lain. Paling aku benci tiada pula bunyi ketegasan melarang anaknya berbuat perangai. Ada lah 3 / 4 kali aku toleh sebab makin lama makin galak pulak budak perempuan tu sondol bontot aku.

Last-last aku toleh, buat muka "WADEFAKKK??" kat bapak dan anak nya. Terus bapak dia tarik budak tu. Ehh pakcik, oh no cik abang, kau ingat comel ke anak ko buat camtu kat aku? Ke ko seronok layan bontot perempuan kena sondol??

Urghhhh WADEFAKKKKKKK!!!!!! Rasa nak pukul laju-laju je buku tu kat bapak budak tu.

Aku tak benci budak-budak. Aku benci mak bapak budak-budak yang tak reti tegur anak. Kalau aku zaman kecik dulu buat bising sikit kat tempat orang, nanti kat rumah kena piat-piat ngan mak aku. Arghh stress!





"Ya Allah. Permudahkan lah jalan hidupku. Amin."





Wassalam.

Monday, May 23, 2011

Dua-Puluh-Enam-Tahun Bukan Esah-Dua-Puluh-Sen.

Aishah lima puluh sen limah puluh sen. Aku minat drama ni bukan sebab primadona kita nampak real macam orang gila. Tapi aku tabik gila beliau menjiwai watak Aishah lima puluh sen tersebut.

Cut cut!!


Jap aku nak pasang doa,


"Ya Allah, alhamdulillah aku bersyukur atas segala limpah kurnia-Mu, aku berjaya mencapai usia 26 tahun. Ku panjatkan kesyukuran tidak terhingga ke atas-Mu kerana diberikan kesihatan, rezeki serta kebahagiaan yang aku kecapi sedari detik aku dilahirkan tanggal 22 Mei 1985. Berikan lah aku kekuatan menghadapi ujian-Mu, lindungi diri ku dari noda-noda dunia, murahkan lah rezeki ku, serta permudahkan lah segala urusan hidupku. Kau tempat ku meminta, kerna KAU yang Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani. Amin."


Aku nak berterima kasih kepada ibu bapa aku, ibu yang sakit melahirkan aku, bapa yang membanting tulang mencari rezeki. Kepada kakak-kakak serta adik bongsu ku, mereka yang sentiasa mendampingi ku ketika susah dan payah. Guru-guru dari tadika perpaduan, SK Dato' Sharif Hamid, SMK Telang Usan, Matriculation Centre of IIUM, & pensyarah-pensyarah IIUM. Sahabat-sahabat yang mengenali aku, tak kira lah kau hensem ke huduh ke, perempuan ke lelaki ke pondan ke tomboy ke, aku tiada diskriminasi dalam berkawan.


Apa-apa pun terima kasih kepada mereka yang memberi ucapan (maaf umpatan tidak diterima semasa hari lahir), tak kurang yang mendoakan aku semalam. 


Doa dan ucapan kalian seumpama BOTOX yang sentiasa membuatkan diriku sentiasa remaja. Gitew feeling2 remaja walhal muka kertu. 


Trimas jugak kat Shahidah Mardhiyah sebab temankan aku jalan-jalan semalam. Kau selamatkan aku dari gelaran LOSER sebab sorang2 masa hari jadi. Erm semalam aku beli novel. Novel melayu, tetiba ubah angin nak baca balik novel melayu uols. Lidah dah pelat cakap omputih nak betulkan balik jadi lidah melayu. KATANYAAA.


Untuk jalan selamat aku pilih novel Ahadiat Akashah, Untuk Tiga Hari. Bukan kerana usia dah dewasa aku pilih novel beliau (aku yakin aku masih remaja), cuma aku mahu bermula dengan penulis terbaik untuk buka minat baca buku balik. Tak mahu la jadi rakyat Malaysia yang malas membaca kan? 


Plastik dah buka semalam, tapi buku sehelai pun tak selak lagi. Okai aku nak mula membaca. Ok lah uols. Tata titi tutu. I love uols.





Wassalam.



Monday, May 9, 2011

Eh Ehh Dah Tahun 2011 ek?

Gila lama aku tak jenguk blog ni. Hari tu plan nak updet pun tak sempat jugak. Hujung bulan lepas sibuk ke Mukah. Bukan nak berpesta kaul ye kawan2, nak ambik adik bongsu bertuah yang final semester kat Politeknik.

Biasalah Pak Ajak, apa-apa plan pun haruslah last minute. Baru lah dikatakan Amazing race. Kelam kelibut packing barang. Tak tahu nak stay di Miri atau Bintulu sebab hotel di Mukah dah takda.

Ada jugak aku cadangkan agar kami berkhemah saja di pantai tepi Kingwood Resort. Namun aku heran kenapa ayah aku membalas dengan jelingan tajam?

