Wednesday, August 25, 2010

Kalau Sudah Namanya Berhati Busuk.

Counting. Counting. Ehh bukan aku mahu tukar jurusan accounting. Saja mahu mengira hari untuk pulang. 

Psttt pstt. Lagi 2 hari. Setiap kali teman sebilik, teman seperjuangan waima teman tapi mesra bertanyakan kepada aku perihal pulang raya. Aku mula mengembangkan hidung dan menjawab dengan penuh yakin.


"Kak Seri balik bila raya ni?"

"BALIK? HMM JUMAAT." Jawabku dengan penuh riak, ujub, taksub dan semua sifat mazmumah yang lain.

"Apaaa? Ee benci lah Kak Seri ni."

"OHH SILA SILA. SILA LAH BENCI. AKAK SUKA. HAHA."


Sebenarnya aku tiada idea mahu ngeblog ini hari. Orang barat bilang Writer's Block? Ya gitew. (Sila tahan muntah kamu sekarang).

Aku tak kemas barang untuk dibawa pulang. Biskut raya belum beli. Baju raya? Hampess aku tak jahit lagi. Harap2 pulang ini sempat lah kakak tu tolong jahitkan. 

Kalau tak sempat juga aku ambil gam gajah tampal guna gam! Selesai.

Okay lah. Aku perlu mandi. Kemas bilik. Kemas barang dalam beg. Cari kotak letak bakul hantaran.

Bakul hantaran??? Adoiyai aku terlupa cari kotak semalam. (Bakul hantaran bukan aku yang punya. Ini bakul DAYANG RABIAH yang punya. Aku masih available uols.).

Okay okay lincah lincah! CARGAS CARGAS!



"Ya Allah. Permudahkan lah jalan hidup ku. Amin."



Wassalam.

3 comments:

Pak Usup Taiyoob said...

hannah metana boh lupak beli minyak wangi perisa kurma pak usup aaa..pasti akan mewangikan apa2 sahaja yg busuk..

Faizal n Fashitah said...

Wahhh sik lamak gik hannah montana balit eh demi memeriahkan suasana diSarawak ehek..

hannaH said...

Pak Usup @ Sen...(dalam nada berbisik)pastiiiii saya beli!

Faizal&Fashitah..aok2..kejeron dah nak blt tok.Bubur pedas here I come!