Monday, July 26, 2010

Kaki Ku Di Bibir Mu.

Sepatutnya aku menaiki bas sebuah syarikat terkenal pada pukul 11 pagi. Sila ambil perhatian. Sepanjang puluhan kali aku naik bas yang sama, tidak pernah, TIDAK PERNAH sekali pun berlaku kelewatan. Bas tiba 15 minit awal dan bertolak tepat, TEPAT pada masa nya.

Hari ini, ya hari ini aku sudah bertukar jadi Hulk. Kamu tau kenapa? Sebab aku tunggu 2 jam 15 minit uols.

Mula-mula aku rasa hairan sebab kenapa bas tak sampai walaupun sudah pukul 11. Lima belas minit kemudian pekerja nya memberitahu bas sedang diisi gas dan kemungkinan lambat sedikit.

30 minit kemudian. Sebuah bas datang tapi hanya untuk penumpang jam 11.30 sahaja. Kami tidak, TIDAK dibenarkan naik.

Satu jam kemudian. Pakcik yang duduk sebelah aku dah mula bukak ceramah pagi. Beliau emosi. Aku emosi. Mamat sebelah aku pun emosi.

Dua jam kemudian. Pakcik yang duduk sebelah aku dah emosi tahap bercakap sambil menghayunkan tangan dan terkeluar urat tekak. Aku emosi tahap muka dah tukar kehijauan. Mamat kat sebelah aku emosi tahap mata dah merah. Kerr sebab beliau mengantok. Ahh yang penting kitorang semua emosi.

Dua minit seterusnya aku dan mamat sebelah nekad untuk ke kaunter untuk bertanya. Ikuti perbualan yang dirakam secara eksklusif dan kurang professional.



Aku: Kak, agak2 bas kitorang pukul berapa nak sampai? (nada penuh kemelayuan & keAYUan).

Kakak Kaunter: Ehh adik punya bas memang lambat. Tadi kenapa tak naik ja bas 11.30? (dalam nada terus marah tahap klimaks sambil buat muka kerek).

Aku: Kak, kalau drebar tu kasik kitorang naik saya pon tak hengen nye nak tunggu bas yang tak sampai2.

Kakak Kaunter: Cuba lah paham, bas tu isik gas memang lah lama. (kekerekan beliau makin terserlah)

Aku: Gilaa besar tangki bas tu dia nak isik gas sampai dua jam. (sambil buat muka sinis)

Kakak Kaunter: Korang naik bas pukul 1 ni ja. (sambil print tiket taknak pandang muka aku)



Ehh gila emosi aku tahu. Kalau lah kaunter tu tak ada cermin. Tak usah cakap penampar jepun. Ni ha kaki kiri aku dah naik dulu kat bibir kakak kerek tu. Aku punya lah berbudi bahasa budaya kita bila tanya. Dia pulak terus hamun aku. Apa jadah nya??

Dah selesai, tunggu bas pukul 1 alih2 pukul 1.30 petang baru ada. Memang T***snaSIOSIAL betul!!!

Amaran kepada sesiapa yang berkerja dalam bidang2 macam ni. Sila jangan meng-hanjeng pelanggan yang dah cukup sabar tunggu 2 jam dan masih boleh bercakap sopan dengan anda. 

Kalau nak hanjeng jugak. Aku bersedia melayangkan jari tengah ke angkasa untuk anda!



Sekian entri emosi.

7 comments:

ajezahmad said...

Ko hantar jer surat kat Transnasional weh. Bg tau masa/tempat/kaunter. Sure kena pecat ar akak tuh. Aku pon pantang org2 kerja kaunter, tapi malas nak layan . Nak jer aku ckp, "Kak, kalo dah malas dan kurang ajar sangat, pergi la cari kerja lain. Hidup akak senang, saya pon xpayah deal ngan org2 mcm akak nih".

AmirFX said...

Haha.. Mungkin akak ya ada anak tirik baru kali nak?! Ya nya meroyan kedak ya... Be patient..

mytravellicious said...

dtg bln kali kakak yaa... ehhehe

hannaH said...

Fadli..bukan dtg bulan ya..ya menopous..

dukunlintahplk said...

dah dudok lamak2 ngan pakcik ya tek.. ada x betukar2 no hp?.. hahahaha :p

annetize said...

jenaka ktk juak kak sri! aahahaha

hannaH said...

pak dukun..aihh pacik ya mun ngenang anak nya sikda sebelah ya alu ngenja nya ngn kmk..haha.

anne..gerams aihh.nang prangey cam shait!hahah.