Wednesday, October 6, 2010

Kepak Bukan Bererti Sayap.

Dua hari bekerja. Ya ampun penat macam nak luruh semua tulang-tulang kat dalam kaki aku.

Iya lah aku tidak pernah bekerja. Opss harap-harap bapak dan mak aku tak baca blog ini sebab aku tak mahu mereka tahu aku bekerja sambilan.

Bukan apa. terlalu banyak masa lapang sampai aku tak tahu nak buat apa. Kadang-kadang sampai rasa mahu tolong makcik cleaner bersihkan tandas, tolong abg bangla tebas rumput, tolong habiskan makanan kat cafe..erkk?

Berbalik kepada kisah aku baru mula bekerja. Aku kan budak skema. Jadi kena rahsiakan tempat bekeja sebab hari itu sudah tandatangan perjanjian. Tak boleh dedahkan pasal company melalui emel mahupun blog.

Hah mampu kau dia letak BLOG dua tiga kali dalam syarat-syarat kerja. Jadi aku bimbang kena terminate kerja walaupun mereka tak penah baca blog aku pun.

Hari pertama kerja aku berkenalan dengan Aree, Aidil, Yana, Aki dan Hanan. Aree orang besar, macam cikgu2, siap buat clas bahasa inggeris. Sesuai untuk orang macam aku yang lidah kebaratan. Mampu kau?

Aidil orang besar jugak. Muka serius. Aku kadang2 keliru beliau buat lawak ke atau serius tapi terbaca skrip lawak. Tapi beliau okay saja.

Yana muka garang. Mula2 tengok memang rasa mahu terkucir. Tapi mood beliau baik sampai ajar aku banyak benda. Yaa banyak. Semua benda beliau ajar. Aku kena prektis kasik mantap.

Aki budak Sabah. Muka comel saja. Someone you can depends on. Tapi jangan lah jadi dependent sangat. Lihat aku suka selit bahasa ibunda ku. Barat ka aku? Atau KEPARAT? Ahh.

Hanan baru kenal semalam. Semalam hari terakhir beliau bekerja sebab mahu teruskan belajar di matric UIA. Gambatte Kudasai kepada beliau. Moga gemilang seperti aku. Maaf terlebih pula.

Okay cukup lah rasa nya aku kenalkan teman sekerja. Nanti aku beritahu apa kerja aku. Saja mahu bagi kejutan maksima. Aku off-day hari ini jadi mahu berjimba-jimba atas katil.




"Ya Allah. Permudah kan lah jalan hidup ku. Amin."



Wassalam.


4 comments:

Faizal n Fashitah said...

oOoo duhal keja part-time. Ermm mintak mo tipon mak kitak lak, mek nak meripot ngan sidak...

hannaH said...

Faizal&Fashitah..aih aihh ceredit nya lok..boh gya..lak gaji mek merik anak ktk angpau..hehe.

Khairul Onggon said...

Yalah mala jak tumboh kepak kirek kanan hoh.. :P hehehe..

hannaH said...

kaljis..aok eh..dah banyak kepe saya tok.