Saturday, February 27, 2010

IPAC 2010 dan Berjimba-jimba.

[sila pastikan anda memasang mode penuh keinsafan semasa membaca entri ini]


Assalamualaikum W.B.T dan Salam Maulidur Rasul.


Semalam aku bosan sangat duduk bilik sebab tiada ektibiti berfaedah yang mampu aku buat. Tapi aku cukup kagum kerana mampu bangun awal y'all! Perasaan teruja aku tak hentikan di situ. Seusai bangun dari tidur aku terus menghadap cermin dan berkata,


"aku bangga ngan ko Seri!!syabas!"


Kemudian junior aku si Fazura-gojas telah menalipon untuk mengajak lepak di HS cafĂ© malam nya itu. Aku pikir kalo dah lepak HS boleh pegi tengok IPAC sekali. Adik kakak tau tak IPAC tu ape? Aku pun sebenarnya baru tau. (Fine Seri, dah 4 taun kat uia baru tau IPAC tu mende). IPAC tu Islamic Performing Arts Concert dan tema tahun ni "LOVE is….". Canggih kan tema macam SUAMI,ISTERI DAN dot dot dot. Semalam adalah the very first time aku tengok sebab sebelum ni just dengar cerita dari budak-budak yang pegi concert tu.


Oleh sebab aku ni student uia yang paling pemalas nak tengok aktiviti uia, maka aku ada satu expectation bahwa concert tu biasa-biasa saja. Akan tetapi,bila aku tengok concert tu semalam, aku terkesima, terkagum, tersorak, termenjerit, (tapi tak sampai termenangis lah kan). Serius sungguh aku kagum ngan budak-budak uia yang participate dalam IPAC semalam. Rasa rugi pulak sebab masa aku datang tu dah separuh jalan cerita (concert tu dorang buat theatre-music-nasyid-danmacammacamada).


Nak jadikan lebih menarik, ketika aku masuk CAC (Cultural Activity Centre), kumpulan UMMUL QURAA' (sori aku tak tau camne nak eja) tengah perform. Mereka terdiri dari 5 anak arab yang bawak lagu arab tanpa menggunakan muzik. SEDAPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPP okayh suara mereka. Semua orang terdiam sejenak sebab alunan suara diorang memang "MASYALLAH" hanya Allah saja yang tahu. Suara harmoni itu pada mulanya aku sangkakan alunan muzik minus one. Kalau ada rakaman video mereka nanti aku uploadkan ek.


Tetapi sedikit keciwa sebab kumpulan nasyid yang perform lepas tu macam tak best. Hehe. Tapi yang paling penting selepas babak terakhir theatre tu semua penonton menjerit sebab,



RAMLI SARIP Y'ALL!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Ramli Sarip merupakan penyanyi yang akan dijemput SETIAP TAHUN. HAH MAMPU KAU!!! Lepas beliau perform semua penonton menjerit lagi,


"ONE MOREEEEEEE..."


Tapi HAMPAAAAAA. Beliau nyanyi satu lagu jek. Aku kagum giler ngan IPAC malam tadi. Tak sangka uia boleh buat concert sebegitu "bermesej dan ada unsur hiburan". Antara yang terlibat dalam IPAC malam tadi adalah pemuzik dari ISTANA BUDAYA, angklung, gamelan, caklempong, nasyid uia, Ramli Sarip, Ummulqura dan ada lagi aku tak ingat. hehe.


Selepas tengok concert aku dan junior Sarawak lepak kat sungai depan CAC. Kami berjimba-jimba sehingga 11.30pm. Gossip adalah niat utama. Melepaskan rindu hanyalah alasan yang kami gunakan.


Wassalam.


*Tadaaa.Aku dah jumpa video UMMUL QURAA' ni.Maaf ni video ketika diorang perform kat event lain.Video diorang perform malam tadi tak jumpe lagi.ehehkkk.Jangan segan untuk terharu dengar suara mereka. (sila pasang mode keinsafan)*



Monday, February 22, 2010

Trip Yang Mengujakan

Ahad, 21st February 2010
Trip To Cameron Highlands To Lata Iskandar To Lata Kinjang

Entri kali ni aku buat cerita berdasarkan gambarajah.Hah MAMPU KAU??Jangan ingat budak darjah dua saja yang boleh buat karangan berdasarkan gambarajah, mak budak pun boleh.Eh eh maksud aku budak 25 tahun macam aku pon boleh bukan?

Ringkasan karangan:

Watak-watak yang terlibat dalam pengembaraan ini adalah terdiri dari Seri (aku lah), Sheeda (BFF Seri), Tomet (BF Sheeda), dan Aizat (kawan Tomet).Wahh terkagum sebentar melihat rantaian hubungan di atas (Okayh serius plis Seri).Pengembaraan kami bermula pada pukul 5.30 pagi dan kembali ke KL pada pukul 6.30 petang.Sungguh tegar bukan, trip kami lebih 12 jam y'all!!

Ingin dinyatakan di sini, Tomet ngan Aizat siap dah mabuk-mabuk pada malam sebelum nya sebab main shisha+sabun.Volehhh???Kaedahnya ko makan la air sabun tu dengan harapan nak tunjuk power kuarkan asap shisha dengan buih-buih.

Tidak lupe juga, Aku, Sheeda dan Tomet telah mabuk darat.Wat the fish?First time aku mabuk darat okayh.Kaedah nye??Aizat tu bawak kete macam pelesit.Kalo boleh nak je dia tarah bukit tu buat jalan sendiri.Okayh enuf Seri.


Ni la ladang teh BOH.Setelah kitorang gigih mendaki bukit sambil menggigil-gigil,kami breakfast kat Tea BOH centre.Kelasssss y'all.Sambil minum kat balcony,kita boleh camwhoring.Eh eh bukan.Maksud aku,kita boleh ambik gamba macam kat bawah ni.

Ini Tomet dan Sheeda.Hepi kapel selama lebih 4 tahun.Aku suka tengok dorang.(VAVI ayat macam promot iklan serbuk cuci)


Ni aku lah.Ayu bukan?Alamak maksud aku,FAKE bukan?


Ni Aizat.Si pemandu berhemah.Sila baca dua kalimah syahadah sebelum pasang tali pinggang kaledar kalau nak naik kete dia.


Tetiba perempuan ini hyperaktif.Huh??


Si Aizat tetibe well behave.Pelikk.


Acara wajib iaitu camwhoring di luar toilet.Wohh sungguh keji bukan?


Mereka mungkin membincangkan untuk membuka ladang teh pulak lepas ni.


Episod seterusnya:

Setelah kenyang kami gerak-gerak khas untuk turun.Oleh kerna tiada destinasi terancang maka kami turun membabi buta(kesian babi,kenapa namanya disebut-sebut).

Sampai di suatu pasar,kami membeli jagung kukus.Sedap sangat okayh sebab jagung fresh.Kemudian kami mencari kedai menjual bunga.Setelah terlepas beberapa kedai,kami akhirnya berjaya singgah dan aku membeli bunga ros.Si Aizat beli bunga apa thah aku pon tak tau nama bunga tuh.Agak keciwa sebab bunga ros putih tiada. (sad-mode)

Kemudian kami turun lagi dan melimpasi beberapa stall orang-orang asli.Kami perasan ada suatu yang dijual mereka nampak pelik ke menarik eh?Benda tu berbulu-bulu.Bentuk macam ayam.

Aizat pun cakap "Ehh tu ayam lah"

Aku pangkah "tak kan ler ayam keras jek dok atas meja tu"

Kami suruh Aizat berenti tanye kan je kat makcik tuh.Memula dia taknak berenti atas sebab takut dorang tu headhunters.Hah VOLEHH??Kes Kes Kes.Last-last dia berenti jugak.Tapi dia suruh Tomet tanye kat makcik tu.Dah abis sesi temu ramah sambil merasa buah Tampoi kami pun gerak lagi.Dalam pada tu..

Aizat sambil berlagak berkata "Kan aku dah cakap bende tu AYAM"

Aku membantah "Ehh pulak dah.Benda tu namanya 'pokok AYAMAS' bukan 'AYAM' okayh"

Aku jugak sempat tanya soalan bodoh kat Tomet..

"Tongkat Ali yang raw (mentah) tu ape khasiat dia eh?Aku pelik kenapa lelaki suka tongkat ali"

Tomet menjawap dalam nada kebapaan..

"Untok tenaga lah.Tak kan lah untuk melebatkan bulu mata pulak.Engkau ni."

Aku cuma mampu membalas..

"Aku benci kau Tomet.I hate You!"

Diiringi gelak ketawa dan sisa-sisa sakit hati aku,kami pun sampai kat Lata Iskandar.Ramai pulak yang tangkap gamba bajet nak buat poskad lah kan.So kami tak jadi nak mandi.Kaedahnye,elok kau mandi manda ada orang tangkap gamba.Hah mampu kau?Nampak suma benda yang beruk pun tak sanggup nak tengok?Sempat jugak kami memborong cucur cempedak dan keropok lekor.

Perjalanan kami teruskan menuju ke Lata Kinjang pulak.Sampai kat sana,kami makan dulu.Aku siap terkejut sebab baru penah tengok Cendol pulut okayh.Cendol yang dorang tambah nasi pulut.Huh??Pelik kan.Tapi Sheeda cakap sedap superb walla!

Lepas makan kitorang mandi manda.Agak-agak jari jemari dah kecut,muka pun dah biru-biru,kitorang salin baju nak balik ke KL.Dalam perjalanan balik macam-macam benda jadik.Layan jek la gambarajah kat bawah ni.


Sheeda bajet nak amik gamba apek kat dalam kedai tu.Sekali macam tau-tau je apek tu angkat kerusi dia pastu blah.Sekali yang datang apek naik motosikal ni hah.


Ni Pejabat Majlis Daerah Tapah.Konsepppp sangat okayh.Pejabat dia kat bangunan kedai lama.Klasssik!


Ni adalah cubaan Aizat ngan Tomet nak membuktikan petrol station ni lah paling klasik sekali kat dalam Malaysia.Mula-mula tu kitorang dah terlepas simpang nak ke petrol station ni.Sekali kau jangan tak tau tahap kesengalan si Aizat ni sampai sanggup patah balik.MAMPU KAU?hahah gamba ini sebagai buktinya.


Dalam perjalanan balik KL kitorang tak nak pakai highways tol.So pakai jalan biasa.Tapi kena bukak map sebab tak tau jalan.Dah beli map mahal-mahal kena lah guna kan.Hah perhatikan tangan si Aizat tu,sebok driving sebok tekan-tekan nak tukar channel radio.Kejadahnye kitorang dengar lagu sekerat-sekerat.Nasip baek kami hanya penumpang kau Aizat,so DIAMLAH KAU SERI!


