Wednesday, March 2, 2011

Rakyat Malaysia Malas Membaca? (Fakta Atau Auta).

Sebelum membebel fakta atau auta kali ini, aku mahu mengucapkan Selamat Hari Kelahiran buat Heinsen Jepanih. Antara blogger yang aku ikuti tulisan nya. Hari lahir yang ke berapa ntah. Malas mahu mengira, aku lemah matematik sejak kebelakangan ini.

Bercakap pasal orang Malaysia malas membaca aku rasa tak perlu lah aku huraikan definisi satu persatu. Bukan aku mahu mengarang esei perbahasan mahupun teks ucapan.

Contoh paling ketara di tempat aku bekerja sekarang. Setiap voucher akan di-chop tarikh luput penggunaan nya. Pendek kata EXPIRY DATE. Seusai kami memberi voucher tersebut, pelanggan akan tanya balik sambil baca tarikh luput.


"Expiry date bila ek?"


Atau,


"Boleh guna sampai bila ek?"


Paling tak boleh blah bila nampak EXPIRY DATE dia masih tanya "start guna voucher tu ikut tarikh yang korang chop ni ke?"

Contohnya tarikh luput 1 MAC 2011, maka dia dengan bijak laksana menanya kami,


"1 Mac baru boleh mula guna ek?"


Pergh. Memang rasa nak berlari setempat laju-laju bila aku dengar. Serius aku tak paham. Ke diorang ni bangsa2 yang beli barang kat kedai pastu guna bila dah sampai tarikh luput.

Semalam paling best. Aku dan Zul balik kerja tunggu LRT carik port pintu depan sekali. Baru nak line-up aku terbaca "PINTU INI TIDAK BERFUNGSI". 

Ohh ya, aku baca dengan sangat lantang sampai pakcik2 yang tengah queue kat depan pintu tu terus lari lintang pukang sebab "wakena beb". Tak kurang juga yang tetiba tukar haluan ke Kelana Jaya, ehh dah kenapa? Malu punya pasal ke kau sanggup tukar line pastu patah balik ke Gombak.

Aku dan Zul pun apa lagi gelak sakan. Tapi yang tak paham tu, lepas kami blah dari pintu tu, makin ramai pulak ORANG MALAYSIA yang faham BAHASA MALAYSIA pergi tunggu depan pintu, ehem2 DEPAN NOTIS tu.

Tambah lagi satu penyedap, abang yang tadi lintang pukang lari tetiba datang queue balik siap jadi orang pertama depan pintu tu. Mungkin dia ingat RapidKL suka bergurau2 tampal notis semberono kut? Sebab tu dia tak endah kan langsung notis tu.

Zul pun cakap lah dia nak tengok, kalau betul notis tu tipu, maka kitorang yang hampeh. Tapi kalau betul pintu tu tak boleh bukak, kami pakat nak gelak sampai pitam.

Dan sampai lah LRT yang dinanti-nantikan oleh kami yang dah basah kaki, basah ketiak, basah segala-galanya. Jeng jeng jeng. Aku nak cadangkan lain kali RapidKL buat la notis camni,


PINTU INI MEMANG TAK BERFUNGSI LAH BONGEK!


Apalagi, aku dan Zul bantai gelak sampai keluar air mata. Itu lah, dah ada notis depan mata okai, kau tak reti2 ke nak baca? Kan dah "wakena wa tak tau". 



"Ya Allah. Permudahkan lah jalan hidupku. Amin."



p/s: sindrom beli handbag setiap bulan semakin menjadi2. aduh!



Wassalam.



Saturday, February 19, 2011

Kau Pernah Jumpa Dokter Lelaki Pakai Subang? Cool habis.

Lumrah hidup aku kena punch card 'demam' sebulan sekali. Kali ini baik punya demam. Hari tu dah pegi clinic kat Twin Tower Medical Centre. Tapi dokter bagi ubat flu saja, demam tak teruk lagi.

Hari ini siap dapat MC lagi. Dokter bg antibiotik dengan ubat sakit tekak. Sakit tekak keluar kahak berdarah tetap jugak aku melahap. Kau tahu tak? Mesti tak tahu bukan, kalau sapa2 angguk aku ketuk. Tadi dokter yang rawat aku tu lelaki India pakai subang. Cool huh? 

Selalu jumpa dokter skema cakap kalau boleh guna bahasa Kamus Dewan Bahasa & Pustaka. Tapi dokter ni lain siap nasihat makan ubat,minum air banyak2 intonasi macam cikgu2 marah murid malas makan ubat.

Mak aku pesan. Dia bilang "makan sayur banyak2, terutama tomato mentah yang masak ranum."

Okay hari ini menu tengah hari makan nasik dengan tomato. Yay! Berjaya kunun nya walaupun tomato setengah biji je pun. Tak efek!

Ohh ya sekarang nafsu membuak2, eh2 bukan mahu bermaksiatan. Tapi bernafsu untuk membaca kisah2 lagenda setiap negeri. Masa kecik2 selalu pinjam buku kat library, tiap2 hari mesti ada buku nak baca. Dah tua2 macam ni, bila orang tanya berapa kali kau pergi library? Sebelah tangan punya jari belum tentu habis aku guna untuk hitung berapa kali.

Ohh aku makan ubat flu tertidur sampai petang. Syiok habis. Bangun2 layan blog Kak Aida dan Cik Geli2. Baca blog kak aida tak sah kalau tak nangis. Gila tabah ini wanita, agak2 sapa yang putus cinta pergi melahar pasal ex-BF dia, apadahal? Aku tak sedih sangat. Baca dulu blog Kak Aida ni baru korang tau apa itu frust menonggeng.

Aku doakan Kak Aida tabah mengharungi hidup. Amin. Kepada sesapa yang suka cerita2 kekeluargaan (uhuk2 18sx uhuk2) boleh lah baca blog Kak Geli2. Tak ada lah lucah pun. Sesuai untuk semua golongan pembaca. Yang otak kuning cepat aje nak klik link Kak Geli kan? Gila keji kau!

Okai lah. Aku nak sambung main game lepas tu makan ubat, lepas tu tidur. besok kerja. Arhh tensi MC satu hari saja. Pfft.



"Ya Allah. Permudahkan lah jalan hidup ku. Amin."




Wassalam.



Friday, February 11, 2011

Karok-day Bersama Teman.

Fuhh hampir bercakap secara menjerit sebab tak sedar tengah pakai earphone, makcik konduktor bas pula ajak bercerita. Dia tanya dah makan ke belum. Aku geleng. Lepas tu dia menunjukkan plastik sampah bekas dia makan nasik. Eee tak senonoh tau, saja je nak kasik aku jeles. Perut buncit aku dah keriuk keriukkk.

Pencapaian membanggakan hari ni; aku berjaya pakai tudung matching dengan baju. Yay!

Selama ni aku cuma tahu pakai tudung hitam atau putih je. Tak kira lah baju aku warna warni macam pelangi mahu pun lip lap macam baju AJL Kak Ramlah Ram. Ehem ehem, Incik Aziz Bin Ahmad, kamu patut bangga aku dah berjinak2 pakai tudung. Wahh riak nauzubillah! Uhh kenot kenott. Tarik balik perasaan riak itu.

Tapi tetap tak berubah baju kemeja aku tak reti nak gosok. Renyuk2 pun hantam saja lah aku pakai keluar tadi. Ada aku kesah? Yang bising2 mulut longkang nak kutuk aku sila tolong gosok baju aku ye.

Ohh ya tadi pergi berkarok dengan Aini dan Syuhada kat Redbox Sogo. Pergh, tak bajet bajet semua nak pilih lagu yang high note je. Sekarang masing2 suara macam minah kepit sebab tekak rasa bengkak. Itu belum kira abg yang ambik payment tadi mesti rasa mahu pitam dengar suara sumbang boleh pecah kan kaca gelas.

Balik karok kitorang shopping kat Parkson. Mana lagi kan nak pergi, kata pun patriotik. Buang duit semua kat Parkson. Oh tak lupa jugak dinner dengan staff dan former staff Customer Service kat food court level 4. 

Kitorang sukaaaaa makan kat food court level 4 ni sebab dorang je yang baik hati bagi diskaun kat staff Parkson. (Terima kasih makcik NOODLES, wantan mee kau memang superb, besok aku mahu lagi tau! pstt jgn lupa bg diskaun hebat. *wink*). Jangan salah paham, wink tu untuk abg2 kat kedai kopitiam sebelam, jadah apa pula aku mahu wink2 dengan makcik2 noodles bukan?

Sekarang masa untuk tidur. Besok kerja full shift. Matilamakk!




"Ya Allah. Permudahkan lah jalan hidupku. Amin."



Wassalam.

Thursday, February 10, 2011

Masa Untuk Menggilai Bruno Mars.

Aku eja menggilai tu betul bukan? Sekilas pandang macam mengilai. Eee seram uols.

Cerita pasal seram2 ni, minggu lepas nonton cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah. Sumpah uols, mak menjerit keseraman. Erm mana ada keseraman, ketakutan lah uols ni.

Okai kenapa aku cakap macam pondan ada uols setiap baris ayat? Sila berhenti Seri!

Sambung balik cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah. Memang seram okai. Aku siap jerit2 sebab terkejut scene2 Kak Limah rambut panjang mengurai tiba2 tidur kat sebelah husin. Tapi tak kurang jugak aku gelak sampai pecah kan pintu rumah. Gila kelakar tak hengat ya ampun!

Ada scene yang punya lah saspen sampai aku sanggup tahan kencing sebab nak tunggu hantu kak limah keluar. Sekali hantu Nang Nak pulak yang muncul. Gila sarkastik. Salah jampi pulak! Mula lah aku tumbuk dinding laju-laju. 

Dialog kegemaran aku pulak bila mamat lembut tu jadi batu api: "Kita bakor je umah kak limah tu, kita bakorrrr.." (sambil tangan gelek2)."Sapa setuju nak bakor umah kak limah sila angkat tangan macam saya."(sambil tangan gelek2 jugak). Wadefak gila lawak!

Aku dah bayangkan, nasib baik aku tonton kat rumah. Kalau aku tonton kat panggung wayang, mahu aku kencing detik tu jugak sampai sembur2 dinding cinema. Ermm jangan salah faham, aku belum tukar jantina lagi kencing berdiri. Saja mahu bagi situasi tak boleh tinggalkan satu saat pun filem tu main.

Kalau nak tahu review filem Hantu Kak Limah Balik Rumah yang aku rasa sangat menarik, sila klik kat blog Hanael Borhan di sini. Aku malas nak cerita panjang2 sebab tajuk aku bubuh lain tetiba buat review filem. 

Aku nak ucap trimas kat Ayu sebab beli cd Bruno Mars dan pasang kat Parkson petang tadi. Walaupun melanggar undang2 sebab pasang cd yang manager pun tak tengok, yang penting semua staff gembira. Haha. Lagu dia memang chill-LAH. Ehh tu tagline jenama lain. Maaf.

Oh ya sekarang musim air mata duyung. Sedih. Bukan sebab dintis. Tapi sedih bila orang pertikaikan rezeki aku. Bukan mudah nak jadi apa yang dicita-citakan. Aku cuma mampu berdoa satu hari nanti aku akan jadi engineer yang berjaya. Amin. Biar lah aku bermula dari bawah merangkak ke atas. Rezeki masing2 Allah dah tetapkan, cuma usaha yang menentukan kita berada tahap mana nanti. InshaAllah.

Okai lah. Memandangkan aku off day selama dua hari, diulangi DUA HARI. Maka acara membayar hutang tidur akan bermula. Hari bermalas-malasan pula kali ini. Aku mahu baca blog2 kegemaran. 



"Ya Allah. Permudahkan lah jalan hidup ku. Amin."



p/s: mata dah jadi panda sebab nanges, ada orang cakap saya ni lambat betul nak jadi engineer. sedih nya ya ampunn hanya Allah saja yang tahu.



Wassalam.



Sunday, January 30, 2011

Doa Orang Teraniaya Allah Kabulkan Kan?

Entri kali ini berunsur emosi. Siapa2 tak suka aku tak paksa pun baca. Yang baik tu serap. Yang tak elok tu sila buang2 kan.

Aku bukan kaki mengadu. Bukan kaki mengampu. Bukan kaki report. Sebab aku kaki manusia. Maaf aku cuma mahu tenangkan hati yang panas sepanas air kau tanak atas api.

Seperti yang aku cakap tadi. Aku tak buat benda2 camtu sebab tak ada efek pun dalam hidup aku apa2 kesalahan atau perbuatan yang orang lain buat.

Allah kan adil. Kalau kita meng-hanjeng orang, Allah bayar tunai beb! Dan paling kelakar apabila percubaan untuk menjatuhkan orang lain akhirnya menyebabkan dia sendiri jatuh terduduk.

Hmm baru sekarang aku faham kenapa jalan hidup nya statik saja. Mungkin inilah balasan Allah kat orang yang bersifat dengki. Pendek kata "takda LIFE". 

Aku tak pernah ganggu hidup orang lain. Dan paling pantang dengan manusia yang suka mengampu cakap belakang. Tapi takpe. Aku doakan kau takkan hidup senang. Sampai mati dok je lah kat situ.

Nasip baik aku muslim. Masih ingat Allah. Kalau aku memang jahat dah lama aku ilmu2 kan dia. Haha. Astaghfirullah al azim. Aku gurau saja. Takda lah sampai macam tu pun.

Dah sudah lah. Cukup luahan emosi. Mari main teki teki teka tekuk.Ular mati atas pokok. Banyak2 PETAK, PETAK apa yang MENJENGKELKAN? 


