Saturday, September 11, 2010

Selamat Hari Raya. (Tajuk Tipikal).

Okay aku tukar lah. SALAM LEBARAN. Tak mahu lah letak 'Selamat Hari Raya', nanti orang bilang aku copycat (err tiru kucing ke?). Bukan apa, aku tak mahu lah tajuk sama macam Pak Dukun Lintah

Walaupun tajuk lain-lain, tapi niat tetap sama. Aku dengan ini (walaupun lambat sehari), mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Mohon maaf zahir & batin atas segala kekhilafan dan kejahilan serta kerakusan aku mengutuk mahupun mengeji sesiapa jua.


Kepada yang pulang berhari raya, memandulah dengan berhati-hati. Ingat lah orang yang tersayang. Bukan apa, aku juga baru kehilangan sahabat paling dekat seminggu sebelum raya. Sehari sebelum raya juga seorang teman di pejabat ayah aku meninggal dunia. Moga roh mereka dicucuri rahmat. Amin.


Kek raya berapa belas biji uols? Baju raya berapa dozen? Handbag? Kasut Raya? Jangan membazir adik kakak. Kalau kau tersungkur lepas raya, jangan kau gadai barang2 raya pula. Ingat membazir itu amalan syaitooonnirajim!

Tahun ini aku buat kek sisik ikan. Yang lain aku serahkan tender kepada adik aku. Biar beliau buat semua. Aku tidak mahu bersikap tamak. Orang tua bilang, orang tamak selalu rugi. Biskut tahun ini ada 5 jenis. Semua aku buat. Yaa semua aku buat kat JJ Wangsa Maju itu hari. Duit kakak aku bagi.

Baju raya dua saja. Satu baru siap sehari sebelum raya. Satu lagi raya ke-5 baru siap. Sadis tahu? Kasut raya tak beli sebab aku mahu beralih angin beraya dengan berkaki ayam. Cadangnya mahu meniru gaya Elyanna. Macam cool bukan? Takk, macam keji.

Hari tu masa buat kek aku ada tangkap gambar. Kira2 mahu letak dalam ini entri tapi nanti orang bilang aku riak. Jadi aku batalkan hasrat aku. Hmm tak. Sebenarnya aku segan nak letak sebab muka aku buruk penuh jerawat. Tak, sebab sebenarnya aku segan sebab pakai baju comot2. Tak, sebenarnya aku tak mahu orang curi resepi aku. Ehh takkk. Aku tiada idea sebenarnya mengapa aku tak nak letak.TAKK. Sebenarnya aku malas mahu ambil kabel henpon atas almari berjarak 3 meter dari katil aku ini. Okay kamu semua jangan stress nanti tumbuh jerawat batu!

Aku sebenarnya sudah bercadang mahu tidur. Tapi perut terlampau kenyang sampai memaksa aku ON laptop dan buat entri baru. (Motif?). Penat sampai aku tertidur berdengkur kat sofa. Bukan penat ramai tetamu, tapi penat tunggu tapi tak ada orang yang datang sebab musim hujan, ramai yang malas mahu keluar. 

Besok mahu ke Kota Kinabalu, mahu menjemput kakak ku dari Johor Bahru. Keji tahu! Pulang lambat mahu eskep menolong di rumah. Demm! Aku masih boleh kumpul dosa mengeji beliau sebab belum memulakan sesi meminta maaf lagi. Hak hak.

Okay lah. Mahu layan FB. Terganggu sebentar sebab terdengar adik aku bergayut. Rasa mahu pijak2 kaki beliau sekarang sebab berbisik-bisik itu lebih menjengkelkan dari menjerit2 (seperti aku selalu buat).



"Ya Allah. Permudahkan lah jalan hidup ku. Amin."



Wassalam.

2 comments:

Amni said...

hehe... kelakar ngeraong sik romantik bah.. ekeke... salam lebaran!

hannaH said...

amni..haha tapi bunyi bisit2 ya molah mek gelik nyawa nengar..haa salam lebaran juak.