Sunday, March 28, 2010

Kau Mampu Tak? (Mestilah Tak)

FOUR DONE THREE TO GO!!!

Jelas tidak? Haipp tak mahu la google2. Pakcik Google tak suka tahu. Kalau ya pun bengap simpan-simpan la sikit. Jangan la tunjuk, malu tahu.

Dalam lima hari aku sudah habiskan 4 kertas peperiksaan. Rabu - Robotics, Khamis - Industrial Automation, Sabtu - GEN dan Ahad - Design of Machine Elements. Sabtu? Ahad? Yaa kamu semua tidak salah baca, memang aku duduk peperiksaan hujung minggu. Sungguh seronok bukan menjadi aku?

Petang tadi aku exam Design of Machine Elements. Mari buat kira-kira:

- ada dua booklet formula & figure & table (tebal lebih kurang 2 cm)
- ada satu kertas formula tambahan
- ada satu buku soalan & buku jawapan
- alat-alat menulis (pensil, pemadam, pembaris, pen)
- alat jangka lukis (demm soalan MOHR Circle tak keluar pula)
- kad matrik, exam slip, attendance slip, calculator
- meja berukuran 70cm x 50cm

Sekarang cuba bayangkan bagaimana mahu menjawap perperiksaan dengan semua bahan-bahan yang dinyatakan di atas? Jawapan nya,

AKU SUDAH TAHU SENI SILAT SAMBIL MENJAWAP EXAM Y'ALL!!

Serius aku kelihatan seperti mengeluarkan bunga-bunga silat. Mana mahu buka kertas soalan, buka buku jawapan, pegang pensil lagi, rujuk buku formula/figures/tables, mana nak tekan calculator. Mana mahu korek hidung lagi. Tak sempat tahu. Cikgu aku pun asyik pandang, mungkin beliau kagum dan cuba meneka aku sedang bersilat atau pun berkungfu atau pun berkaratedo.

-------------------------------------

Hari tu, teman sebilik aku hampir-hampir mahu minum racun. Ini semua gara-gara beliau tidak percaya bahawa Seri yang selalu main Facebook sampai subuh tiba-tiba sudah berubah menjadi baik. (Okay aku mengaku kenyataan yang mula-mula tu aku tipu saja). Ehh betul aku jadi baik.

Untuk peperiksaan akhir kali ini, aku belajar di Engin. Dalam kelas bersama-sama rakan sekelas. Ohh sungguh kelasssss y'all. Macam buat pantun berima pula.

Dulu aku kera sumbing ehh maksud aku kera sumbang. Belajar seorang di bilik. Berlagak macam pandai. Eleh pandai ker? Bila dapat keputusan rasa menyesal pula tidak buat diskusi bersama rakan-rakan menjawap kertas soalan lepas-lepas.

Atas sebab tidak mahu terjun dari tingkat lima, aku mahu ubah sikap BODOH-SOMBONG-KAU-HENGAT-KAU-CHANTEK. Setiap malam aku datang ke Engin belajar sampai pukul 2 pagi y'all.

Wohh janganlah tepuk tangan dulu. Sebenarnya, setiap kali mahu belajar, satu jam pertama aku peruntukkan untuk main Facebook dulu, update blog, check emel. Selepas itu baru sedut ilmu sampai rasa mahu muntah. Okay sekarang kamu boleh tepuk dahi. (Maaf aku tidak berniat mahu menipu).

-------------------------------------

Bercakap pasal sedut, aku terus teringat teman selesbian aku Malynn. Malam sebelum peperiksaan GEN si Malynn hantar SMS kat aku. GEN itu bukan kereta Proton GEN 2. Jangan la dungu sangat. Tanya dulu GEN itu apa. GEN itu Engineering Professional Ethics.

Jauh aku tersasar. Hah, beliau hantar SMS yang berbunyi, ehh bertulis. (Ayat SMS beliau aku dah edit sebab teruk sangat tatabahasa beliau).

"Apa itu KEBERANIAN? Berani jawab periksa bila belum habis study. Apa itu KETABAHAN? Tabah bila result dapat telur tapi still boleh gelak. Apa itu KESABARAN? Sabar bila tengah study, nota2 semua member nak pinjam. Apa itu KEKACAUAN? Kacau je bila henpon berbunyi bila tengah study di saat2 akhir ni!"

Aku terus balas,

"HAH TAHU TAKPE! SEMUA AYAT KAU MEMANG BETUL. TERMASUK MENGACAU AKU."

Dan sebenarnya kamu kena tipu lagi. Aku balas begini,

"Mekasih lah tenuk. Kau memang memahami spesis tapir kan?"

Nampak tidak sikap BODOH-SOMBONG-KAU-HENGAT-KAU-CHANTEK itu masih tidak dapat dikikis? Bukankah tenuk dan tapir itu sama sahaja. Dasar TAPIR-slash-TENUK. Banyak sangat makan semut sampai otak sudah lemau.

Hari ini rasa letih pula mahu belajar. Mahu berehat sebentar. Sungguh selesa dapat berehat sambil menyilang kaki, mengipas muka dan duduk depan pintu. Seperti apa lagaknya? Okay aku banyak menipu pula malam ini. Sudahlah, banyak menipu nanti hilang pula ilmu di dada. Ehh kenapa dada, bukankah ilmu sepatutnya terletak di otak?

-------------------------------------

Aku mahu umumkan sesuatu. AKU AKAN KAHWIN Y'ALL!! Tapi bukan tahun ini. Okay aku tak nak tipu dah. Nanti kamu muay thai aku laju-laju. Aku sebenarnya mahu umumkan, bahawa esok hari merupakan hari ulangtahun AYAHANDA ku yang terchenta iaitu AJAK BIN PIUT.

"Selamat Hari Lahir ke-52. Semoga panjang umur & dimurahkan rezeki (yayy dapat duit bulanan lebih) dan semoga dikurniakan kesihatan yang bagus agar lebih tabah dengan anak mu yang tidak matang ini. Amin. I LOVE YOU DAD."


p/s: Malynn, besok kita belajar MSD sama-sama ya? Rindu mahu sedut semut bersama kau.


"Ya Allah permudahkan lah jalan hidupku. Amin."


Wassalam.





No comments: