Saturday, May 28, 2011

Ngansa.

Ngansa. Ini bahasa sarawak. Tak payah lah kau gugel nak tau apa maksud nya. Bukan kod rahsia pun nak menang contest.

Okai aku dah hilang motip. Mata tak boleh lelap. Delete message dalam Facebook, terjumpa chat message dengan arwah azlan. Gila emosi aku baca.

Sila bayangkan sekarang, sekarang aku bilang, jangan tunggu besok, cerita dah basi nanti. Bayangkan kawan yang kau kenal dari darjah satu, satu sekolah sampai tingkatan 4. (Tingkatan 5 arwah pindah sekolah). 

Sejak awal bulan puasa tahun lepas arwah banyak chatting dengan aku. Sedari pagi hingga tengahari. Setiap hari arwah meminta maaf. Hmm. Aku pun tak tahu nak cakap macam mana. Hari-hari lah arwah mintak maaf. 

Arwah pergi seminggu sebelum Raya Aidilfitri. Mengejut. Ya aku pun terkejut. Aku siap marah kawan aku, aku bilang soal maut jangan main2. Ye lah, baru sehari sebelum tu aku berbalas chat ucap selamat berbuka.

Bila arwah dah tiada, aku dapat simpulkan logik arwah meminta maaf setiap hari. Paling terkesan semua sahabat apabila arwah cuba mengumpulkan sahabat-sahabat terdekat. Rancangan arwah mahu adakan reunion. 

Sedih. Ya sudah tentu. Seorang sahabat dengan sendu mengungkap rancangan untuk reunion sebenarnya mengumpulkan kami ke majlis pengebumian arwah. 

Hmm, cukuplah. Kami redha. Sedekahkan saja Yassin untuk arwah. Tapi aku tetap simpan message arwah. 



********************

Arghh tak ngantuk jugak. Seperti mahu jogging malam-malam buta. (Terus pose2 ziana zain slimming beauty).

Tetiba teringat masa kat rumah, jogging seawal subuh dan petang-petang. Paling tak boleh blah, tiap kali lepas jogging pagi, singgah kedai beli kuih cakoi. Lepas jogging petang pula singgah stall uncle aku beli cucur pisang. *pitam*

Jadah apa, memang nak tambah lemak lah tuh. 

Dah marathon tonton Nutty Professor, layan ulangan Melodi, layan Tasbih Cinta, ni drama Na O Mei pulak.

Mata asyik tak boleh tidur.

Hmm. Mari membaringkan diri. Dah baring tak boleh taip-taip dah. Aku nak baring pastu cuba tidur. 

Sambil tu teringatkan keletah anak-anak buah aku yang lidah dah cakap Melayu Sarawak, tapi ada hati nak cakap Melayu Brunei macam kitorang aunty2 nya.


"Anik bah aniekkkk.."

"Jangan bah jangannnn.."

"Sapa aniekkk?"


Okai kennot go!! Geli gelemannnn. 







"Ya Allah. Permudahkan lah jalan hidupku. Amin."





Wassalam.


2 comments:

AmirFX said...

Ktk ada pureh dari brunei ka? Wahhh... Damit sungguh dunia ini.. haha..

hannaH said...

@amir..aok mek orang lawas..hehe mother tongue melayu brunei lah..damit kan?ktk ada pureh brunei ka?