Thursday, July 22, 2010

Hey Apple. Hey Hey Apple.


Sekarang mood suka tengok YouTube. Buka laptop terus main YouTube. Bukan apa. Aku sudah ketagih dengan The Annoying Orange.


Gila menjengkelkan. Gelak saja sudah menyakitkan telinga. Belum kira beliau panggil nama buah ikut suka saja.

Okay2. Confession confessionnnn. Sekarang telah masuk edisi diet untuk masa depan.

Sejak cuti 3 minggu dah plan mahu diet. Tapi diet cuma berjaya dijalankan kira2 2 minggu yang lepas.

Hasilnya. Jeng jeng jeng.

Ambil alat penimbang. Penimbang badan uols. Jangan guna penimbang ikan mahupun penimbang tepung gandum.Lincah lincah naik atas penimbang. DupDapDupDap.


TURUN 2 KILO Y'ALL!!!!


Segera SMS si Pangeran Ganteng. Beliau gembira siap bagi semangat. Aku sudah mula membayangkan beliau berskirt pendek memegang pompom tali nylon warna-warni citra Melesia.

Okay maaf berimaginasi tinggi pula. Takkan lelaki nak pakai skirt pendek!

Segera SMS mak aku juga. Supaya beliau juga dengki dan lincah2 diet seperti aku.

Dalam hati puas hati. Dalam kepala puas kepala. Dalam tangan puas tangan. Ehh apa aku carutkan ni?

Hmm baru dua minggu sudah riak macam pemenang The Biggest Loser. Arghh. Ini semua pengaruh The Biggest Loser Asia. Hari2 tonton sampai rasa,


"Yes. It's time to KURUS!"


Aku berkata dalam hati penuh semangat sambil rakus menghabiskan aiskrim Le Cremeria.

Okay itu semasa ketiadaan motivasi diri. Setelah menghadiri sesi kaunseling bersama si Pangeran Ganteng. Aku rasa memang patut aku diet. Ini untuk mengelakkan kami dipanggil Papa dan Mama Yokies.

Okay sekarang masa untuk bersenam di atas katil. Bukan tidur uols. Sit up sit up. Lincah lincahhhh!



"Ya Allah. Permudahkan lah jalan hidupku. Amin."



Wassalam.


5 comments:

Faizal n Fashitah said...

Kamek bencik naaa nangga Annoying Orange ya eh. Asa nak di perah2 mek.. sak atii ehh!

AmirFX said...

Nang annoying menar jak buah oren ya... haha.. Nway, teruskan usaha ktk... Kmk pun tgh nak diet juak time tok...

hannaH said...

faizal&fashitah..hehe..annoying gilaa nak?haha tp cuba ktk nangga nak nya ngn grandpa lemon..the only buah yg dapat ngenak nya..

amir..hehe..tgga ktk nya ngn grandpa lemon.diet diett!!bestofluck juak k k diet!

annetize said...

hahaha goodluck kak sri! kmk pun nak diet juak!

hannaH said...

anne..aok2..BERUSAHA!!