Sunday, February 7, 2010

Tips Menjawap Soklan..

Tahun ni masok 25 tahun umo aku so as usual makcik-makcik bedah akan rajin tanye soklan bonus kepada orang-orang seangkatan ngan aku.Ni antara beberapa jawapan aku kalo tetibe kene terjah..

Makcik Bedah: Ko ni bile nak kawen?Dah 25 taun study pun tak abes-abes lagi ni..(ADA KAITAN TAK?)
Aku: Saya nak daftar sebagai pengundi pun belum lagi makcik,ni kan pulak nak kawen. (OK YANG NI TAKDE KAITAN)

Dan tu kadang-kadang ada gak beberapa soklan dari kengkawan yang aku mati akal nak jawap.Sumtimes menambahkan saiko kat aku.So kalo aku jawap camni dia takkan berani nak saiko aku lagi dah..

Kawan 1: Ko dah study tak?banyak lagi tak cover weh.Ko tak nebes ke?Chapter 3 ko paham tak?
Aku: (Sambil wat muka konpiden) Aku dah study dah dari last month.Walaupon baru paper midterm tapi aku study terus final paper past year.Takat exam isnin ni tade hal punya (sambil angkat ibu jari) *Hah takot takot.haha

Kalau orang tanya soklan bodoh so jatuh hukum wajip kita jawap jawapan bodoh gak.Eh bukan-bukan.Depends jugak kat orang yang bertanya tu.Kalau yang jenis gila-gila jawap camni..

Kat dalam bilik air.
Kawan 2: Ko baru nak mandi ke?
Aku: Ehh tak lah.Aku baru nak tido.Tadi aku dah mandi dah dalam bilik aku tadi.Ni siap-siap nak tido jek lagi.

Ni pulak jawapan kalau yang tanya tu budak pompuan yang baik-baik,skema dan alim-alim gitu.Walaupon dia nampak kita dalam perjalanan ke kelas,pada waktu kelas,pakai baju kurung,bawa beg kelas,bawak buku sebeban kat tangan, so kita kene jawap camni..

Kawan 3: Seri nak pegi mane ni?Seri ade kelas ekk?
Aku: (Buat muka blur sambil tu tarik napas panjang-panjang) Ha'ah.Nak pegi kelas.

Dinasihatkan jugak lepas jawap soklan dia,senyum or ketawa kecil supaya dia rasa kita sangat ikhlas menjawap soklan naive tu.Tapi sila jangan gelak FAKE seperti yang Kamal selalu buat.(Ok sempatt!!)

Selain tu kalau ayah atau ibu tanya bila kamu akan cari pakwe.Sila jawap camni..

"Saya hot sangat sampai tak tau nak pileh mane satu.Tambah lagi kalau cari pakwe macam beli choki-choki petang ni jugak saya boleh dapat pakwe.."

Eh tidak tidak.Jangan cakap camtu.Nanti jadi anak durhaka.Anak durhaka tak cium bau syurga.Tengok apa jadi kat si Tanggang dan si Malin Kundang.Ok berenti guna ayat skema peliss Seri.Kita jawap camni jek..

"Saya tak nak ada komitmen selagi tak redi la mak/ayah.Study pun tak khatam lagi.Esemen masih tiru kawan punya.Duit PTPTN pun tak bayar lagi.Duit makan pun masih mintak kat mak ngan ayah.Ugly Betty season 3 pun saya masih tak tengok lagi sebab tak tau nak carik kat mane.How I Met Your Mother pun baru tengok 5 episod orang lain dah nak abis dah tengok bla bla bla yada yada..."

Sila sambung seberapa banyak alasan lagi sehingga mak dan ayah kamu bosan nak dengar sehingga rasa macam nak tutup mulut kamu dengan kuih dorayaki sebanyak 10 bijik dan berdoa supaya doraemon datang bagi pintu sukahati dan sumbat kamu ke dalam pintu sukahati itu dan hantar kamu ke planet marikh untuk mencari seseorang yang dapat mengubah perangai tidak matang kamu dan dan dan berhenti merepek Seri.Okayh enuf said.

Kalau dah selalu sangat dapat soklan cepumas camni baru aku tersedar..
  1. Bila aku nak daftar sebagai pengundi?Fuhh nasip baik mengundi untuk SRC tak payah daftar, boleh terus jek vote guna matric card.
  2. Aku tak penah ke tanya soklan bodoh?Selalu aku call ayah mesti aku tanya "bapak buat ape mase ni?"(Bukankah ayah aku time tu tengah bercakap talipon ngan aku?)
  3. Soal jodoh ni aku terlalu selesa ke jadi single?Wahh statement loser sangat kan.Cakap jek tak laku takde orang nak sudeyyy.
Apa-apa pun korang pandai-pandai la jawap kalo dapat soklan seperti di atas.Mari kita mari kita (sambil buat gaya dikir barat) sambung study DCS.

"Ya Allah.Permudahkan lah jalan hidupku.Amin."

Wassalam.


2 comments:

xOxO~fixa~ said...

OMG...i luv dis post sooooooooooo much...

u go gurl...sambil wat pom pom dancing kat tgh laman engin kan...mau join...hahaha...
aku mengong setelah baca post ko...
=)

hannaH said...

fiza..heyy takyah tny aku nak join ke x?kokan kapten pasukan pompom..aku kan ahli tetap ko kan?mari pompom dance kat depan starbucks engin..wahhhhhhh kelas kan?