Sunday, May 16, 2010

Selamat Pagi Chekgu.

Dalam blog aku cuma hari-hari tertentu saja yang mendapat keistimewaan untuk mendapat entri khas. Contohnya; Hari Pekerja, Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Guru, Hari Kemerdekaan dan Hari Tua ku (ohh ini sudah pasti). (Ingat yang last itu juga satu hinting!).

Namun ada juga hari-hari yang aku tidak pernah dan tidak akan sekali kali pernah menyediakan entri khas dalam blog aku. Contohnya; Hari Isnin hingga Jumaat, HariMAU, keropok HARI-HARI mahupun Gedung Pakaian Hari-Hari.

Oleh sebab hari ini Hari Guru, maka aku akan ceritakan pengalaman bersama guru ketika aku masih mengamalkan sikap tidak bertamadun. Cerita ini ketika aku di tingkatan dua dalam kelas Bahasa Inggeris.

Cikgu aku seorang perempuan berusia yang belum berkahwin. Beliau sangat sopan santun dan tidak pernah, aku ulang TIDAK PERNAH meninggikan suara ketika mengajar.

Namun disebabkan pelajar-pelajar di kelas kami ketika itu semua nya berperangai keji, maka proses pembelajaran kelihatan nya seperti proses mengajar haiwan di zoo. Masing-masing berlumba2 mahu menunjukkan suara siapa lebih nyaring.

Pada mulanya, seperti biasa cikgu Lahung cuma diam melihat kami dengan pandangan sayu. Kami pula semakin galak bergelak ketawa seperti jin yang baru dilepaskan selepas bulan Ramadhan.
Tiba-tiba..


"ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!" (ini berlaku selama 10 saat).

Kami lihat rupa2 nya cikgu Lahung sedang menjerit depan papan hitam sambil matanya memandang ke arah kami semua. Beliau menjerit dengan keadaan badan yang tegak dan muka tanpa ekspresi apa-apa. 

Malangnya selepas beliau habis menjerit, kami yang sememangnya keji terus ketawa terbahak-bahak. Kemudian beliau meneruskan proses pembelajaran seolah-olah jeritan tadi tidak pernah berlaku.

Selang beberapa bulan kemudian, beliau berpindah sekolah di kampung asalnya. Kami cuma membuat spekulasi bahwa beliau sudah tidak tahan dengan pelajar-pelajar seperti kami. 

Namun, setelah diselidik rupa2 nya beliau mengidap kanser usus dan kepulangan nya ke kampung supaya lebih dekat dengan keluarga jika terjadi apa-apa kepada beliau. 

Kami cuma terkedu. Serius kami semua berubah baik secara tiba-tiba. Begitu seorang guru boleh mengubah kedurjanaan kami sehingga kini beliau boleh berbangga anak-anak didik beliau semua berjaya menjejak menara gading.

Berita terbaru kami dengar, cikgu Lahung sudah sihat dan berkahwin. Jika diberi kesempatan aku mahu meminta maaf kepada beliau. InshaAllah.

Entri Hari Guru ini juga tribute kepada Arwah Wahyudi Martono. Lagenda yang ku jadikan idola. Semoga roh arwah dicucuri rahmat yang Maha Esa. Guru yang cuma hadir beberapa ketika dalam hayat aku tapi memberi impak yang sungguh besar.

Aku ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada guru-guru yang aku sanjungi dari Sekolah Kebangsaan Dato' Shariff Hamid hinggalah Sekolah Menengah Kebangsaan Telang Usan.

Sesungguhnya aku sayang guru-guru ku walaupun aku pernah dimarahi, di buang kertas peperiksaan, diperli kerana esei Bahasa Melayu yang teruk, dan pernah dipersoalkan kemampuan memberi kejayaan kepada sekolah dalam beberapa pertandingan peringkat sekolah.

Itu semua menjadi kekuatan aku sehingga sekarang. Yaa lagi sebulan sebelum aku bergelar graduan. Aku akan terus bertahan dan BERTABAH!! 



"Ya Allah. Permudahkan lah jalan hidupku, guru2 ku, rakan2 seperjuangan ku. Berilah kami kekuatan berjalan di titi bergelar kehidupan. Amin."



p/s: tadi dapat wish cikgu sains sekolah rendah dulu dalam phone. suka sangat. okay cukup gedik bukan?



Wassalam.

2 comments:

AmirFX said...

Selamat Hari Guru! Kmk dolok pun byk juak molah salah ngn cikgu.. Harap sidaknya ampunkan kmk... yerdehhhh....

hannaH said...

yalah dolok nag jahiliah lah..gaok nauzubillah..haha nektok jak bait..hahaha *larik!