Tuesday, August 17, 2010

Kenyataan Memang Pahit Untuk Diterima.

Celik celik mata aku ON Facebook. Buka YM juga seperti biasa. Bukan mahu gelojoh tapi mahu pastikan sekali lagi pagi ini Inbox aku sudah boleh beroperasi. Semalam aku habiskan waktu tidur awet muda ku untuk meng-unblock IP address yang dia bilang di black list.

Aku tak tahu jadah apa yang aku buat malam tadi. Inbox aku tetap tak boleh berfungsi. Pfftt. Hati kecilku mencarut,


"Demm. Aku tidur lambat tetap tak jalan jugak. How biadap is that huh?"


Pasrah. Aku dah tak tahu nak buat apa. Gila kau email penting semua kat dalam tu. Rahsia sulit termasuk aksi peterporn juga ada. Hmm maaf aku cenderung menipu bila marah membuak-buak.

Jadi jika ada sesiapa yang pandai bab-bab sebegini sila angkat jari telunjuk. Aku terdesak mahu minta pertolongan. Ingin aku memetik dialog melayu yang klise, "sudah susah baru mintak tolong"

Iyalah ketika susah barulah minta bantuan. Kalau waktu senang kau tengah goyang kaki apa jadah nya nak mintak aku tolong bukan?

Sebenarnya entri ini mula mula aku mahu dedikasi kan untuk si Arnas aka Sabah Boy. Tapi boleh melalut ke topik Yahoo Mail.

Beliau menyambut hari kejadian hari ini. Namun atas tahap keyakinan yang tinggi beliau menyembunyikan tarikh lahir nya di laman rangkaian sosial Facebook. Dan oleh sebab itu jugalah aku lupa. (Serius aku lupa sedangkan dia sudah ingatkan semalam).

Beliau yang mempunyai iman yang teguh ingin menghakis sifat2 mazmumah contohnya sikap riak menunjuk-nunjuk bahawa umur semakin meningkat. Beliau lebih senang bersikap low profile. Woww sudah lama aku tidak menjadi barat.

Perlakuan beliau ibarat menanti kejutan dari pesakit alzheimer. Sungguh tiada seorang pun yang memberi ucapan baik dari segi sms mahupun contengan di dinding Facebook.

Akhirnya dengan muka tidak tahu malu, seperti biasa beliau memaksa aku membuka Facebook beliau. 


"Kau bukak la page aku. Cuba tinguk kotak kecil bawah profile picture aku tu. Apa yang teda?"

"JAP. JAP. HAAA. TIADA RELATIONSHIP STATUS BUKAN?"

"Bukan yang itu aku mo cakap. Kau tinguk yang bawah lagi tu. Apa yang teda? Cepat la."

"HAA AKU NDA PAHAM. KAU CAKAP SAJA BA. AKU MALAS MO MAIN TEKA2."

"Itu aku nda letak tarikh lahir aku."

"JADI??"

"...sedih aku teda sorang pun yang ingat."

"OHH YAAA. AKU LUPA. SORI. SELAMAT HARI TUA. ITULAH KAU. BAJET SEMUA ORANG HAFAL KA?"

"Aku cukup yakin bah. Aku kan artis. mengapa teda sorang pun ingat besday aku? "

"AKU BARU MULA PUASA HARI NI. JANGAN KASIK AKU BATAL PUASA SEBAB MUNTAH."

"Aku paham perasaan kau Seri. Kenyataan memang pahit untuk diterima."



Beliau punya sengal Ya Ampun amat menjelikkan. Tapi tidak mengapa. Beliau memang begitu. Walaupun berambut besar tapi hatinya kecil saja. Kali ini aku maafkan atas perlakuan keji beliau.



"Ya Allah. Permudahkan lah jalan hidupku. Amin."



Wassalam.





9 comments:

Faizal n Fashitah said...

singkol naa mek bab kaka sabah ya koh.. kompom nyoh muka mek blur2..

hannaH said...

faizal&fashitah..gya kmk juak mula2 kaka sabah ngan nya.alu terselap kaka brunei indah.

Khairul Onggon said...

haha tedah kwn ktk ya.. urg sabah bah.. hehehe..

hannaH said...

kaljis..aok eh.bulih ba kalau kau.hehe.

hannaH said...
This comment has been removed by the author.
AmirFX said...

Selamat Hari Lahir padah ngn kawan ktk ya... Nasib ktk sik muntah ijo... Sapalah nak berkawan ngn org muntah kaler ijo tok... Ada kenak tumpu k ujung jarik jak... haha...

hannaH said...

amir.lak mek madah nya.aok eh.tp sapa2 venture minum muntah ijo ya pasti jadi kuat mcm badang..hek.

dukunlintahplk said...

bejaga malam komen blog urang ahahaha ;p

hannaH said...

pak dukun..kmk bejaga malam menganok urang..(astagfirullah)..hek.