Yang paling tak boleh blah dorang punya carik air tebu sampai ke sudah tak jumpa.Dari tapah sampai ke KL hah.Okay lah.aku dah penat nak taip panjang-panjang.

p/s: Pape pon kan.Weekend di Cameron was a BLAST!Yang Terbaek.The BESTEST.Ker???Ok enuf.Yang penting aku hepi.


Wassalam.

Thursday, February 18, 2010

BELIA BENCI makcik centre (entri khas NONO)

Niat hati datang bilik Nono nak amik past year midterm.Masok-masok bilik Nono terus terperanjat.HOMAIGADDDDD.Malaysia got Ugly Betty y'all!!Cepat-cepat saya amik kertas untuk ambik autograph.

Tapi bila tengok betul-betul dia bukan America Ferrera.Itu Nono lah dengan rambut Ugly Betty.Eh tak tak.Maksud saya Nono buat haircut macam Ugly Betty tapi itu bukan salah dia.Mari salahkan makcik centre yang sangat lah merepek meraban tak nak gunting layer.

Kata makcik tu Nono tak sesuai rambut layer.Sekali hamek kau rambut yang makcik tu rekemen kan.HAH MAMPU KAU?Seriously rambut dia nampak macam ni bila pertama kali saya lihat..

Rambut Nono yang chantek tu dah jadi camni..

Tapi bila dilihat dari sudut depan (orang Melayu cakap front view).Seriously nampak macam ni.Sumpah Nono kamek sik bulak.Maksud kamek rambut kitak la.Bukan muka kitak.

Seriously like this okay!


p/s: Nono boh manas.Keluar ilmu dari palak lak.Juh study!


"Ya Allah.Permudahkan lah jalan hidup ku.Amin"


Wassalam.

Sunday, February 14, 2010

14th FEBRUARY

Korang terpiker hari ni hari apa?Ehh eh terslip plak bahasa Sarawak.TERFIKIR okayh.

A. Tahun Baru Cina
B. Valentine's Day
C. Hari Jadi Bong Azmir
D. Hari Ahad

E. Kesemua yang diatas benar tiada yang benar selain yang benar-benar belaka

Ohh by the way (sambil waving jari telunjuk macam Tyra Bank).Selamat hari tua buat Bong Azmir Bong Hata.Selamat menempoh usia suku abad.Wohh macam gempaq kan bila cakap suku ABAD.Padehal baru 25 tahun.25 tu angka yang bagus tahu?Usia jubli perak(orang Melayu cakap Silver Jubilee).Sama angka dengan penubuhan IIUM gitu.Hahh mampu kau.Tu jek aku tahu.Kalau tanya sapa Canselor IIUM?Harems aku enggak bisa menjawap!

Hari tu aku cakap nak buat entri pasal Valentine's Day.Ape nak cakap ehh.Aku tak celebrate Valentine's Day.Aku tak pernah Celebrate.Tak akan celebrate kot.Kalau jadi macam Bong mungkin beliau ada alasan nak sambut hari ni sebab hari jadi beliau.Tapi teringat kalau Kamaliah masih ada dah tentu aku keluar ngan dia arini.Sebab utama nya kitorang ni lesbian.Ehh bukan bukan.Kitorang ni jek single ladies (sila pasang mode Single ladies Beyonce) dalam geng kitorang.Yaa bila aku maksudkan GENG tu sudah tentu ahli-ahli nya adalah AKU, KAMALIAH, SHEEDA, AKU, KAMALIAH, SHEEDA, AKU, KAMALIAH & SHEEDA (sila gunakan teknik mengulang untuk efek "ramainye kawan ko Seri".Kamu nampak tak betapa kami golongan loser tak banyak kawan.NOKTAH.

Dulu masa aku ada boifren (Seri,dat was sooooo SIX YEARS ago okayh).Ehh dengar la aku nak cerita jugak ni.Dulu masa kapel pun aku tak celebrate.Sebab nya EX-boifren aku tu kedekut taknak beli hadiah.Eh tak tak.Sebab aku dok KL dan dia kat Sarawak.So takde nak sambut-sambut menda alah ni.Bila dah clash dan aku loser-takde-boifren-lagi-sampai-sekarang akan menyambut hari kasih sayang ngan Kamal my rumies.Kami ibarat Romeo dan Juliet.Bila saya maksudkan Romeo & Juliet, kena ingat saya Juliet dan Kamal Romeo.Kenapa??(Hanya Aku,Kamal & Sheeda saja tahu)HAHAHAHHA.Tak lawak okayh Seri.

Macam-macam acara orang buat arini kan.Acara pemberian ang pao,acara membeli belah seperti tiada esok hari (iyelah kalau tunggu besok SALE dah abes daa) dan tak kurang juga acara balik ke Marudi bersama geng bas sekolah.Ya aku maksudkan Asrul,Boy a.k.a Gayboy,Ajieb dan Donna.Mereka ini geng bas sekolah aku sejak 18 tahun lepas.Balik Marudi kemudian lepak-ing di kedai makan Ajieb adalah sesuatu kenikmatan yang aku impikan dan menjadikan suasana lepak itu menjadi lebih dramatik adalah di mana Ajieb dengan keji menghantar MMS memperlihatkan mereka tengah lepak.Sungguh keji bukan?

Aku jeles okayh!

FINEE kawan-kawan.Tunggu aku balik Sarawak for good bulan 6 ini.Aku mahu kamu lepak dengan aku setiap malam tahu.Ohh sekarang nak tunjuk gambar terkini circuit aku yang telah dirampok Potentiometer nya oleh seorang makhluk tak berhati perut.

