Thursday, October 28, 2010

Hari Penuh Dengan Carutan.

Semalam hari tertekan. Dari pagi sampai malam asyik kena marah. Aku sendiri tak faham kenapa semua orang suka sangat nak marah Customer Service Department?

Paling tak boleh tahan, staff sendiri pun nak cari pasal. Pagi2 lagi dah tunjukkan sindrom menopaus jerit2 kononnya staff Cust Service silap letak brochure Bonuslink atas meja beliau.

Tengah hari nya bila mood dah okay, selamba mak dia senyum sengih2 dengan aku. Weh kau dah jerit kat aku, (walaupun juta2 kali aku cakap bukan salah kitorang), kau tetap nak tunjuk sindrom menopaus kau kan?

Hampeh!

Masa buat closing, aku pergi la cashier room. Makcik tua ni lagi tak boleh blah. Hari2 nak marah department kitorang. Kebetulan malam tadi aku terlupa kira yang voucher satu ni.

Makcik tu mula lah membebel. Dialog keji nya begini,


"Kamu orang ha, hari2 kalau tak ada masalah tak sah. Customer service memang hari2 ada masalah. Kamu tahu tak?!!"


Untuk bagi kesan lebih mendalam di hati makcik tua tu. Aku dengan muka bodoh jawap begini.


"HMM. TAK TAHU."


Beliau jadi lagi bengang bila aku jawap begitu. Lalu beliau dengan sengaja cari  kesalahan lain.


"Hey kenapa kamu orang masih pasang muzik? Orang sudah balik lah."


"MANA ADA KAMI PASANG. 10 MINIT SEBELUM BALIK DAH PASANG CD CLOSING LAH."


Tiba2 Zul datang siap back up aku. Dia cakap lagu tu datang dari henpon Erra. Beliau masih tak puas hati, terus suruh Zul masuk dalam Cashier Room suruh dengar. 

Oke memang muzik dari Customer Service. Aku pun terus pergi balik ke kaunter, tanya kenapa pasang muzik. Aree bilang Miss Lim yang suruh cuba CD untuk Halloween.

Sialan badigol soot. Makcik tua ni memang hebat nak cari kesalahan kitorang. Kalau dia salah bagi voucher, boleh pulak dia begini,


"He he he he, saya salah bagi voucher ha. Datang sini cashier room kasi photocopy voucher yang salah."


"He he he he, saya tadi salah tulis nombor voucher. Sangat busy sampai letak dekat voucher RM10. Datang sini cahier room sign tempat yang betul."


Makcik2 tua ni sebenar nya aku tak pasti dah nak menopaus ke dah lama menopaus. Dah berbuih mulut aku mencarut satu hari ni.

Sesungguhnya BABI itu bukan sahaja sejenis binatang tetapi juga digunakan untuk mencarut!



p/s: walaupun buat stoke take sampai pukul 12 tengah malam. tapi seronok sebab dapat kacau 'anak ikan' uols!



"Ya Allah. Permudahkan lah jalan hidup ku. Amin."




Sekian. Wassalam.

Tuesday, October 26, 2010

Konfiden Sangat Penting!


Sebelum morning briefing, kami melepak depan kaunter cashier untuk sesi mengumpat. Tiba-tiba Miss Tan datang. Beliau orang HR. Beliau yang interview aku hari itu. Aku gelabah dan dengan penuh konfiden terus memberi ucap selamat,



"GOOD MORNING MISS LIM!!"


Reaksi Miss Tan aku sudah jangkakan. 


"MISS LIM?? HANNA, SAYA TAK MAHU CAKAP DENGAN KAMU."


Aku semakin konfiden nampak nya. Sungguh macho memanggil Miss Tan sebagai Miss Lim. Kalau Miss Lim tahu mesti aku kena pecat serta merta. 

Itu cerita aku penuh konfiden. Semalam Aki pun konfiden. Selalu beliau datang lambat ke tempat kerja. Semalam awal gila sehingga aku gosok2 mata sepuluh kali. Ya beliau memang datang awal.

Sebenarnya yang menambah ketidakpercayaan aku sebab aku baru lihat duty roaster tadi. Tanpa belas kasihan aku bertanya kepada Aki,


"Kenapa kau datang keja Aki? Kau cuti lah ari ni sepatutnya."


Beliau yang tidak percaya terus bukak duty roaster. Ohh man! Nasib baik beliau tukar off day dengan Yna. Kalau tidak beliau akan dikeji sepanjang hari.

Ohh belum habis cerita gila budak2 Customer Servis Parkson. Exec kitorang berlagak macho buat stocktake sambil bermain selofan tape. Siap buat gelang kat lengan.


