Saturday, October 9, 2010

Sumpah Aku Takkan Gelakkan Orang Lagi!

Pagi tadi masa naik bas 231, aku seperti biasa ambik tempat duduk belakang. Letak handbag kat kerusi sebelah jadi tiada sesiapa akan duduk sebelah aku. Memang selesa aku nak layan blues pagi2 begini. Blues okay bukan BLUE, apa2 jenis blue yang kamu semua paham lah.

Tempat duduk depan sekali ada dua orang brader. Nampak baik. Dua2 pakai kopiah. Muka suci. Tambah lagi yang seorang tu pakai jubah. "Memang sah nak pergi solat jumaat tengah hari nanti." bisik hati kecil ku.

Sampai kat satu simpang berhampiran terminal putra. Bas 231 tiba2 membrek secarak mengejut. Serius mengejut tahu! Kalau kamu masih ingat subjek fizik, keadaan kami semua pada masa itu dinamakan kesan daya momentum. Dalam bahasa mudah difahami makhluk lain adalah badan akan bergerak ke hadapan sedikit.

Tapi yang menjadi persoalan nya, salah seorang brader yang duduk di kerusi hadapan sekali tadi terhumban ke hadapan. Okay aku berlebih2. Beliau tidak lah sampai terhumban ke hadapan macam iklan "Pakailah tali pinggang ke selamatan". Maksud aku daya momentum beliau sungguh kuat sehingga hampir tersungkur.

Reaksi kawan beliau dan sekelian penumpang (termasuk aku) apabila melihat kejadian tadi, kami semua gelak. Aku pantang lihat benda2 ajaib dalam dunia begini, harus aku gelak sampai terkeluar air mata.

Setelah sampai di terminal putra. Aku pun bergegas turun dan terus masuk ke dalam terminal. Tiba2,



Zasssssssssssssssss....



Ini bukan sound efek Fara Fauzana dalam rancangan Melodi. Tapi bunyi aku tergelincir y'all!

Nasib baik aku sempat pegang besi kat sebelah kiri aku. Kaedah nyaa? Aku jalan tanpa toleh belakang. Swap touch n go. Terus naik tunggu LRT. Bediri dekat dengan dinding supaya aku tak nampak muka orang yang gelakkan aku. Kalau aku jumpa beg plastik memang aku rembat buat tutup muka. MALU SIYOT!



"Ya Allah. Permudahkan lah jalan hidupku. Amin."



Wassalam.

4 comments:

AmirFX said...

Bwahahahahahaaaa.... *sambil merik plestik itam*

hannaH said...

Amir..hahhahaa..tetak utk dik mpun.

Faizal n Fashitah said...

Wakakakakaka!!~ (Sambil eksen ngelincir2 dikpun rah tanggak..)

hannaH said...

Faizal&Fashitah..hehe..kederrrr..