Thursday, March 25, 2010

Aku Tapir Kau Pula Tenuk.

Sudah dua kertas peperiksaan aku buat. Hari Rabu Robotics. Hari Khamis Industrial Automation. Perkara pertama sebelum menghadapi peperiksaan adalah melihat Carrymarks. Orang putih cakap Markah Bawa ke? Maaf aku tidak tahu berbahasa penjajah.

Kecewa sungguh melihat carrymarks Robotics. Seperti Malynn cakap,

"Carrymarks macam HARAM."

Ohh ya HARAM yang beliau maksudkan bukanlah membawa maksud najis mughallazah. Yakni bila kami sentuh kertas carrymarks itu kami perlu bersamak. Tidak perlu bebankan otak kamu dengan definisi yang canggih-canggih. Maksud beliau, carrymarks kami semua memang bukan cukup makan tapi memang boleh membunuh semangat.

Atas dasar "Katakan TAK Pada Fail Paper", jadi pada malam sebelum exam Robotics, kami adakan kelas tambahan. Cikgu yang mengajar terdiri daripada rakan sekelas yang mendapat markah tinggi masa midterm paper hari itu.

Sungguh aku kagum dengan kesungguhan mereka. Hasilnya aku tidak perlu baca banyak sebab soalan yang mereka ramal sememangnya keluar.

"Terima kasih kawan-kawan."

Aku tahu kamu tidak baca blog aku tapi sungguh aku ikhlas ucap terima kasih. Cuma sayang untuk peperiksaan Industrial Automation kamu semua tiada. Maka aku terkontang-kanting membanting tulang belajar sendiri. Kedengaran aku bersusah payah seperti menanam padi pula sehingga perlu membanting tulang. Okay sudah jauh tersasar.

Walaupun carrymarks Industrial Automation agak selamat akan tetapi aku sedikit kecewa. Bukan kerana tiada Bro. H semasa di dewan peperiksaan tadi. Kamu semua berhentilah membuat spekulasi bahawa aku ini wanita tidak sedar diri dan asyik hendak tengok Bro H saja jika mahu semangat. Benci tahu.

Aku kecewa kerana soalan dalam peperiksaan tadi sangat susah tahu. SANGAT. TITIK.

Aku juga sempat tidur sebentar dua bentar kerana mengantuk. Setelah bangun aku sambung buat Process Diagram. Setelah lihat jam, masih ada 40 minit mahu habis masa. Aku tidak mahu keluar awal kerana orang yang keluar awal ada dua sebab. Satu, sangat pandai sehingga boleh jawap dan keluar dengan muka senyum. Kedua, langsung tidak boleh jawap tapi keluar dengan muka senyum juga. (Ini perlakuan keji mahu menutup malu).

Aku ada juga berkira-kira mahu meminta kertas lebih supaya orang lain ingat aku boleh menjawap soalan dengan jaya nya. Tapi aku masih berhati perut tahu. Nanti orang lain salah faham. Lebih-lebih lagi Malynn, aku bimbang beliau akan menghempas kepalanya di atas meja melihat jawapan aku yang sangat banyak sehingga terpaksa meminta kertas tambahan. Padahal aku cuma menggunakan tidak sampai separuh buku jawapan tadi.

Apa aku merepek? Ahh kecewa tahu setelah keluar dari dewan peperiksaan tadi. Langkah yang lincah bertukar longlai. Kalau dulu aku bersemangat sehingga mahu berlari setempat dan menumbuk dinding kelas laju-laju. Sekarang aku sudah patah semangat. Kini aku mahu Muay Thai dalam aksi gerak perlahan pula.

"TWO DONE. FIVE TO GO!"

Jangan bimbang. Aku belum patah semangat. Yang di atas itu cuma dialog lakonan aku saja. Kamu semua tahu bukan aku ini pelakon sinetron. Aku masih ada semangat mahu belajar. Besok dan lusa ada lagi peperiksaan. Tapi kenapa tangan aku pantas bermain laptop dan bukan nya menjawap soalan peperiksaan lepas-lepas?

Okay cukuplah aku updet. Sekarang mahu pulang ke hostel. Mahu belajar. Gambatte Kudasai.



p/s: Tenuk peliharaan aku si Malynn pulang ke Johor. Rindu pula mahu Muay Thai dalam gerak perlahan bersama beliau sambil menyedut semut bersama-sama.


"Ya Allah, permudahkan lah jalan hidup ku. Amin."


Wassalam.

3 comments:

Faizal n Fashitah said...

Ya Allah, kau permudahkan lah hidup Hannah.. Amin XD

dukunlintahplk said...

ameen.. gud luck all the best :)

hannaH said...

mr. audio & incek dukun lintah..tenkiu2..amin.