Sunday, May 2, 2010

Aku Malu Mahu Mengaku.

Sekarang aku mengaku aku suka korek hidung bila ada masa lapang. Ehh bukan bukan. Maksud aku begini. Aku kadang-kadang rasa sunyi walaupun aku pasang radio kuat-kuat sampai monyet juga benci mahu lepak bilik aku. Okay tiada kaitan.

Aku mahu bagi fakta tentang hari ini. Bagi kamu yang hanya tahu menghafal tarikh lahir teman wanita mahupun teman lelaki kamu yang suka bergambar dari sudut 45 darjah sambil memuncungkan mulut dan membulatkan mata, tahukah kamu 1 Mei adalah Hari Pekerja? 

Maaf jika kenyataan di atas berbaur sentimen perempuan-single-tapi-suka-kutuk-pasangan-poyo. Opss terlupa pula. Jika orang putih panggil Labor Day, orang Melayu pula panggil Labur Day. Sebab ketika Hari Pekerja lah mereka akan melaburkan duit pergi berjimba-jimba menghabiskan stok barangan di pusat membeli-belah. Hmm tapi tak semua lah begitu bukan? kan nenek kan kan kan?? 

Okay maaf, aku cenderung untuk mengarut jika tahap kebosanan aku mencapai had normal. Aku akhir2 ni selalu ditanya soal jodoh. Maaf kawan2, aku masih tiada jawapan untuk soalan itu. Tapi yang aku tahu, walaupun aku single tapi wujud dua makhluk yang sentiasa buat aku tersenyum.



Aku rindu mereka berdua.


Aku masih mencari idea mahu pergi ke mana besok hari. Rasa bosan ditambah pula dengan tiada kelas untuk semester ini. Mungkin aku patut mulakan perniagaan bercucuk tanam. Sekurang-kurangnya dua bulan akan datang ada juga hasil. Agak2 kalau tanam padi bulan ini, hujung bulan depan sudah boleh menuai tak? *Okay aku mengaku aku bengap ubi*



"Ya Allah. Permudahkanlah jalan hidupku. Amin."


p/s: lagi 22 hari aku meninggalkan usia 24tahun. kamu semua sila la kumpul wang untuk beli hadiah buat aku (:



Wassalam.


2 comments:

Khairul Onggon said...

wahhh... sebenarnya nya mok hadiah tuk nak.. hehehehe larikkkkk..

hannaH said...

kaljis..aok eh..bah setat la ngumpul duit k meli prezen mek keh?hahahahha muka sik malu *larikkk