Selesai buat stocktake, selofan tape itu melekat-degil-takmahu-keluar dari lengan beliau. Sila klik pada link ini untuk melihat video keji.




Ya Allah. Permudahkan lah jalan hidup ku. Amin.



Wassalam.

Tuesday, October 19, 2010

Menggigil. Terkucir.







Aku sudah selamat tiba di Kuching. Tapi muka sudah begini. Menggigigigigil y'all. Besok aku ada interview di Wisma Sesco. Cepat belajar!

Tapi tangan masih gatal main Facebook. Hmm. Lapar. Mahu roti john. Mahu Coke.


"Ya Allah. Permudahkan lah jalan hidupku. Murahkan rezeki ku. Amin."



 
Wassalam.

Sunday, October 17, 2010

Pondan Masuk Tandas Wanita Atau Lelaki? (Kemusykilan Akhirnya Terjawab).

Tadi lepas lunch aku pergi lah ke tandas. Mahu touch-up sikit. Wahh sejak kerja sebagai Customer Service Assistant aku dah kembali agungkan bahasa barat. Katanyaaa.

Berbalik cerita aku pergi ke tandas. Ini kali kedua aku melihat staff pondan memasuki tandas wanita. Mula-mula aku fikir,

Samada perempuan itu berwajah seperti pondan dan memang patut pun beliau masuk tandas wanita.

Atau beliau sememangnya pondan dan masuk tandas wanita?? Haa.

Hari ini baru lah aku tahu mereka-mereka ini sememangnya sah pondan dan masuk tandas wanita. Apeda hal pondan masuk tandas wanita kan? Aku pun tahu mereka takkan rogol aku.

Tapi masalah nya kerana mereka lah tandas wanita selalu penuh sebab dorang guna tandas sangat lama okai??

Setahu aku, mereka kencing berdiri bukan? Jadi apa yang membuatkan mereka kencing lama??

Aki cakap mereka lama sebab nak betulkan TUTT!!

Aku rasa betul apa Aki bilang tadi. Paling tak boleh tahan siap keluar tandas buat muka ketat. Aku bukan lah berfikiran kolot tapi aku boleh terima kaum pondan ini kalau mereka tahu SENYUM!

Okay lah. Besok aku kerja setengah hari. HARI SELASA AKU PERGI KE KUCHING UNTUK TEMUDUGA SESCO.

Lihat aku ter-CAPSLOCK sebab saja aku mahu kamu semua tahu aku pulang ke Sarawak minggu depan.

Sekian.



"Ya Allah. Permudahkan lah jalan hidup ku. Amin."




Wassalam.



Wednesday, October 13, 2010

Tangan Kanan Rasa Gatal-Gatal. (Entri Khas 10/10/10).

Entri ini untuk kejadian 10hb October 2010. Hari ini baru ada masa mahu buat.

Kamu pernah dengar mitos mengatakan jika tangan kanan rasa gatal maka kamu akan menerima duit? Aku juga rasa gatal2 tangan masa kerja petang tadi.

Seperti biasa kerja memang penat. Jika aku kira, 17 jam aku berada di luar. 7 jam saja aku ada masa untuk tidur. Disebabkan Ahad aku off day, maka aku membuat keputusan untuk tidur lambat pada malam tadi.

Aku pun main lah peraduan 2Good 2Be True. Peraduan Match Number yang dianjurkan oleh CIMB. Sudah 3 minggu aku mencuba tidak pernah berjaya. Maka dengan tidak disangka-sangka.








Kamu nampak bukan nombor bertuah aku??








Sila klik unutk tumbesaran gigi yang kuat!




Aku menang y'all. Jadi dengan penuh rasa tamak haloba aku menunggu pihak CIMB membuat panggilan pada hari Isnin untuk mengesahkan kemenangan aku. 

Tengahari nya staff CIMB telah menghubungi aku dan meminta akaun CIMB untuk proses memasukkan duit yang aku menang.

Alhamdulillah. Jadi aku sudah boleh mula menabung untuk membeli 'sesuatu' yang aku dah lama inginkan. Hekhekhek. 

Kepada kakak ku, jangan nak membodek. Kalau kau bodek, maka hadiah perkahwinan mu aku terpaksa batalkan. Sekian.



"Ya Allah. Permudahkan lah jalan hidup ku. Amin."



Wassalam.


Saturday, October 9, 2010

Sumpah Aku Takkan Gelakkan Orang Lagi!

Pagi tadi masa naik bas 231, aku seperti biasa ambik tempat duduk belakang. Letak handbag kat kerusi sebelah jadi tiada sesiapa akan duduk sebelah aku. Memang selesa aku nak layan blues pagi2 begini. Blues okay bukan BLUE, apa2 jenis blue yang kamu semua paham lah.

Tempat duduk depan sekali ada dua orang brader. Nampak baik. Dua2 pakai kopiah. Muka suci. Tambah lagi yang seorang tu pakai jubah. "Memang sah nak pergi solat jumaat tengah hari nanti." bisik hati kecil ku.

Sampai kat satu simpang berhampiran terminal putra. Bas 231 tiba2 membrek secarak mengejut. Serius mengejut tahu! Kalau kamu masih ingat subjek fizik, keadaan kami semua pada masa itu dinamakan kesan daya momentum. Dalam bahasa mudah difahami makhluk lain adalah badan akan bergerak ke hadapan sedikit.

Tapi yang menjadi persoalan nya, salah seorang brader yang duduk di kerusi hadapan sekali tadi terhumban ke hadapan. Okay aku berlebih2. Beliau tidak lah sampai terhumban ke hadapan macam iklan "Pakailah tali pinggang ke selamatan". Maksud aku daya momentum beliau sungguh kuat sehingga hampir tersungkur.

Reaksi kawan beliau dan sekelian penumpang (termasuk aku) apabila melihat kejadian tadi, kami semua gelak. Aku pantang lihat benda2 ajaib dalam dunia begini, harus aku gelak sampai terkeluar air mata.

Setelah sampai di terminal putra. Aku pun bergegas turun dan terus masuk ke dalam terminal. Tiba2,



Zasssssssssssssssss....



Ini bukan sound efek Fara Fauzana dalam rancangan Melodi. Tapi bunyi aku tergelincir y'all!

Nasib baik aku sempat pegang besi kat sebelah kiri aku. Kaedah nyaa? Aku jalan tanpa toleh belakang. Swap touch n go. Terus naik tunggu LRT. Bediri dekat dengan dinding supaya aku tak nampak muka orang yang gelakkan aku. Kalau aku jumpa beg plastik memang aku rembat buat tutup muka. MALU SIYOT!



"Ya Allah. Permudahkan lah jalan hidupku. Amin."



Wassalam.

Wednesday, October 6, 2010

Kepak Bukan Bererti Sayap.

Dua hari bekerja. Ya ampun penat macam nak luruh semua tulang-tulang kat dalam kaki aku.

Iya lah aku tidak pernah bekerja. Opss harap-harap bapak dan mak aku tak baca blog ini sebab aku tak mahu mereka tahu aku bekerja sambilan.

Bukan apa. terlalu banyak masa lapang sampai aku tak tahu nak buat apa. Kadang-kadang sampai rasa mahu tolong makcik cleaner bersihkan tandas, tolong abg bangla tebas rumput, tolong habiskan makanan kat cafe..erkk?

Berbalik kepada kisah aku baru mula bekerja. Aku kan budak skema. Jadi kena rahsiakan tempat bekeja sebab hari itu sudah tandatangan perjanjian. Tak boleh dedahkan pasal company melalui emel mahupun blog.

Hah mampu kau dia letak BLOG dua tiga kali dalam syarat-syarat kerja. Jadi aku bimbang kena terminate kerja walaupun mereka tak penah baca blog aku pun.

Hari pertama kerja aku berkenalan dengan Aree, Aidil, Yana, Aki dan Hanan. Aree orang besar, macam cikgu2, siap buat clas bahasa inggeris. Sesuai untuk orang macam aku yang lidah kebaratan. Mampu kau?

Aidil orang besar jugak. Muka serius. Aku kadang2 keliru beliau buat lawak ke atau serius tapi terbaca skrip lawak. Tapi beliau okay saja.

Yana muka garang. Mula2 tengok memang rasa mahu terkucir. Tapi mood beliau baik sampai ajar aku banyak benda. Yaa banyak. Semua benda beliau ajar. Aku kena prektis kasik mantap.

Aki budak Sabah. Muka comel saja. Someone you can depends on. Tapi jangan lah jadi dependent sangat. Lihat aku suka selit bahasa ibunda ku. Barat ka aku? Atau KEPARAT? Ahh.

Hanan baru kenal semalam. Semalam hari terakhir beliau bekerja sebab mahu teruskan belajar di matric UIA. Gambatte Kudasai kepada beliau. Moga gemilang seperti aku. Maaf terlebih pula.

Okay cukup lah rasa nya aku kenalkan teman sekerja. Nanti aku beritahu apa kerja aku. Saja mahu bagi kejutan maksima. Aku off-day hari ini jadi mahu berjimba-jimba atas katil.




"Ya Allah. Permudah kan lah jalan hidup ku. Amin."



Wassalam.