Sepatutnya benda besi itu ada tiga tapi sekarang tinggal dua


Hahh godam-godam henpon baru terjumpa balik gamba ni.Aku amik gamba ni kat tandas kat Flamingo Hotel.Cuba teka dia tulis apa..

pandang betul-betul,tarik napas dan sila jawap

Kamu tahu mula-mula aku baca,aku ingat dia tulis "Harap Maaf.BERUK ni!!!Rusak"

Ropa-ropa nya "Harap Maaf.Benda ni!!!Rusak".WTF (wat the fish!).Itulah Seri lain kali jangan berfikiran pelik-pelik.Hmpfff.

p/s: Enjoy your cuti y'all.Tha-Tha.

Wassalam.

Saturday, February 13, 2010

Happy Chinese New Year 2010

Gong Xi Fatt Chai aku ucapkan kepada semua rakyat Malaysia berbangsa cina yang menyambut Tahun Baru Cina.Tahun ni tahun HARIMAU kan.Wohh grrrr grrr.Ehh ini harimau versi gatal tau.

Aku kecilkan skop ucapan aku untuk semua ex-classmate aku batch 2002 SMK Telang Usan.Walaupun sepanjang dua tahun hanya aku seorang yang bukan berbangsa cina tapi korang tetap tabah melayan aku.Wahhh gitu 1Malaysia sangat kan.

Disebabkan terdapat isu2 sensitif dan kesentapan berlaku maka aku me-remove nama semua kawan2 yg ada dalam entri ini. 

    Okayh dah complete sume.So aku harap korang semua gumbiera di hari raya besok.Jangan main mercun sampai putus tangan (nape Melayu jek selalu main sampai putus tangan,kaki,jari etc?).

    p/s: cepat la kawen korang sume aku nak ang pao.muahahhaha.

    Wassalam.

    Hahh Mampu Kau?

    Perbualan ini di antara dua orang budak yang gojas walaupun suka ponteng class (sila abaikan statement terakhir).

    Perempuan 1: "Kitak dah masok lab IA ka?" (Awak dah masok lab IA?)

    Perempuan 2: "Udah.Lab yang Brader Fikri ya nak?" (Sudah.Lab yang Brader Fikri kan?)

    Perempuan 1: "Mekorang dolok brader vietnam ya nak nyebut first ya fehest" (Kitorang dulu brader vietnam ya sebut first tu fehest)

    Tunggu dulu cerita belum habis.(IKLAN) Ingin saya beri amaran, sila jangan ikut jejak langkah Perempuan 1 itu yang suka memerhatikan cara orang bercakap.Tak baik tau nanti Tuhan marah.

    Perempuan 1: "Hmm pastok klak tokrang masok CIM lab" (Lepas ni nanti korang masok CIM lab)

    Perempuan 2: "Lab yang polah simcard ya kak Seri?" (Lab yang buat simcard tu ke kak Seri?)

    Perempuan 1: "Huhhh??Kita sik penah gik belajar molah simcard" (Kita tak penah lagi belajar buat simcard)

    Ohh mungkin silap saya sebab suka cakap cara brader vietnam itu sebut "First" jadi "Fehest".Sebab tu bila saya cakap CIM lab bunyi nya seperti SIM lab (simcard dalam pemahaman cik perempuan 2).So sekarang kamu diberi pilihan untuk gelak atau maki saya.Hah mampu kauu.

    p/s: Nono sila jangan maki saya..hahahha seyess muka ktk time madah pasal polah simcard ya sangat jenaka okayh.

    * Heyy Seri cepat packing barang.Esok mau ke JB.

    Ohh ya Hepi Besday to My Mom.I Love you Babu.Semoga panjang umor dimurahkan rezeki ("mintak uwitt lok") dan diberkati dalam apa jua.Amin.Thanks sebab banyak bersabar dengan anak mu yang tidak matang ini.You are my Supermom!

    Wassalam.

    Thursday, February 11, 2010

    Rompakan Tak Bertauliah..

    Yaa aku tahu la benda tu aku dapat free.Aku tahu benda tu rega murah jek.Aku tahu kalo nak mintak satu,Bro Sapora leh bagi sepuloh.Walaupun benda tu tak cantik,murah senang nak dapat tapi benda tu berharga untuk aku tahu??

    Kalo aku dapat perampok tu aku bagi sepakan maut sekali.Kot ye pun kalo berkenan mintak lah kat aku.Paham tak bila orang bagi notes kat atas tu "Tolong Jangan Sentuh".Ke perlu aku letak "Tolong Jangan Curik.Haa Kalau Curik Tuhan Nampak".Perluke??

    Tahu tak bila kamu (bukan kamu ya my reader tapi si perampok tu) dah amik benda tu,kerja saya dah jadi cacat!Tahu tak POTENTIOMETER tu kalau takde macam mana Bro Sapora nak test circuit aku.Dari Smart Light jadi SEMAK LIGHT.Huishhh emo okayh.

    haaa agak-agak ar nak pinjam aku tak kesah..klo curik aku kesah la

    Aku cukup tak paham nape la budak tu nak hamek components aku.Siottttttt jek.Macam takleh mintak kat lab technician.Nak jugak cabut dari veroboard aku.APAKAHHHH?urghhh.Okay i need kipas now...


    Wassalam.

    Tuesday, February 9, 2010

    Ini akibat jika terjumpa dengan orang macam aku..

    Kisah ni happened last semester semena nye tapi aku tetibe teringat koleksi cerita lucu time kat clas TOM (bukan rancangan tom tom bak okayh).Tiap kali clas TOM jek mesti nak gelak.Asal gelak jek mesti kat clas TOM.

