Monday, February 22, 2010

Trip Yang Mengujakan

Ahad, 21st February 2010
Trip To Cameron Highlands To Lata Iskandar To Lata Kinjang

Entri kali ni aku buat cerita berdasarkan gambarajah.Hah MAMPU KAU??Jangan ingat budak darjah dua saja yang boleh buat karangan berdasarkan gambarajah, mak budak pun boleh.Eh eh maksud aku budak 25 tahun macam aku pon boleh bukan?

Ringkasan karangan:

Watak-watak yang terlibat dalam pengembaraan ini adalah terdiri dari Seri (aku lah), Sheeda (BFF Seri), Tomet (BF Sheeda), dan Aizat (kawan Tomet).Wahh terkagum sebentar melihat rantaian hubungan di atas (Okayh serius plis Seri).Pengembaraan kami bermula pada pukul 5.30 pagi dan kembali ke KL pada pukul 6.30 petang.Sungguh tegar bukan, trip kami lebih 12 jam y'all!!

Ingin dinyatakan di sini, Tomet ngan Aizat siap dah mabuk-mabuk pada malam sebelum nya sebab main shisha+sabun.Volehhh???Kaedahnya ko makan la air sabun tu dengan harapan nak tunjuk power kuarkan asap shisha dengan buih-buih.

Tidak lupe juga, Aku, Sheeda dan Tomet telah mabuk darat.Wat the fish?First time aku mabuk darat okayh.Kaedah nye??Aizat tu bawak kete macam pelesit.Kalo boleh nak je dia tarah bukit tu buat jalan sendiri.Okayh enuf Seri.


Ni la ladang teh BOH.Setelah kitorang gigih mendaki bukit sambil menggigil-gigil,kami breakfast kat Tea BOH centre.Kelasssss y'all.Sambil minum kat balcony,kita boleh camwhoring.Eh eh bukan.Maksud aku,kita boleh ambik gamba macam kat bawah ni.

Ini Tomet dan Sheeda.Hepi kapel selama lebih 4 tahun.Aku suka tengok dorang.(VAVI ayat macam promot iklan serbuk cuci)


Ni aku lah.Ayu bukan?Alamak maksud aku,FAKE bukan?


Ni Aizat.Si pemandu berhemah.Sila baca dua kalimah syahadah sebelum pasang tali pinggang kaledar kalau nak naik kete dia.


Tetiba perempuan ini hyperaktif.Huh??


Si Aizat tetibe well behave.Pelikk.


Acara wajib iaitu camwhoring di luar toilet.Wohh sungguh keji bukan?


Mereka mungkin membincangkan untuk membuka ladang teh pulak lepas ni.


Episod seterusnya:

Setelah kenyang kami gerak-gerak khas untuk turun.Oleh kerna tiada destinasi terancang maka kami turun membabi buta(kesian babi,kenapa namanya disebut-sebut).

Sampai di suatu pasar,kami membeli jagung kukus.Sedap sangat okayh sebab jagung fresh.Kemudian kami mencari kedai menjual bunga.Setelah terlepas beberapa kedai,kami akhirnya berjaya singgah dan aku membeli bunga ros.Si Aizat beli bunga apa thah aku pon tak tau nama bunga tuh.Agak keciwa sebab bunga ros putih tiada. (sad-mode)

Kemudian kami turun lagi dan melimpasi beberapa stall orang-orang asli.Kami perasan ada suatu yang dijual mereka nampak pelik ke menarik eh?Benda tu berbulu-bulu.Bentuk macam ayam.

Aizat pun cakap "Ehh tu ayam lah"

Aku pangkah "tak kan ler ayam keras jek dok atas meja tu"

Kami suruh Aizat berenti tanye kan je kat makcik tuh.Memula dia taknak berenti atas sebab takut dorang tu headhunters.Hah VOLEHH??Kes Kes Kes.Last-last dia berenti jugak.Tapi dia suruh Tomet tanye kat makcik tu.Dah abis sesi temu ramah sambil merasa buah Tampoi kami pun gerak lagi.Dalam pada tu..

