Thursday, March 18, 2010

Rasa Mahu Terjun Bangunan Lima Tingkat.

Minggu ini aku ada ENAM project. *PENGSAN*

Nasib baik sudah hantar project Robotics minggu lepas. Enam tolak satu jadi lima bukan. (Jangan cuba untuk google bagaimana aku mengira, pakcik google tak suka tahu).

Kemarin selesaikan tiga projek untuk di-presentasi-kan hari ini. Ya hari ini sekaligus. Seperti biasa kami lepak di Mechatronics Workshop untuk menyiapkan kerja. Selain dapat menambah OT Bro. Shahlan, aku juga boleh meng-usha Bro. H. *BLUSHING*

Sebenarnya petang kemarin aku tertekan. Seperti biasalah, jika tertekan aku akan gelak seperti nenek kebayan. Tapi sebenarnya juga aku rasa seperti mahu terjun bangunan lima tingkat. Bila aku utarakan idea itu, semua rakan-rakan menyokong dan menyenaraikan semua bangunan lima tingkat yang ada di UIA ini. Trimas semua kawan-kawan. Lepas ini jangan salahkan aku jika ada yang minum air BARBICAN berisi air sabun.

Yang aku cukup hairan adalah Amin-budak-suka-pakai-topi-dalam-kelas tidak tahu bagaimana mahu mencarut. Semalam dia marah, dan cubaan dia untuk mencarut kat aku tidak berjaya..

"Kau ni UBI lah Seri!Tahun depan kau masuk raja lawak. Kuat berlakon macam perempuan sinetron."

"UBI?Habis hebat lah kau mencarut nama sayur-sayuran?" aku cuba menjawap.

"Aku tak reti mencarut. Habis hebat nama binatang pun aku sebut la ayam. Tak macam kau asyik mencarut ntah hapa-hapa." Amin-budak-suka-pakai-topi-dalam-kelas mencabar aku lagi.

"Hishh kurang ajar. Kau memang KUCING!" Nah hamik aku pun tahu mencarut nama binatang secara sopan tahu.


--------------------------------------------


Pagi tadi semasa pembentangan project yang pertama aku sudah rasa pening-pening. Tapi logik tidak aku salahkan kepala yang pening bila aku sebut "Calculate" menjadi "KALKALAT"?

Mahu saja aku teruskan pembentangan sambil menutup muka dengan plastik TESCO. Bukan itu saja, malu tahu bila cikgu aku pun senyum-senyum kambing melihat kumpulan aku membentang seperti orang gila. Aku dan Nono asyik tersalah sebut perkataan saja. Itulah akibat jika selalu membahan cikgu jika di kelas.


---------------------------------------------

Petang itu aku mahu makan tengahari bersama teman-teman selesbian termasuk Malynn. Sudah janji mahu ketemu di EDU cafe. Dari jauh kami sudah nampak Malynn tapi masih tidak yakin. Kami gosok-gosok mata kemudian lihat lagi. Huhh??

"MALYNN PAKAI SKIRT Y'ALL!!!!!"

Hahh mampu kau lihat dia pakai skirt? Dalam 5 tahun aku kenal Malynn, inilah kali pertama dia pakai skirt. Perempuan sangat okayh. Maka ketika makan di HS cafe dia mendapat sorakan penuh girang dari kawan-kawan atlit. Mereka juga teruja melihat Malynn menampakkan "warna sebenar" (orang Melayu bilang True Colors).

Heyy cik adeq chumil (sila rujuk Norhalina), kau jangan gelak kuat sangat. Kau pun sama tak pernah pakai baju kurung, asyik sarung jeans saja. Sekali kau pakai baju kurung masa presentation, aku rasa seperti mahu muntah pula.


--------------------------------------------


Malam tadi aku sangat rajin pergi kelas tambahan Analog. (wahh sungguh skema hari ini). Bukan rajin sangat pun, cuma aku telah tertipah dengan kata-kata cikgu..

"If you come to the class, I will give the hints for final exam."

Maka aku berkobar-kobar pergi ke kelas dengan baju serabai. Tapi mengikut Mahathir si junior aku tu, serabut itu dia cakap SERABAK. Okay tiada kaitan. Berbalik kepada kelas Analog, penat aku tunggu hints tapi sebenarnya itu semua cuma janji palsu. Aku ingat cuma pasangan bercinta saja yang tahu menabur janji palsu. Baru duduk beberapa minit, Amin-budak-suka-pakai-topi-dalam-kelas menegur aku..

"Ehh ingatkan kau nak ponteng?Bukan kau selalu ponteng ke?"

Sinis tahu. Rasa mahu sepak guna tangan laju-laju. Tapi aku cuma bagi jelingan tajam kepada Amin-budak-suka-pakai-topi-dalam-kelas. Seperti biasa, apabila Seri dan Nono sudah bersatu di dalam satu kelas maka..

"Aduhh kalau dah lebih satu jam palak ku sekpat masok gik ilmu." Aku cuba membuka pekung di dada.

"Yalah. Kamek dari tadik dah sik masok." Nono juga cuba memalukan diri sendiri.

Tapi tiba-tiba, sedang cikgu mengajar Nono boleh menjawap soalan beliau secara lantang dan penuh semangat. Walaupun terkejut, aku menepuk belakang Nono..

"Syabasss bethi syabasssss."

Dan sekali lagi Amin-budak-suka-pakai-topi-dalam-kelas menggeleng-gelengkan kepala nya. Mungkin kami tidak patut berada di kelas malam tadi. Hanya mengganggu proses pembelajaran orang lain.

Tangan dan otak sudah letih. Sekarang aku mahu sambung buat project terakhir. Petang ini mahu ke kelas tambahan Industrial Automation pula. Bukan aku sengaja mahu menunjuk-nunjuk tahap kerajinan aku. Tapi tujuan sebenar aku pergi ke kelas supaya dapat menggelakkan sesiapa yang membuat pembentangan petang ini.


p/s: Mahu menyiapkan DCS. Sambil itu lepak-ing di KAED cafe. tha-tha.


"Ya Allah, Permudahkanlah jalan hidupku. Berikan Aku kekuatan untuk bangun semula setiap kali aku hampir jatuh. Amin."


Wassalam.

2 comments:

weirdome said...

serabut = serabak
hahaha. lari trs dr kamus oi

hannaH said...

mal..boh nganok orang oi..mun ku ngeluar cita payung terjun, lompat batu, tidor anak2 ayam?jajaaajajja