    Awal semester (semester lepas) dimulakan dengan kes sorang budak Sarawak dalam class TOM ni jugak.Mula-mula tu Nono (sila kelik di sini untuk menerima renjatan letrik)bisik-bisik kat aku..

    "Kak Seri,brader depan kita tok miak Sarawak aih." (Kak Seri,brader depan kita ni budak Sarawak tahu.)

    "Haih mena?sik la mek tauk koh." (Yeke?aku tak tahu plak)

    Jelas bukan terjemahan aku.Kemudian aku ambik keputusan untuk tanya budak lelaki tu.

    "Hmm brader,kitak orang Sarawak ka?" (Hmmm brader,awak orang Sarawak ke?)

    Dengan penuh naif budak tu toleh aku dan jawap camni..

    "Ahh sik.Kamek orang Sibu." (Ahh tak.Saya orang Sibu)

    TITIK.Aku malas nak komen lagi.Ok aku bagitahu.SIBU tu kat SARAWAK tahu?So sapa-sapa boleh jelaskan kat sini.Samada aku salah tanya soalan atau budak tu saja nak bagi jawapan yang panjang sebagai tanda penghargaan Selamat Berkenalan dengan memberi jawapan yang sungguh mengelirukan.

    Satu lagi cerita.Disebabkan aku lulus TOM dengan warna yang berterbangan (orang Melayu cakap pass with flying colors) so aku boleh sebarkan cerita keji ni.Setelah hampir 4 tahun aku diajar oleh cikgu ini,ketika aku ambil subjek TOM semester lepas pun dia masih HoD mechatronics,beliau tak penah tukar henpon.Aku tak pasti henpon apa tapi sudah pasti nokia yang berteknologi monotone.

    Setiap kali class setiap kali tu jugak henpon beliau akan berbunyi.Kadang-kadang agak mengganggu.Tapi itu bukan menjadi tanda tanya budak kat class tu.Yang kami hairan kenapa setiap kali henpon beliau berbunyi beliau yang tengah bagi lecture akan jawap call tersebut dan terus letak.Tak sampai 3 saat okayh.Serius aku tak tipu.

    Lalu oleh kerna terdapat dua makhluk yang tak pernah serius dalam class tu (sila rujuk Sri Hanna & Nur Farahshila).Maka terjadi perbualan seperti di bawah..

    "Nono,tauk sik ringtone ya dari 4 taun lepas masih sama sik berubah?" (Nono,ringtone tu dah 4 tahun tahu?)

    "Hahahahha.." (Perluke nak translate?okayh nono memang suka gelak tanpa sebab dan arah tujuan)

    "Kenak nya perlu jawap call sik sampey 3 saat terus letak?Apa nya main three seken ka?" (Kenapa dia jawap call tak sampai 3 saat terus letak?Main 3 seconds ke?)

    "Sik maybe kawan cikgu bagi mesej bubble talk kali" (Tak maybe kawan die bagi msg bubble talk)

    Kalau kamu ingat lagi 3 seconds tu Celcom and bubble talk tu DiGi.Aku sebut 3 seken sebab aku pengguna tegar Celcom dan Nono plak DiGi.Okay sekarang kamu boleh nilai sejauh mana imajinasi kami.Ada kaitan tak dengan class subjek mechanical ngan communication punya servis?

    Itu belum mencakupi lagi cerita sorang cikgu yang ajar subjek mechanical jugak.Dia boleh jawap call sambil bercakap.Ya bercakap yang aku maksudkan adalah meneruskan lecture sambil talipon di telinga.Agak-agak pemanggil tu menyumpah tak.Elok jek die cakap hello die dengar benda ni..

    "..if you want to find the stress or strain blahblahblah.."

    Selama lebih seminit (cikgu kami tak cakap hello pun kat pemanggil tu) baru lah beliau letak henpon.Ohh adakah yang call itu dari Celcom Service Centre menagih pembayaran bill.Kesian beliau mendapat pelajar yang minah kepoh semua benda nak tahu.

    Kepada watak-watak yang aku ceritakan di atas.Ini bukan entri untuk mengaibkan malah menfameskan anda semua.Terima kasih cikgu sebab ajar pelajar yang suka ponteng class ini.

    Wassalam.

    Monday, February 8, 2010

    Baiklah Aku Mengaku Sekarang

    Aku tahu aku selalu fikir ADSP subjek paling membunuh dalam mechatronics.Tapi sekarang aku kena mengaku yang DCS lebih membunuh dari ADSP atau mana-mana subjek yang korang rasa susah.Sekarang rasa macam nak tido dan berdoa supaya bila bangun tido nanti rasa sakit hati sebab susah jawap exam tadi akan hilang.Boleh ke eh??Mari cuba (mari tido).

    gamba 1..berdoa penoh keinsapan

    gamba 2..beronggeng rokiah tak hengat dunia

    Cuba perhatikan gamba di atas.Teringat fiza penah cakap pasal manusia yang berdoa mintak macam-macam kat Allah (sila rujuk gamba 1).Akan tetapi bila Allah dah turunkan kesenangan mula lah manusia lupa diri (sila rujuk gamba 2),berjoli tak ingat dunia,bagai kacang lupakan kulit,bagai musang berbulu ayam,bagai gunting dalam lipatan,bagai api dalam sekam. (OK TIGA YANG LAST TU TAKDE KAITAN).

    Lepas tu bila Allah turunkan bala sebab lupa diri baru nak nangis camni..

    "aku menyesal..aku menyesal.."

    Tapi aku terperasan selalunya aku akan buat gamba 2 (pegi melalak kat REDBOX) tu dulu pastuh bila agak-agak rasa bersalah sebab enjoy sakan aku akan rujuk gamba 1 untuk mengelakkan gamba yang last sekali tu.

    Tapi ape kaitan ngan exam DCS?Ohh kaitan dia sebab aku seronok sangat weekend ni.Study pun lite-lite jek.Sekali hamik kau pagi tadi rasa macam nak terjun bangunan jek nak jawap paper.Pastu sekarang baru nak tadah tangan sebab aku dah diserang panik.Tapi sekarang nak tido dulu pastu plan nak study malam nanti.Not too late kan??heyy betul lah sebab final exam hujung bulan depan.So kira awal lah aku study ni.Cepat angguk.Cepat cakap "Ya saya mesti pileh".Kalau tak cakap aku akan tido pastu taknak study.

    Wassalam.

    Sunday, February 7, 2010

    Anda Tahu Tak?

    Tahu tak selalu nya weekend budak uia paling koman akan plan pegi JJ wangsa maju (ekceli Alpha Angle) atau pegi KLCC sebab paling dekat dan suka tengok wayang kat TGV sebab popcorn yang sangat sedap compare dengan GSC (OK NI AKU PUNYA TESTIMONI) dan mereka juga suka nak tangkap gamba kat park KLCC bersama warga asing yang lain.Ya betul warga asing sungguh teruja tangkap gamba sambil pose menelentang macam model Victoria Secret kat tepi kolam air pancut.

    Tahukah anda (kan macam tengah mengacara segmen TV Pendidikan TV 2) purata bilangan pelajar yang akan duduk kat hostel tanpa berbuat apa-apa sepanjang weekend hanyalah 1 daripada 10 orang.Tanpa berbuat apa-apa yang aku maksudkan adalah bangun pukul 12 tengah hari kemudian terus mandi.Lepas mandi bukak laptop terus online sehingga mata ngantuk pada pukul 3 pagi hari berikutnya.Kemudian kitaran (cycle) ini akan berterusan selama tiga hari berturut-turut.

    Tahukah anda,gaya hidup ini memanglah sangat membosankan sehingga rumet beliau fikir "sungguh pathetic budak ni kan?".Kemudian rumet yang baik hati itu tidak mahu mengacau beliau yang sedang enak berdengkur setelah baru 2 jam mengadap buku.Rumet itu hanya menghantar pesanan khidmat ringkas untuk mengajak makan malam kat Planet Tom Yam,yang juga hanya disedari setelah beliau bangun 3 jam kemudian.

    Tapi tahukah anda "beliau" ini yang enak tidur pada petang tadi masih belum habis belajar untuk midterm paper DCS pada pagi esok nya.Ya pagi esok okayh.Sudah lah baru baca buku sikit lepas bangun terus main FaceBook (sila kelik untuk lihat).Mari kita suruh rumet beliau simbah air panas supaya beliau tersedar.

    Wut?Wut?Wut?Exam esok?tak habis study lagi ni.Aduhhh cepat hafal past year mid term.(Sambil sambung main Cafe World kat FaceBook)

    "Ya Allah.Permudahkan lah jalan hidup ku.Amin"

    p/s: Seri cepat study!!!

    Wassalam.


    Tips Menjawap Soklan..

    Tahun ni masok 25 tahun umo aku so as usual makcik-makcik bedah akan rajin tanye soklan bonus kepada orang-orang seangkatan ngan aku.Ni antara beberapa jawapan aku kalo tetibe kene terjah..

    Makcik Bedah: Ko ni bile nak kawen?Dah 25 taun study pun tak abes-abes lagi ni..(ADA KAITAN TAK?)
    Aku: Saya nak daftar sebagai pengundi pun belum lagi makcik,ni kan pulak nak kawen. (OK YANG NI TAKDE KAITAN)

    Dan tu kadang-kadang ada gak beberapa soklan dari kengkawan yang aku mati akal nak jawap.Sumtimes menambahkan saiko kat aku.So kalo aku jawap camni dia takkan berani nak saiko aku lagi dah..

    Kawan 1: Ko dah study tak?banyak lagi tak cover weh.Ko tak nebes ke?Chapter 3 ko paham tak?
    Aku: (Sambil wat muka konpiden) Aku dah study dah dari last month.Walaupon baru paper midterm tapi aku study terus final paper past year.Takat exam isnin ni tade hal punya (sambil angkat ibu jari) *Hah takot takot.haha

    Kalau orang tanya soklan bodoh so jatuh hukum wajip kita jawap jawapan bodoh gak.Eh bukan-bukan.Depends jugak kat orang yang bertanya tu.Kalau yang jenis gila-gila jawap camni..

    Kat dalam bilik air.
    Kawan 2: Ko baru nak mandi ke?
    Aku: Ehh tak lah.Aku baru nak tido.Tadi aku dah mandi dah dalam bilik aku tadi.Ni siap-siap nak tido jek lagi.

    Ni pulak jawapan kalau yang tanya tu budak pompuan yang baik-baik,skema dan alim-alim gitu.Walaupon dia nampak kita dalam perjalanan ke kelas,pada waktu kelas,pakai baju kurung,bawa beg kelas,bawak buku sebeban kat tangan, so kita kene jawap camni..

    Kawan 3: Seri nak pegi mane ni?Seri ade kelas ekk?
    Aku: (Buat muka blur sambil tu tarik napas panjang-panjang) Ha'ah.Nak pegi kelas.

