Friday, March 5, 2010

Luahan Seorang Pelajar Tentang Gurunya..

Maaf jika kamu semua tertunggu-tunggu entri terbaru aku. Biasalah busybody eh ehh busywoman macam aku terlalu banyak komitmen yang perlu dipenuhi. (Sungguh perasan bukan?). Ohh Puke! *Parentheses. Bold. Underline*

Pada mulanya aku berniat nak berlagak dengan projek 1 MSD yang sudah siap. Aku sudah siapkan gambar-gambar menunjukan prototype kitorang yang canggih itu. Tapi setelah mengambil kira dari sudut Lebih-baik-berlagak-aku-pegi-tengok-konsert-Ummatic-Week-selama-3-malam, aku ubah fikiran. Aku siap dah hilang suara menjerit-jerit tatkala melihat persembahan India dengan tarian Hindustan. Hampir aku lupa diri dan naik ke atas pentas ikut sama menari tahu?

Tak cukup semua itu, aku rasa mahu masukkan cerita tentang kawan-kawan aku yang semakin bijak membuat lawak. Mungkin mereka sudah bersedia mahu menyertai Raja Lawak untuk tahun hadapan.

Ahh pendek kata banyak lah cerita aku mahu kongsi dengan kamu semua. AKAN TETAPI (pelis mind my UPPER LETTER), aku tak akan cerita semua tu dalam entri ni. Nanti-nanti aku cerita ya.

Maaflah aku bersikap kejam tak mahu updet pasal aktiviti siti-situ-sana-sini aku minggu ini. Macam canggih bukan guna perkataan 'updet'? Alangkah bagus kalau 'updet' boleh dijadikan perkataan rasmi dalam bahasa melayu seperti perkataan 'bajet' yang Tun Mahathir kita telah ilhamkan. Okayh cut the crap.

Aku cuma mahu bercerita tentang ini.....(sila baca poster di bawah)




Aku dengan muka tidak tahu malu mengakui aku mahu menangis ketika melawat Dr. Wahyudi tadi di PUSRAWI. Semasa kami datang beliau sudah pun dimasukkan ke ICU. Mendengar cerita sang isteri sudah membuat aku sebak.

"Aku cuma seorang dan anak-anak yang masih kecil. Mohon doa nya ya? Moga tiada apa-apa yang buruk berlaku."

Kami cuma mampu menjawap..

"Insha Allah.."

Mungkin raut wajah Aunty Winda nampak tenang. Tetapi di dalam hati cuma dia sahaja yang tahu. Seperti kata-kata Karam Sing Walia..

"Terbakar rumah nampak asapnya..terbakar hati siapa yang tahu?"

Siapa sangka bukan. Baru minggu lepas ketemu beliau dalam keadaan sihat. Hari ini cuma dapat melihat beliau di ICU. Walaupun tidak lah serapat mana dengan beliau, namun beliau seorang guru yang lebih tepat aku gambarkan sebagai idola. Berdamping dengan beliau dalam kelas System Dynamics, Control Systems dan Mechatronics Systems Design sudah cukup banyak pengalaman hidup yang kami kutip dari beliau.

Allah itu Maha Besar. Kita tak pernah tahu apa yang DIA tetapkan dalam suratan takdir kita. Hari ini kita sihat, entah esok lusa kita sakit pula. Wahh sungguh sastera aku malam ini. Mungkin aku perlu menukar bidang engineering kepada bidang penulisan pula. Namun sebagai pelajar beliau, kami akan terus mendoakan agar beliau sembuh.

Alhamdulillah, malam tadi selepas solat Maghrib, pelajar Mechatronics (third year) melakukan solat hajat. Manakala, selepas solat Isyak pelajar Mechatronics Final Year pula melakukan solat hajat.



Pengumuman khas buat warga Mechatronics Class 2010 dan juga Second Year dan Third Year. Aku mohon doa kalian. Jika sesiapa yang lapang, sila hadir solat hajat di Musolla Engin E0 hari Jumaat (5 Mac 2010). Marilah berdoa semoga beliau cepat sembuh dan kembali ke UIA.


Wassalam.


7 comments:

Faizal n Fashitah said...

Yobihh... Mechatronics Systems Design eh!.. benda nok mek geram mok blaja eh!..
Anyway,.. semoga guru kitak ya kembali sembuh dan sihat seperti sediakala.. insha allah..

xOxO~fixa~ said...

salam hannah...sorry to hear dat...
semoga dia lekas sembuh...amin...

btw dia sakit pe?

hannaH said...

Mr. Audio..mek bukan geram jak..nak leput pun ada ngambik course ya..insha Allah.

Fixa HOT..insha Allah.doctor tgh carik sakit pe.lungs die xleh proses oxygen.gitu2 lah.skarang tgh unconcious..

Ummu Fateh said...

salam kak, punyalah nak simpati ngan Dr. Wy...ayat2 kitak xtahan nyawaku maca...haha ameen ya Rabb...mudahan2 Allah ringankan beban Dr. Wahyudi dan keluarganya =)

hannaH said...

Rindok Ati..biasalah mek tok sekpat dinafikan OVER penggunaan ayat..mudahan..amin.

maza said...

Tu lah kanzzz...

so let us pray for Prof.. Get well Soon.. huhhu

So how's your project paper? Should look for a supervisor replacement or just waiting till the prof fully recover?!

any plan?

hannaH said...

MAZA..he's GONE..forever..read my latest entri.

we will proceed the project,either the new lecturer will evaluate our project or not.

sedekahkan Al-Fatihah buat arwah.