*p/s: hanya mereka yang terpilih saja tahu PETAK apa? kergh kergh.




"Ya Allah. Permudahkan lah jalan hidup ku. Jauhilah aku dari kejahatan & perasaan hasad dengki. Amin."




Wassalam.


Thursday, January 27, 2011

Budak Dan Beg Yang Comel.

Ya aku gila kuasa hari ni. Updet entri sampai dua. Eh2 kamu tahu tak tadi aku nampak seorang budak lelaki bawak sling bag ada gambar traffic light. Sejibik sejiban macam kat bawah ni. Comel sebab beg tu besar tapi tuan punya badan pendek kemetot.





YA AMPUN GILA COMELLLLLL!!!!


p/s: aku kejar dia nak tangkap gambar tapi dia lari. sama ada dia ingat aku paparazi atau muka aku macam zombie kampung pisang! hmpff.




Wassalam.

Aku Tabik Gila!!

Aku suka sangat lah bila duduk kaunter sebab orang2 HQ akan call setiap masa untuk check phone courtesy.

Yang paling kennot go bila mereka recycle atau dalam bahasa mudah nya kitar semula pelakon yang sama walapun jarak masa dia call dalam 10 minit saja.

Kalau dah cakap tergagap2 walaupun kau guna bahasa Sanskrit sekali pun aku tetap kenal kau. Gila menjengkelkan. Ibarat kau jantan kaki pakai skirt pendek aku tetap boleh cam kau jantan. Okai takda kaitan sebenarnya. Cuma aku tak jumpa kata kiasan yang bersesuaian.

Alkisahnya mula2 dia call guna bahasa melayu. Tanya brand idetmitsu apa ntah.  Lepas tu tanya "ni customer service Parkson ke KLCC?". Ulang2 uols sampai berbuih2 aku jawap.

Lepas selang 10 minit dia call lagi. Kali ini lebih bertamadun bunyi nya sebab menggunakan bahasa inggeris. Tapi macam yang aku cakap mula2 tadi lah. Hatta dolmat (eh bukan2 hatta dolmat tu pereka fesyen yang aku suka sebab rambut dia chantek). Okay mengarut di situ. Maksud aku hatta dia cakap bahasa sanskrit pun aku tetap boleh cam.

matilamakk!!


Time2 macam ni la sentap sebab teringat kat Aki dan Aidil. Uwarghhh mak sentap uols!

Tabah tabah. (sambil kunyah cookies subway).



"Ya Allah. Permudahkan lah jalan hidup ku. Amin"


Wassalam.

Wednesday, January 26, 2011

Sumpah Aku Bukan Membelakangkan Tamadun.

Eh ehh dah 26 Januari ek? Gila lama aku tak updet blog. Aku balik Sarawak terus lupa daratan. Dah takda masa nak updet. Gila ayat macam diva.

Sebenarnya hujung tahun hari tu aku balik Sarawak 2 minggu. Kakak aku nikah. Aku jadi pengapit. (Pengapit yang gemok, sekian terima kasih). Lepas tu pergi Kuching, sanding belah laki pulak. Gila best jugak! 

Yang best sebab tukang hantar nasik minyak siap pakai serban & jubah Pak Arab. Okay aku terlebih eksaited masa tu sampai pekerja tu sengih2 macam kerang busuk perli2 aku macam sakai.

Apa yang best lagi? Sebab bila majlis kat Kuching aku jumpa Kamal & Azah. Kami bergosip dari mula majlis sampai habis makan. Sempat betulkan sebutan MC. Maaf ye pakcik, itu semua tindakan refleks. Tak sedar2 lagi tu duduk meja VVIP. Semua orang pandang semacam.

Nanti aku upload gambar okai. Sekarang busy balik sebab kembali ke KL. Seperti biasa Parkson memerlukan pekerja penting seperti aku. Ya aku memang penting sebab masuk2 keja hari isnin, Kak Nab bagi ayat macam ni.


"Eh ingatkan kamu resign. Habis dah kelam kabut counter Customer Service kamu takda. Bagus lah kamu dah balik." (Ayat last tu aku tambah sendiri ngeee).


Sebenarnya aku takda lah penting sangat. Cuma budak2 baru CS tak tahu taktik menghalau customer Diva. Sebab tu kalau aku ada, belum sempat customer panggil Manager, aku dah halau siap2 bagi free gift tutup mulut.

Eh terlupa pulak kan. Selamat Tahun Baru 2011. Semoga tahun ini memberikan ke-sukses-an untuk aku, keluarga ku, dan kepada semua pembaca dan blogger2 sekalian. Amin.

Sekarang aku off day. Mahu sambung nonton My Girlfriend is Gumiho. Hoy Hoy. Hilangkan rasa sedih sebab Aidil si Exec CS dah resign semalam. Aku doakan beliau mendapat pekerjaan yang beliau idamkan dan semoga beliau berjaya.




"Ya Allah. Permudahkan lah jalan hidup ku. Amin."



Wassalam.

Wednesday, December 22, 2010

Ini Semua Pengalaman Kali Pertama.

Aku rasa pengalaman nampak seorang budak lelaki memegang botol mineral sambil miming suara Mariah Carey dengan penuh semangat depan kaunter Customer Service belum sampai tahap aku terkesima lagi.

Pengalaman tengok seorang isteri emosi terlampau jugak belum sampai tahap buat aku terdiam. Walaupun dialog perempuan itu sangat kelakar.


"This is the end of the building. There is no way out from here. The exit is back there!"


Okay, mencari jalan keluar dari Parkson memang selalu menjadi isu rumahtangga . Nak tahu kenapa? Sebab mereka ini semua bijak. Nampak signage "EXIT" terus menonong ikut arah EXIT.

Padahal itu semua signage "EMERGENCY EXIT". Lepas tu dengan penuh takbur dan bongkak menyalahkan kami kerana meletakkan signage tersebut.

Aih bukankah semua bangunan kena ada signage untuk kecemasan? Okay mungkin selama ni mereka tak pernah masuk bangunan dan duduk dalam khemah saja. Mana tahu??

Okay cukup2 isu rumahtangga. Aku nak bagitahu pengalaman pertama-tama kali. (The very first time, jika ditranslasikan dalam bahasa ibunda ku). 

Seorang budak lelaki kehilangan ibu dan ayah ketika ibubapa nya sibuk membeli belah. Jika ketika ini kamu semua membayangkan suasana cemas (suasana kami sibuk tanya nama mak nya sambil bersusah payah mencari seorang cina untuk translate bahasa cina, padahal budak kenit tu sangat fasih bahasa inggeris), ya kamu semua memang betul.

Tapi tak sampai lima minit suasana cemas jadi suasana sunyi sepi gelap gelita penuh dengan tanda tanya.

Budak lelaki itu, (sambil jari2 halusnya mengetuk2 meja dan mengerut2 dahi), berkata kepada aku,


"Did you call my mom?"

"YES. BY THE WAY, HOW OLD ARE YOU BOY?"

"Eight! Where is my mom? Can you call them?"

"DO YOU KNOW YOUR MOM'S CELLPHONE NUMBER?"

"Yes I remember." (paling tak boleh blah masa dia cakap I remember tu sambil ketuk2 kepala).


Lepas tulis nombor mak nya, tetiba saja budak tu naik hangin sambil bilang,


"Did you really call my mom?"

"YES. WHY?"

"Then why they took so long to come here. Hurmmm." (pastu sambung membebel2).


Serius ini pertama kali aku jumpa budak hilang yang tak cemas langsung. Siap marah mak dia sebab lambat sangat datang ambik dia kat kaunter. Mampu kau?



p/s: berusaha mengempiskan perut sebelum menjadi bridesmaid!



"Ya Allah. Permudahkan lah jalan hidup ku. Amin."




Wassalam.

Saturday, December 18, 2010

Tak Semua Orang Aku Boleh Bergurau Lucah.

Kalau binatang pun bila makanan kena curi mesti diorang marah jugak kan? Sampai keluar bunyi ar ar arrr.

Sama jugak macam aku. Kalau cuti dibekukan sudah tentu aku pun marah.

Okai hal binatang berebut makanan takda kena mengena pun dengan cuti kena tahan. Saja aku suka nak sebut ar arr arrr tu. Nampak macam lucah sikit.

Tiket aku dah beli. Dah siap print guna printer ofis lagi tau. Tup tup enam jahanam cuti aku kena bekukan hujung tahun ni.

Manager akan sain cuti aku kalau ada sebab alasan kukuh. Samada kematian atau perkahwinan (diri sendiri ye, kakak kawen tak dikira). Jadi sekarang aku sentap!



SENTAP YANG AMAT!



Besok aku nak pergi keja dengan mood sentap. Mana2 staff customer service buat salah besok aku sumpah jadi batu terus!




"Ya Allah. Permudahkan lah jalan hidup ku. Amin."



Wassalam.


Thursday, December 16, 2010

Rojak-kan Bahasa Tak Seteruk Rosak-kan Bahasa.

