Pagi tadi, aku dan Sheeda pergi ke KLCC mahu menghantar borang volunteer kat Petorsains. Sudah jatuh ditimpa tangga. Ehh silap-silap, maksud aku sebenarnya 'Sambil Menyelam Minum Air'. Sambil mencari kerja, aku dan Sheeda menyambut kelahiran beliau yang ke-25. Semalam aku ucap selamat kepada beliau,
Wednesday, April 14, 2010
Kopak Lah Aku Kalau Cenggini.
Pagi tadi, aku dan Sheeda pergi ke KLCC mahu menghantar borang volunteer kat Petorsains. Sudah jatuh ditimpa tangga. Ehh silap-silap, maksud aku sebenarnya 'Sambil Menyelam Minum Air'. Sambil mencari kerja, aku dan Sheeda menyambut kelahiran beliau yang ke-25. Semalam aku ucap selamat kepada beliau,
Sunday, April 11, 2010
Menumbuk Dinding Laju-Laju Tidak Berkesan.
Semalam nasib baik juga aku singgah bilik lama aku kejap. Niat mahu tatap bilik untuk kali terakhir. Aku periksa semua laci dan masa periksa laci katil, aku terkejut. Rupa-rupanya ada lagi barang aku tertinggal y'all.
Demmit!!!
Mungkin aku banyak sangat makan semut. Sebab itu banyak benda aku lupa.
Sekarang letih mengangkat barang tak habis lagi. Ditambah pula letih mengemas barang dalam bilik baru. Rasa mahu menekan papan kekunci laptop guna gigi. Otot semua tidak bermaya.
Bilik baru sekarang ini okay saja. Aku mengharapkan bilik baru ini tidak ada monyet lagi mengganggu. Tapi sangkaan aku meleset. Semalam baru saja kami pindah masuk, monyet-monyet ini sudah menunggu di bilik. Ohh mungkin mereka mengadakan 'room-warming party' untuk kami.
"Trimas ya monyet sekalian. Aku rasa semua itu tidak perlu. Kami tetap takut sama kamu semua."
Ini keadaan bilik lama aku yang sudah kosong,
"VAVIIIII."
Malam tadi tengah tunduk nak buang sampah, sekali lagi kepala aku terhantuk kat meja pula. Kali ini bukan dalam hati saja, mulut aku mula bersuara,
"VAVI VAVI VAVIIIIIIIIII."
Sakit tahu. Ada benjol kat dahi. Kalau orang tanya kenapa ada benjol kat dahi aku mahu jawap apa? Jatuh tangga ketika berjogging turun naik tangga 4 tingkat? PENGSAN.
Perut aku sudah mula berkompang. Tapi malas nak turun makan di cafe. Tunggu saja Hasnaa ajak makan di McD. Aku malas turun naik 4 tingkat. Tak mahu bakar lemak yang aku dah kumpul bertahun-tahun.
p/s: Aku rindu mahu menyedut semut bersama Malynn.
Wassalam.
Saturday, April 10, 2010
Jangan Nakal Nakal.
Ada rasa mahu muntah tak? Kalau ya, kamu memang sejiwa dengan aku. Kalau tidak, sila pergi. Aku tidak mahu berkawan dengan orang poyo. Eh ehh aku gurau saja.
Maaf baru hari ini dapat updet entri. Itu pun dalam keadaan seperti nyonya jual sayur. Comot dan dikelilingi kotak-kotak.
Aku terpaksa berpindah ke Mahallah Asiah untuk semester terakhir ini walaupun cuma 2 bulan saja. Tertekan tahu. Waktu cenggini lah mahu tukar perabot mahallah. Barang-barang aku termasuk buku sangat banyak. Masakan tidak, koleksi 6 tahun. Bermula dari matric IIUM sehingga masuk Gombak.
Kalau orang yang kahwin, 6 tahun sudah ada 6 anak. Kalau kucing, 6 tahun sudah beratus-ratus anak. Kalau tanam pokok mangga, 6 tahun sudah mula berbuah. Tapi aku, 6 tahun sudah tahu bersilat ketika mengemas barang-barang. Okay tiada kaitan.
Sebenarnya waktu ini aku tak habis mengemas lagi. Bukan apa, tadi aku tiba-tiba hilang motif mahu mengemas. (Nampak nyata tidak alasan aku?).
Dalam bahasa mudah nya kehilangan motif ini dipanggil 'pening'. Dalam bahasa internet ini dipanggil 'ketagih FACEBOOK'. Entah kenapa tangan aku sibuk pula mengkritik status FB kawan-kawan lain sedangkan baju-baju aku masih banyak yang belum disimpan ke dalam beg.
Sedih tahu melihat buku-buku selama 6 tahun disusun rapi dan dibungkus di dalam kotak. Kemudaian diikat dan ditampal alamat ke rumah aku di Sarawak. Sambil itu aku bermonolog,
"Jangan nakal-nakal tahu dalam kapal nanti. Kalau nakal aku bakar kamu sorang-sorang."
Okay, penjodoh bilangan sudah terang-terang salah. Bermonolog menasihati buku merupakan simptom penyakit kurang hormon waras.
Aku sudah pening. Mahu buang sajakah kaktus-kaktus aku? Dalam 6 pasu, 2 pasu sudah lama mati tapi aku sibuk tahap pak menteri, maka aku terlupa mahu buang. Disebabkan kesibukan itu juga, 2 pohon kaktus aku tumbuh secara pelik. Aku rasa mereka ini bermutasi agaknya. Cuba lihat gambar-gambar di bawah, kamu sila beritahu aku kenapa mereka tumbuh begitu.
Satu lagi, badan aku gatal-gatal. Mungkin terkena habuk. Macam perempuan gedik kan alergic dengan tah hapa-hapa. Ehh kenapa itu pun aku nak beritahu kamu semua. Nampak sangat aku tiada idea mahu cerita.
Okay kamu lihat lah keadaan bilik aku sekarang.
Aktiviti mengemas juga dihiburkan dengan lagu-lagu poyo-jiwang-rock kapak. Maaf tadi aku malu mahu mengaku aku juga minat lagu poyo. Okay sekarang kamu boleh maki aku.
Wassalam.
Wednesday, April 7, 2010
Selesai. Titik.
DONE DONE DONE
Setelah dihitung-hitung, ENAM projek, EMPAT presentation dan TUJUH kertas peperiksaan dalam masa TIGA minggu akhirnya aku sudah selesai semua nya. Semester ini sudah berakhir. SELESAI. TITIK.
Yaa aku boleh katakan bahawa aku berubah sedikit semester ini. Cuak tahu. Aku tak mahu gagal mana-mana subjek. Sepanjang tempoh peperiksaan, aku belajar bersama-sama rakan sekelas di Engin saban malam. Seperti biasalah, tujuan sampingan aku belajar dengan mereka sudah tentu kerana aku boleh jumpa Bro H. MUKA MERAH-MERAH.
Seusai kertas peperiksaan petang tadi, mahu saja aku melompat sambil menjerit-jerit dalam KAED Gallery itu. Namun, aku masih belum gila walaupun Che Wan selalu bilang aku tidak pernah ada hormon waras. Okay tiada kaitan. Bimbang juga kalau aku menjerit kegembiraan nanti cikgu pasti membaling jam dinding tepat ke muka aku. BAYANGKAN.
Penat gila tahu? Tidak cukup rehat satu hal, tidak cukup tidur sudah tentu dua tiga hal. Kamu tahu bukan aku ini memang penggemar tidur yang tegar. Bukan itu saja, masa peperiksaan MSD aku sempat demam lagi. Tak boleh nak salahkan cuaca sebab aku memang pembenci sayur. "Padan muka kau Seri". Dalam 6 jam aku telan 5 biji panadol actifast. Selepas itu, faham-faham saja lah. Sudah tentu aku menjadi gila dan ketawa tanpa henti.
Ahh kering idea pula mahu updet blog. Nanti lah aku sambung. Mengantuk tahu.
p/s: setelah mendapat tidur yang ideal baru aku sambung okay. THA THA (:
Wassalam.
Sunday, April 4, 2010
Aku Tertekang Seperti Memerang.
Maaf kerana entri kali ini berunsur serius dan penuh emosi dalaman. Jika kamu berasa tertekan pada ketika ini sila baca pada besok hari. Budak-budak yang berumur kurang 18 tahun, sila pastikan membaca dengan pengawasan orang dewasa yang WARAS. Kepada ibu mengandung, tidak digalakkan menghayati perasaan aku kerana dikhuatiri menjejaskan emosi bayi dalam kandungan. Kepada warga emas, sila pastikan ubat mahupun inhaler berada di sebelah anda.
Jangan keliru dengan entri ini kerana aku memang sengaja mengarang surat buat sahabat perjuangan ku. Bukan apa, mahu cakap depan beliau sudah pasti aku takut. Bimbang "biru mata kiri ku". Jadi aku buat saja dalam blog.
My dearie,
Terus terang aku katakan aku cukup BENCI orang yang mengeluh. Mengeluh yang tiada penghujung dan tiada usaha disertakan. Mungkin kau rindu untuk ditumbuk laju-laju dan teringin melihat aksi "Kaki ku di bibirmu".
Dan aku sangat sedih apabila emosi marah kau ditujukan kepada aku. Kalau kau rasa sudah cukup kuat, sila lah jerit pada kucing. Aku sangat yakin kau pasti dicakar dalam aksi gerak perlahan.
Aku juga ingin beritahu, sila jangan mengeluh seolah-olah kau saja yang banyak projek dan masalah. READ MY LIPS. Aku ada ENAM projek untuk disiapkan dalam satu minggu. Habis projek aku ada LIMA paper tanpa rehat. Aku ada TUJUH paper semester ini. Tidak satu pun aku mahu gagal. Nauzubillah. I don't want to screw up. For God sake this is the last two disaster months I have to face. ALONE. YES ALONE!
Tapi aku tidak lari dari satu pun. Aku tidak mengeluh satu pun. Aku tidak menyerah kalah sekali pun. (Aku cuma membebel dalam blog saja). Dan apabila carry marks keluar, sila ingat seberapa banyak usaha kau telah bagi, sebanyak itulah markah yang kau dapat. TITIK.
Aku pernah cakap menjadi aku bukan sesuatu yang mudah. Susah tahu. Lebih-lebih lagi jika kau berada di kelompok orang-orang yang lambat menghabiskan pengajian. Nilai pasaran sudah tentu berkurang. (Jika kau faham maksud aku).
Aku tahu selama ini kau cuma kenal SERI yang suka melawak, gelak kuat-kuat, dan sentiasa senyum. Kalau aku keluarkan semua kesedihan yang aku rasa, aku pasti mata kau akan berbulu lebat dan telinga kau akan berdarah. Tapi aku tahu aku seorang pelakon sinetron yang terbaik. Tidak perlu lah tunjuk semua pada orang. Cukup aku sendiri yang rasa. Orang lain juga pasti ada beban masalah mereka sendiri bukan.
Never give up on Allah for Him never give up on you. You can't always get what you want but when you get what you don't want, believe me Allah knows what is best for you my dear. Allah tidak akan menguji hamba Nya di luar batas kemampuan mereka.
Alangkah bagus kalau kau tahu menggunakan teknologi moden dan belajar membaca blog aku. Tidak perlu lah aku tulis surat olok-olok ini. Tidak lah perlu aku simpan dalam hati . Tertekan tahu. Rasa mahu berlari setempat laju-laju.
Lain kali kalau kau mahu mengadu pada aku boleh. Mengeluh boleh. Tapi cukuplah mengeluh seketika dan berusahalah. Dan jangan lempar emosi amarah pada aku. Walaupun aku nampak berjiwa ROCK tapi "dalam hati ada taman". Aku takut melihat orang panas baran. Hati I lemoooot. (Tiba-tiba). Pengsan.
Aku doakan yang terbaik untuk kau. Gambatte Kudasai. (Sambil ikat kain kat dahi).
p/s: Nasip baik kau bukan adik aku. Kalau tidak aku sudah Muay Thai kau dalam aksi gerak perlahan.
XOXO.
YOUR QUEEN S.
*sempat berperasaan seperti watak Queen B dalam Gossip Girl. Okay kamu semua boleh muntah sekarang.
"Ya Allah permudahkan lah jalan hidup ku. Amin."
Wassalam.
Saturday, April 3, 2010
Jerit Saja Pada Binatang.
Sepatutnya kenyataan di atas diiringi perasaan gembira tapi aku masih takut sebab peperiksaan pagi tadi susah gila babi. Kesian babi kenapa namanya harus disertai dengan ayat carutan.
Semalam mahu berlagak sebab dapat buat entri tepat pada 1st April, tapi internet seperti "Rumah kata shuh shuh, kubur kata krurrr krurr". Jadi entri hari ini tidak ubah seperti jualan mega di SOGO yang dibuat sepanjang tahun. BUY 1 FREE 1.
Tahukah anda otak burung unta lebih kecil dari matanya. Ehh bukan fakta ini sebenarnya yang aku mahu khabarkan semalam. Ini pasal APRIL FOOL. Aku ingatkan budaya menipu-membohong-menghanjeng kawan-kawan sudah tidak lagi diamalkan. Tetapi,
Muhammad bin Ahmad ialah adik kepada kawan aku. Dia ini masih lagi amalkan upacara lapuk dengan menhanjengkan wall aku semalam. Lantas untuk menyokong industri lapuk beliau, aku pun balas balik kat wall beliau.
Itu saja aku mahu cerita semalam. Sedikit saja tak perlu panjang-panjang. Aku tahu kamu semua malas membaca.
Pagi tadi exam Analog Electronics. Sebelum pergi ke dewan exam, aku lalu depan Mahallah Hafsa, tiba-tiba terdengar suara orang menjerit-jerit. Aku cari juga dari mana datangnya suara perempuan gila itu. Aku yang tengah sibuk menghafal sambil berjalan berasa geram. (Ehh terbelagak pula rajin membaca walaupun tengah berjalan). Kamu semua sila percaya.
Setelah gagal mengesan dari mana punca suara itu, aku teruskan perjalanan. Sebaik tiba di E0, junior aku bercerita ada seorang budak menjerit dari 2.30 pagi tadi dan masih belum berhenti. Sebelum mereka turun ke dewan exam, dengar-dengar budak itu menendang dan memecahkan pintu pejabat Mahallah.
Jadi sangkaan aku ada perempuan gila menjerit itu benar belaka. Khabar angin mengatakan budak perempuan itu stress dan mengalami tekanan perasaan. Yaa pendek katanya GILA! Balik dari exam, kami nampak pintu pejabat Mahallah telah tercabut dan pecah. Hah MAMPU KAU?
Kuat juga perempuan itu. Apakata masuk saja akademi tentera atau bomba. Tidaklah tenaga yang LUARBIASA itu dipersia-siakan. Kalau terjumpa musuh jerit sepak saja musuh itu. Kau kan kuat dan hebat??
Paling tidak pun cuba kau jerit pada binatang. Jerit kuat-kuat kat kucing atau monyet yang selalu berkeliaran di asrama. Mana tahu mereka boleh mencakar muka kau pula. Mesti stress kau akan hilang setelah dicakar laju-laju kan?
Okay aku malas mahu bercerita tentang orang-orang bermasalah seperti itu. Tadi petang selepas exam, aku dan teman selesbian aku pergi ke KLCC. Niat mahu menemankan beliau membeli baju untuk kerja.
Selepas penat jalan-jalan kami menonton Clash of Titans. (Dalam versi filemkan melayu nya Clash of Tenuks). Gila sungguh penjual tiket itu. Katanya cinema kami itu kecil dan tempat duduk sikit saja. Tambahnya, skrin sangat jauh dari tempat duduk. Jadi kami nekad mahu duduk dua barisan dari hadapan setelah terpedaya dengan rayuan domba si penjual tiket itu,
"Ye kak, skrin tu jaoh gileeeeeeer dari seat."
Tapi masuk-masuk saja ke dalam, semua jenis binatang kami sebut. Mana tidaknya, sebenarnya kami dapat cinema standard. Skrin sangat dekat dengan tempat duduk tahu. Hampir mahu cecah hidung kami. (Kalau hidung kami macam pinochio lah).
Terpaksa kami meregang kaki di tempat duduk hadapan. (Ini cuma alasan). Oleh sebab tempat duduk hadapan semua kosong, jadi kami bolehlah hulurkan kaki. Sungguh nikmat. Cerita nya pun sedap. Walaupun tajuk kedengaran ganas tapi jalan cerita nya kelakar juga. Bak kata Adnan Sempit,
"Muka saya ganas wak, tapi DALAM HATI ADA TAMAN."
Okay tiada kaitan sebenarnya. Otak aku sudah letih. Malas mahu mencarut lagi. Ehh maksud aku malas mahu mencatit lagi. Aku mahu tidur sampai pagi besok.
p/s: tidak sabar mahu berjimba-jimba selepas habis peperiksaaan.
Wassalam.
Wednesday, March 31, 2010
Tumbuk Dinding Tak Kelakar.

Belum boleh gembira sebab paper last adalah yang terpaling amat membunuh sekali. Sila ambil kira EMPAT kata penguat yang aku tulis. Okay aku tipu. 'TERPALING' itu tidak sah. Budak sekolah sila jangan tiru penulisan aku. Tatabahasa ini cuma aku saja boleh guna.
Ohh ya. Aku mahu bercerita tentang peperiksaan petang tadi. Kertas Mechatronics Systems Design. Ketika mahu mengisi ruang "Examiner" pada buku jawapan, aku sempat kalih ke belakang. Mestilah teman selesbian aku yakni si Malynn duduk di belakang seperti biasa. Aku bertanya,
"Nak tulis Dr. Wahyudi (arwah) ke Dr. Amir?"
Malynn ter'pause' sebentar,
"Dr. Amir lah!"
Aku bukan mahu buat saspen tapi terus terang aku tiba-tiba rindu pada arwah. Okay tak baik rindu tanpa sedekahkan yassin. Berbalik pada peperiksaan tadi. Sebaik habis arahan diberikan, kami terus membuka kertas soalan masing-masing. Yelah tak kan kamu mahu buka kertas soalan kawan sebelah pula.
Familiar kan? Aku tulis ni sambil tengok kat kertas soalan. Aku tak mahu menipu seperti semalam. Aku belum cukup hebat lagi mahu hafal semua arahan pada muka hadapan kertas soalan. FREAK tahu.
Benci pula campur bahasa Melayu dengan bahasa penjajah. Okay aku tak faham kenapa aku tersasar setiap kali mahu bercerita. Begini, sebaik saja kami buka kertas, aku dan orang yang di sebelah aku terus berpandangan sesama sendiri sambil menyebut serentak,
"O-M-K!!"
Oh Mak Kau. Susah lah mahu berikan perincian cerita. Soalan MSD tadi sangat diluar jangkaan seperti apabila kamu mahu berkahwin tetapi dalam masa yang sama mahu menjimat kos. Kamu cuba gunakan alternatif menge-TAG kawan-kawan di dalam FACEBOOK. Sekali yang datang kenduri kamu seluruh semenanjung. HAH MAMPU KAU?
Faham tidak hiperbola aku tadi? Aku tak arif sangat maksud hiperbola. Saja mahu gunakan. Kedengaran nya sungguh sastera dan canggih. Bukan apa, kami sudah mencuba menjawap kertas peperiksaan lepas, tapi disebabkan MSD berkisarkan application jadi susah untuk meramal soalan dan jawapan.
Itu adalah kelemahan apabila pelajar menjawap kertas peperiksaan lepas dan berharap soalan sama akan diulang. Ini sangat mudah kerana kami akan menghafal jawapan tanpa mengira risiko yang ditanggung.
Pernah terjadi ada pelajar yang menghafal jawapan mengikut turutan soalan. Beliau bernasib baik kerana soalan yang sama dikeluarkan oleh cikgu nya walaupun soalan ditukar kedudukan nya. Namun beliau juga menanggung risiko dituduh BODOH-SOMBONG-KAU-HENGAT-KAU-CHANTEK apabila beliau menjawap kertas peperiksaan itu dengan menulis mengikut hafalan beliau dan bukannya berdasarkan soalan. Maka nya terbongkarlah rahsia kedunguan nya menghafal tanpa memikirkan masa depan.
Tapi tidak mengapa, tadi ambil peperiksaan sama dengan Bro. H. Walaupun soalan susah tapi sekurang-kurang nya aku bersemangat sikit mahu menjawap peperiksaan. Teruk sangat dah aku sekarang. Tidak tahu malu mahu meng'usha' pelajar lelaki.
p/s: Kamu diberi pilihan bebas jika mahu mengabaikan perenggan di atas. Okay aku sudah malu pula. Menyesal. DELETE. DELETE. BACKSPACE.
Aku selalu bilang sama kawan-kawan aku kalau aku tengah jiwakacau,
"Rasa mahu tumbuk dinding laju-laju."
Kawan-kawan aku fikir aku sedang buat lawak lalu mereka mentertawakan aku. Tapi kenyataan nya tidak, sebab aku tak rasa tumbuk dinding itu kelakar. Bila kamu tumbuk dinding bukankah kamu menyakitkan tangan sendiri. Jadi apa yang mereka fikir kenyataan aku itu kelakar?
Tengahari tadi, Shida masuk ke bilik aku. Niat mahu bercerita. Tetapi sebaik sampai di muka pintu, beliau terhantuk almari baju aku pula. Tanpa di sangka-sangka beliau terus menumbuk dinding almari aku laju-laju sambil membebel. Dan aku,
(diam)
.
.
.
(diam)
.
.
.
(diam lagi)
.
.
.
.
(buat apa mahu diam lama-lama)
Yaa untuk pertama kalinya aku sudah faham kenapa kawan-kawan aku mengatakan tumbuk dinding itu sebenarnya kelakar. Aku sudah pun menyaksikannya. Rasa mahu beliau ulang tayang pula. Tapi bimbang beliau tumbuk aku laju-laju pula.
Wassalam.
Sunday, March 28, 2010
Kau Mampu Tak? (Mestilah Tak)
Jelas tidak? Haipp tak mahu la google2. Pakcik Google tak suka tahu. Kalau ya pun bengap simpan-simpan la sikit. Jangan la tunjuk, malu tahu.
Dalam lima hari aku sudah habiskan 4 kertas peperiksaan. Rabu - Robotics, Khamis - Industrial Automation, Sabtu - GEN dan Ahad - Design of Machine Elements. Sabtu? Ahad? Yaa kamu semua tidak salah baca, memang aku duduk peperiksaan hujung minggu. Sungguh seronok bukan menjadi aku?
Petang tadi aku exam Design of Machine Elements. Mari buat kira-kira:
- ada dua booklet formula & figure & table (tebal lebih kurang 2 cm)
- ada satu kertas formula tambahan
- ada satu buku soalan & buku jawapan
- alat-alat menulis (pensil, pemadam, pembaris, pen)
- alat jangka lukis (demm soalan MOHR Circle tak keluar pula)
- kad matrik, exam slip, attendance slip, calculator
- meja berukuran 70cm x 50cm
Sekarang cuba bayangkan bagaimana mahu menjawap perperiksaan dengan semua bahan-bahan yang dinyatakan di atas? Jawapan nya,
Serius aku kelihatan seperti mengeluarkan bunga-bunga silat. Mana mahu buka kertas soalan, buka buku jawapan, pegang pensil lagi, rujuk buku formula/figures/tables, mana nak tekan calculator. Mana mahu korek hidung lagi. Tak sempat tahu. Cikgu aku pun asyik pandang, mungkin beliau kagum dan cuba meneka aku sedang bersilat atau pun berkungfu atau pun berkaratedo.
Hari tu, teman sebilik aku hampir-hampir mahu minum racun. Ini semua gara-gara beliau tidak percaya bahawa Seri yang selalu main Facebook sampai subuh tiba-tiba sudah berubah menjadi baik. (Okay aku mengaku kenyataan yang mula-mula tu aku tipu saja). Ehh betul aku jadi baik.
Untuk peperiksaan akhir kali ini, aku belajar di Engin. Dalam kelas bersama-sama rakan sekelas. Ohh sungguh kelasssss y'all. Macam buat pantun berima pula.
Dulu aku kera sumbing ehh maksud aku kera sumbang. Belajar seorang di bilik. Berlagak macam pandai. Eleh pandai ker? Bila dapat keputusan rasa menyesal pula tidak buat diskusi bersama rakan-rakan menjawap kertas soalan lepas-lepas.
Atas sebab tidak mahu terjun dari tingkat lima, aku mahu ubah sikap BODOH-SOMBONG-KAU-HENGAT-KAU-CHANTEK. Setiap malam aku datang ke Engin belajar sampai pukul 2 pagi y'all.
Wohh janganlah tepuk tangan dulu. Sebenarnya, setiap kali mahu belajar, satu jam pertama aku peruntukkan untuk main Facebook dulu, update blog, check emel. Selepas itu baru sedut ilmu sampai rasa mahu muntah. Okay sekarang kamu boleh tepuk dahi. (Maaf aku tidak berniat mahu menipu).
Bercakap pasal sedut, aku terus teringat teman selesbian aku Malynn. Malam sebelum peperiksaan GEN si Malynn hantar SMS kat aku. GEN itu bukan kereta Proton GEN 2. Jangan la dungu sangat. Tanya dulu GEN itu apa. GEN itu Engineering Professional Ethics.
Jauh aku tersasar. Hah, beliau hantar SMS yang berbunyi, ehh bertulis. (Ayat SMS beliau aku dah edit sebab teruk sangat tatabahasa beliau).
Aku terus balas,
Dan sebenarnya kamu kena tipu lagi. Aku balas begini,
Nampak tidak sikap BODOH-SOMBONG-KAU-HENGAT-KAU-CHANTEK itu masih tidak dapat dikikis? Bukankah tenuk dan tapir itu sama sahaja. Dasar TAPIR-slash-TENUK. Banyak sangat makan semut sampai otak sudah lemau.
Hari ini rasa letih pula mahu belajar. Mahu berehat sebentar. Sungguh selesa dapat berehat sambil menyilang kaki, mengipas muka dan duduk depan pintu. Seperti apa lagaknya? Okay aku banyak menipu pula malam ini. Sudahlah, banyak menipu nanti hilang pula ilmu di dada. Ehh kenapa dada, bukankah ilmu sepatutnya terletak di otak?
Aku mahu umumkan sesuatu. AKU AKAN KAHWIN Y'ALL!! Tapi bukan tahun ini. Okay aku tak nak tipu dah. Nanti kamu muay thai aku laju-laju. Aku sebenarnya mahu umumkan, bahawa esok hari merupakan hari ulangtahun AYAHANDA ku yang terchenta iaitu AJAK BIN PIUT.
p/s: Malynn, besok kita belajar MSD sama-sama ya? Rindu mahu sedut semut bersama kau.
Wassalam.
Thursday, March 25, 2010
Aku Tapir Kau Pula Tenuk.
Kecewa sungguh melihat carrymarks Robotics. Seperti Malynn cakap,
"Carrymarks macam HARAM."
Ohh ya HARAM yang beliau maksudkan bukanlah membawa maksud najis mughallazah. Yakni bila kami sentuh kertas carrymarks itu kami perlu bersamak. Tidak perlu bebankan otak kamu dengan definisi yang canggih-canggih. Maksud beliau, carrymarks kami semua memang bukan cukup makan tapi memang boleh membunuh semangat.
Atas dasar "Katakan TAK Pada Fail Paper", jadi pada malam sebelum exam Robotics, kami adakan kelas tambahan. Cikgu yang mengajar terdiri daripada rakan sekelas yang mendapat markah tinggi masa midterm paper hari itu.
Sungguh aku kagum dengan kesungguhan mereka. Hasilnya aku tidak perlu baca banyak sebab soalan yang mereka ramal sememangnya keluar.
"Terima kasih kawan-kawan."
Aku tahu kamu tidak baca blog aku tapi sungguh aku ikhlas ucap terima kasih. Cuma sayang untuk peperiksaan Industrial Automation kamu semua tiada. Maka aku terkontang-kanting membanting tulang belajar sendiri. Kedengaran aku bersusah payah seperti menanam padi pula sehingga perlu membanting tulang. Okay sudah jauh tersasar.
Walaupun carrymarks Industrial Automation agak selamat akan tetapi aku sedikit kecewa. Bukan kerana tiada Bro. H semasa di dewan peperiksaan tadi. Kamu semua berhentilah membuat spekulasi bahawa aku ini wanita tidak sedar diri dan asyik hendak tengok Bro H saja jika mahu semangat. Benci tahu.
Aku kecewa kerana soalan dalam peperiksaan tadi sangat susah tahu. SANGAT. TITIK.
Aku juga sempat tidur sebentar dua bentar kerana mengantuk. Setelah bangun aku sambung buat Process Diagram. Setelah lihat jam, masih ada 40 minit mahu habis masa. Aku tidak mahu keluar awal kerana orang yang keluar awal ada dua sebab. Satu, sangat pandai sehingga boleh jawap dan keluar dengan muka senyum. Kedua, langsung tidak boleh jawap tapi keluar dengan muka senyum juga. (Ini perlakuan keji mahu menutup malu).
Aku ada juga berkira-kira mahu meminta kertas lebih supaya orang lain ingat aku boleh menjawap soalan dengan jaya nya. Tapi aku masih berhati perut tahu. Nanti orang lain salah faham. Lebih-lebih lagi Malynn, aku bimbang beliau akan menghempas kepalanya di atas meja melihat jawapan aku yang sangat banyak sehingga terpaksa meminta kertas tambahan. Padahal aku cuma menggunakan tidak sampai separuh buku jawapan tadi.
Apa aku merepek? Ahh kecewa tahu setelah keluar dari dewan peperiksaan tadi. Langkah yang lincah bertukar longlai. Kalau dulu aku bersemangat sehingga mahu berlari setempat dan menumbuk dinding kelas laju-laju. Sekarang aku sudah patah semangat. Kini aku mahu Muay Thai dalam aksi gerak perlahan pula.
Jangan bimbang. Aku belum patah semangat. Yang di atas itu cuma dialog lakonan aku saja. Kamu semua tahu bukan aku ini pelakon sinetron. Aku masih ada semangat mahu belajar. Besok dan lusa ada lagi peperiksaan. Tapi kenapa tangan aku pantas bermain laptop dan bukan nya menjawap soalan peperiksaan lepas-lepas?
Okay cukuplah aku updet. Sekarang mahu pulang ke hostel. Mahu belajar. Gambatte Kudasai.
p/s: Tenuk peliharaan aku si Malynn pulang ke Johor. Rindu pula mahu Muay Thai dalam gerak perlahan bersama beliau sambil menyedut semut bersama-sama.
Wassalam.
Monday, March 22, 2010
Lu Kenapa?
"Jangan mengadili buku melalui muka hadapan nya."
Aku masih seorang yang sopan dan bijak dalam tatabahasa. Kamu semua sila percaya.
Ohh ya aku mahu cerita yang ini. Tadi lihat status Facebook Kamaliah teman selesbian aku itu. (Maaf aku suka mengatakan diri aku lesbian, tapi aku tetap berminat pada kaum adam terutama Bro. H). Begini, tadi Kamaliah menulis ini..
"Sometimes you have to step outside the person you have been, and remember the person you were meant to be, the person you wanted to be, the person you are"- OTH
Selepas membaca status itu aku terus menekan papan kekunci laptop aku. Wahh aku semakin bijak menggunakan Bahasa Melayu yang diterjemah terus dari bahasa penjajah. Walaupun aku tidak bijak English dan tidak faham sangat apa dia cakap, tapi aku tetap mahu komen status dia. Ini penting untuk menjaga kredibiliti aku sebagai pengkritik terbaik.
Jangan salah faham, status itu bukan kata-kata dia pun. Itu dialog dari drama bersiri One Tree Hill. Kamal memang suka hafal dialog. Dulu dia hafal hampir semua dialog Grey's Anatomy. Aku tertanya-tanya juga. Adakah Kamal ulang dialog itu sampai hafal atau dia tanya saja Pakcik Google. Dan yang aku hairan Kamal yang hati keras sudah mahu bercakap pasal feeling-feeling..
"Lu pahal jiwang-jiwang Kamal? Tak rock la bro."
Itu aku cakap dalam hati saja. Bimbang nanti Kamal pukul aku guna raket tenis. Paling tidak pun kalau dia call,aku ignore, bimbang kalau dia maki aku lepas baca cerita ini.
Bercakap pasal Pakcik Google. Ehh keji tahu, sekarang ini kebergantungan aku terhadap Pakcik Google sangat tinggi. Semua benda mahu google. Buat assignment aku google, cari circuit aku google, cari programming robot aku google, buat project Robotics aku google, tapi kalau sakit perut aku pergi tandas lah. Takkan sakit perut masih mahu google. Sengal bangatt.
Tadi hari malang aku. Semua benda mahu memalukan aku saja. Mula-mula pergi ambil calculation dari Hariz. Waktu itu hujan, jadi kami bincang dalam kereta. Nono, kau jangan buat gossip tahu. Aku tahu kau suka sebar fitnah terhadap aku yang sopan ini, buktinya cuba lihat gambar ini (sila kelik untuk mendapat renjatan jantung).
Selepas habis bincang (juga diselitkan aktiviti-aktiviti mengumpat), aku dengan penuh yakin keluar dari kereta Hariz. Dan bila aku sampai kat café, aku baru tersedar purse aku tertinggal y'all dalam kereta Hariz. Jenuh aku buat suara ayu mintak kasihan supaya Hariz sanggup patah balik hantar purse aku.
Itu baru satu. Lepas itu, baru aku mahu letak punggung atas kerusi, alas kerusi itu rosak pulak. Bergoyang-goyang siap mahu tercabut. Lepas kecewa, aku pun beralih kat kerusi lagi satu. Nasib baik aku seret kerusi itu dahulu sebelum duduk. Kerana,
"KAKI KERUSI ITU PATAH Y'ALL. PATAH TERUS TERSEMBAM."
Agak-agak kalau aku tidak seret sebelum duduk, kemungkinan selepas ini kalau mahu ke café aku perlu pakai purdah. Malu tahu.
Tiba-tiba dada berdebar-debar. Bukan berdebar-debar mahu kahwin. Tapi disebabkan final exam aku bermula hari rabu ini. TUJUH paper y'all. Ya TUJUH tidak perlu di Google. Pakcik Google tak suka tahu. Paper yang pertama sudah tentu Robotics. Subjek yang aku masih tidak faham walaupun sudah mahu exam Rabu ini.
Masa di kelas hari itu, baru mahu berkira-kira belajar dengan seorang junior ini. Masa tengah praktikkan 'Right Hand rule' itu tiba-tiba beliau mengepak ibu jari aku. Sungguh kejam dan lebih sadis daripada mengepak tulang ayam. Aku sedarlah tahap kebengapan aku menerima ajaran beliau. Tapi tidak perlu lah mendera aku sebegitu rupa. Sakit tahu!
Sudah lah sakit kena dera. Beliau dengan jujurnya mengatakan,
"Itu lah akak, awal-awal sem tak nak datang kelas. Ni dah tak tau camne nak buat."
Hahh mampu kau? Rasa ibu jari yang kena dera itu ditambah dengan rasa kena perli membuatkan aku rasa seperti mahu berlari setempat waktu itu juga. Kalau tidak pun aku rasa seperti mahu menumbuk dinding kelas laju-laju.
Baiklah, aku sudah mengantuk. Cukup lah luahan perasaan hari ini. Mahu study pula besok hari. Tha-Tha.
"Ya Allah, permudahkanlah jalan hidupku. Amin."
Wassalam.
Thursday, March 18, 2010
Rasa Mahu Terjun Bangunan Lima Tingkat.
Nasib baik sudah hantar project Robotics minggu lepas. Enam tolak satu jadi lima bukan. (Jangan cuba untuk google bagaimana aku mengira, pakcik google tak suka tahu).
Kemarin selesaikan tiga projek untuk di-presentasi-kan hari ini. Ya hari ini sekaligus. Seperti biasa kami lepak di Mechatronics Workshop untuk menyiapkan kerja. Selain dapat menambah OT Bro. Shahlan, aku juga boleh meng-usha Bro. H. *BLUSHING*
Sebenarnya petang kemarin aku tertekan. Seperti biasalah, jika tertekan aku akan gelak seperti nenek kebayan. Tapi sebenarnya juga aku rasa seperti mahu terjun bangunan lima tingkat. Bila aku utarakan idea itu, semua rakan-rakan menyokong dan menyenaraikan semua bangunan lima tingkat yang ada di UIA ini. Trimas semua kawan-kawan. Lepas ini jangan salahkan aku jika ada yang minum air BARBICAN berisi air sabun.
Yang aku cukup hairan adalah Amin-budak-suka-pakai-topi-dalam-kelas tidak tahu bagaimana mahu mencarut. Semalam dia marah, dan cubaan dia untuk mencarut kat aku tidak berjaya..
"Kau ni UBI lah Seri!Tahun depan kau masuk raja lawak. Kuat berlakon macam perempuan sinetron."
"UBI?Habis hebat lah kau mencarut nama sayur-sayuran?" aku cuba menjawap.
"Aku tak reti mencarut. Habis hebat nama binatang pun aku sebut la ayam. Tak macam kau asyik mencarut ntah hapa-hapa." Amin-budak-suka-pakai-topi-dalam-kelas mencabar aku lagi.
"Hishh kurang ajar. Kau memang KUCING!" Nah hamik aku pun tahu mencarut nama binatang secara sopan tahu.
--------------------------------------------
Pagi tadi semasa pembentangan project yang pertama aku sudah rasa pening-pening. Tapi logik tidak aku salahkan kepala yang pening bila aku sebut "Calculate" menjadi "KALKALAT"?
Mahu saja aku teruskan pembentangan sambil menutup muka dengan plastik TESCO. Bukan itu saja, malu tahu bila cikgu aku pun senyum-senyum kambing melihat kumpulan aku membentang seperti orang gila. Aku dan Nono asyik tersalah sebut perkataan saja. Itulah akibat jika selalu membahan cikgu jika di kelas.
Petang itu aku mahu makan tengahari bersama teman-teman selesbian termasuk Malynn. Sudah janji mahu ketemu di EDU cafe. Dari jauh kami sudah nampak Malynn tapi masih tidak yakin. Kami gosok-gosok mata kemudian lihat lagi. Huhh??
"MALYNN PAKAI SKIRT Y'ALL!!!!!"
Hahh mampu kau lihat dia pakai skirt? Dalam 5 tahun aku kenal Malynn, inilah kali pertama dia pakai skirt. Perempuan sangat okayh. Maka ketika makan di HS cafe dia mendapat sorakan penuh girang dari kawan-kawan atlit. Mereka juga teruja melihat Malynn menampakkan "warna sebenar" (orang Melayu bilang True Colors).
Heyy cik adeq chumil (sila rujuk Norhalina), kau jangan gelak kuat sangat. Kau pun sama tak pernah pakai baju kurung, asyik sarung jeans saja. Sekali kau pakai baju kurung masa presentation, aku rasa seperti mahu muntah pula.
--------------------------------------------
Malam tadi aku sangat rajin pergi kelas tambahan Analog. (wahh sungguh skema hari ini). Bukan rajin sangat pun, cuma aku telah tertipah dengan kata-kata cikgu..
"If you come to the class, I will give the hints for final exam."
Maka aku berkobar-kobar pergi ke kelas dengan baju serabai. Tapi mengikut Mahathir si junior aku tu, serabut itu dia cakap SERABAK. Okay tiada kaitan. Berbalik kepada kelas Analog, penat aku tunggu hints tapi sebenarnya itu semua cuma janji palsu. Aku ingat cuma pasangan bercinta saja yang tahu menabur janji palsu. Baru duduk beberapa minit, Amin-budak-suka-pakai-topi-dalam-kelas menegur aku..
"Ehh ingatkan kau nak ponteng?Bukan kau selalu ponteng ke?"
Sinis tahu. Rasa mahu sepak guna tangan laju-laju. Tapi aku cuma bagi jelingan tajam kepada Amin-budak-suka-pakai-topi-dalam-kelas. Seperti biasa, apabila Seri dan Nono sudah bersatu di dalam satu kelas maka..
"Aduhh kalau dah lebih satu jam palak ku sekpat masok gik ilmu." Aku cuba membuka pekung di dada.
"Yalah. Kamek dari tadik dah sik masok." Nono juga cuba memalukan diri sendiri.
Tapi tiba-tiba, sedang cikgu mengajar Nono boleh menjawap soalan beliau secara lantang dan penuh semangat. Walaupun terkejut, aku menepuk belakang Nono..
"Syabasss bethi syabasssss."
Dan sekali lagi Amin-budak-suka-pakai-topi-dalam-kelas menggeleng-gelengkan kepala nya. Mungkin kami tidak patut berada di kelas malam tadi. Hanya mengganggu proses pembelajaran orang lain.
Tangan dan otak sudah letih. Sekarang aku mahu sambung buat project terakhir. Petang ini mahu ke kelas tambahan Industrial Automation pula. Bukan aku sengaja mahu menunjuk-nunjuk tahap kerajinan aku. Tapi tujuan sebenar aku pergi ke kelas supaya dapat menggelakkan sesiapa yang membuat pembentangan petang ini.
"Ya Allah, Permudahkanlah jalan hidupku. Berikan Aku kekuatan untuk bangun semula setiap kali aku hampir jatuh. Amin."
Wassalam.
Tuesday, March 16, 2010
Bila Mahu Cermin Muka Mu Itu?
Tadi baru selesai competition untuk robot mengikut garisan (orang Melayu cakap Line Following Robot). Macam biasa, robot aku sudah tentu kalah. Robot kami hanya mampu berputar gelek gerudi 360 darjah saja. Bersungguh kami bersorak supaya beliau (sila rujuk robot kami) bergerak mengikut garisan hitam..
"Come bebeh come..come to mama" sorak kami beramai-ramai sambil ulang berjuta-juta kali.
Tapi beliau tetap berpusing-pusing. Ohh mungkin beliau keliru yang mana satu "mama" beliau. Kerna itu kami dinobatkan johan dari belakang oleh Bro Hazrad.
Letih tahu mahu membuat robot. Semalam saja hanya tidur dua jam. Mata yang cantik bertukar menjadi seperti nenek kebayan. Sekarang aku sudah tidak mampu memikat Bro. H yang menjadi pujaan aku selama ini. Ohh mungkin juga dia tidak perasan kehadiran aku di dalam kelas kerana aku sering perasan cun.
Belum habis penat competition robot, aku kena pergi ke kelas Industrial Automation. Ada sesuatu yang menarik berlaku. Aku perlu beritahu Nono tentang ini..
"Dr. Rai GOT NEW PHONE Y'ALL!!!!!!!!!!!!!"
Samsung touch screen gitew. Dulu aku membahan (orang Melayu cakap meng-insult) handphone beliau yang monotone itu. Terkagum aku sebentar melihat handphone baru beliau yang canggih beserta ringtone berformat MP3 itu.
Tapi disebabkan otak sudah letih, aku kurang menumpukan perhatian di dalam kelas IA. Ehh bukan kah setiap kelas aku tidak pernah tumpukan perhatian? Ohh ini yang aku nak cakap, terlupa pula. Aku tak dapat fokus tadi kerana cuaca panas. Maka aku buat la kipas yang aku namakan 'KIPAS MAK HAYAM'.
Aku bukan mahu mencarut. Tapi jika dilihat aku berkipas-kipasan sambil menyilangkan kaki, bukankah kelihatannya seperti Ibu Ayam yang menunggu pelanggan? Ehh aku tak mengutuk la. Maksud aku seorang ibu yang meniaga ayam di pasar basah (wet market orang Melayu bilang).
Kawan-kawan aku risau melihat aku tidur hanya dua jam. Mereka cakap aku akan cenderung untuk merepek apabila tidak cukup tidur. Seperti teman sekelas aku bilang..
"Ko ni bila tak cukup tidur jadi SB plak" Malynn cakap sambil jeling-jeling aku.
"SB tu mende?" aku teruja dengan acronym yang baru ni.
"SENGAL BANGETTTTTTT"
p/s: mahu ke clas Robotics. Kemudian mahu tidur sampai pengsan dan off HP. tha-tha.
Wassalam.
Wednesday, March 10, 2010
Terapi Awet Muda.
"Weh takyah lah tido awal, jom la borak-borak dulu." aku cuba memasang tanduk supaya kami pergi ke kelas esoknya dengan mata panda.
"Ishh taknak lah. Aku kena tido lapan jam baru awet muda macam Seripah Aini."
Haa mudah bukan. Tak payah pun nak suntik dengan botox ke kolagen ke vitamin ke. Tidur 8 jam saja sudah cukup. Tapi kalau tanya aku, aku tak kan buat, sebab aku taknak lah jadi macam Seripah Aini tu. Kalau dia cakap nanti awet muda macam Julia Roberts, sungguh aku nak!
---------------------------------------------------
Semalam masa aku tengah bengang-rasa-macam-nak-sepak-orang, si Shahidah Mardhiyyah roomies aku tu tanya..
"Blok D kat mane eh?"
"Hah?Sebelah ni jek kan.." aku cuba buat muka genius tapi sebenar nya aku main pakai jawap jek.
"Ehh ha'ah lah, sebelah ni jek..bla bla bla pot pet pot pet." Shahidah dah terpedaya ngan aku.
Malam tadi tetiba dia moha. Aku dah sedaya upaya buat muka comel supaya beliau tidak bertukar menjadi makhluk hijau..
