Friday, July 30, 2010

Kau Memang Kelakar!

Serius aku bukan peminat Dragon Ball. Tapi aku tahu aksi dalam filem 'The Sorcerer's Apprentice' menyerupai Kame Ha Me Ha seperti dalam kartun Dragon Ball.

Klise. Yaa memang klise. Jika ada aksi melibatkan kuasa menggunakan bola-bola api harus lah ada aksi seperti Kame Ha Me Ha. Nyaris Jerry Bruckheimer tidak menggunakan lagu 'Bola-Bola Api' nyanyian Siti Nordiana & Arwah Achik Spin sebagai runut bunyi uols!

Tapi secara keseluruhan nya filem tadi superb beb! Aku dah bantai gelak sakan seperti perempuan gila bersuara garau. Aku tak kesah gelak macam tu sebab aku tahu dalam wayang kan gelap jadi tiada siapa dapat mengesan suara jantan manakah yang gelak sangat menjengkelkan.


Aku bagi LIMA bintang!!!!


Aku terkena sumpahan tadi! Bukan lah mahu jadi syirik percaya perkara karut. Tapi sebenarnya tadi menonton wayang tanpa pengetahuan My Pangeran Ganteng. Jika beliau tahu mahu aku kena kuliah petang sebab beliau tak bagi aku keluar. Hek hek hek. Bohong sunat uols.

Dah tu beliau macam tahu-tahu aku menipu. Beliau call banyak kali aku tak angkat sebab tengah sibuk pilih barang kat Parkson. Bila beliau tanya kenapa tak angkat aku boleh cakap "takut kredit kitak abis call kmk". Voleyyy??

Disebabkan menjadi perempuan durhaka. Maka sumpahan telah terjadi kepada aku. LRT tergendala jadi aku terpaksa naik bas ke Jalan Masjid India dan kemudian nya naik bas U12 ke UIA. 


AZAB UOLS!!!!!!


Sampai bilik tetap meneruskan pembohongan si Pitung. Ehh tiada kaitan sebenarnya. Tapi lakonan tetap diteruskan supaya tidak disumpah menjadi katak kodok. Seperti nyanyian anak saudara aku,


"Anjang kodok, anjang kodok, anjang kodok."


Ehh tiada kaitan juga. Yaa dan beliau juga suka mendendangkan lagu ini,


"Angahhhhh batis mu bunting padi..."


Anjang ialah kakak aku. Angah pula aku. Ahh balik ni aku kena ajar beliau lagu lain pula. Asyik mahu mengeji kami saja.

Ohh ya terlupa. Tadi masa di dalam bas, naik lah seorang pakcik. Mula2 nya kelihatan normal. Duduk selang dua kerusi di hadapan aku. Tiba-tiba dia membuka baju dan mengepak2 dada nya.


Gila kau sexyehhh!


Ehh bukan bukan. DELETE DELETE. Tekan BACKSPACE. Bukan seksi tapi seksa. Okay beliau kurang siuman. Okay beliau pandang aku dengan pandangan pelik. Okay aku takut dan pura2 conteng cermin bas. Ehh tak tak. Aku pura2 bercakap dengan cermin kawan aku kat sebelah.

Hmm rasa nya tu saja aku mahu cerita. Penat menaip. Hampir tersembul keyboard aku sebab menekan kuat sangat gara2 menahan ari kencing. Patut tak?




"Ya Allah. Permudahkan lah jalan hidup ku. Amin."



Wassalam.


2 comments:

dukunlintahplk said...

soT!!! hahahahahaha :p

hannaH said...

pak dukun..nang sot lamak..hekhek..