Sunday, September 5, 2010

Siapa Mahu Jadi Abang Aku?

Pelik tahu apabila bangun pagi baca surat khabar dan nampak tajuk utama tentang kemalangan kawan baik sendiri. Tergamam sekejap. Baca sampai habis.




Courtesy of The Borneo Post.





Keadaan kereta arwah (wira hitam).



Sedih bila mengenangkan kenangan bersama arwah. Moga roh nya ditempatkan di kalangan orang2 yang soleh. Amin.


Bercakap pasal persiapan raya. Serius aku mahu mencari seorang abang! Maklumlah ketiadaan adik beradik lelaki menyebabkan aku sendiri terpaksa membantu mengecat rumah. 

Habislah kuku ku yang cantik. Jari jemari yang halus sudah berubah kasar. Ahh senyap kau Seri! Kerja sedikit sudah mahu berkira. (Tapi serius kalau ada sesiapa mahu jadi abang aku, boleh tolong cat rumah. Jangan bimbang, aku akan jadi adik yang baik dan menyediakan makanan yang sedap2 untuk kamu!).

Okay berhenti berangan. Mak aku sudah bising. Kueh Makmur dalam oven sudah hangus aku tinggalkan. Besok2 aku sambung lagi.



"Ya Allah. Permudahkan lah jalan hidupku. Amin."



Wassalam.

4 comments:

AmirFX said...

Cuba ktk carik lam google.. abanguntukseri.com.my..

Faizal n Fashitah said...

Aok mena kata amir ya. Kitakpun bleh juak carik lam laman web cari-abang.com.my juak. Selamat mencoba!

Khairul Onggon said...

coba ktk carik lam ebay.. ada abng for auction... :P

Di kesempatan tuk, saya Kaljis aka Khairul Onggon dari hati yang tulus ikhlas ingin mengucapkan selamat hari raya aidil fitri, maaf zahir dan batin. Selamat beraya dan selamat bercuti ;)

hannaH said...

#amir, #Faizal&Fashitah, #kaljis..auk akan kamek menTRY suma ya!makseh.