"Weh semalam kau cakap Blok D kat sebelah ni jek. Aku siap salah bilik. Sister bilik tu muka dah blur bila aku datang tanya pasal kereta sewa."
"HAHAHAHAHAAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHA..." Heyy memang lawak okayh, aku nak cakap apa lagi kan. So gelak kuat-kuat adalah jalan terbaik.
"Hah, ko memang siyott nak kena kan aku kan?"
"HAHAHHAHAHAHAHAH." Ohh jangan salah faham, mungkinkah ini merupakan bahasa baru yang aku cipta. Kelihatan seperti gelak tetapi maksudnya..
"Hahh padan muka kau. Aku tengah bengong dengan laptop aku lagi mau tanya."
----------------------------------------------------
Walaupun aku sudah mahu habis degree tapi aku masih seorang yang keliru. Kenapa? Jangan ingat menjadi aku sangat mudah tahu. Banyak yang aku perlu tangkap atas (orang Melayu cakap catch up).
Kelambatan otak aku memproses data lebih teruk dari laptop lima tahun aku yang hanya ada RAM 1 G. Kedunguan aku akan terserlah lebih-lebih lagi apabila lepak bersama Nono..
"Wohh KENYANG BODOH mek Kak Seri" ujar Nono selepas makan kat HS Cafe.
"Huh??" Aku cuba menyembunyikan kebodohan aku dengan gelak sambil pandang tempat lain.
Senyap-senyap aku berfikir, KENYANG BODOH itu apa ya? Adakah konsep nya sama seperti bila kamu lapar, kamu akan mempunyai kecenderungan untuk makan sangat banyak. Selepas makan kamu tetiba kenyang sehingga menjadi seperti ini..
"Heyy kawan-kawan, lihat kucing itu berjalan seperti catwalk. Aneh bukan?"
Sampai sekarang aku masih keliru dan kurang pasti apakah maksud Nono. Aku juga tertanya-tanya bolehkah perkataan BODOH itu digayakan dengan perkataan lain? Contohnya cubaan aku menaip status Yahoo Messenger aku..
Tak lama kemudian aku dapat respon.
"Ko marah ngan siapa ni Hanna?"
Terima kasih Fixa HOT. Ko memang prihatin. Kau membuatkan aku yakin yang aku masih keliru. Baru berkira-kira mahu meniru gaya Nono mencipta perkataan yang kedengarannya sangat canggih, tetapi aku tidak berjaya.
Ahh mungkin aku perlu memikirkan bagaimana cara untuk mencipta perkataan sendiri. Paling tidak pun jika aku masih tidak menemui perkataan sendiri, aku tetap mahu gunakan NGANTOK BODOH itu juga.
Ohh aku terasa ngantuk pula. Mungkin aku perlu cakap sebegini..
"Wohhh NGANTOK BODOH sudah. Aku mahu tidur."
p/s: Esok ada quiz DoME dan DCS. Mari study!
Wassalam.
Sunday, March 7, 2010
BELASUNGKAWA.
Pada jam 1.30 pagi waktu Malaysia, perginya seorang insan bernama Prof. Wahyudi Martono menemui Pencipta kita yakni Allah s.w.t.
------------------------------------------------------------------------
Sebelumnya...
Pada 2.25am, aku menerima khidmat pesanan ringkas dari Nono.
"Salam. Dr. Wahyudi has passed away.."
Lima patah perkataan itu sudah cukup membuatkan aku terduduk dan terkesima selama seminit. Kemudian aku cepat-cepat menelefon Nono untuk mengesahkan berita tersebut. Baru saja mengakhiri perbualan, aku menangis sedang otak aku ligat memutar kenangan bersama arwah.
Aku segera menyeka air mata. Bimbang dikatakan aku seperti tidak redha arwah telah pergi. Kemudian aku menghantar berita tersebut kepada semua rakan-rakan ku termasuk yang pernah menjadi pelajar beliau.
-------------------------------------------------------------------
Selepas beberapa ketika menunggu, Nono mengajak aku pergi ke PUSRAWI untuk menziarah. Perjalanan kami kemudiannya menuju ke Surau HKL kerana jenazah beliau akan dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan seusai Solat Subuh di Surau HKL. Agenda nya selesai solat jenazah, jenazah akan diterbangkan ke Indonesia dan dikebumikan di sana.
Pemergian beliau diiringi kepiluan seorang bapa, diratapi dengan esak tangis sang isteri tercinta, ibu yang dikasihi juga mahasiswa dan mahasiswi beliau. Namun suara sang rakan menasihati..
"Kepada ibu bapa Pak Wahyudi dan juga kepada istri nya, usahlah ditangisi pemergian beliau. Kita harus redha melepaskan dia pergi. Sesungguhnya kita juga akan mengalaminya satu hari nanti."
Sejurus mendengarkan kata-kata itu, sang istri lantas beristighfar menyedari hakikat suami tercinta menemui Yang Maha Esa. Sambung sang rakan lagi..
"Saya mewakili kaum keluarga Pak Wahyudi agar diampunkan segala salah silap beliau. Sedang kita 'curhat', beliau juga redha untuk menemui Allah. Mohan doa agar beliau tenang menghadap Nya."
Disambut serentak oleh jemaah yang hadir..
"Amin..."
Di akhir pertemuan itu, kami bersalaman dan berpelukan dengan sang istri. Dari raut wajahnya yang tenang, kami menangkap dia juga luluh hati nya. Kini dia tinggal seorang diri bersama dua insan kecil yang belum mengerti apa-apa. Kala aku mencium tangan Aunty Winda dan memeluknya, dia sempat berbisik pada aku..
"Mohon doa nya agar aku lebih tabah ya?"
Aku terus memandang wajah Aunty Winda yang diulasi sebuah senyuman yang aku sangat pasti menyembunyikan kesedihan yang menggunung. Aku seikhlasnya menjawap..
"Insha Allah."
Sementelahan kami pulang, kaum keluarga arwah menunggu detik keberangkatan pulang membawa sekujur jasad ke kampung halaman di Indonesia pada petang nanti.
------------------------------------------------------------------------
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari
kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia..
Tidak keterlaluan jika aku memanggil arwah sebagai LAGENDA. Seorang yang begitu rendah diri namun mempunyai ketegasan disebalik sindiran tajam nya. Satu-satunya 'lecturer' yang layak dipanggil 'CIKGU'. Bukan ingin memuji melambung-lambung tetapi ini hakikat yang setiap inci dari peribadi beliau tidak ada satu pun sikap bermegah atas kemenangan yang beliau perolehi melalui 'research' nya.
Dua semester bergelar Head of Department untuk major Mechatronics sedikit pun tidak mengikis sikap sempoi atau 'sense of humor' beliau. Kala meratapi pemergian nya, kami masing-masing mengeluarkan semula kata-kata beliau yang sentiasa kami ingat..
"Yaa Kereta juga MPV.." (arwah melawak dengan slogan yang hampir hilang motip ujar nya)
"Everything is Money, but Money is Not Everything" (kami suka sangat statement ni)
Ini pula jawapan beliau tatkala aku menanya soalan bodoh yang budak 10 tahun bisa menjawap..
"Sir, what is your email?"
"That's so easy. Go to GOOGLE.COM and search for WAHYUDI MARTONO. Then you can find my result is in the first place." (sambil itu beliau tersenyum mengenakan aku)
Juga beliau memperkenalkan blog beliau..
"I click to my blog each and everytime I'm surfing so it can increase the visitor's counter."
Jika dikenang kembali bait-bait dialog ini, sungguh manis walaupun pedas di telinga. Sungguh hanya beliau saja yang mampu bergurau sedemikian dengan mahasiswa dan mahasiswi. Selepas ini kami mungkin hanya mendapat pengganti yang baru, dan kami mengharapkan pengganti beliau akan mampu membimbing kami menghadapi final exam yang akan berlangsung tidak sampai tiga minggu lagi.
Kami tidak mampu mengharapkan pengganti yang sama seperti beliau kerna walau pepatah mengatakan "Patah tumbuh Hilang berganti" namun tidak akan sama seperti yang telah pergi.
Mengenangkan kami akan pergi ke kelas MSD pada hari Selasa ini, yang sepatutnya menanti sosok tubuh seorang yang bernama Prof Wahyudi Martono, namun tidak lagi akan muncul, dan ini sudah cukup membuatkan hati kami luluh kembali. Merenung ke hadapan papan putih menunggu beliau sambil membawa gajet SONY kesayangan nya. Ohh sungguh rindu.
Kami juga mendapat berita bahawa beliau baru saja menerima status "Professor" lebih kurang dua minggu yang lepas. Namun apakan daya, MATI ITU PASTI. Kami redha atas pemergian mu. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mu. Kami mohon juga agar roh mu ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Amin.
Walau jasad mu dimamah bumi, namun kenangan bersama mu tidak akan kami lupa. Sekalung terima kasih kami hadiahkan buat mu CIKGU. Ilmu yang kau curahkan tidak akan sedikit pun kami abaikan. Walau hanya bersama beberapa ketika, namun kau mengajar kami erti hidup seolah-olah sudah seribu tahun kau bersama kami.
Terkilan sedikit kerna tidak berkesempatan meluahkan semua ini ketika hayat mu masih ada. Namun sesalan ini kami akan gantikan dengan usaha setinggi langit untuk bergelar GRADUAN pada tahun ini. Insha Allah.
Wassalam.
Friday, March 5, 2010
Luahan Seorang Pelajar Tentang Gurunya..
Pada mulanya aku berniat nak berlagak dengan projek 1 MSD yang sudah siap. Aku sudah siapkan gambar-gambar menunjukan prototype kitorang yang canggih itu. Tapi setelah mengambil kira dari sudut Lebih-baik-berlagak-aku-pegi-tengok-konsert-Ummatic-Week-selama-3-malam, aku ubah fikiran. Aku siap dah hilang suara menjerit-jerit tatkala melihat persembahan India dengan tarian Hindustan. Hampir aku lupa diri dan naik ke atas pentas ikut sama menari tahu?
Tak cukup semua itu, aku rasa mahu masukkan cerita tentang kawan-kawan aku yang semakin bijak membuat lawak. Mungkin mereka sudah bersedia mahu menyertai Raja Lawak untuk tahun hadapan.
Ahh pendek kata banyak lah cerita aku mahu kongsi dengan kamu semua. AKAN TETAPI (pelis mind my UPPER LETTER), aku tak akan cerita semua tu dalam entri ni. Nanti-nanti aku cerita ya.
Maaflah aku bersikap kejam tak mahu updet pasal aktiviti siti-situ-sana-sini aku minggu ini. Macam canggih bukan guna perkataan 'updet'? Alangkah bagus kalau 'updet' boleh dijadikan perkataan rasmi dalam bahasa melayu seperti perkataan 'bajet' yang Tun Mahathir kita telah ilhamkan. Okayh cut the crap.
Aku cuma mahu bercerita tentang ini.....(sila baca poster di bawah)

Kami cuma mampu menjawap..
"Insha Allah.."
Mungkin raut wajah Aunty Winda nampak tenang. Tetapi di dalam hati cuma dia sahaja yang tahu. Seperti kata-kata Karam Sing Walia..
"Terbakar rumah nampak asapnya..terbakar hati siapa yang tahu?"
Siapa sangka bukan. Baru minggu lepas ketemu beliau dalam keadaan sihat. Hari ini cuma dapat melihat beliau di ICU. Walaupun tidak lah serapat mana dengan beliau, namun beliau seorang guru yang lebih tepat aku gambarkan sebagai idola. Berdamping dengan beliau dalam kelas System Dynamics, Control Systems dan Mechatronics Systems Design sudah cukup banyak pengalaman hidup yang kami kutip dari beliau.
Allah itu Maha Besar. Kita tak pernah tahu apa yang DIA tetapkan dalam suratan takdir kita. Hari ini kita sihat, entah esok lusa kita sakit pula. Wahh sungguh sastera aku malam ini. Mungkin aku perlu menukar bidang engineering kepada bidang penulisan pula. Namun sebagai pelajar beliau, kami akan terus mendoakan agar beliau sembuh.
Alhamdulillah, malam tadi selepas solat Maghrib, pelajar Mechatronics (third year) melakukan solat hajat. Manakala, selepas solat Isyak pelajar Mechatronics Final Year pula melakukan solat hajat.
Wassalam.
Monday, March 1, 2010
smartTAG or smartTUNNEL.
1. Adakah anda rasa anda HOT?
- Kedongggg ku HOT. Suma miak clas kenal ku bah. (sebab aku suka makey baju kurung ngan crocs turquoise ku walaupun warna sik match. lalek ku!)
2. Upload wallpaper pc/laptop yang anda guna sekarang.

- Gamba tok candid time besday kamal si rumies ku ya. Boh tanyak kenak ku makey gamba tok.
4. Kali terakhir anda makan pizza?
- Last year sik salah ku. Makan Dominos rah Giant.
5. Lagu terakhir anda dengar?
- Mr. Curiosity - Jason Mraz.
6. Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
- menaip menggunakan jari jemari kaki ku sambil minum aek teh o ais limau. VOLEHH?
7. Selain nama sendiri, anda dipanggil dengan nama apa?
- Betty Suarez. Eh ehh bulak ku jak bah. Ku salu ditunggah ngan nama HANNA. Pi ekceli ku sik suka sidak nunggah nama ya. Inesen ilak bunyi nya. Ehekk.
8. Tag lagi 8 orang
- Pak Dukun Lintah (hahah validkah tag balit?? mek sik duli sak kitak angol)
- Sheeda (weh pemalas jgn asek tulis entri letak link kat aku jek)
- Mr. Audio
- Dedeq a.k.a Khadijah
- Fixa HOT
- Ixaty Wopsi
- Hajib
- Amirfx
9. Siapakah orang No.1. kepada anda?
- orang yg bertanggungjawab nyuroh ku nyawap tag tok lah.
10. Katakan sesuatu kepada orang No.5
- Fixa..kau memang HOT!dan kau juga memang teman gossip yang terbaek di pasaran.
11. No.3 ada hubungan dengan siapa?
- Ngan Mrs. Audio. Ehekk.
12. Bagaimana pula dengan No.4?
- Nya tok geng sekolah aku. Mun nya nak ngumpat ya keluar lah bahasa cina nya koh. Malassku.
13. Pesanan kepada orang No. 6
- Wehh udah2 ler nangis. Mari berjimba-jimba. Hahahaha.
14. Kata-kata cinta untuk orang No. 2
- "Dikala kau bergaduh sila jangan sepak dinding itu. Dinding tak pecah, kakimu yang sakit."
15. Adakah No.7 dan No.8 ada persamaan?
- Duak-duak dah akil baligh.
16. Berikan 5 yang anda tau tentang orang yang mengetag anda
- Orang madah nama nya Jaki (aku sik tauk mena kah sik)
- Nya tuk abang kepada kawan ku (tok mena lah aku sik bulak)
- Nya seorang lelaki (aku yakin seratus persennnnnn donk!)
- Terer molah origami
- Suka nginang binatang terlarang (pi kurak2 ktk nang kiut!)
17. Persamaan antara kambing dan lembu
- Duak-duak sik kenal ngan aku.
18. Perasaan anda buat Tag ini?
- MALASSSSSS. Nak nekan button 'PUBLISH' pun paksa makey gigi.
19. Gay or Les?
- Aku ingga nangga Les.


