Saturday, August 21, 2010

Betul-betul Mahu Mencarut. Sedikit Lagi.

Menjengkelkan. Sila ikuti pesanan khidmat ringkas dari Arnas. 6.30 petang waktu tempatan. Aku masih di dalam bas menuju ke Johor Bahru. Beliau sedang bersedia untuk melahap mengikut jam berbuka di Kota Kinabalu.


"Kuetiaw..ayam goreng..gulp. Alhamdulillah sukur segala nikmat. Yang belum berbuka sabarla ya. Hehe."

"KAU SENYAP. KISAH PULA AKU?" dalam hati rasa mahu meludah.



Tidak cukup dengan itu, disertai pula dengan dalil.


"Sesungguhnya orang yang bersabar adalah orang yang beruntung..(berkata sambil melantak karipap ayam dengan pantas)."


Boleh ke tidakk uols? Aku pun dengan penuh tawaduk membalas mesej tersebut.


"AKU RASA MISI JACOB TU TAKKAN BERJAYA. (SESUNGGUHNYA DOA ORANG YANG TERANIAYA SANGAT MUSTAJAB)."


Laju saja beliau membalas.


"Tiba-tiba aku rasa berenti mengunyah dan rasa amat bersalah sangat. Aku mo kembali ke UIA dengan wajah baru yang lebih kacak."


Berjaya juga aku saiko beliau. Misi mahu 6 pack bagai. Berbuka macam ajak satu kampung. Okay aku dengki sebab beliau boleh berbuka sejam awal. Keji sangat.

Oleh sebab tahap keji beliau, aku mahu tunjuk pada semua orang kau punya gelabah salah sebut nama.


"Mana dia sekarang lelaki tu?"

"ENTAH. DIA BILANG LELAKI TU SAMBUNG DEKAT 'BMI' SUDAH. KALAU NDA SILAP AKU LAH. NAPA?"

"Owh makin dekat lah tu. Tergugat lah aku macam ni."

"KAU NI BETUL BETUL PENGALAH. SEMUA LAH KAU MO RASA TERGUGAT. COOL BRO."

"Macam mana aku mo cool lagi. Lelaki tu suda makin dekat. Mana tu kau bilang tadi. Hah di 'IBM'. Belakang UIA saja tu."

"IBM???"

"Iya lah 'IBM'. Kau bilang dia masuk sana tadi bukan?"

"IBM TU KAN JENAMA LAPTOP. APA DIA BIKIN DALAM LAPTOP? MENARI?"

"Demmm. Aku salah sebut. Apa kau gelak-gelak."

"AKU INGAT KAU PUNYA SAIKO SAJA BOLEH BIKIN LAWAK. RUPA-RUPANYA DAYA INGATAN KAU LEBIH KELAKAR."

"Fineee.."


Puas sudah hati aku. Sekarang mahu tekan butang publish. Kemudian suruh beliau baca. Hah padan muka kau Arnas. Berani lagi kau saiko aku dengan makanan? Nahh rasakan lho! HAHAHAHAHA.




"Ya Allah. Permudahkan lah jalan hidupku. Amin."




Wassalam.


(This morning was disaster sebagai permulaan hari. And I learnt something at least. Syukran Ya Allah.)

2 comments:

Faizal n Fashitah said...

Adohh...mek tok..bila dah ada dialog sabah ya..mah la nyawa mek baca.. alu blur abis mek..adehh..

hannaH said...

Faizal&Fashitah..aihh senang jak nak paham bah bhs cdak..hehe.