Thursday, August 19, 2010

Mencarut Lebih Senang Daripada Memaki.

Alhamdulillah sepanjang kita berpuasa aku lihat sudah ramai yang menghakis sifat-sifat keji. Tapi tidak kurang juga si Arnas yang masih lupa bahawa Ramadhan telah tiba 9 hari yang lalu. 

Beliau masih cuba mempengaruhi otak suci aku bahawa beliau seorang artis. Setiap hari beliau akan menyanyi dengan penuh yakin. Tanpa memikirkan suara beliau yang mampu menggegarkan satu semesta.

Cukuplah mengumpat untuk hari ini. Aku mahu mengadu domba pula. Sudah 9 hari berpuasa. Aku baru berpuasa 4 hari. Santapan sahur aku cuma Quaker Oat dan susu Anlene. Santapan berbuka pula cuma ayam, nasi dan kuih karipap.

Serius aku iri hati bila dengar mak aku dan kakak aku boleh berlagak berbuka puasa dengan lauk pauk sedap. Maaf aku teremosi. Mereka tidak berlagak. Cuma hati keji aku sering menyalah tafsir itu semua. 

Aku rindu dengan kuih perahu, kuih celorot, bubur pedas, ikan terubuk masin, kuih cakoi, cincau susu, kuih seri muka (aku cuma suka makan yang warna hijau, yang bahagian pulut selalu nya akan ajaib dengan tiba tiba atau mungkin juga ke atas lantai?).

Banyak sungguh aku idamkan. Hmm. Biasalah dugaan berpuasa di perantauan. Tapi tidak mengapa. Kepada semua kuih muih yang aku senaraikan di atas. Bersiap sedia lah bahawa kamu semua akan aku rakus menjelang 8 hari akan datang. 

Jika kamu semua berpakat mahu bertukar wajah mahupun rasa, itu semua aku tidak peludi peduli kerana aku tetap akan meratah kamu satu persatu. Nom nom nom nom.

Maaf. Begini lah jika otak sudah tidak keruan mahu pulang ke rumah. Ohh 8 hari. Boleh mula menghitung sekarang.



"Ya Allah. Permudahkan lah jalan hidup ku. Amin."


Wassalam.

7 comments:

Faizal n Fashitah said...

Sikdahal berbuka simple2. Atleast bulan posa tok kita sama2 dapat nurun berat badan kita ba.. XD

hannaH said...

Faizal&Fashitah..aok eh.lupa tek nak diet.hekhek.

AmirFX said...

Slow2.. Dah menar nemu kelak sik makan menar.. Cayaklah... haha..

Khairul Onggon said...

adeh.. kuih celorot... mena2 molah kmk mok balit kpg nektuk juak huhu :P

hannaH said...

amir..aok eh.kueh penoh semeja.bila tima makan suma sik lalu nak jamah.

kaljis..hehe.counting2.sik lamak gik blt.

dukunlintahplk said...

di perantauan lah best.. baruk ada feeling2.. makin gik mbak nengar lagu raya.. hehe

hannaH said...

pak dukun..yalah tek..mood raya dah ada sak jak posa lom penoh..