Tuesday, March 16, 2010

Bila Mahu Cermin Muka Mu Itu?

Lagi satu minggu mahu final tahu. Maka semua lecturer mechatronics berebut-rebut mahu menjadi siapa yang paling kejam memberikan project untuk menambah markah yang sangat sikit. Tanpa proses undian, semua lecturer berjaya menyakitkan hati pelajar nya dengan memberi project untuk diselesaikan minggu ini juga. Ya kamu tak salah baca. Semua project kena siap minggu ini. TITIK.

Tadi baru selesai competition untuk robot mengikut garisan (orang Melayu cakap Line Following Robot). Macam biasa, robot aku sudah tentu kalah. Robot kami hanya mampu berputar gelek gerudi 360 darjah saja. Bersungguh kami bersorak supaya beliau (sila rujuk robot kami) bergerak mengikut garisan hitam..

"Come bebeh come..come to mama" sorak kami beramai-ramai sambil ulang berjuta-juta kali.

Tapi beliau tetap berpusing-pusing. Ohh mungkin beliau keliru yang mana satu "mama" beliau. Kerna itu kami dinobatkan johan dari belakang oleh Bro Hazrad.

Letih tahu mahu membuat robot. Semalam saja hanya tidur dua jam. Mata yang cantik bertukar menjadi seperti nenek kebayan. Sekarang aku sudah tidak mampu memikat Bro. H yang menjadi pujaan aku selama ini. Ohh mungkin juga dia tidak perasan kehadiran aku di dalam kelas kerana aku sering perasan cun.

Belum habis penat competition robot, aku kena pergi ke kelas Industrial Automation. Ada sesuatu yang menarik berlaku. Aku perlu beritahu Nono tentang ini..

"Dr. Rai GOT NEW PHONE Y'ALL!!!!!!!!!!!!!"

Samsung touch screen gitew. Dulu aku membahan (orang Melayu cakap meng-insult) handphone beliau yang monotone itu. Terkagum aku sebentar melihat handphone baru beliau yang canggih beserta ringtone berformat MP3 itu.

Tapi disebabkan otak sudah letih, aku kurang menumpukan perhatian di dalam kelas IA. Ehh bukan kah setiap kelas aku tidak pernah tumpukan perhatian? Ohh ini yang aku nak cakap, terlupa pula. Aku tak dapat fokus tadi kerana cuaca panas. Maka aku buat la kipas yang aku namakan 'KIPAS MAK HAYAM'.

Aku bukan mahu mencarut. Tapi jika dilihat aku berkipas-kipasan sambil menyilangkan kaki, bukankah kelihatannya seperti Ibu Ayam yang menunggu pelanggan? Ehh aku tak mengutuk la. Maksud aku seorang ibu yang meniaga ayam di pasar basah (wet market orang Melayu bilang).

Kawan-kawan aku risau melihat aku tidur hanya dua jam. Mereka cakap aku akan cenderung untuk merepek apabila tidak cukup tidur. Seperti teman sekelas aku bilang..

"Ko ni bila tak cukup tidur jadi SB plak" Malynn cakap sambil jeling-jeling aku.

"SB tu mende?" aku teruja dengan acronym yang baru ni.

"SENGAL BANGETTTTTTT"


p/s: mahu ke clas Robotics. Kemudian mahu tidur sampai pengsan dan off HP. tha-tha.


"Ya Allah, permudahkan lah jalan hidup ku. Amin."



Wassalam.

9 comments:

Faizal n Fashitah said...

eeEEe bes eh! molah robot! mek penah molah robot juak koh..makei Lego Mech. Bess ehek. Yalah tringin gik nak molah gik lak ehek XD

hannaH said...

hehe..yalah..mek k tamiya ya..p tambah PIC lah..best nang best..p mun dah kalah ya downn juak lah..

sufrina said...

hahahahaha...hadu2...apajak entri tok...nang menar la kak...suma maok minggu tok..haduuuu...nasib ku sik tua...mun sik, tumbuh sehelai lagi ubanku... T_T

Khairul Onggon said...

kmk suka meli makajalah "Robots" nok Rm25-30 sigek ya tiap2 bulan.. malangnya robot kmk hanya 80% ajak sbb majalah ya dah sekda jual gik susah mok dpt.. :P

hannaH said...

sufrina..aok eh..isok 3 presentation k projek..gilaaaaa.

kaljis..ada ka majalah ya?huhuhu..p best bah molah robot..passion!

F. said...

hahahahahahhahahahahahahah sik guna! tedah juak Dr. Rai.

oh kak seri. kmk sik pat terimak hakikat Dr. Bub is my SV!!!!!

hannaH said...

Nono..nakpa ditedah ktk?nang nya harus berhenpon mahal okayh..BTW,oii shokor jak ko ngoleh MAHBUB ya..mun ko dapat MOZZA sik ko san nyawa kenak terngak nya katan sora nya high pitch ya..sik betah ku..

fila said...

yah..mencarut gik ktk..nang sik abis2..tggl repot dcs gk lom anta tok..and kmk lom tdo gk time tok..huhu..ok la ya farah..Dr.Mhbub ok apa

hannaH said...

aok eh fila..mata ktk kedak panda dah tangga mek ya.. LARIKKKKKKK