    Dinasihatkan jugak lepas jawap soklan dia,senyum or ketawa kecil supaya dia rasa kita sangat ikhlas menjawap soklan naive tu.Tapi sila jangan gelak FAKE seperti yang Kamal selalu buat.(Ok sempatt!!)

    Selain tu kalau ayah atau ibu tanya bila kamu akan cari pakwe.Sila jawap camni..

    "Saya hot sangat sampai tak tau nak pileh mane satu.Tambah lagi kalau cari pakwe macam beli choki-choki petang ni jugak saya boleh dapat pakwe.."

    Eh tidak tidak.Jangan cakap camtu.Nanti jadi anak durhaka.Anak durhaka tak cium bau syurga.Tengok apa jadi kat si Tanggang dan si Malin Kundang.Ok berenti guna ayat skema peliss Seri.Kita jawap camni jek..

    "Saya tak nak ada komitmen selagi tak redi la mak/ayah.Study pun tak khatam lagi.Esemen masih tiru kawan punya.Duit PTPTN pun tak bayar lagi.Duit makan pun masih mintak kat mak ngan ayah.Ugly Betty season 3 pun saya masih tak tengok lagi sebab tak tau nak carik kat mane.How I Met Your Mother pun baru tengok 5 episod orang lain dah nak abis dah tengok bla bla bla yada yada..."

    Sila sambung seberapa banyak alasan lagi sehingga mak dan ayah kamu bosan nak dengar sehingga rasa macam nak tutup mulut kamu dengan kuih dorayaki sebanyak 10 bijik dan berdoa supaya doraemon datang bagi pintu sukahati dan sumbat kamu ke dalam pintu sukahati itu dan hantar kamu ke planet marikh untuk mencari seseorang yang dapat mengubah perangai tidak matang kamu dan dan dan berhenti merepek Seri.Okayh enuf said.

    Kalau dah selalu sangat dapat soklan cepumas camni baru aku tersedar..
    1. Bila aku nak daftar sebagai pengundi?Fuhh nasip baik mengundi untuk SRC tak payah daftar, boleh terus jek vote guna matric card.
    2. Aku tak penah ke tanya soklan bodoh?Selalu aku call ayah mesti aku tanya "bapak buat ape mase ni?"(Bukankah ayah aku time tu tengah bercakap talipon ngan aku?)
    3. Soal jodoh ni aku terlalu selesa ke jadi single?Wahh statement loser sangat kan.Cakap jek tak laku takde orang nak sudeyyy.
    Apa-apa pun korang pandai-pandai la jawap kalo dapat soklan seperti di atas.Mari kita mari kita (sambil buat gaya dikir barat) sambung study DCS.

    "Ya Allah.Permudahkan lah jalan hidupku.Amin."

    Wassalam.


    Wednesday, February 3, 2010

    habis madu sepah dibuang..

    Ehh ehh kesian sepah itu kan?Apakahh?Sepah Raja Lawak?Ohh bukan lah.Ni pasal pensil yang telah berjasa selama 7 tahun.Omaiigadd 7 tahun??Percaya atau tidak yaa sudah 7 tahun.Pensil yang sebenarnya kepunyaan cik Sheeda tetapi telah dipindah milik secara haram kepada aku.Hahahhahahahahah.

    Okayh maaf entri ini seperti karangan sekolah rendah."Dahulu aku dipuja dan digunakan setiap hari,setelah rosak aku disisihkan".Hahhh giteww kan.Kaedahhhh nye??tengah syok wat esemen DoME dalam clas tetiba grip pensil kesayangan telah tercabut.Oh makk kau tercabut!!

    Nampak tak grip yg suda tercabut itew??

    Maka setelah class DoME tamat aku begerak gerak khas ke Baiduri nak beli pensil baru.Akan tetapi tetibe plak lah kan sume pensil mekanikal takde.Boleyyyyy?Time aku taknak beli belambak plak kan.Huhhh kaedahh nye kene la pegi kedai kat centre.Pileh2 aku nak gak beli pensil PILOT sebab kualiti nya "SAYA MESTI PILEH" gituu kan macam iklan Bank Rakyat.

    Ni la pensil baru guwe.Turquoise is saya-mesti-pileh color.

    Wohh sedeh takleh gune pensil kesayangan tu lagi.Terpaksa ganti yang baru.Nak buang sayang.Seyess sayang nak buang sebab dah lame pakai untuk tulis (yela takkan gune korek idong plak) & selesa guna.Hmmmm esok gune pensil baru.Yayyyy ehhh bukan bukan.Terseronok plak.*Suddenly sedeh*

    By the way,semalam pegi class (wahh boleh belagak rajin pegi class), ada budak under ENGINIUS (Dakwah & Tarbiyah Bureau) bagi risalah.First ever risalah.Wahh meriah kau sekarang ENGINIUS melangkah setapak ke hadapan.SHIFT_Forward gitew.Name risalah e-FORTUNE.Techno sangat.Isi kandungan?Wahh siap ade cerpen lagi tapi bersumbang ehh bukan bersambung sebab tu tengah seronok baca tetibe kene tunggu next keluaran.Mampu kann nak memupuk budaya membaca di kalangan senior-senior warga tua yang dah keras otak malas nak membaca.Waima notis kat mane tutor clas pun malas nak baca.Lain la kalo notis class cancel jauh sebatu pun mata terang nak baca.Okay2 sudah2.Mari sambung belajar.Cewahh skema badut.

    siap ade kartun2 lagi..ko ade ke??hahh


    "Ya Allah permudahkan lah jalan hidup ku.Amin."

    p/s: nampak tak background gamba pensil kat atas?tu la diary aii..wahh menunjuk-nunjuk sungguh.


