Monday, February 8, 2010

Baiklah Aku Mengaku Sekarang

Aku tahu aku selalu fikir ADSP subjek paling membunuh dalam mechatronics.Tapi sekarang aku kena mengaku yang DCS lebih membunuh dari ADSP atau mana-mana subjek yang korang rasa susah.Sekarang rasa macam nak tido dan berdoa supaya bila bangun tido nanti rasa sakit hati sebab susah jawap exam tadi akan hilang.Boleh ke eh??Mari cuba (mari tido).

gamba 1..berdoa penoh keinsapan

gamba 2..beronggeng rokiah tak hengat dunia

Cuba perhatikan gamba di atas.Teringat fiza penah cakap pasal manusia yang berdoa mintak macam-macam kat Allah (sila rujuk gamba 1).Akan tetapi bila Allah dah turunkan kesenangan mula lah manusia lupa diri (sila rujuk gamba 2),berjoli tak ingat dunia,bagai kacang lupakan kulit,bagai musang berbulu ayam,bagai gunting dalam lipatan,bagai api dalam sekam. (OK TIGA YANG LAST TU TAKDE KAITAN).

Lepas tu bila Allah turunkan bala sebab lupa diri baru nak nangis camni..

"aku menyesal..aku menyesal.."

Tapi aku terperasan selalunya aku akan buat gamba 2 (pegi melalak kat REDBOX) tu dulu pastuh bila agak-agak rasa bersalah sebab enjoy sakan aku akan rujuk gamba 1 untuk mengelakkan gamba yang last sekali tu.

Tapi ape kaitan ngan exam DCS?Ohh kaitan dia sebab aku seronok sangat weekend ni.Study pun lite-lite jek.Sekali hamik kau pagi tadi rasa macam nak terjun bangunan jek nak jawap paper.Pastu sekarang baru nak tadah tangan sebab aku dah diserang panik.Tapi sekarang nak tido dulu pastu plan nak study malam nanti.Not too late kan??heyy betul lah sebab final exam hujung bulan depan.So kira awal lah aku study ni.Cepat angguk.Cepat cakap "Ya saya mesti pileh".Kalau tak cakap aku akan tido pastu taknak study.

Wassalam.

2 comments:

xOxO~fixa~ said...

la hannah...aku rasa aku pun sama...karok mcm nak mati..*sambil feeling2 sore anuar zain mcm aku..hahaha... pas tu rasa menyesal dan bertaubat...

paper pun... all da best wif this lovely subject...luvly kah?

huhuhu

hannaH said...

fiza..tahu xpe.dah karok sampai xde suare baru nak tadah tangan pose atas sejadah kann..hahhh luvly lah sangat..nway tenkiu (: