Friday, June 11, 2010

The Devil Wears Kasut Bata.

Sekarang mood menukar gambar profil Facebook. Ohh macam gampang saja bila memikirkan kebergantungan hidup kepada laman rangkaian sosial. Atau lebih mudah lidah barat ku menyebut social networking web iaitu Facebook.

Hujung minggu lepas dihabiskan menemani kakak ku dan bakal suami beliau pergi ke Nilai 3 dan Kuala Lumpur. (Macam skema badut cakap Kuala Lumpur.KL sudey!).

Hahaha. Gelak dulu dalam hati sebab masa di Kuala Lumpur aku telah berjaya menyesatkan mereka beberapa kali. Ini sebagai balasan atas ke-kedekut-an mereka membayar upah pemandu pelancong.

Lebih menarik apabila aku cuba berlagak pandai mencari jalan ke Pavilion. Punya kerut2 dahi cari jalan yang betul. Rupa2 nya Pavilion terletak di sebelah kanan kami sahaja. 


"Demmm. Macam mana aku tak prasan. Kan sekarang terserlah kedunguan aku." bisik hati kecilku.


Taktik sesat juga dipraktikkan lagi sebelum pulang ke Johor Bahru. Satu jam pusing2 cari Tol Sungai Besi. Keji kan? 

"Baik ko balik Sarawak jek la Seri! Berapa ratus kali pegi tol Sg. Besi pun masih boleh sesat ke?" kutuk hati kecilku lagi.


Masa di KL ada jugak tangkap gambar. Dalam hati sudah berkira2 untuk menukar profile picture. Tapi bila sudah tukar aku terperasan cun. Ehh tak tak. Aku perasan yang gambar aku semakin kurang matang. 

Sila lihat kronologi gambar aku sejak aku membuka akaun Facebook. Kronologi katanyaa. Maaf aku tak arif maksud sebenar kronologi. Saja mahu gunakan. Biar kedengaran sedikit ilmiah.





Ayu kan? latar belakang kampus terchenta. Konon candid padahal muka fake. Tapi nampak matang seperti pelajar bertamadun.






Gambar masa sambut ulangtahun Kamal di OU. Pose Kluang Man merupakan trademark aku. Mana boleh pisahkan. Sampai gambar raya sekeluarga pun aku paksa famili aku buat aksi ini. Aksi ini menampakkan ketidakmatangan otak aku.



 
Tiga penyamun tarbus teruja melihat lampu2 di I-City. Pose untuk mengalahkan kecomelan budak2 tadika. Agak warna warni citra Melesia. Nganga mulut tak hengat. Chantek ka kau? Aksi tidak matang semakin menjadi-jadi.
 



Gambar baru upload tadi. Kat KLCC. Pose seperti biasa. Siapa2 yang komplen, ADA AKU KESAH? Okay aku masih bertindak kurang matang. Sekian terima kasih.



Nah siap satu entri. Mahu tukar gambar pun sebar cerita satu Melaya. Kalau kentut pandai pula senyap2.


"Ya Allah. Permudahkan lah jalan hidupku. Amin."



p/s: besok pulang ke UIA. mahu study. final lagi 4 hari.



Wassalam.



Wednesday, June 9, 2010

When Enough Is Enough. (Entri Khas Spingkang Engrish)

Lihat saja tajuk entri kali ini. Aku memang sengaja berbahasa ibunda ku. Biar nampak kebaratan. Budak2 sekarang bilang,


"Kew mewmangs kewls abiws dowhs!"

Serius aku masih merangkak2 jika membaca ayat2 di atas. Budak2 zaman sekarang. Jika menghantar sms tidak sah jika tidak menambah huruf 'w' pada ayat. 

Apa rahang gigi mereka tidak sakit kah jika menyebut perkataan itu. Orang dah buat perkataan ringkas masih mahu ditambah2. Sungguh aku tak faham.

Ohh ya. Tadi kawan lama aku meng-tag gambar pertunangan ex-bf aku dalam Facebook. Gila kau. Rupa2 nya beliau terlupa drama Nur Kasih aku dan ex aku.


Reaksi aku? Begini. Apabila dapat notification tagged photo. Aku terus buka. Aku lihat. Ketap bibir kejap. Tangan dah menggeletar y'all. Tiga saat kemudian,


REMOVE TAG --> klik!


Kemudian termenung kejap. Update status sedih2 untuk tarik perhatian. Ehh bukan2. Memang aku sedih. Aku menangis kejap. Dalam hati sajalah tapi. 

Gila kau. Takkan aku mahu meraung depan kakak aku. Jatuh lah saham aku nanti.

Dan aku ada terfikir.  

"How do you know how much is too much? Too much too soon. Too much information. Too much fun. Too much love. Or too much to ask of someone? When is it all just too much for us to bear?"

Dalam hidup kita. Tidak semua yang kita minta kita akan dapat. Dan tidak semua yang kita dapat adalah apa yang kita minta. Allah tahu apa yang terbaik buat kita.

Maaf teremosi pula entri kali ini. Oke cukup adalah cukup. Atau dalam bahasa ibunda ku. Enough is enough.



"Ya Allah. Permudahkan lah jalan hidup ku. Amin."



p/s: tinggal beberapa hari lagi mahu final exam. gambatte kudasai!



Wassalam.

Friday, June 4, 2010

Kenapa Polis Mesti Bermisai / Bersomet.

Kamu semua perasan atau tidak (atau hanya perasan cun depan cermin) kebanyakan polis mempunyai misai? Sarjan A Galak misalnya. Okay okay aku tahu la itu cuma watak drama. Tapi betul aku tak tipu. Tak payah la tanya Pakcik Gugel. Misai untuk efek garang agak2 nya.

Setelah 3 hari akhirnya aku membuat laporan polis berhubung kecurian Isnin lepas. Jika dilihat yang hilang tidaklah seberapa sangat namun Pakcik Polis tadi menyatakan langkah yang aku ambil ini betul sebagai langkah berjaga2 di pada masa hadapan.

Gila sungguh perenggan di atas seperti karangan berformat berita tingkatan tiga. Kalau peringkat Degree masih ada karangan berformat berita sudah tentu aku skor A. Okay2 aku sudah mula mengarut.

Butir-butir semasa siasatan masih perlu dirahsiakan setakat ini namun aku berharap semuanya cepat selesai. Cuma jika benar suspek tersebut yang merampok sungguh aku terkilan.

Manusia sekarang macam2 ragam. Yang rambut hitam mahu jadi blonde katanya mahu seperti Paris Hilton tapi hasilnya yanggg adoo. Yang rambut kerinting dia rebonding katanya mahu lurus tapi hasilnya seperti atap rumbia. Yang suka fesyen gothic katanya FASHIONita akan tetapi rupanya PENGSANita uolss.

Ehh aku hilang motif mahu bercerita apa sebenarnya. Ohh ya begini. Sebenarnya jangan mudah mempercayai seseorang kerana sekarang ini susah mahu menilai mana yang baik mana yang jahat. Tapi biarlah lah buruk jangan menjengkelkan. Biarlah huduh jangan menjelikkan. Ehh tersasar lagi.

Cuma ini aku mahu nasihatkan kalian. Jika sengkek sangat biarlah tebalkan muka meminjam duit untuk keperluan makan minum. Jangan lah mengambil harta orang lain. Kerana lebih memalukan jika kantoi mencuri hak orang lain.

Lebih mudah cubalah menabung untuk saat2 kecemasan. Tapi jangan lah frekuensi mengorek tabung lebih banyak berbanding frekuensi memasukkan duit ke dalam tabung. Keji tahu. Pepatah ada mengatakan,


"Lebih baik korek hidung dari korek tabung."


Oke lah. Aku malas mahu mengarut malam2. nanti semua jenis ceramah, tazkirah, kulliyyah pagi aku utarakan dalam blog ni. Marilah kita sama2 bermuhasabah diri.

Renung renungkan (pause) dan (pause) selamat beramal! (sebut laju2)



"Ya Allah. Permudahkan lah jalan hidup ku. Amin."




p/s: lapar nasi ayam penyet. bila kakak aku mahu belanja ayam penyet. dudududu~




Wassalam.

Tuesday, June 1, 2010

Sudah Jatuh Ditimpa Durian Pula.

Sebelum aku mencarut izinkan aku memberi ucapan khas sempena 1 June ini. Selamat Hari Gawai. Gayu Guru Gerai Nyamai. Sila jangan tanya maksud nya kerana aku sendiri tidak faham. Cuma aku boleh berbangga kerana bijak menghafal tagline bahasa dayak ini.

Ohh ya ada beberapa perkara yang aku cuba sampaikan namun gagal pada minggu lepas. Maaf jika kamu semua rasa seperti mahu membuka kekuda masing2.

Okay okay aku ceritakan kali ini. Aku cuma kecewa jawapan sebenar kenapa beruang kutub tidak memakan penguin hanya kerana mereka mendiami kawasan kutub yang berbeza.

Ehh maaf2 aku termenipu pula. Sebenarnya ada dua perkara. Satu perkara tentang akademik aku. Unfortunately (mungkin ada hikmah di sebalik nya), aku akan menghabiskan pengajian pada akhir November ini atas beberapa sebab tertentu.

Jangan tanya kenapa kerana aku sudah penat menjawap. Aku sudah penat memikirkan hal ini. Atas restu keluarga, aku dengan berat hati redha apa juga yang ditakdirkan untuk aku.

Ohh ya semetelahan aku bersedih, aku merima parcel ya aku tunggu2. Hadiah Nokia E63 dari kakak sulung ku mungkin tidak dapat menandingi iPhone, Blackberry mahupun Strawberry. (Adakah?). Namun nilai kasih sayang yang kakak aku bagi kepada adik beliau yang materialistik ini lebih tinggi harganya.

Bagaimanapun, belum seminggu aku sempat menggodam handphone baru itu, terjadi satu perkara yang mendukacitakan aku. Sedang aku tidur nyenyak di rumah kakak aku di Johor Bahru. Handphone aku telah dicuri.

Kami menyiasat mungkin perkara ini mungkin melibatkan orang dalam. Manakan tidak, yang hilang hanyalah handphone E63 dan duit RM50 aku. Hairan juga kalau pencuri, kenapa tidak ambil saja laptop 2 ketul sebelah katil aku dan satu lagi handphone Sony Ericsson ku.

Wallahualam. Biar Allah saja yang membalas perbuatan manusia jahanam itu. Rasa seperti mahu muay thai saja muka nya. 

Mungkin simcard yang hilang itu aku boleh retrieve di Celcom Centre. Namun yang aku cukup sedih sebab nilai yang ada pada handphone pemberian kakak aku. Apa aku boleh dapat balik ke kat kedai? Nehi bethi nehiii.

Hmm apa2 pun aku redha. Buat masa sekarang kami cuma memerhatikan lakonan 'dia'. Tapi aku tak sebodoh tu nak percaya lakonan kau. Seperti kata pepatah 'hanya jauhari mengenal manikam a/l mutusamy'.


"Ya Allah. Permudahkan lah jalan hidupku. Kau berikan ku ketenangan menghadapi ujian Mu. Amin."



p/s: bosan pula. besok mahu ke celcom centre ambil simcard baru.



Wassalam.

Thursday, May 27, 2010

Sila Jangan Buat Lawak Okay.

Semalam terdengar dialog ini,


"Ehh mana beg make up I."


Wahh katanyaa uols. Hawa sila jangan marah akak ye. Tapi serius dialog kamu itu memang sungguh 'cannot go'. (Orang Barat bilang 'tak boleh blah'). Bernanah uols telinga ahkak. Okay enuf Seri!

Aku seperti makcik kepoh bukan. Semua benda mahu cerita. Tensi pula dengan laptop aku ni. Selang 30 minit shutdown. Aku tengah syok layan ADAMAYA beliau shutdown lagi.

Ehh tak kelakar tahu. Dah kematu jari telunjuk aku asyik ON laptop. Ada siapa2 mahu sponsor aku beli adaptor baru? Time pokai dia buat hal.

Phewwwwww. Aku layan ADAMAYA dua hari dah khatam 23 episod. Sekarang menyesal sebab tengok cepat sangat aku sudah hilang arah mahu mengisi masa yang sangat sangat lapang ni.

Aku ada berita sedih. Sedih sangat sangat sangat. Okay cukup tiga 'sangat'. Tapi malas mahu kongsi sama kamu. Mesti kamu rasa mahu sepak aku laju-laju bukan. Mesti dalam hati kamu sekarang menyumpah seranah aku,


"Hek ele..kalau takmo cakap jangan bagi hint cenggini. Nyah kau keji!"


Begitu dramatis bukan? Ahh aku malas mahu bilang apa-apa. Okay sekarang bilang satu dua tiga empat..Okay2 aku tiada idea mahu updet sebenar nya.


..bewildered not destiny pull harder when you plan precisely.


Ya itu yang aku rasa. Tapi tidak mengapa, Allah tutup satu pintu tapi Dia bukak 10 pintu lagi bagus untuk aku. Allah tidak akan menguji hamba Nya di luar batas kemampuan mereka.

Lihat aku sudah boleh memulakan tazkirah sekarang. Seperti ustazah lagak nya.

Maaf Hasnaa sebab terkejut melihat aku menangis kemarin. Mungkin beliau mengalami kejutan budaya. Iyalah mana pernah melihat aku begitu kecewa. Selama ini hanya tahu buat orang ketawa tapi dalam hati siapa yang tahu bukan?

Woww statement! Berat nak carry uols. Okay2 aku malas mahu mengarut panjang2. Aku mahu cari ketenangan.



"Ya Allah. Permudahkan lah jalan hidupku. Amin."



p/s: mahu siapkan midterm MicroController & Machine Vision. lepas itu cuti2 melesia.



Wassalam.

Monday, May 24, 2010

Selamat Hari Kejadian.

Aku sekarang secara sah menjadi golongan Silver Jubilee. Orang Barat bilang Jubli Perak. Masih tidak faham? Kamu semua jangan la bengap sangat. Simpan2 sikit bengap tu, malu tau.

Okay2 aku mahu kurangkan mencarut. Katanya sudah dewasa bukan. Dua hari lepas yakni 22 May ulangtahun hari kejadian ku. Ehh kenapa pipi rasa panas2 pula ni. Ohh ter-blushing pula mahu cerita.

Sehari sebelum hari kejadian tu, aku keluar menonton wayang bersama Anis, Hasna dan Faizah. Dua wayang kami tonton. Shrek dan IPMAN 2. Dua-ibu-jari-keatas y'all. Gelak dalam panggung tak hengat seperti gampang bunyi nya.

Masa jalan2 di Wangsa Walk, Hasna bagi handphone punya keychain. Hati kecilku berkata,


"Wohh boleh simpan kat handphone 'baru' nanti. Cam tau2 pula."


Opss terlepas cakap pula aku dapat hadiah apa. (Tersengaja sebenarnya). Hati sudah gatal-gatal menunggu parcel dari Sarawak. Hopefully sampai dengan selamat.

Ohh ya. Pada hari kejadian ku, Arnas mengajak keluar bersama geng bas sekolah. Tapi elok saja aku bangun siap2 mandi, kawan dia pula cakap tak jadi. Hangin satu badan aku terus sambung tidur.

Bangun saja sudah lewat petang. Ina ajak ke JJ Alpha Angle. Aku hantar sms kat Arnas jumpa di JJ saja. Sebelum Arnas sampai, Ina belanja makan kek kat Secret Recipe.

Sampai2 saja Arnas dan geng bas sekolah nya, kami tawaf satu Alpha Angle. Ahh tiada yang menarik kebabom. Kami main di pusat riang ria di tingkat dua. (Maaf aku masih tidak tahu apa nama tempat itu). Kami dalam penafian bahwa sudah tua tapi tetap mahu bermain seperti kanak2 berumur 10 tahun.

Selepas keluar dari pusat riang ria itu, aku terserempak dengan seroang budak kelas DoME. Demmm aku minat gila sama budak itu. Selalu berangan mahu menegur beliau. Dan paling seronok beliau bersembang dengan aku y'all.

Sepanjang sembang2 pipi terasa panas. Wohh ter-blushing lagi. Rasa seperti mahu pengsan. Tak sangkaaaaaa. Ok enuf Seri!

Okay mahu sambung. Selepas sembang dengan pria pujaan, aku dan Ina pergi ke KFC mahu makan sekali dengan Arnas dan geng bas sekolah nya. Arnas dan mereka2 itu pergi ke kaunter beli makanan.

Aku dan Ina duduk sembang lagi. Kira flash back kejadian aku sembang dengan pria pujaan. Lepas saja Arnas selesai beli makanan, aku dan Ina pula pergi ke kaunter.

Itu pun mahu cerita ke Seri? Tak payah. Skip skip. Bosan.

Okay2 sudah beli makanan, angkat dulang ke meja. Sampai di meja....


*JAW-DROPPED*


(Azizul tengah letak lilin atas kek)


*JAW-DROPPED LAGI*



"Korang jangan main2 weh." Aku pun hilang motif kenapa aku cakap sebegitu. Panik barangkali.


"LAHH TIUP LA LILIN TU."


Cop cop cop. Lupa part paling best. Arnas, Azizul dan Aidil nyanyi lagu Selamat Hari Kejadian untuk aku. Ina bilang,


"Ohh suwiiitttttttttttttttt."


Aku,


"Ngeee..." (blushing blushinggg)


Demmmm macam mana boleh tak perasan dorang sembunyikan kek kat kerusi tadi. Sekarang dah termalu pula. Ahaks.

Apapun trimas buat semua rerakan, kekawan, sesahabat, gegeng dan siapa saja yang memberi ucapan, doa dan tidak kurang caci (ada orang maki aku sudah tua.demm).

Aku berdoa semoga hidupku dipermudahkan, mahu konvo tahun ini, mahu berjaya dunia akhirat, semoga mendapat berkat dan dilindungi dari melakukan perbuatan terlarang.


"Ya Allah. Permudahkan lah jalan hidupku. Berkatilah hidupku, keluarga ku, serta sahabat ku. Murah kan rezeki dan berikan lah aku kekuatan dalam hidup. Amin."



p/s: berita terbaru. kakak aku mahu kawen. jadi sudah tiba giliran aku mencari jodoh. wuhooooo. eh ter-eksaited pula.



Wassalam.

Thursday, May 20, 2010

Aramai-Ti Sabah Boy!

"Melesia is very hot you know?"


Lihat bagaimana aku bercakap dalam bahasa ibunda ku. Sangat fasih bukan? Kamu semua sila angguk laju-laju.

Tadi pergi makan di HS Cafe dengan Arnas. Dia datang untuk buat clearance. Jadi disebabkan tengahari ini sangat panas, diulangi SANGAT PANAS jadi aku guna lah payung untuk ke center. (Okay aku malu mahu mengaku aku sekarang berkelakuan lebih feminin).

Semasa berjalan di E5 Engin, terjadi satu perkara memalukan. Aku seperti biasalah berlagak seperti gadis melayu terakhir berjalan memegang payung. Makcik cleaner sudah pasti mahu mencarut bila melihat aku berjalan di bawah kawasan berbumbung dengan payung buruk ku.

Apa kejadah nya aku mahu berpayung, bukan matahari boleh kejar aku sampai bawah bangunan pun. Tapi demi menjaga kredibiliti gadis melayu. Katanyaaa. Jadi aku tetap gagah berpayung juga walaupun peluh semakin banyak.

Sedang aku cuba kontrol langkah, tiba2 payung aku tersangkut kat tiang y'all. Tiang di uia ini semuanya disaluti dengan batu kerikil halus. Makanya apabila payung itu terlanggar tiang tersebut, jadi beliau akan terus tersangkut dan aku serta merta tersangkut juga.

Kamu semua sila bayangkan, dengan keadaan manusia yang ramai baru balik kelas dan termasuk makcik cleaner yang jelik melihat perlakuan palsu aku berpayung di bawah bumbung. Mereka menjadi penonton setia melihat aku tersangkut tanpa berdaya melakukan apa2.

Serius memalukan tahu. Ahh gagal lagi cubaan aku berlagak dewi remaja kali ini. Mungkin aku kena cari jalan lain pula supaya tidak berjumpa makcik cleaner tadi.

Sampai di HS aku tidak memaklumkan kepada Arnas. Bimbang beliau akan membahan aku sambil menyebarkan cerita keji itu kepada mamak di HS Cafe.

Ohh ya selama ini Arnas selalu bilang bahwa beliau sangat HOT aka MAFIA. Reaksi aku selalu nya begini,


"Mafia jadahnya muka langsung tak rock? ahh ko tak HOT la bro!"


Tapi sedang kami menikmati makanan di HS Cafe. Kali ini aku terpaksa mengaku kat Arnas,


"Wuhoooo anda memang HOT! Tahniah!"


Okay aku tipu. Aku bilang begini,


"Perghhh ko ni  gila HOT?!!"


Iyalah manakan tidak aku terpaksa mengeluarkan statement itu. Dari mula aku datang sampai habis nasi kat pinggan, Arnas asyik membalas lambaian dari kawan2 beliau persis Miss World lagaknya. Ahh membencikan tahu. Rupanya beliau lagi HOT dari aku.

Tidak mengapa, kali ini aku sanggup mengalah. Mungkin HS Cafe itu territory beliau. (Yaa aku masih tidak puas hati sebenarnya).

Ohh ya, jika aku sudah memuji beliau maka jatuh hukum wajib beliau untuk membelanja aku selepas ini. Lagipun bagus juga beliau datang, boleh la berjimba2 nanti sementara menghabiskan sisa2 masa kat UIA.

Maaf la cerita aku akhir2 ini agak membosankan. Buat Independent Study menyebabkan aku menjadi pemalas. Ehh bukankah aku sememangnya pemalas dari dulu. Okay sila abaikan.

Tiada kelas. Jumpa Dr Amir hantar quiz. Lepak di GPCL E3 sampai petang. Balik bilik layan Sex and The City series sampai tengah malam. Wohh kitaran hidup macam kucing bukan? Ohh tiada kaitan.

Baiklah, aku mahu sambung stalking orang. Sila jangan tiru aksi ini.


"Ya Allah. Permudahkan lah jalan hidupku. Amin."



p/s: HADAPI DENGAN SENYUMAN (:



Wassalam.



Sunday, May 16, 2010

Selamat Pagi Chekgu.

Dalam blog aku cuma hari-hari tertentu saja yang mendapat keistimewaan untuk mendapat entri khas. Contohnya; Hari Pekerja, Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Guru, Hari Kemerdekaan dan Hari Tua ku (ohh ini sudah pasti). (Ingat yang last itu juga satu hinting!).

Namun ada juga hari-hari yang aku tidak pernah dan tidak akan sekali kali pernah menyediakan entri khas dalam blog aku. Contohnya; Hari Isnin hingga Jumaat, HariMAU, keropok HARI-HARI mahupun Gedung Pakaian Hari-Hari.

Oleh sebab hari ini Hari Guru, maka aku akan ceritakan pengalaman bersama guru ketika aku masih mengamalkan sikap tidak bertamadun. Cerita ini ketika aku di tingkatan dua dalam kelas Bahasa Inggeris.

Cikgu aku seorang perempuan berusia yang belum berkahwin. Beliau sangat sopan santun dan tidak pernah, aku ulang TIDAK PERNAH meninggikan suara ketika mengajar.

Namun disebabkan pelajar-pelajar di kelas kami ketika itu semua nya berperangai keji, maka proses pembelajaran kelihatan nya seperti proses mengajar haiwan di zoo. Masing-masing berlumba2 mahu menunjukkan suara siapa lebih nyaring.

Pada mulanya, seperti biasa cikgu Lahung cuma diam melihat kami dengan pandangan sayu. Kami pula semakin galak bergelak ketawa seperti jin yang baru dilepaskan selepas bulan Ramadhan.
Tiba-tiba..


"ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!" (ini berlaku selama 10 saat).

Kami lihat rupa2 nya cikgu Lahung sedang menjerit depan papan hitam sambil matanya memandang ke arah kami semua. Beliau menjerit dengan keadaan badan yang tegak dan muka tanpa ekspresi apa-apa. 

Malangnya selepas beliau habis menjerit, kami yang sememangnya keji terus ketawa terbahak-bahak. Kemudian beliau meneruskan proses pembelajaran seolah-olah jeritan tadi tidak pernah berlaku.

Selang beberapa bulan kemudian, beliau berpindah sekolah di kampung asalnya. Kami cuma membuat spekulasi bahwa beliau sudah tidak tahan dengan pelajar-pelajar seperti kami. 

Namun, setelah diselidik rupa2 nya beliau mengidap kanser usus dan kepulangan nya ke kampung supaya lebih dekat dengan keluarga jika terjadi apa-apa kepada beliau. 

Kami cuma terkedu. Serius kami semua berubah baik secara tiba-tiba. Begitu seorang guru boleh mengubah kedurjanaan kami sehingga kini beliau boleh berbangga anak-anak didik beliau semua berjaya menjejak menara gading.

Berita terbaru kami dengar, cikgu Lahung sudah sihat dan berkahwin. Jika diberi kesempatan aku mahu meminta maaf kepada beliau. InshaAllah.

Entri Hari Guru ini juga tribute kepada Arwah Wahyudi Martono. Lagenda yang ku jadikan idola. Semoga roh arwah dicucuri rahmat yang Maha Esa. Guru yang cuma hadir beberapa ketika dalam hayat aku tapi memberi impak yang sungguh besar.

Aku ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada guru-guru yang aku sanjungi dari Sekolah Kebangsaan Dato' Shariff Hamid hinggalah Sekolah Menengah Kebangsaan Telang Usan.

Sesungguhnya aku sayang guru-guru ku walaupun aku pernah dimarahi, di buang kertas peperiksaan, diperli kerana esei Bahasa Melayu yang teruk, dan pernah dipersoalkan kemampuan memberi kejayaan kepada sekolah dalam beberapa pertandingan peringkat sekolah.

Itu semua menjadi kekuatan aku sehingga sekarang. Yaa lagi sebulan sebelum aku bergelar graduan. Aku akan terus bertahan dan BERTABAH!! 



"Ya Allah. Permudahkan lah jalan hidupku, guru2 ku, rakan2 seperjuangan ku. Berilah kami kekuatan berjalan di titi bergelar kehidupan. Amin."



p/s: tadi dapat wish cikgu sains sekolah rendah dulu dalam phone. suka sangat. okay cukup gedik bukan?



Wassalam.

Saturday, May 15, 2010

formspring.me

Ask me anything http://formspring.me/srihannaH

Kenapa Aku Sering Tersasul?


"Kak Seri, nak lalu ikut mana ni? Ikut tengah ke tepi?"

"TEPAT. "

"Haaa?"


Okay serius aku benci bila asyik tersasul. Minggu ni saja lebih tiga kali tersasul. Sedih tahu aku sering dibahan kerana asyik tersalah cakap. Dulu aku sering gelakkan orang yang tersalah cakap, kini tiba giliran aku pula. Seperti kata pepatah, patah tumbuh hilang beli baru lagi. Ehh kenapa aku guna kata pepatah itu? Okay tiada kaitan.

Terasa banyak pula dugaan di saat-saat akhir pengajian. Wahh seperti ayat novel cinta bukan? Kamu semua janganlah cuba menuduh aku seperti menyalahkan takdir. Aku cuma 'terasa' bukan lah mengeluh menyalahkan takdir.

Incek Laptopus aku mula meragam. Maksud aku meragam bukan lah beliau sudah pandai kencing malam, berak tepi jalan ataupun merengek meminta susu. Tak perlu lah kamu susah-susah meneka. Biar saja aku beritahu kamu. Haippp. Duduk diam-diam. Begini..

Open hidden folder. Nampak folder virus. Okay aku mula menjadi bijak seperti biasa. Kamu semua sila percaya.


SELECT FOLDERS - DELETE FOLDERS - EMPTY RECYCLE BIN.


Kemudian buka balik. Ehh ada lagi. Okay mula curiga. 


"Mungkin ini yang tertinggal tadi." bisik hati kecilku.


TEKAN CTRL A - DELETE FOLDERS - EMPTY RECYCLE BIN.




Kemudian buka balik. Aikk ada lagi tersangkut? Tapi tadi dah select semua folder.



"Ohh mungkin tadi silap aku tak check betul-betul." ujar hati kecilku sedikit kuat kali ini.


TEKAN CTRL A - TENGOK SEMUA FOLDER DAH SELECT - DELETE FOLDERS - EMPTY RECYCLE BIN.



Kemudian buka balik. Tak mungkin. Tak mungkin la. Gosok mata kuat-kuat. Lalu begitu mudah aku menghalalkan mulut aku menyebut nama binatang  yang haram dimakan oleh umat Islam.


"INI VIRUS LAH BABI!" bentak hati keji ku.


Aku pun kurang faham kenapa nama binatang haram itu sering disebut jika marah. Padahal binatang tersebut tiada kena mengena bahkan bukan saudara mara virus yang menyerang laptop aku pun.

Maka dengan langkah pasrah aku mundar mandir mengelilingi pokok di sebelah blok H Asiah sambil menongkat dagu dan meletakkan kaki kanan di atas bangku panjang seakan-akan gaya Jamal Abdillah dalam cerita Azura.

Maaf aku menipu kamu semua. Mana mungkin aku sebegitu rajin mahu menapak turun naik 4 tingkat semata-mata mahu kelihatan seperti Isaac Newton mencari penyelesaian tentang buah epal jatuh ke atas bumi.

Yang sebenarnya, setelah mencarut tidak lebih 20 patah perkataan. Aku mula beristighfar. Kemudian aku tarik nafas panjang-panjang dan di sertai bunyi dengkuran. (Maaf aku tercenderung menipu lagi). 

Perkara pertama yang aku terlintas untuk buat adalah melibas rambut ke kiri dan ke kanan. Aku sendiri tidak faham kenapa aku perlu berbuat sebegitu. Mungkin mahu kelihatan lebih cool di saat hati aku sakit melihat virus yang memakan fail-fail penting.

Perkara seterusnya seperti biasalah, format laptop. Itu semua aku tak perlu ajar bukan. Jika hendak format laptop pun kamu mahu fikir 10 jam baik saja kamu terjun tingkat empat sekarang juga. Memalukan tahu.
Hmmm tiba-tiba aku hilang motif mahu bercerita. Ahh sudah lah. Besok saja aku sambung. Itu pun jika aku ingat. Terngantuk pula. Ohh patutla sudah pukul 4 pagi. 

p/s: Incek Laptopus sudah berkhidmat seperti biasa. mungkin cuak aku ugut mahu beli yang laptop baru jika beliau buat hal lagi.

"Ya Allah. Permudahkan lah jalan hidup ku. Amin."



Wassalam.

Monday, May 10, 2010

MECHATRONS CLASS 2010 (INTRO).

Haaa. Ini intro nya saja. Nanti aku upload lagi. Aku memang berniat jahat mahu men-jeleskan NONO.




-------------------------

Okay sambung sambunggg. Nono sila sediakan pisau untuk menoreh hati mu.


Pria terhebat MECHATRONS class 2010.







bersama Dr. Raisuddin dan Dr. Mozasser.


Hahh mampu kau? acara baling lab coat.

 
bersama Prof. Momoh.

 



* courtesy of Bro Nasa (CSSU). dan info diperoleh dari Mechatronics Class 2010 group.



p/s: usaha menjejaki gambar-gambar lain sedang dilakukan. sila tunggu kemunculan pose gila selepas ini.



"Ya Allah. Permudahkan lah jalan hidupku. Moga kami semua berjaya di masa hadapan. Amin."


Wassalam.

Selamat Hari Bonda. (Entri Serius). Sila Percaya.

Maaf ini entri tertunda. Salahkan internet free. Tiada kualitas. Lembab macam siput. Heyy semut berjalan lagi laju tahu. Ehh teremosi pula.

Semalam Hari Ibu. Jadi aku ucapkan Selamat Hari Ibu buat bonda terchenta Dayangku Rosni Chik Pengiran Barudin. Juga kepada kakak sulung Dayang Nor Afidah Ajak.


"I love you babu & sis. Trimas kerana bertabah dengan anak dan juga adik mu yang tidak matang ini."


Maaf kamu semua kerana aku menyatakan kasih sayang dalam Bahasa Inggeris. Bukannya apa, apabila aku cakap I LOVE YOU itu kedengaran nya sangat kebaratan. Aku suka begitu. Nampak lebih mengikut peredaran zaman.*PENGSAN*

Ohh ya aku mahu perlihatkan gamba bonda aku. Mari mulakan dengan yang gamba retro.


macam tangga bukan? jangan teka yang mana satu aku. JANGAN!


ini gambar keji kakak aku masa tadika. haha.


bonda terchenta. heart hearttt.


ini suami bonda atau lebih mudah aku namakan BAPAK saya.


--------------------------------------------------


Semalam kakak aku yang sulung mahu menyambut Hari Ibu bersama suami dan anak-anak. Kamu jangan ingat hanya budak dewasa seperti aku saja yang tahu mengampu ibu dan ayah. Budak kecil juga mampu okay.

Sila lihat gambar di bawah. Percubaan anak-anak saudara aku yang pura-pura rajin belajar supaya dapat makan aiskrim apabila ke kedai nanti.

Ini yang dinamakan, "Kemana tumpahnya kuah kacang dal kalau tidak ke atas baju". (Itulah tangan gigil-gigil macam parkinson. sudah tentu kalau makan apa saja mesti tumpah).





--------------------------------------------------


Semalam pergi ke Engin. Sesi mengajar Robotics kepada Malynn dan juga Che Wan. Entah kenapa tiba-tiba aku jadi gagap dan tersalah sebut.


"Kau hengat kau boleh makan kalau kau lapar?"

Ayat sebenar: "Kau ingat kau boleh belajar kalau kau lapar?"


Okay sila jangan pertikaikan ketidakberkaitan ayat di atas. Baiklah.*Tunduk pasrah*

Ahh mana aci kalau aku saja membuka pekung di dada. Semalam Malynn juga penuh konfiden tersalah cakap.


"Haa chantek kan PASHMALA tu, kain lembut yadayadayada."

"HUH? PASHMINA KUTT?? BAHAHAHAHAHA."

"Demmmm kau memang keji. (Dan diiringi beberapa carutan yang lain) ."


--------------------------------------------------


Aku sedang menunggu Anis Syuhaiza untuk meng-upload (orang Barat cakap memuat naik) gambar-gambar ketika kami berjimba-jimba. Kredit harus diberikan kepada Anis yang ada kamera canggih. 

Ohh ya ketika makan Oblong, kami sempat bercerita, atau dalam erti kata lain nya mengumpat.

Aku tak mahu lah dedahkan isi kandungan umpatan itu. Cukuplah kami saja yang dapat dosa mengumpat bukan?

Yang penting apa yang aku dapat simpulkan dari sesi mengumpat itu adalah,


"Biar BURUK tapi jangan MENJENGKELKAN."


TITIK.



p/s: Dr Amir, cepatla. saya sudah lama tunggu mahu nota MicroController dan Machine Vision.


"Ya Allah. Permudahkan lah jalan hidup ku. Amin."



Wassalam.