Saturday, May 15, 2010

Kenapa Aku Sering Tersasul?


"Kak Seri, nak lalu ikut mana ni? Ikut tengah ke tepi?"

"TEPAT. "

"Haaa?"


Okay serius aku benci bila asyik tersasul. Minggu ni saja lebih tiga kali tersasul. Sedih tahu aku sering dibahan kerana asyik tersalah cakap. Dulu aku sering gelakkan orang yang tersalah cakap, kini tiba giliran aku pula. Seperti kata pepatah, patah tumbuh hilang beli baru lagi. Ehh kenapa aku guna kata pepatah itu? Okay tiada kaitan.

Terasa banyak pula dugaan di saat-saat akhir pengajian. Wahh seperti ayat novel cinta bukan? Kamu semua janganlah cuba menuduh aku seperti menyalahkan takdir. Aku cuma 'terasa' bukan lah mengeluh menyalahkan takdir.

Incek Laptopus aku mula meragam. Maksud aku meragam bukan lah beliau sudah pandai kencing malam, berak tepi jalan ataupun merengek meminta susu. Tak perlu lah kamu susah-susah meneka. Biar saja aku beritahu kamu. Haippp. Duduk diam-diam. Begini..

Open hidden folder. Nampak folder virus. Okay aku mula menjadi bijak seperti biasa. Kamu semua sila percaya.


SELECT FOLDERS - DELETE FOLDERS - EMPTY RECYCLE BIN.


Kemudian buka balik. Ehh ada lagi. Okay mula curiga. 


"Mungkin ini yang tertinggal tadi." bisik hati kecilku.


TEKAN CTRL A - DELETE FOLDERS - EMPTY RECYCLE BIN.




Kemudian buka balik. Aikk ada lagi tersangkut? Tapi tadi dah select semua folder.



"Ohh mungkin tadi silap aku tak check betul-betul." ujar hati kecilku sedikit kuat kali ini.


TEKAN CTRL A - TENGOK SEMUA FOLDER DAH SELECT - DELETE FOLDERS - EMPTY RECYCLE BIN.



Kemudian buka balik. Tak mungkin. Tak mungkin la. Gosok mata kuat-kuat. Lalu begitu mudah aku menghalalkan mulut aku menyebut nama binatang  yang haram dimakan oleh umat Islam.


"INI VIRUS LAH BABI!" bentak hati keji ku.


Aku pun kurang faham kenapa nama binatang haram itu sering disebut jika marah. Padahal binatang tersebut tiada kena mengena bahkan bukan saudara mara virus yang menyerang laptop aku pun.

Maka dengan langkah pasrah aku mundar mandir mengelilingi pokok di sebelah blok H Asiah sambil menongkat dagu dan meletakkan kaki kanan di atas bangku panjang seakan-akan gaya Jamal Abdillah dalam cerita Azura.

Maaf aku menipu kamu semua. Mana mungkin aku sebegitu rajin mahu menapak turun naik 4 tingkat semata-mata mahu kelihatan seperti Isaac Newton mencari penyelesaian tentang buah epal jatuh ke atas bumi.

Yang sebenarnya, setelah mencarut tidak lebih 20 patah perkataan. Aku mula beristighfar. Kemudian aku tarik nafas panjang-panjang dan di sertai bunyi dengkuran. (Maaf aku tercenderung menipu lagi). 

Perkara pertama yang aku terlintas untuk buat adalah melibas rambut ke kiri dan ke kanan. Aku sendiri tidak faham kenapa aku perlu berbuat sebegitu. Mungkin mahu kelihatan lebih cool di saat hati aku sakit melihat virus yang memakan fail-fail penting.

Perkara seterusnya seperti biasalah, format laptop. Itu semua aku tak perlu ajar bukan. Jika hendak format laptop pun kamu mahu fikir 10 jam baik saja kamu terjun tingkat empat sekarang juga. Memalukan tahu.
Hmmm tiba-tiba aku hilang motif mahu bercerita. Ahh sudah lah. Besok saja aku sambung. Itu pun jika aku ingat. Terngantuk pula. Ohh patutla sudah pukul 4 pagi. 

p/s: Incek Laptopus sudah berkhidmat seperti biasa. mungkin cuak aku ugut mahu beli yang laptop baru jika beliau buat hal lagi.

"Ya Allah. Permudahkan lah jalan hidup ku. Amin."



Wassalam.

4 comments:

AmirFX said...

Sian lappy ktk ya.. Sik maok berik kmk jak... haha...

hannaH said...

amir..tunggu mek meli baru lak merik ngn ktk jak..ahaks.

misz nurhaz said...

hahaha... dah lmk laptop ya berkhidmat ngan ktk seri....

hannaH said...

azah..aok dah limak taun..hehe tapi bertahan lok before mek keja..eheks.