Apa kamu semua akan buat jika terdengar orang merosakkan sebutan? Contohnya;


Elite disebut E-LIGHT.

Redeem disebut RE-THEM.

Narciso disebut NAR-CIS-KO.


Atau apa kamu akan jawab bila orang tanya,


"Boleh upgrade Bonuslink Card kepada Elite Card tak?"

p/s: sesungguhnya aku tak pernah lagi jumpa kad yang langsung tiada kaitan dan boleh di-upgrade,


Tapi soalan maut itu belum dapat menandingi soalan di bawah;


"Kalau saya beli barang tadi kamu ada bagi MARKAH lagi kan?"


Dan aku cuma mampu angguk kepala sambil menguis2 meja dengan pisau, (aku faham maksud beliau sebenarnya).

Tapi tanpa rasa bersalah exec aku datang berdiri sebelah aku dan bertanya,


"Seri, sejak bila kau jadi cikgu dah pandai bagi2 markah ni?"


"TAKPA LAH. DIA KAN BUDAK BARU BELAJAR."




Wassalam.

Wednesday, December 15, 2010

Orang Demam Tak Elok Mencarut.

Aku suka bila demam sebab,

Satu, dapat makan bubur ayam mak masak kan pastu campur kicap panas2 sedap hirup2.

Dua, dapat baring satu hari tak payah mandi (kepala maksud aku, kalau tak mandi satu badan itu dipanggil kambing).

Tiga, boleh ponteng buat kerja rumah dan digantikan aktiviti melihat rancangan Oprah (kononnya) ataupun Doraemon / Spongebob (ini baru betul).

Itu semua kalau kau duduk rumah lah kan. Kalau kau dah duduk jauh dari famili??

Satu, nak kata bubur ayam memang susah nak dapat. Call mak cakap demam, pastu nak bubur, mak aku pasti buat jeritan dalam satu nafas sahaja. "Tak baik mintak masak macam2 sebab nanti takut kempunan. Dah sudah pergi cafe beli bubur segera!"

Dua, malas mandi tapi kena mandi jugak sebab kau pergi kerja menghadap manusia. Kalau bau kau macam Gucci Guilty (yang aku teringin nak beli tapi takda duit), tak pa jugak. Ini mata berkerak2 penuh tahi terpaksa gagahkan diri mandi kepala siap2.

Tiga, ponteng kerja boleh. Boleh sesangat kalau kau nak tengok slip gaji kau tinggal tiga angka saja!




"Ya Allah. Permudahkan lah jalan hidup ku. Amin."



Wassalam.

Monday, December 13, 2010

Ahh Biadap Sungguh!

Aku benci bila aku approach (maaf aku terpaksa gunakan bahasa ibunda aku sikit2) customer yang dah tunggu lama semata2 sebab,


"Why you all tak pasang lagu Christmas?"


Wadefak. Saja kan nak maki aku depan customer tengah ramai2 beratur. Ini lah jenis2 manusia yang lahir sebelum Zaman Peradaban Manusia. 

Tapi silap beliau tegur kat aku sebab aku suka senyum-buat muka inesen sambil keluarkan ayat menampakkan beliau seorang yang bodoh.


"This is Christmas Song Ma'am."

"NO. THIS IS NOT CHRISTMAS SONG."

"This is christmas song. I am very positive I play the right CD ma'am."

"NO. SAYA TAK DENGAR PUN MACAM LAGU CHRISTMAS."


Maka exec aku pun menyampuk.


"Biasalah puan lagu Christmas kan banyak. Ini yang oldies version."


Beliau pun terus berlalu dari kaunter sambil pura2 main handphone. Kan dah malu sendiri. Kau ingat disebabkan semua bangsa Melayu duduk kat kaunter ni, jadi kami ni perkauman lah tak nak pasang lagu Christmas?

Aku panggil BODOH karang aku tengok macam educated. Macam je lah pun kot. Pastu ramai pulak customer yang menggila hari ni. Maka exec aku membuat keputusan meng-googgle gambar BABI.

Okai nampak macam tiada kaitan. Tapi sebenar nya apabila dimarahi customer, kami akan beramai2 melihat gambar babi dan berkata,


"Hmm patut pun."


Kadang2 sesuatu yang tidak baik jika dikeluarkan dengan kata2 menjadi carutan. Maka lihatlah sesuatu yang tidak baik dan akan keluar kata2 bukan carutan.


Sekian entri tanpa motif.



"Ya Allah. Permudahkan lah jalan hidup ku. Amin."



Wassalam.




Monday, November 29, 2010

Angguk Tak Semestinya 'YA'. Geleng Tak Bermakna 'TIDAK'.

Faham tidak maksud aku? Sila rujuk Karam Singh Walia. Sungguh aku selalu keliru dengan isyarat kepala.

Bercakap pasal kepala. Sila jangan angkat kepala jika rakan sekerja anda sedang berurusan dengan customer. (Pesanan khidmat masyarakat untuk aku sendiri).

Semalam elok kawan aku layan customer, aku curi2 dengar perbualan mereka. Aku musykil sebab suara customer sangat lembut. Sangat!

Sangat tu maksud nya PALSU SANGAT! Maka aku yang tengak pura-pura sibuk menulis terus angkat kepala. Muka customer betul2 depan muka aku. Dann...

Dan dan aku masuk stor. Bukan tahan gelak tapi tengah tikam dada guna gunting sebab tak boleh terima kenyataan. Malas lah aku mahu beritahu kenapa sebab nanti kamu bilang aku perkauman. (Tak suka golongan kepit suara pun dipanggil perkauman bukan?).

Hari ni 29hb. Sepatutnya gaji dah masuk. Tapi Aki bilang bulan ni pun gaji cash. 

Wadefakkk!

Baru ku tahu aku kerja estet. Bulan2 amik gaji kena beratur jumpa HR pastu sain kertas putih sebagai tanda gaji dah amik. 

Jadi sebagai tanda protes dan menunjukkan yang aku seorang pekerja yang suka memberontak maka BESOK AKU MAHU PONTENG KERJA!!!

Tapi besok aku memang off day pun. -__-"

Sekian.



nota bintang kecik *: psst kakak aku suruh jadi pengapit. beliau spon baju sekali. sekarang aku buat tarian hula sebab jimattttt tak payah beli baju hujung tahun ni.




"Ya Allah. Permudahkan lah jalan hidup ku. Amin Ya Rabb."





Wassalam.

Monday, November 22, 2010

Dintis Uols. Pokai. Kapih. Sengkek.

Sekarang mood dintis. Sengkek. Kapih. Pokai. Nah ambik semua perkataan sama erti. Gitew!


Aku ingat kan bila tangan rasa gatal2 nak dapat duit. Rupa2 nya tadik korek hidung lupa basuh tangan. Patut la duit CIMB tak masuk2 lagi. Sentap!

Dah tak ada duit maka aku pun jadi sangat bersemangat menghubungi CIMB untuk bertanyakan duit 2Good 2Be True yang aku menang. Walaupun cuma RM200 tapi duit uols!

Aku dah pokai sangat. Dalam purse tinggal 3 hengget. Sila simpati kepada aku. Sekarang perut dah kempis. (Oh man tercakap pulak yang aku berperut buncit!).

Okay emosi kurang stabil maka banyak yang terlepas cakap. Emosi tahu. Duit tak ada. Duit yang aku menang dah sebulan tak masuk2 lagi.

Tadi CIMB call bilang mahu masukkan duit selepas pukul 5 petang. Jadi aku dah siap2 masukkan User ID dan Password. Ini hanya tinggal nak tekan butang SUBMIT.

Aku kena fokus. Tepas 5.01 petang aku terus semak. Kalau tak ada aku nak mengamuk kat Facebook. Ehh tak2. Aku nak mengamuk dengan CIMB. Ehh bukan lah. Kalau tak masuk lagi, jawap nya aku kena puasa sunat besok hari.


*psst..nanti aku updet kalau duit dah masuk okai?






*UPDET*
DUIT DAH MASUK UOLS. SIMPAN NIAT BELANJA KAWAN PUN DAPAT PAHALA BUKAN? JADI AKU SIMPAN NIAT BELANJA KAMU SEMUA.






"Ya Allah. Permudahkan lah jalan hidupku. Limpahkan lah rezeki Mu ke atas ku. Berkati lah perjalanan hidup ku. Amin Ya Rabb."



Wassalam.

Saturday, November 20, 2010

Entri Touching2 Aki Resign.

Macam gampang perempuan tua itu tak paham apa maksud touching atau sentap. Tapi aku kena paham beliau lahir generasi mak bapak aku. Depan2 senyum kat belakang maki2 customer service. Tidak mengapa, kitorang pun salu maki kau. Adil bukan?

Kena kerja time hari raya haji memang sentap habis. Dengan customer ramai buat return/exhange. Disebabkan aku tak pernah buat perangai beli-baju-hari-ni-besok-tukar-lain, maka aku layak untuk mencarut kaum2 yang suka beli barang pastu besok datang cakap nak tukar sebab saiz besar lah, tiba2 tak suka design lah.

