Tuesday, September 28, 2010

Kurangkan Mandi Rahsia Awet Muda.

Cuba bayangkan kamu semua berada dalam situasi aku. Air kat UIA memang sejuk macam air sejuk yang baru keluar dari peti ais. Kalau dah hujan dari malam semalam tanpa henti, maka air mesti lah berkali-kali ganda lebih sejuk bukan?

Jadi logik dan masuk akal bila aku bilang kat Shida aku malas mahu mandi hari ni. Okay aku tipu. Aku dah mandi. Tak aku tipu jugak. Aku baru mandi petang tadi. Okay aku tak nak bincangkan hal malas mandi. 

Fakta ringkas aku mahu kongsikan, lebih sedikit frekuensi kita mandi jadi kurang juga risiko kita terdedah kepada bahan kimia. Agak-agak kalau aku jawap macam ni kat mak aku, sah2 periuk kuali akan berterbangan di angkasa dalam masa 5 saat. 

Maaf jangan ikut perangai malas aku. Aku janji hari ni saja aku malas sebab sejuk. Mengigigigigil uols!

Tadi Shida ajak aku makan kat kawasan Batu Caves. Maksud aku, makan kat kedai makan. Bukan makan kat tepi tangga naik ke gua Batu Caves. Sila faham konsep.

Aku order Tomyam SEAFOOD. Selang beberapa minit kemudian datang kakak hantar makanan. Aku baru berkira-kira mahu makan dengan rakus. Tapi..hmm.

Hmm. Macam mana aku mahu cakap eh. Keliru. Okay, aku kacau-kacau Tomyam SEAFOOD aku. 

Ada udang. Memanglah, nama pun Tomyam SEAFOOD. Kacau lagi.

Aku jumpa sotong. Tomyam SEAFOOD, memanglah ada sotong. Kacau lagi.

Aku jumpa DAGING LEMBU. Ada 3 kerat daging lembu.

Jadi, kesimpulan yang aku dapat buat. Lembu adalah spesis haiwan hidup dalam laut. Sekian.




"YA ALLAH. PERMUDAHKANLAH JALAN HIDUPKU. AMIN."



Wassalam.


7 comments:

AmirFX said...

Lembu Laut pernah dgr sik?! hahaaa... Tang nyaman jak tom yam d order ktk ya...

hannaH said...

Amir..sik pernah gik..hehe..tomyam putih..sik brapa nyaman cam tomyam merah yg salu ya.

ajezahmad said...

Petua nak hilangkan rasa sejuk time mandi pagi2 buta: basuh kaki sampai ke betis dalam 1 minit. Pastu, kurg sket kesejukan yg ko rasa, insyaAllah. Aku slalu wat.

Ko malas mandi? Ko nak jagi org asing yg berbau ker? :p

Faizal n Fashitah said...

Kitak malas mandik? Senang jak ya. Siramkan aek sabun dalam bigik mata kitak. Pasti lekak ya kitak akan ncarik aek alu terus mandik. Ermm memang wujud spesis lembu laut tok. Kinek tok spesis tok memang agak komersil laa. Rasa dagin lembu laut tok sama jak. Xda beza la. Minak part palaknya jak ada masin2 skit. Sekian makseh.

hannaH said...

Ajes..haha foriegner kat uia ni selamber je kan x mandi..x sume lah tapi..

Faizal&Fashitah..oke lak mek try.

Anonymous said...

hahaha.. ingat xmandi awet mudakah? hahaha

hannaH said...

ANONI..aihh mesti la..tga mumia awet muda sebab sik mandi.