Tuesday, May 4, 2010

"Kau Pernah Letak Nama Aku Dalam Blog Kau Tak?"

Entri dimulakan dengan perlakuan keji Hasnaa.


Kamu nampak tak dia eja C-O-N-E-N-G??


--------------------------------------------


Malam semalam pergi makan di Old Town kat Wangsa Maju. Ditemani Hasnaa, Anis dan Amin. Dengan penuh konfiden pada tahap tertinggi si Amin memandu kereta Anis dengan kelajuan maksima. Tiba-tiba,


"Korang nak makan kat mane?"

"WAT THE FISH. KAU BAWAK KETE PUNYA KONPIDEN MASOK JALAN NI BARU NAK TANYA NAK MAKAN KAT MANE?"


Sampai di satu traffic light, sebuah kereta mengehon kami. Dua kali y'all. Ingat kan mahu memotong tetapi beliau terus mengehon. Kami mula perasan Amin tidak menutup pintu kereta dengan ketat. Hah mampu kau. Bawak kereta cecah 120 tapi pintu tak ketat.

Agak-agak kalau Amin tercicir kat sebelah stall durian tu, mahu tak tuan punya stall tu bagi durian percuma kepada kami. Oh tiada kaitan. Sila abaikan.

Sampai di Old Town, kami memesan makanan masing-masing. Yelah, tak kan aku mahu pesan makanan bagi pihak si Hasnaa pula. Apa kejadah aku tahu selera semua orang.

Hasnaa memesan Teh O Ais Limau (orang melayu bilang Ice Lemon Tea). Tapi malangnya, teh itu sangat kelat sehingga mematikan rasa manis. Hasnaa dengan penuh bijak meletakkan beberapa sudu gula ke dalam minuman nya.

Situasi nya begini. Hasnaa ambil bekas berisi gula. Semua orang tahu itu gula, budak kecil 5 tahun pun tahu itu gula. Dengan pandangan bercahaya2 melihat gula itu Hasnaa seperti biasa mengeluarkan pertanyaan yang tidak perlu ditanya,


"Ini gula ke garam?"

"KENAPA?"

"Ini gula ke? Kenapa ada semut dalam ni?"

"Huhhhhh??"


Amin cuba untuk mengutuk perangai buruk Hasnaa tanpa melihat dirinya juga sama. Ini dibuktikan secara tiba-tiba Amin bertanya pada aku,


"Kau pernah letak nama aku dalam blog kau tak?"

"NI PERTANYAAN KE SUGGESTION SUPAYA AKU LETAK NAMA KAU DALAM BLOG AKU KE?"

"LAIN KALI KAU TANYE CAMNI - BILA KAU NAK LETAK NAMA AKU DALAM BLOG KAU?, HAH BARU LA TELUS DAN JELAS."


Ada satu lagi cerita. Hasnaa cerita tentang seorang perempuan yang tidak dapat mewarisi harta keluarga disebabkan krisis nama yang hanya disedari ketika pembacaan surat wasiat.

Dalam surat wasiat nama beliau disebut sebagai Maimun binti Si Polan namun tanpa mereka sedari nama beliau yang tercatat pada sijil lahir dan kad pengenalan adalah MAINAN binti Si Polan.

MAINAN???Hahh Mampu Kau bagi anak nama MAINAN?

Okay nanti aku upload gamba semasa makan di Old Town ya. Sekarang aku mahu pergi ke centre mencari hand socks. Iyalah, kan Aziz bin Ahmad sudah bilang aku semakin Islamic. Jadi kena lah pakai hand socks supaya tidak akan kedengaran ayat sinis dari mulut puaka beliau,


"Eeee tak pakai anak tudung, pakai lab coat lipat lengan. AURAT! berdosaaa!"


Titik.


"Ya Allah, permudahkan lah jalan hidupku. Amin."



Wassalam.

6 comments:

F. said...

wakakakakakkakakakakaka...

itu sahaja yang mampu aku comment.

hahah

hannaH said...

hahahahhaha ya jak ku mampu reply comment kau..haha

xOxO~fixa~ said...

omaigod...setelah aku fokus citer ko dari awal...sampai yg part aziz aku gelak macam nak mati ok...fine belum mati lagi...aku terbayang gaya dia yg FGS kita yg gojes ni x kan wat kan...gitteww...
u rock gurl...
x0x0

hannaH said...

fixa HOT..of cos..kita gojes no judgemental minded giteww..hahaha tu dialog ms kita satu woksop dlu smpi skang aku ingt okay!

IrAziz said...

Celah mana pulak aku bagi ayat puaka. Aku puji ko ikhlas dari sudut hati aku yg hina nih. Sampai ati ko.. :p

BTW, beli handsocks tuh jgn beli yg jarang2. Hahaha! (Ni baru puaka.)

hannaH said...

ajess..hahhh puaka sangattttt okay!