Saturday, February 27, 2010

IPAC 2010 dan Berjimba-jimba.

[sila pastikan anda memasang mode penuh keinsafan semasa membaca entri ini]


Assalamualaikum W.B.T dan Salam Maulidur Rasul.


Semalam aku bosan sangat duduk bilik sebab tiada ektibiti berfaedah yang mampu aku buat. Tapi aku cukup kagum kerana mampu bangun awal y'all! Perasaan teruja aku tak hentikan di situ. Seusai bangun dari tidur aku terus menghadap cermin dan berkata,


"aku bangga ngan ko Seri!!syabas!"


Kemudian junior aku si Fazura-gojas telah menalipon untuk mengajak lepak di HS cafĂ© malam nya itu. Aku pikir kalo dah lepak HS boleh pegi tengok IPAC sekali. Adik kakak tau tak IPAC tu ape? Aku pun sebenarnya baru tau. (Fine Seri, dah 4 taun kat uia baru tau IPAC tu mende). IPAC tu Islamic Performing Arts Concert dan tema tahun ni "LOVE is….". Canggih kan tema macam SUAMI,ISTERI DAN dot dot dot. Semalam adalah the very first time aku tengok sebab sebelum ni just dengar cerita dari budak-budak yang pegi concert tu.


Oleh sebab aku ni student uia yang paling pemalas nak tengok aktiviti uia, maka aku ada satu expectation bahwa concert tu biasa-biasa saja. Akan tetapi,bila aku tengok concert tu semalam, aku terkesima, terkagum, tersorak, termenjerit, (tapi tak sampai termenangis lah kan). Serius sungguh aku kagum ngan budak-budak uia yang participate dalam IPAC semalam. Rasa rugi pulak sebab masa aku datang tu dah separuh jalan cerita (concert tu dorang buat theatre-music-nasyid-danmacammacamada).


Nak jadikan lebih menarik, ketika aku masuk CAC (Cultural Activity Centre), kumpulan UMMUL QURAA' (sori aku tak tau camne nak eja) tengah perform. Mereka terdiri dari 5 anak arab yang bawak lagu arab tanpa menggunakan muzik. SEDAPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPP okayh suara mereka. Semua orang terdiam sejenak sebab alunan suara diorang memang "MASYALLAH" hanya Allah saja yang tahu. Suara harmoni itu pada mulanya aku sangkakan alunan muzik minus one. Kalau ada rakaman video mereka nanti aku uploadkan ek.


Tetapi sedikit keciwa sebab kumpulan nasyid yang perform lepas tu macam tak best. Hehe. Tapi yang paling penting selepas babak terakhir theatre tu semua penonton menjerit sebab,



RAMLI SARIP Y'ALL!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Ramli Sarip merupakan penyanyi yang akan dijemput SETIAP TAHUN. HAH MAMPU KAU!!! Lepas beliau perform semua penonton menjerit lagi,


"ONE MOREEEEEEE..."


Tapi HAMPAAAAAA. Beliau nyanyi satu lagu jek. Aku kagum giler ngan IPAC malam tadi. Tak sangka uia boleh buat concert sebegitu "bermesej dan ada unsur hiburan". Antara yang terlibat dalam IPAC malam tadi adalah pemuzik dari ISTANA BUDAYA, angklung, gamelan, caklempong, nasyid uia, Ramli Sarip, Ummulqura dan ada lagi aku tak ingat. hehe.


Selepas tengok concert aku dan junior Sarawak lepak kat sungai depan CAC. Kami berjimba-jimba sehingga 11.30pm. Gossip adalah niat utama. Melepaskan rindu hanyalah alasan yang kami gunakan.


Wassalam.


*Tadaaa.Aku dah jumpa video UMMUL QURAA' ni.Maaf ni video ketika diorang perform kat event lain.Video diorang perform malam tadi tak jumpe lagi.ehehkkk.Jangan segan untuk terharu dengar suara mereka. (sila pasang mode keinsafan)*



4 comments:

Faizal n Fashitah said...

Minat juak kitak ngan Ramli Sarip nok sora kedak grinding kacang lam blender ya hoh..

hannaH said...

hahaha..sora cemya lah sexyyy org padah..org pdh la bkn kmk yang padah..

xOxO~fixa~ said...

OMG..ko x penah tau ada IPAC?
aku perform kot taun lepas...huhuhu...motip sgt kan gtau kat ko...

btw...mmg sgt best kan...wish can be there la..hukhuk..

hannaH said...

nak promot la tuh ko perform las year??? *Meninggallll*

sangat best okayh.uhuk3 taun depan dah xleh tgok..