    Wassalam.

    Tuesday, February 2, 2010

    Ugly Betty season 3..

    ***Entri ini dibuat dalam bahasa melayu untuk tujuan memudahkan pembaca(s) bukan Sarawakian.(adakahh org nak maca blog aku?Ok stop it seri!).Bagi Sarawakian yang 'ingga' dengan entri ini sila begerak keluar di dalam barisan dan dahulukan warga emas,golongan kurang upaya & bayi ehh kanak-kanak.

    Wahh ini adalah simptom-simptom LOSER dimana rajin menhapdet blog sehari dua kali seperti pengambilan ubat ketika demam. (cepat2 buat 'L' dengan ibu jari dan jari telunjuk then letak kat dahi)

    Tercarik-carik Ugly Betty Season 3.Seyessssssssss naktengok season 3 since dah tgk season 1,2 & 4.Prektis melangkau.Gimme gimme gimme moreee.Sape yang sudi bagi la saya *sambil wat mata berair meraih minta simpati*.Sungguh teruja can't stop wathing Ugly Betty.Tiap kali tengok mesti gelak macam orang gila.Ehmm kalo tak tengok cerita lawak pun gelak tetapppp mampu memecahkan dinding compartment hostel sehingga bilik 4 boleh jadi 1 bilik besar.

    i dun know y i like henry??hahahhaha skema badut sungguh.

    Tetiba cam rasa nak wat entri pasal Valentine.Sila jangan salah anggap.Tajuk tersebut untuk menceritakan kisah sebenar tiada yang benar selain yang benar-benar belaka.But still need more idea to write on that.Huhhh okayh.Ngantok.Penat.Mari kita tido untuk mengelakkan mata panda pada besok hari.Esok class 8am.Semangat semangat semangat.Tido didahulukan Score A paper diutamakan.

    Wassalam.

    segmen mari pulang ke kampus..

    Woohh sik suka sik suka.Asal nak balit uia jak mesti rasa sik best.Urghhhh saba2..gik tinggal kurang 5 bulan ku nak abis study.Ho-ray! *sambil molah ekspresi muka hepi*

    Sedeh sebab sekpat pelok my niece puas-puas sebab bapak nya nak lekas takut kenak kepong polis.Hmmppff yalah lenkali modified gik keta ya tambah sayap,ubah tayar jadi 8 ka.Bok setayel!Lepas cek in terus joros masok departure hall.Hoh ada jejaka ensem dudok sebelah!hahaha PENGSAN kejap.
    .
    .
    .
    .
    .
    Sampey LCCT dah almost 11pm.Pasya nunggu bang Piee ngambik dah kol 12.30pm.Lam keta sikda mood nak kakar pun sekda mood.Sampey uia kol 1.15 am.Pak Guard kat main entrance pun macam dah malas nak ngecek matric card.Sampey bilit terus salin baju cuci muka.Skip mandi sebab sejokkkkkkk.Makan mee kolok,fresh dari ladang eh eh dari Kuching.Before ya send text to my sis padah dah sampey uia.
    .
    .
    .
    .
    Tetiba rasa ngantok.Esok pagi sik larat nak gi kelas DoME.Bangun2 pas mandik telan ubat batok tanpa menyukat isi kandungan.You know wat??Terus mata berpinar2 kakya.Pengsan atas katil dari kol 11.30 smpe 3pm okayh!Bangun jak terus tobat sik kan makan ubat sik besukat2.Main tuntum neyndak overdose.Matilahhhh mun tadi tido sik bangun2.
    .
    .
    .
    .
    Hah dah selasa???urghhhh banyak nya keja.As usual bila dah lepas midterm break keja bukan dabel triple.Tapi beribu ribu lemon.Time ya otak mula bepikir "kan bagus da poket doraemon".Ahh sudah2.Lam class robotics sekda mood sebab dapat balit midterm paper nangga result sik memuaskan.Diulangi SIK MEMUASKAN.Hmmpffff (mengeluh lagi..dolok cekgu Yaafar padah org kuat mengeluh cepat mati)..Matilah DELETE DELETE tekan BACKSPACE.
    .
    .
    Balit class robotics plan nak sambung buat SMART LIGHT DETECTOR.Dah ator circuit tetapppp sik works.Dalam ati @#$%#@!.Fuhhh pasya anta kat Bro Sapora for double check on my circuit.FYI Bro Sapora tok macam Doraemon yang datang nyelamat mana2 student okayh.He got a magic hand (KONONNNN).Sebab mun circuit sik works suroh nya cek..jeng jeng "It works bebeh!" (Ini adalah testimoni semasa membuat projek DSD 2 tahun lepas).

    OTW nak balit tetiba teringat buku2 yang dipinjam before cuti due ritok.Shitttt!tepaksa gi library.Urghhhh jaohhhhhhhhhhhhhhhhh.Ok enuf exaggerating.Anta buku ikut celah bedah eh eh bukan celah dinding yang digunakan untuk ngantar buku lepas opis hour.

    Lepas balit dari library terus balit bilit online FB,YM,MSN,BLOG suma suma lah.Sambil minum aik sambil ya makan pisang.Hoyeahhhhh gaya hidup sehat.MALAYSIA BAIK PUNYA ehh MALAYSIA BOLEH.*Sambil wat thumbs up tiru gaya dafi AF*

    Malam tok nak berusaha membuat esemen DCS & Analog.Wish me luck dapat nyiap malam tok!

    Wassalam.