Sunday, July 25, 2010

Ini Betul-Betul Mengjengkelkan.

Ini baru betul-betul Hao Liao ho. Ho Ho Ho. (Sila baca dengan nada iklan HAR MEE). Okay serius iklan itu memang macam kelakar. Faham bukan maksud aku 'macam kelakar'.

Aku tahu lah sekarang ini aku banyak masa senggang. (Seperti tidak percaya aku gunakan 'senggang' berbanding 'lapang'. Gila semua vocab Bahasa Melayu aku guna sekarang). 

Terlampau senggang sampai iklan mee pun aku mahu hafal. Apa jadah nya kau ni Seri? Sila buat benda berfaedah boleh tak? Contoh nya DIET. Yaa DIET.

Diet jangan sekerat jalan. Ehh aku bukan sekerat jalan. Cuma kamu tahu bukan hidup penuh dugaan. Kalau Amir Ukays cakap "ku sangkakan panas berpanjangan, rupanya gerimis, rupanya gerimis mengundang, hang hang hang ahhhh". Dan kamu semua tertipu sebab yang nyanyi lagu tu sebenar nya Zamani Slam.

Okay aku hilang motif. Okay okayy aku ingat. Aku nak diet. Serius betul-betul hao liao woo. Lihat iklan mee boleh jadi tagline pula. 

Nak diet tapi banyak pula dugaan. Ini semua gara-gara Mc-D-O-N-A-L-D-S! Psttt kamu semua. Serius GCB McD mmg sedap wooo. Betul-betul Hao Liao wo.

Satu lagi aku siap hentam durian lepas McD. Gila shedappppp. Makan sampai rasa nak tercirit kat Pandan malam tadi.

Okay lah. Hari ini mahu berjimba-jimba dengan akaks & her future husband. Til then uols. BaiBai.



"Ya Allah. Permudahkan lah jalan hidupku. Amin."


Wassalam.


4 comments:

ajezahmad said...

Yg betol2 menjengkelkan ialah ko dan Annoying Orange ko itu. BTW, sedap jer GCB? Rasa mcm Prosperity ker?

hannaH said...

Ajes..hello!!! xpe lagi annoying orange drpd take180.com ko tu lg sarcastic. shedap okay kalah prosperity!

Faizal n Fashitah said...

Nang nyaman GCB!.. mek sampei ngoder 2 igek makan mek sorang jak hehehee...

hannaH said...

Faizal&Fashitah..aok..mek ngenang diet mun ndak 2igek oleh mek sorg..huhu..