Padahal yang pilih diri sendiri. Aku bajet2 diorang punya badan boleh berubah2 bentuk. Hari ni try baju muat2 je. Besok2 badan mengecut gila babi sampai kena tukar.

Nak exchange takde hal beb. Yang tak boleh tahan bila guna kad kredit nak refund tunggu lah sebulan. Tapi bab tunggu sebulan dia dah mengamuk muka hijau biru. Lepas tu tak puas hati marah aku padahal kau yang dah tergedik2 nak refund, apa kau ingat proses masuk balik duit dari kad kredit kau tu semudah korek-tabung-isi-semula ke? Sentap mak uols!

Tahu tak exec aku si Aidil bawak rendang dengan ketupat untuk aku dan Aki pagi raya? Tapi sebenarnya rendang mana ada kena mengena dengan kes customer gedik. Saja aku mahu menunjuk2 aku ada exec yang prihatin.

Okay2 aku tak nak emosi lebih2 nanti Dzul kaunter Triple lapor kat Store Manager. Hehe.

Sekarang mood touching2 sebab Aki nak resign. Dapat kerja lain. Tinggal aku seorang. Bosan sebab dah takda partner nak maki2 kat kaunter. Sekarang aku kena belajar maki depan dinding sebab dah takda partner.

Penat lah hari2 stress sebab kena maki dan memaki orang. Okay macam pantun dua kerat ada rima KI KI. Besok off day. Akhirnya dapat off day time weekend. Aku nak bangun lambat sebab nak bayar hutang tidur.

Kejap. Aku lupa nak cerita. Semalam dapat customer dari korea tapi dah menetap kat Malaysia. Suami isteri dan dot dot dot. Eh tak2 maksud aku ada suami, isteri dan seorang baby.

Si isteri datang nak apply Bonuslink kad. Aku penuh sopan suruh isi borang. Tengah layan mereka isi borang, tetiba si suami tanya,


"This card is credit card?"

"NO. YOU CAN ONLY COLLECT POINT EVERYTIME YOU MAKE A PURCHASE."

"So do you have credit card? I want to apply."


Sentap ke tidak uols? Sejak bila parkson jadi cawangan bank?


"NO. WE ONLY ISSUE BONUSLINK CARD AND ELITE CARD FOR PARKSON."

"So where do usually we apply credit card?"


TETTTTT!! Kau memang sesuatu!!


"YOU CAN APPLY AT ANY BANK SIR."

"Which bank?" -->gagah sungguh nak tanya lagi.

"ANY BANK IN MALAYSIA SIR."



Okay cukup2 aku mengutuk orang hari ni. Dah berat bahu kiri aku ni. Sekarang masa untuk tidur lena.




"Ya Allah. Permudahkan lah jalan hidup ku. Amin."



Wassalam.

Wednesday, November 17, 2010

AidilAdha di Tanah Malaya.

Bangun awal. Bangkit dari tidur sudah terdengar sayup2 takbir raya. Arghh rasa mahu menangis. Tapi tahan.

Bergegas mandi. Bersiap2 memakai uniform kerja. Berjalan lemah longlai ke stesen bas.

Aku tidak melihat satu kelibat pun di kawasan mahallah uia.

Sunyi. SUNYI.

Sayup gema takbir raya kedengaran semakin kuat. Syahdu nya gema takbir.

Air mata aku menitis.

Pertama kali mendengar takbir raya seorang diri. Tanpa famili. Tanpa sahabat di sisi.

Seorang diri. Ya seorang. Tiada seorang pun yang aku jumpa. Serius aku seorang. Kat tepi jalan pun tiada orang tahu.

Mana mungkin ada orang. Yang lain2 semua sedang teruja menanti solat Hari Raya di masjid SHAS uia.

Pilu lagi sebab gagal solat raya pagi ini. Uzur. Dan kerja!

Hari ini aku tidak memasang earphone mendengar mp3 player. Sebab mahu menikmati gema takbir dengan jelas dan lantang.

Suasana penuh rahmat! Urghhhh.


Kepada keluarga tercinta, sanak saudara, sahabat seperjuangan dan bloggers sekalian,


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA


Kepada yang mengerjakan haji di tanah suci Makkah, semoga anda semua mendapat haji yang mabrur. Amin.


Kepada Firdaus bin Fauzi,

SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KE-25. SEMOGA ALLAH MEMBERKATI PERJALANAN HIDUP MU. AMIN YA RABB!



Okay2 tamo sedih2. Mari mula bekerja.




YA ALLAH YA TUHAN KU. BERKATI LAH DAN MURAHKAN LAH REZEKI KU. PERMUDAH KAN LAH JALAN HIDUPKU. AMIN YA RABB.




Wassalam.