Monday, March 22, 2010

Lu Kenapa?

Aku bukan mat rempit walaupun guna 'Lu' dalam tajuk entri ini. Tajuk tidak melambangkan jati diri penulis tahu. Peribahasa Matsalleh ada mengatakan,


"Jangan mengadili buku melalui muka hadapan nya."


Aku masih seorang yang sopan dan bijak dalam tatabahasa. Kamu semua sila percaya.

Ohh ya aku mahu cerita yang ini. Tadi lihat status Facebook Kamaliah teman selesbian aku itu. (Maaf aku suka mengatakan diri aku lesbian, tapi aku tetap berminat pada kaum adam terutama Bro. H). Begini, tadi Kamaliah menulis ini..


"Sometimes you have to step outside the person you have been, and remember the person you were meant to be, the person you wanted to be, the person you are"- OTH


Selepas membaca status itu aku terus menekan papan kekunci laptop aku. Wahh aku semakin bijak menggunakan Bahasa Melayu yang diterjemah terus dari bahasa penjajah. Walaupun aku tidak bijak English dan tidak faham sangat apa dia cakap, tapi aku tetap mahu komen status dia. Ini penting untuk menjaga kredibiliti aku sebagai pengkritik terbaik.

Jangan salah faham, status itu bukan kata-kata dia pun. Itu dialog dari drama bersiri One Tree Hill. Kamal memang suka hafal dialog. Dulu dia hafal hampir semua dialog Grey's Anatomy. Aku tertanya-tanya juga. Adakah Kamal ulang dialog itu sampai hafal atau dia tanya saja Pakcik Google. Dan yang aku hairan Kamal yang hati keras sudah mahu bercakap pasal feeling-feeling..


"Lu pahal jiwang-jiwang Kamal? Tak rock la bro."


Itu aku cakap dalam hati saja. Bimbang nanti Kamal pukul aku guna raket tenis. Paling tidak pun kalau dia call,aku ignore, bimbang kalau dia maki aku lepas baca cerita ini.

Bercakap pasal Pakcik Google. Ehh keji tahu, sekarang ini kebergantungan aku terhadap Pakcik Google sangat tinggi. Semua benda mahu google. Buat assignment aku google, cari circuit aku google, cari programming robot aku google, buat project Robotics aku google, tapi kalau sakit perut aku pergi tandas lah. Takkan sakit perut masih mahu google. Sengal bangatt.

Tadi hari malang aku. Semua benda mahu memalukan aku saja. Mula-mula pergi ambil calculation dari Hariz. Waktu itu hujan, jadi kami bincang dalam kereta. Nono, kau jangan buat gossip tahu. Aku tahu kau suka sebar fitnah terhadap aku yang sopan ini, buktinya cuba lihat gambar ini (sila kelik untuk mendapat renjatan jantung).

Selepas habis bincang (juga diselitkan aktiviti-aktiviti mengumpat), aku dengan penuh yakin keluar dari kereta Hariz. Dan bila aku sampai kat café, aku baru tersedar purse aku tertinggal y'all dalam kereta Hariz. Jenuh aku buat suara ayu mintak kasihan supaya Hariz sanggup patah balik hantar purse aku.

Itu baru satu. Lepas itu, baru aku mahu letak punggung atas kerusi, alas kerusi itu rosak pulak. Bergoyang-goyang siap mahu tercabut. Lepas kecewa, aku pun beralih kat kerusi lagi satu. Nasib baik aku seret kerusi itu dahulu sebelum duduk. Kerana,

"KAKI KERUSI ITU PATAH Y'ALL. PATAH TERUS TERSEMBAM."

Agak-agak kalau aku tidak seret sebelum duduk, kemungkinan selepas ini kalau mahu ke café aku perlu pakai purdah. Malu tahu.

Tiba-tiba dada berdebar-debar. Bukan berdebar-debar mahu kahwin. Tapi disebabkan final exam aku bermula hari rabu ini. TUJUH paper y'all. Ya TUJUH tidak perlu di Google. Pakcik Google tak suka tahu. Paper yang pertama sudah tentu Robotics. Subjek yang aku masih tidak faham walaupun sudah mahu exam Rabu ini.

Masa di kelas hari itu, baru mahu berkira-kira belajar dengan seorang junior ini. Masa tengah praktikkan 'Right Hand rule' itu tiba-tiba beliau mengepak ibu jari aku. Sungguh kejam dan lebih sadis daripada mengepak tulang ayam. Aku sedarlah tahap kebengapan aku menerima ajaran beliau. Tapi tidak perlu lah mendera aku sebegitu rupa. Sakit tahu!

Sudah lah sakit kena dera. Beliau dengan jujurnya mengatakan,

"Itu lah akak, awal-awal sem tak nak datang kelas. Ni dah tak tau camne nak buat."

Hahh mampu kau? Rasa ibu jari yang kena dera itu ditambah dengan rasa kena perli membuatkan aku rasa seperti mahu berlari setempat waktu itu juga. Kalau tidak pun aku rasa seperti mahu menumbuk dinding kelas laju-laju.

Baiklah, aku sudah mengantuk. Cukup lah luahan perasaan hari ini. Mahu study pula besok hari. Tha-Tha.


"Ya Allah, permudahkanlah jalan hidupku. Amin."


Wassalam.


4 comments:

dukunlintahplk said...

bukan, itu bukanlah hari malang mu.. sebab purse kau dapat balik, dan bukan dicuri atau diragut.. sebab kau dah perasan kerusi rosak, dan bukannya jatuh nyerudu.. dan kau sempat belajar, bukannya gagal ujian.. so, gud luck.. pa jak dikereco ku tok heheh :)

hannaH said...

pak dukun..tenkiu..hahha bah2 semangat2 dah nak study lok.

xOxO~fixa~ said...

hannah..howcan i denied to say dat u r my beloved gojes member...

yg pasal kerusi itu amat sedih ok(walhal gelak mcm nak mati kan)...

rilex k..pape pun doa ku bersama mu gitew..

ol da best gojes..=)

hannaH said...

Fixa HOT..hehe tenkiu2..kamu pn gojas juga.