Monday, November 8, 2010

Ye Pakcik. Kamu Memang Cool!

Penat balik interview kat Kuching tak habis lagi. Kena pergi interview di Johor pula. Harap2 aku dimurahkan rezeki dapat kerja dalam waktu terdekat.

Balik dari Johor terus kerja. Penat ya ampun tak usah cakap. Rasa macam nak baham semua customer yang datang berurusan.

Tiba2 sedang aku nak berehat seketika datang seorang pakcik. Umur dalam lingkungan 50 lebih. Isteri beliau cantik berbangsa arab mungkin.

Kagum aku sebentar sebab beliau cakap melayu, isteri beliau membalas dalam bahasa Inggeris. Kamu pun tahu bahasa Inggeris bahasa ibunda aku bukan? (Okay boleh tumbuk meja sekarang!)

Tak tak sebenar nya aku kagum sebab pakcik tu tak hensem (dan selekeh ya ampun tak usah tanya) tapi isteri nya cantik. Okay tak baik mengeji orang tau Seri. Cukup.

Beliau nak buat Bonuslink Redemption. Jadi kena masukkan nombor pin. Aku pun dengan penuh sopan ayu tahap perempuan melayu paling last menyuruh beliau memasukkan nombor pin di keyboard yang disediakan.


"Encik, sila masukkan pin number kat sini ye?"


"KAT SINI? OKAY."


Aku pandang lah kat monitor. 2 saat. 5 saat. Eh kenapa pakcik ni tak masukkan nombor pin. Aku rasa aku nampak beliau bersungguh tekan keyboard tu sampai badan pun terhinjut2.

Aku pun pandang lah apa yang pakcik tu buat. Kau tahu tak? Tak tahu bukan. Mari sini aku bagitahu.

Beliau tekan ibu jari kanan dengan sekuat hati dan tenaga kat bahagian atas keyboard. Dengan harapan?? Ala macam kita verify cap ibu jari kat JPN lah uols.




Beliau tekan2 kat bahagian warna silver. Boleh??




Rupa2 nya beliau ingat keyboard murahan itu sangat canggih sehingga boleh membaca cap ibu jari. Konsep sangat pakcik ni kan???

Aku dengan penuh macho berkata,


"Encik sila masukkan sekali lagi nombor pin di tempat nombor ni?" 
(sambil tunjuk kat nombor2)


Mampu kau nak tahan gelak depan customer? Terpaksa aku gigit lidah untuk tahan gelak tahu.

Tak cukup adegan panas itu, malam hari pulak datang customer. Rasanya pelancong. Bawa tiga resit untuk menebus voucher. Masa bagi resit tu customer pun cakap lah kat aku,


"I want to combine three receipts."

"OKAY."


Tiba2 aku jadi blur dan pandang lama gila kat resit yang pertama. Customer tadi dah menggelabah dan berkata,


"That receipt can't combined?"

"ERR. HMM."

"Why?"

"SORRY SIR BUT THIS RECEIPT IS FROM RESTAURANT."


Okay yang ni aku memang tak dapat tahan gelak. Awek beliau pun gelak macam nak mati. Rupa2 nya beliau salah bagi resit. Agak2 lah kalau ye pun teruja nak tebus voucher. Sila semak resit anda terlebih dahulu ye.


Sekian.



"Ya Allah. Permudahkan lah jalan hidupku. Limpahkan rezeki Mu kepada ku. Amin."



Wassalam.

6 comments:

AmirFX said...

Pakcik ya kmk berik 3 thumbs up.. Jarik cgek gik kmk angkat ibu jarik kaki.. haha...

hannaH said...

amir..mok pinjam jari kmk?

Anonymous said...

Hello, you site is very funny he told me to cheer up .. Merry Christmas.

Anonymous said...

Good Article
http://www.medcareforyou.com/product/actonel/

Anonymous said...

Rather interesting to reed. Thx u . U make me happy

Generic Levitra (Vardenafil) said...

Keep up the good work.