Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan Kareem.

Aku mulakan dengan nyanyian anak saudara aku. Sila nyanyi dengan gaya berikut:



"Watermelon Watermelon. (sambil menggoyangkan kepala). Papaya Papaya. (sambil meliuk lentuk tubuh). BUANG Mata Kucing BUANG Mata Kucing. (sambil mencedok bijik mata keluar). Rambutan Rambutan. (sambil menyisir rambut)."


*Agak-agak guru tadika salah ajar ke anak saudara aku terlebih pandai?



Entri kali ini berunsur keinsafan. Tulisan kali ini sememangnya menggambarkan diri aku di alam realiti. Siapa mengeji aku sumpah jadi kodok. Okay maaf, bulan Ramadhan tak elok mendoakan kejahatan. Semula semula. Siapa mengeji aku sumpah jadi bubur lambuk. Boleh sedekah kat Masjid SHAS UIA.

Sila baca dari awal hingga akhir. Siapa yang skip2 jawab sendiri kat Tuhan. Tak baik menipu. Berdosa.

Bulan Ramadhan adalah bulan yang paling dirindui oleh umat Islam yang ingin menambah amalan. (Bukan bermaksud bulan ni saja kamu berbuat baik okay, bulan2 lain juga boleh).

Berpuasa pada bulan Ramadhan menggalakkan kita memahami penderitaan orang2 yang tidak berkemampuan. (Satu hari berlapar jangan gampang sangat melahap masa berbuka. Biarlah ala kadar. Bimbang kenyang sangat sampai tak larat tarawikh).

Selain itu juga berpuasa dapat membersihkan diri dan jiwa dari pekara2 yang dilarang. (Sila berhenti mengorek hidung sekarang!). Dan berdoalah semoga amalan yang dikerjakan dan puasa kita diterima oleh Allah. (Kau jangan bangga sangat boleh tahan tak rokok waktu siang, kau qada' rokok 2 minit lepas berbuka. Keji tahu.).

Kalau 2 hari sebelum berakhir Ramadhan, orang ramai sibuk mencari buluh untuk dibuat lemang. Maka tidak hairanlah jika 2 hari Ramadhan sudah ada budak2 bertopengkan Ali Setan dan Farok Gagak Hitam mencari buluh untuk dibuat meriam.

Dan agak gampang juga mereka bermain meriam buluh di sebelah masjid untuk tujuan mempercepatkan kadar denyutan jantung Tok Imam dan warga tua yang sedang khusyuk menunaikan solat Tarawikh.

Jadi beringat lah kamu wahai budak2, dunia ini semetara, akhirat itu kekal. Kalau masih mahu mencuba kekuatan meriam buluh, sila buat jauh2. Agak2 kalau cedera, kamu cedera seorang diri. Jangan libatkan orang lain.

Aku juga mahu memohon maaf andai terkasar bahasa, termengumpat, terkeji, tersaiko, dan minta dihalalkan makan minum. Sempena bulan yang mulia aku ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua bloggers, rerakan, kekawan, memusuh dan tidak lupa My Pangeran Ganteng.

Aku tahu ada diantara kamu yang skip2 baca entri kali ini sebab bimbang kalau baca akan ada yang rasa panas seperti dibakar. 

Ohh ya sila jangan lupa niat berpuasa. Bangun sahur jangan lupa. Wohh gila semangat aku. Tapi sedih, baru niat mahu puasa, terpaksa dibatalkan. Cuti Palang Merah.





"Ya Allah. Permudahkan lah jalan hidupku. Berilah keberkatan di sepanjang hidupku. Moga aku menjadi insan yang lebih baik dari semalam. Amin."





Wassalam.



*mahu palu beduk nanti kejut kan sahur. (-.-*)/






No comments: