"Kak Seri, nak lalu ikut mana ni? Ikut tengah ke tepi?"
"TEPAT. "
"Haaa?"
Okay serius aku benci bila asyik  tersasul. Minggu ni saja lebih tiga kali tersasul. Sedih tahu aku sering  dibahan kerana asyik tersalah cakap. Dulu aku sering gelakkan orang  yang tersalah cakap, kini tiba giliran aku pula. Seperti kata pepatah, patah tumbuh hilang beli baru  lagi. Ehh kenapa aku guna kata pepatah itu? Okay tiada kaitan. 
Terasa banyak pula dugaan di  saat-saat akhir pengajian. Wahh seperti ayat novel cinta bukan? Kamu  semua janganlah cuba menuduh aku seperti menyalahkan takdir. Aku cuma  'terasa' bukan lah mengeluh menyalahkan takdir.
Incek Laptopus aku mula meragam.  Maksud aku meragam bukan lah beliau sudah pandai kencing malam, berak  tepi jalan ataupun merengek meminta susu. Tak perlu lah kamu susah-susah  meneka. Biar saja aku beritahu kamu. Haippp. Duduk diam-diam. Begini..
Open hidden folder. Nampak folder  virus. Okay aku mula menjadi bijak seperti biasa. Kamu semua sila  percaya.
SELECT FOLDERS - DELETE FOLDERS -  EMPTY RECYCLE BIN.
Kemudian buka balik. Ehh ada lagi.  Okay mula curiga. 
"Mungkin ini yang tertinggal tadi."  bisik hati kecilku.
TEKAN CTRL A - DELETE FOLDERS -  EMPTY  RECYCLE BIN.
Kemudian buka balik. Aikk ada lagi tersangkut? Tapi tadi dah select semua folder.
"Ohh mungkin tadi silap aku tak  check betul-betul." ujar hati kecilku sedikit kuat kali ini.
TEKAN CTRL A - TENGOK SEMUA FOLDER  DAH SELECT - DELETE FOLDERS - EMPTY  RECYCLE BIN.
Kemudian buka balik. Tak mungkin.  Tak mungkin la. Gosok mata kuat-kuat. Lalu begitu mudah aku menghalalkan  mulut aku menyebut nama binatang  yang haram dimakan oleh umat Islam.
"INI VIRUS LAH BABI!" bentak hati keji ku.
Aku pun kurang faham kenapa nama  binatang haram itu sering disebut jika marah. Padahal binatang tersebut  tiada kena mengena bahkan bukan saudara mara virus yang menyerang laptop  aku pun.
Maka dengan langkah pasrah aku  mundar mandir mengelilingi pokok di sebelah blok H Asiah sambil  menongkat dagu dan meletakkan kaki kanan di atas bangku panjang seakan-akan gaya Jamal Abdillah dalam  cerita Azura.
Maaf aku menipu kamu semua. Mana  mungkin aku sebegitu rajin mahu menapak turun naik 4 tingkat semata-mata mahu  kelihatan seperti Isaac Newton mencari penyelesaian tentang buah epal  jatuh ke atas bumi.
Yang sebenarnya, setelah mencarut tidak  lebih 20 patah perkataan. Aku mula beristighfar. Kemudian aku tarik nafas  panjang-panjang dan di sertai bunyi dengkuran. (Maaf aku tercenderung  menipu lagi). 
Perkara pertama yang aku terlintas  untuk buat adalah melibas rambut ke kiri dan ke kanan. Aku sendiri tidak  faham kenapa aku perlu berbuat sebegitu. Mungkin mahu kelihatan lebih  cool di saat hati aku sakit melihat virus yang memakan fail-fail  penting.
Perkara seterusnya seperti biasalah, format laptop. Itu semua aku tak perlu ajar bukan. Jika hendak format  laptop pun kamu mahu fikir 10 jam baik saja kamu terjun tingkat empat sekarang  juga. Memalukan tahu.
Hmmm tiba-tiba aku  hilang motif mahu bercerita. Ahh sudah lah. Besok saja aku sambung. Itu pun jika aku ingat. Terngantuk pula. Ohh patutla sudah pukul  4 pagi. 
p/s: Incek Laptopus sudah  berkhidmat seperti biasa. mungkin cuak aku ugut mahu beli yang laptop  baru jika beliau buat hal lagi.
"Ya Allah. Permudahkan lah jalan  hidup ku. Amin."
Wassalam.
 
4 comments:
Sian lappy ktk ya.. Sik maok berik kmk jak... haha...
amir..tunggu mek meli baru lak merik ngn ktk jak..ahaks.
hahaha... dah lmk laptop ya berkhidmat ngan ktk seri....
azah..aok dah limak taun..hehe tapi bertahan lok before mek keja..eheks.
Post a Comment