Sehari sebelum berangkat ke Miri, aku dan mak aku sibuk menyediakan bekalan untuk dibawa esok pagi. Aku yang berlagak bijak ilmu hisab mengira, perjalanan dari Lawas ke Miri = 4 jam, kalau terus ke Bintulu 2 jam. 

Perut aku bukan boleh tahan kalau seawal pagi sudah memulakan perjalanan. Gastrik katanya, parkinson kedua-dua belah tangan.

Jadi akupun masak ayam masak merah, sambal ikan bilis, telur rebus, dan nasi putih. Gila macam nak pergi berkhemah kan? Macam dah tak ada kedai makan yang kitorang jumpa nanti.

Aku bilang sama mak aku. Kalau dah bawa bekal macam ni, baik kita angkut rumah sekali. Tak payah bimbang2 air tak cukup lah, takut ayam basi lah. Ohh ya, kalau boleh nak bawak juga kucing, dapat makan tulang ayam nanti. 

Masa kat Mukah, aku berlari2 anak mencari tanah nak palit ke dahi. Wajip! Pertama kali kan datang ke Mukah uols.

Acara wajip membeli sagu,dan biskut2 comel rasa sedap gila! Ayah aku pandang tanda protes. Beliau memang pantang menunggu orang beli barang, bimbang juga anak2 nya meminta duit membeli itu ini, itu sudah pasti.

Hmm banyak aku nak updet ni. Tetiba sakit kepala. Nanti2 aku sambung lagi okai.




"Ya Allah. Permudahkan lah jalan hidup ku. Amin. "






Wassalam.

Thursday, March 24, 2011

Karangan Keluar Tajuk.

Maaf dah lama tak updet. Maka aku harus meng-hapdet semua cerita macam budak SPM buat esei ringkas tapi lain-lain tajuk dan skop. Jangan pitam sudey.

Yang pertama tama sekali,(okay abaikan tatabahasa aku). Sila klik gambar di bawah untuk tumbesaran hati penuh kedengkian.







Tengok betul-betul nama pemenang yang pertama sekali. Sila jerit hoorayy laju2 sekarang. Okay lame! Weh2 aku menang lagi 2Good 2Be True. Gila kentang. Kali ni aku dapat PS3. Abang ipar aku dapat sekali sebab dia pair dengan aku masa share benda ni kat Facebook.

Tapi yang tak best, aku sebenarnya tak reti main game. Serius aku tak tahu. Paling cikai kau bagi lah Brick Game, ha yang tu aku reti la, itu pun satu jenis je aku reti, bagi challenge yang lain fail!. Kalau dapat yang canggih2 macam PSP ke PS3 ke Wii ke, pun aku tetap tak reti.

Kejadah nya duduk lah PS3 free tu kat sebelah almari bilik aku sampai hari ni. Aku cuma bukak kotak PS3 tu sekali je, time tu siap air liur meleleh bilang, "Wahhhhhhhhh....Canggih yang amat." Pastu tutup balik kotak.

Aku rasa nak simpan jadi hantaran kawin je nanti, save bajet, satu dulang aku dah beli. Gila tak ada kejutan budaya untuk hantaran. Kakak sulung aku pulak asyik protes dan memanipulasikan anak2 beliau untuk mendapatkan PS3 aku.






Berdarah tak hidung uols tengok gambar ni?






Cukup lah cerita berbaur riak. Bimbang nanti kamu semua dapat dosa pulak mengutuk aku. Mesti kamu semua rasa."Owh kau menang lagi? Oh okay bye!".

Ehh mengarut. Aku nampak je macam kasar cakap selalu nak jerit2. Tapi dalam hati ai lemoot uols. Terharu gila semalam. Semua staff aku dapat result SPM cemerlang. Kira lagi cemerlang dari aku. 

Gila kagum rasa macam nak sujud syukur bila sorang2 call aku bagitau result berapa A. Muka dorang macam budak2 nakal kut. Sekali result gempak. Tak menangis macam primadona kau dengar result sorang2 dapat 5A, 6A, 7A. 

Satu lagi berita. Aku nak tukar kerja lain. Hari tu dapat panggilan kerja. Tapi aku mintak start keja bulan 6. Sebab ingat nak rehat dulu 2 bulan ni. Aku mohon doa kalian semoga aku berjaya. Tachink2 plak kan. Blah lah kau seri.

Ok lah aku sakit kepala ni. Tak tahu nak buat apa. Macam nak keluar jalan2. Sapa nak join pergi KLCC tengok movie. Sila jangan persoalkan aku gila loser hari2 nak pergi KLCC lah kan? Macam dah tak ada tempat lain kat KL ni.

Mahu mandi, ketiak dah busuk tak mandi pagi lagi. Gigi pun tak berus. Ada ku kesah? Macam la kamu semua boleh pengsan bau aku.










"Ya Allah. Permudahkan lah jalan hidup ku. Amin."










Wassalam.