Maaf dah lama tak updet. Maka aku harus meng-hapdet semua cerita macam budak SPM buat esei ringkas tapi lain-lain tajuk dan skop. Jangan pitam sudey.
Yang pertama tama sekali,(okay abaikan tatabahasa aku). Sila klik gambar di bawah untuk tumbesaran hati penuh kedengkian.
Tengok betul-betul nama pemenang yang pertama sekali. Sila jerit hoorayy laju2 sekarang. Okay lame! Weh2 aku menang lagi 2Good 2Be True. Gila kentang. Kali ni aku dapat PS3. Abang ipar aku dapat sekali sebab dia pair dengan aku masa share benda ni kat Facebook.
Tapi yang tak best, aku sebenarnya tak reti main game. Serius aku tak tahu. Paling cikai kau bagi lah Brick Game, ha yang tu aku reti la, itu pun satu jenis je aku reti, bagi challenge yang lain fail!. Kalau dapat yang canggih2 macam PSP ke PS3 ke Wii ke, pun aku tetap tak reti.
Kejadah nya duduk lah PS3 free tu kat sebelah almari bilik aku sampai hari ni. Aku cuma bukak kotak PS3 tu sekali je, time tu siap air liur meleleh bilang, "Wahhhhhhhhh....Canggih yang amat." Pastu tutup balik kotak.
Aku rasa nak simpan jadi hantaran kawin je nanti, save bajet, satu dulang aku dah beli. Gila tak ada kejutan budaya untuk hantaran. Kakak sulung aku pulak asyik protes dan memanipulasikan anak2 beliau untuk mendapatkan PS3 aku.
Berdarah tak hidung uols tengok gambar ni?
Cukup lah cerita berbaur riak. Bimbang nanti kamu semua dapat dosa pulak mengutuk aku. Mesti kamu semua rasa."Owh kau menang lagi? Oh okay bye!".
Ehh mengarut. Aku nampak je macam kasar cakap selalu nak jerit2. Tapi dalam hati ai lemoot uols. Terharu gila semalam. Semua staff aku dapat result SPM cemerlang. Kira lagi cemerlang dari aku.
Gila kagum rasa macam nak sujud syukur bila sorang2 call aku bagitau result berapa A. Muka dorang macam budak2 nakal kut. Sekali result gempak. Tak menangis macam primadona kau dengar result sorang2 dapat 5A, 6A, 7A.
Satu lagi berita. Aku nak tukar kerja lain. Hari tu dapat panggilan kerja. Tapi aku mintak start keja bulan 6. Sebab ingat nak rehat dulu 2 bulan ni. Aku mohon doa kalian semoga aku berjaya. Tachink2 plak kan. Blah lah kau seri.
Ok lah aku sakit kepala ni. Tak tahu nak buat apa. Macam nak keluar jalan2. Sapa nak join pergi KLCC tengok movie. Sila jangan persoalkan aku gila loser hari2 nak pergi KLCC lah kan? Macam dah tak ada tempat lain kat KL ni.
Mahu mandi, ketiak dah busuk tak mandi pagi lagi. Gigi pun tak berus. Ada ku kesah? Macam la kamu semua boleh pengsan bau aku.
"Ya Allah. Permudahkan lah jalan hidup ku. Amin."
Wassalam.
3 comments:
ada bau geramak ketiak ya? hahahaha
haha. lawak ar kakak ko. sampai mcm tuh skali dia memanipulasi anak2 dia. LOL! Thumbs up for creativity!!
BTW, aku pon br join 2G2BT tuh. Saper nak pair ngan aku nih. Ada tips x?
hebat!!!kelas ko hannah!!!aku nak menang gak...wei aziz ko pair ngan aku je la...aku x tau nak kena wat pe wei..ahaha...
Post a Comment