Tuesday, October 4, 2011

Menangi IPAD2!!!

Gila bosan tak boleh lelapkan mata. Dah lama tak buka says.my. Ada contest invite rakan baru untuk sign up akaun. Siapa-siapa nak menang IPad 2 dengan aku sila gunakan url di bawah ya.






Menangi IPad2 bersama saya!




Oklah. Wassalam.

Monday, October 3, 2011

Pengangguran Bisa Mengakibatkan Tekanan Perasaan.

Habis study kena cari kerja. Tapi sekarang susah cari kerja. Mak bapak aku dah tentu bosan tengok muka aku kat rumah hari-hari.

Semut-semut kat dalam bilik aku pun dah diulang kira empat belas juta kali. Hmphh.

Kau sebut saja medan pencarian kerja atas talian. Semua aku dah hadap. Minggu ni Feroz. Minggu depan Naim Cendera. Doakan aku berjaya ya?

Maaf, dah lama tak updet blog. Otak sedikit kenyal. Ayat agak skema. Bau agak hanyir. Eh tak tak. Maksud aku, entri macam takda idea. Takkan nak bincang pasal Apex putus dengan Jejari Runcing. Lagi bosan nak bincang pasal Norman Hakim dan Memey dah nikah. Okai serius, aku tak nampak "Wedding of the year" yang digembar-gemburkan.

Untuk mengurangkan dosa asyik mencaci, baik aku baca blog Kak Senduk. Ketawa terbahak-bahak sampai mak aku asyik ketuk pintu, risau anak nya sakit mental akibat tekanan sebagai penganggur. Hakikatnya, si anak memang suka duduk rumah goyang kaki.

Okaylah, aku nak menunaikan tanggungjawab sebagai anak solehah. Mahu memasak untuk mak bapak aku. Chiow.




"Ya Allah, permudahkan lah jalan hidupku & murahkan lah rezeki ku. Amin."





Wassalam.