Aizat sambil berlagak berkata "Kan aku dah cakap bende tu AYAM"

Aku membantah "Ehh pulak dah.Benda tu namanya 'pokok AYAMAS' bukan 'AYAM' okayh"

Aku jugak sempat tanya soalan bodoh kat Tomet..

"Tongkat Ali yang raw (mentah) tu ape khasiat dia eh?Aku pelik kenapa lelaki suka tongkat ali"

Tomet menjawap dalam nada kebapaan..

"Untok tenaga lah.Tak kan lah untuk melebatkan bulu mata pulak.Engkau ni."

Aku cuma mampu membalas..

"Aku benci kau Tomet.I hate You!"

Diiringi gelak ketawa dan sisa-sisa sakit hati aku,kami pun sampai kat Lata Iskandar.Ramai pulak yang tangkap gamba bajet nak buat poskad lah kan.So kami tak jadi nak mandi.Kaedahnye,elok kau mandi manda ada orang tangkap gamba.Hah mampu kau?Nampak suma benda yang beruk pun tak sanggup nak tengok?Sempat jugak kami memborong cucur cempedak dan keropok lekor.

Perjalanan kami teruskan menuju ke Lata Kinjang pulak.Sampai kat sana,kami makan dulu.Aku siap terkejut sebab baru penah tengok Cendol pulut okayh.Cendol yang dorang tambah nasi pulut.Huh??Pelik kan.Tapi Sheeda cakap sedap superb walla!

Lepas makan kitorang mandi manda.Agak-agak jari jemari dah kecut,muka pun dah biru-biru,kitorang salin baju nak balik ke KL.Dalam perjalanan balik macam-macam benda jadik.Layan jek la gambarajah kat bawah ni.


Sheeda bajet nak amik gamba apek kat dalam kedai tu.Sekali macam tau-tau je apek tu angkat kerusi dia pastu blah.Sekali yang datang apek naik motosikal ni hah.


Ni Pejabat Majlis Daerah Tapah.Konsepppp sangat okayh.Pejabat dia kat bangunan kedai lama.Klasssik!


Ni adalah cubaan Aizat ngan Tomet nak membuktikan petrol station ni lah paling klasik sekali kat dalam Malaysia.Mula-mula tu kitorang dah terlepas simpang nak ke petrol station ni.Sekali kau jangan tak tau tahap kesengalan si Aizat ni sampai sanggup patah balik.MAMPU KAU?hahah gamba ini sebagai buktinya.


Dalam perjalanan balik KL kitorang tak nak pakai highways tol.So pakai jalan biasa.Tapi kena bukak map sebab tak tau jalan.Dah beli map mahal-mahal kena lah guna kan.Hah perhatikan tangan si Aizat tu,sebok driving sebok tekan-tekan nak tukar channel radio.Kejadahnye kitorang dengar lagu sekerat-sekerat.Nasip baek kami hanya penumpang kau Aizat,so DIAMLAH KAU SERI!


Yang paling tak boleh blah dorang punya carik air tebu sampai ke sudah tak jumpa.Dari tapah sampai ke KL hah.Okay lah.aku dah penat nak taip panjang-panjang.

p/s: Pape pon kan.Weekend di Cameron was a BLAST!Yang Terbaek.The BESTEST.Ker???Ok enuf.Yang penting aku hepi.


Wassalam.

4 comments:

Hajib said...

apa jauh gilak turun nak komen tok.. huhuhu.. btw... shell ya paling raget tangga mek dari byk2 gambar tek.. hehehe

hannaH said...

lpak nak edit katan tangan dah lelah naip..ahaks.lom kmk gik masok lam gamba ya..mun sik nak kah very the raget lah gamba ya..hahaha.

dukunlintahplk said...

best best.. rasa mok ekot jakkk!!!

hannaH said...

pak dukun.bah juh datang ctok..lak ngembak ktk..best aihh!