Friday, September 3, 2010

BELASUNGKAWA (Entri Khas Arwah Azlan).

Assalamualaikum W.B.T


"Tanggal 24 Ramadhan 1431H bersamaan 3 September 2010M, telah pergi seorang insan bernama Azlan Bin Ismail. Seorang sahabat paling dekat, rakan sedari darjah satu, juga seorang sahabat seperjuangan yang banyak berkongsi suka duka."


Arwah telah terlibat dalam kemalangan dalam perjalanan dari Kuching menuju ke Miri. Dalam keseronokan menghitung hari untuk berjumpa keluarga tersayang akhirnya membuktikan kuasa Allah mengatasi segala-galanya.

MATI ITU PASTI! Ajal di tangan Allah s.w.t. Seperti baru semalam aku berbual dalam Facebook bersama arwah. Yaa baru 2 hari lepas. Masih terngiang ngiang segala nasihat arwah kepada aku.

Ya Allah! Aku begitu terasa. Bukan tidak redha. Cuma masih terkejut. Terbayang lagi status beliau tentang ajal. Masih kekal dalam kotak ingatan segala pesanan arwah,


"Seri, aku maok kau polah keputusan yang bait untuk hidup ko. Aku sik mok kawan-kawan ku susah. Aku sayang tokrang semua. Aku maok tokrang suma tauk aku sayang tokrang."

"Satu gik. Jangan tinggal semayang. Aku kinek tok dah berubah juak. Kau pun tauk aku macam ne dolok kan."


Bayangkan, nasihat di atas diulang-ulang setiap kali berbual selama 2 minggu kebelakangan ini. Berulang kali tanpa arwah lupa sekali pun! Semenjak minggu lepas juga arwah mengajak aku mengimbas kembali aktiviti keji kami sejak sekolah rendah.

Bermula dengan bermain di court basketball. Aktiviti selepas kelas tambahan UPSR. Sehinggalah cerita arwah berpindah ke sekolah jiran. Tidak lupa saat2 manis kami bergelar pengawas yang sering diselar oleh cikgu atasan.

Huhh aku rindu. Serius aku rindu. Arwah yang baru2 ini sangat berubah. Aku berani katakan arwah banyak berubah. Penuh nasihat. Aku kagum di saat akhir hayat arwah sempat bertaubat. Aku bagaimana? Insaf aku memikirkan nya. Hidup ini singkat!

Aku mewakili seluruh warga SK Dato' Sharif Hamid, SMK Telang Usan, penduduk kampung Narum dan seluruh warga Marudi ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Azlan Bin Ismail. 

Kami kirimkan sekalung doa agar keluarga arwah tabah dengan ketentuan Nya. Moga roh nya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. AL-FATIHAH.

Sekian entri berkabung.



"Ya Allah. Permudahkan lah jalan hidupku. Amin."


Wassalam.

8 comments:

ajezahmad said...

Weh, aku tiba2 sebak plak baca entry ko nih... Sob... Sob..

hannaH said...

Aziz..aku lg sedih..macam baru semalam dia cakap "selamat berbuka"..wohh aku xleh tahan nangis.

Khadijah said...

al-fatihah...mek sedih koh..mek sik byk gilak memori ngan nya coz sik lamak sekolah sia. tp arwah bait gilak2 ngan kita...miss him...

hannaH said...

dedeq..aok.mek sedih sik sempat nangga nya for the last time.tokrg nak sempat pg nangga nya isok tlg kirim salam ngn mak nya.tedah jaik ati mek.

AmirFX said...

Al- fatihah... Salam takziah buat femili kawan ktk ya.. Nang menarlah.. Ajal maut ya susah nak d elak.. Mun dah takdir nya sekpat nak polah pa2... D harap ktk bersabar ngn pemergiannya...

Faizal n Fashitah said...

Al-Fatihah. Yalah nok nama ajal tok.. kita siktauk bilanya akan berlaku. Tapi nak.. kamek takut na mun driving kch-miri koh. Unless mun konvoi rami2 la. Bukannya pa, jeraya sarawak tok bukannya highway.. so agak bahya bah

hannaH said...

amir..tenkiu.

faizal&fashitah..aok eh..jeraya kta bahaya juak bah.biar lah konvoi mun nak jalan jaoh.

Vincent said...

i just heard the inccident from my parent, really sad about it.
azlan was really good friend to me,rest in peace my friend.
IngShi