Wednesday, March 31, 2010

Tumbuk Dinding Tak Kelakar.

5 DONE 2 TO GO!Justify Full

Belum boleh gembira sebab paper last adalah yang terpaling amat membunuh sekali. Sila ambil kira EMPAT kata penguat yang aku tulis. Okay aku tipu. 'TERPALING' itu tidak sah. Budak sekolah sila jangan tiru penulisan aku. Tatabahasa ini cuma aku saja boleh guna.

Ohh ya. Aku mahu bercerita tentang peperiksaan petang tadi. Kertas Mechatronics Systems Design. Ketika mahu mengisi ruang "Examiner" pada buku jawapan, aku sempat kalih ke belakang. Mestilah teman selesbian aku yakni si Malynn duduk di belakang seperti biasa. Aku bertanya,

"Nak tulis Dr. Wahyudi (arwah) ke Dr. Amir?"

Malynn ter'pause' sebentar,

"Dr. Amir lah!"

Aku bukan mahu buat saspen tapi terus terang aku tiba-tiba rindu pada arwah. Okay tak baik rindu tanpa sedekahkan yassin. Berbalik pada peperiksaan tadi. Sebaik habis arahan diberikan, kami terus membuka kertas soalan masing-masing. Yelah tak kan kamu mahu buka kertas soalan kawan sebelah pula.

"Any form of cheating or attempt to cheat is a serious offence which may lead to dismissal."

Familiar kan? Aku tulis ni sambil tengok kat kertas soalan. Aku tak mahu menipu seperti semalam. Aku belum cukup hebat lagi mahu hafal semua arahan pada muka hadapan kertas soalan. FREAK tahu.

Benci pula campur bahasa Melayu dengan bahasa penjajah. Okay aku tak faham kenapa aku tersasar setiap kali mahu bercerita. Begini, sebaik saja kami buka kertas, aku dan orang yang di sebelah aku terus berpandangan sesama sendiri sambil menyebut serentak,

"O-M-K!!"

Oh Mak Kau. Susah lah mahu berikan perincian cerita. Soalan MSD tadi sangat diluar jangkaan seperti apabila kamu mahu berkahwin tetapi dalam masa yang sama mahu menjimat kos. Kamu cuba gunakan alternatif menge-TAG kawan-kawan di dalam FACEBOOK. Sekali yang datang kenduri kamu seluruh semenanjung. HAH MAMPU KAU?

Faham tidak hiperbola aku tadi? Aku tak arif sangat maksud hiperbola. Saja mahu gunakan. Kedengaran nya sungguh sastera dan canggih. Bukan apa, kami sudah mencuba menjawap kertas peperiksaan lepas, tapi disebabkan MSD berkisarkan application jadi susah untuk meramal soalan dan jawapan.

Itu adalah kelemahan apabila pelajar menjawap kertas peperiksaan lepas dan berharap soalan sama akan diulang. Ini sangat mudah kerana kami akan menghafal jawapan tanpa mengira risiko yang ditanggung.

Pernah terjadi ada pelajar yang menghafal jawapan mengikut turutan soalan. Beliau bernasib baik kerana soalan yang sama dikeluarkan oleh cikgu nya walaupun soalan ditukar kedudukan nya. Namun beliau juga menanggung risiko dituduh BODOH-SOMBONG-KAU-HENGAT-KAU-CHANTEK apabila beliau menjawap kertas peperiksaan itu dengan menulis mengikut hafalan beliau dan bukannya berdasarkan soalan. Maka nya terbongkarlah rahsia kedunguan nya menghafal tanpa memikirkan masa depan.

Tapi tidak mengapa, tadi ambil peperiksaan sama dengan Bro. H. Walaupun soalan susah tapi sekurang-kurang nya aku bersemangat sikit mahu menjawap peperiksaan. Teruk sangat dah aku sekarang. Tidak tahu malu mahu meng'usha' pelajar lelaki.

p/s: Kamu diberi pilihan bebas jika mahu mengabaikan perenggan di atas. Okay aku sudah malu pula. Menyesal. DELETE. DELETE. BACKSPACE.


--------------------------------------------

Aku selalu bilang sama kawan-kawan aku kalau aku tengah jiwakacau,

"Rasa mahu tumbuk dinding laju-laju."

Kawan-kawan aku fikir aku sedang buat lawak lalu mereka mentertawakan aku. Tapi kenyataan nya tidak, sebab aku tak rasa tumbuk dinding itu kelakar. Bila kamu tumbuk dinding bukankah kamu menyakitkan tangan sendiri. Jadi apa yang mereka fikir kenyataan aku itu kelakar?

Tengahari tadi, Shida masuk ke bilik aku. Niat mahu bercerita. Tetapi sebaik sampai di muka pintu, beliau terhantuk almari baju aku pula. Tanpa di sangka-sangka beliau terus menumbuk dinding almari aku laju-laju sambil membebel. Dan aku,


(diam)
.
.
.
(diam)
.
.
.
(diam lagi)
.
.
.
.
(buat apa mahu diam lama-lama)


"HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA.."

Yaa untuk pertama kalinya aku sudah faham kenapa kawan-kawan aku mengatakan tumbuk dinding itu sebenarnya kelakar. Aku sudah pun menyaksikannya. Rasa mahu beliau ulang tayang pula. Tapi bimbang beliau tumbuk aku laju-laju pula.



"Ya Allah, permudahkan lah jalan hidup ku. Amin."


Wassalam.

No comments: