Sunday, July 18, 2010

I am Engaged Y'all!!!

Baiklah sesiapa yang percaya tajuk di atas. Anda memang bertuah kerana baru baca entri ini sudah kena tipu.

Maaf aku masih tidak dapat menangkis sikap keji suka menipu kamu semua. Aku mahu berterus terang.

Sebenarnya semalam kawan baik ku yang pernah sama2 menuntut di UIA bertunang. Ya aku tahu aku tahu. Ini menambah lagi persepsi bahawa aku masih juga tak laku2 bukan? 

Jangan lah kamu semua bilang aku tak laku. Hati kecil perempuan tua ini sangat sensitif tahu? Ehh tua kah aku? Masih muda okay. 25 tahun uols. Jubli perak lagi. Agak2 jubli emas baru lah tua. Katanyaa.

Hahh aku sudah tersasar. Begini, kawan aku Adelina binti Ibrahim & Munir (bin ape ntah, maaf aku jahil nak ambik tahu) telah mengikat tali pertunangan semalam. Gitew kan aku letak nama penuh kau Ade, biar kau glamer sebentar.

Jadi aku pun tidur lah di rumah Ade ni. Konon2 mahu ringan tulang membantu untuk persiapan majlis pertunangan. Konon nya lah. Tapi aku ringan mulut pula mahu tolong melahap apa yang ada. 

Habis lah kau Azah, Pija & Kamal sebab tak dapat datang. Aku dah tolong makan kan lauk kenduri bagi pihak kamu semua. Sila ucap terima kasih kepada aku nanti.

Gambar majlis pertunangan nanti aku upload sebab aku mahu cilok saja dari Facebook beliau. Maaf gambar aku cuma dua tiga shoot saja. Maklum lah aku kan seorang yang pemalu. Aku kurang berminat menangkap gambar seorang diri.

Sehingga kan wallpaper handphone pun aku guna gamba perempuan melayu paling ayu. Kalau tak percaya sila rujuk gambar di bawah.




Nahh ayu bukan??


Yaa dan kamu semua tertipu lagi. Maaf ya, aku ingatkan aku boleh hilangkan perangai mazmumah ni. Rupa2 nya tidak.

Ini semua kesan sampingan melihat kawan aku sudah bertunang. Bila agak nya giliran aku pula? Kalau perempuan boleh meminang lelaki, besok juga aku kahwin. Gila kau Seri!

Okay2 berbalik kepada cerita sebenar. Di rumah Ade ada seekor kucing yang sangat comel. Tak silap nama beliau Molly. Warna kelabu. Molly dikategorikan sebagai 3G. Bukan teknologi 3G yang kamu semua boleh buat video call itu. Beliau binatang sila jangan berimaginasi tinggi sangat.

Maksud aku 3G itu adalah Gemuk - Gebu - Gedik. Semalam beliau mengawan sama Tigra. Kucing milik kawan mereka. Lupa mahu bagitahu kamu. Si Molly ini jantan. Tapi pergerakan sangat perlahan.

Maka nya aku mula berimaginasi mahu mengajar beliau muay thai dalam aksi gerak perlahan. Sudah tentu berjaya. Tapi jika Molly ini manusia aku panggil beliau jantan yang bernama Ali Setan. Berjalan ala2 macho tapi slow nak mampus. Iya lah beliau kan mahu memikat si Tigra. Kena lah berlagak macho bukan?


Binatang mengawan pun mahu cerita ka? Boring!!!


Okay2 aku mahu cerita juga. Sekarang sudah ketagih menonton Annoying Orange. Kamu semua sila lihat di YouTube. Serius kelakar tahu?!

Aku berminat sebab aku rasa perangai si Orange ini macam aku. Gelak pun 50% sama. Ehh aku rasa 70% sama macam aku. Ahh aku up kan lagi 75 persennnn.

Uhhh sejuk pula di UIA ni. Mengigigigigigil uols. Nanti2 aku sambung lagi okay. Sekian.





**********updated************



Aku mahu ambil berkat..haha..mana tahu tahun depan??? perghh!







**********updated************





"Ya Allah. Permudahkan lah jalan hidup ku. Amin."




Wassalam.



2 comments:

AmirFX said...

Kmk dolok ada makei tipon engage Nokia... P dah putus.. Sebabnya kmk dah jumpa si kkiut sony ericsson... Kiut gilak2...

hannaH said...

Amir..yalah mek pon makey sony ericsson yg kiut miut juak..nak sora terbabak ya..hmm motip?