Thursday, August 12, 2010

Jangan Bergerak. Anda Ditangkap Mengorek Hidong!

Ini Sarip Dol (samseng kampung dusun).



Ini Cik Salmah (nama samaran). (mangsa kejadian). Yang belakang itu bapak aku.


Cik Salmah berusia 5 tahun. Tahun ni kakak aku arahkan beliau untuk mula berpuasa. Beliau juga berkobar kobar mahu puasa. Kata beliau dalam temuramah semalam,


Anjang: Ica posa kah?

Ica: Aok. Sebab mak janji mok bagi hadiah mun kamek tamat posa sebulan.

Anjang: Okeh.

****************************

Lain pula dalam temuramah beliau bersama ibunya,


Ica: Mama, anjang janji mun kamek tamat posa nya merik mek hadiah.

Mama: Menar? Hadiah apa?

Ica: Lima ringgit..

Mama: Haa? Banyak juak. (dalam hati keji beliau: sikit gila).

Ica: Aoklah. Kan mama ada janji mok bagi basikal.

Mama: Hmmm. (sambil berlalu buat tak tahu).


Okay cukup dengan dua temuramah tersebut. Semalam beliau berjaya berpuasa. Berjaya maksudnya tidak tidur berlebihan. Tidur 30 minit saja sebab ustazah beliau bilang jangan tidur lama2.

Beliau juga berjaya menahan diri dari mengorek hidung. Semasa membeli di bazaar Ramadhan, beliau yang tengah menahan lapar telah mengarahkan ibu beliau membeli 4 cucuk buntut ayam.

Cubaan? Dugaan? Sudah semestinya ada. Ini merupakan puasa beliau yang pertama. Jadi orang yang paling senang menggoda ialah adik tercinta.

Muka agak2 skema dan baik. Tapi sebenarnya perangai beliau sangat tidak disangka2. Beliau tahu Cik Salmah ni berpuasa. Maka semasa beliau menghisap botol susu, beliau pun baring di sebelah kakak nya dengan penuh gembira memberi reaksi begini,


"Emmmmm nyaman nyeee..emmmmmm." (sambil geleng2 kepala tanda sedap).


Hah mampu kau? Nasib baik Cik Salmah tidak menghiraukan godaan tersebut. Itu belum kira lagi cubaan adik beliau yang sengaja menyuruh beliau membuka plastik biskut.

Tsskk. Perangai begini sah sah bukan perangai orang yang lahir bulan Mei. Ngeee.

Oke lah. Aku mahu sambung tidur menonton dvd. See you when I see you. Tha-Tha.



"Ya Allah. Permudahkan lah jalan hidupku. Amin."



Wassalam.

5 comments:

dukunlintahplk said...

nembiak juak kiut bila time posa.. selamat posa!

AmirFX said...

Nang dugaan menarlah.. Nasib bukan kmk mukak plestik biskut ya.. Mun nak join sekali jak... hahaaa.... Selamat sungkey....

hannaH said...

pak dukun..aok eh..posa mesti berhadiah bruk cdak maok..slmt berposa juak ktk!

amir..aok nak kah ada sisa2 biskut rah mulut kakya..selamat menyungkey..

Faizal n Fashitah said...

Nembiak sudah semestinya kiut bah ehek. Yobihh ritok mek sikiiiitt gik nak terkorek taik idong koh. Sikiiittttt agik. Fiuhhhhh!...

hannaH said...

faizal&fashitah..aok eh..haha euwwwww cidakk.