Tuesday, May 31, 2011

300 jumping jacks? A DAY? Think #BeyondBeauty regimen is definitely more appealing at this point. #MilkADeal

300 jumping jacks? A DAY? Think #BeyondBeauty regimen is definitely more appealing at this point. #MilkADeal


Hah dah makan macam2, buncit siti situ sana sini. Apa kata instead of rm630, anda cuma perlu membeli pakej ini hanya pada rm68.

Gila bukan? Tak payah kau ambil pisau kerat segala lemak2 di badan kamu. Kejam tahu!

Clicks saja link di atas dan dapatkan deal yang terbaek!




Wassalam.

Saturday, May 28, 2011

Ngansa.

Ngansa. Ini bahasa sarawak. Tak payah lah kau gugel nak tau apa maksud nya. Bukan kod rahsia pun nak menang contest.

Okai aku dah hilang motip. Mata tak boleh lelap. Delete message dalam Facebook, terjumpa chat message dengan arwah azlan. Gila emosi aku baca.

Sila bayangkan sekarang, sekarang aku bilang, jangan tunggu besok, cerita dah basi nanti. Bayangkan kawan yang kau kenal dari darjah satu, satu sekolah sampai tingkatan 4. (Tingkatan 5 arwah pindah sekolah). 

Sejak awal bulan puasa tahun lepas arwah banyak chatting dengan aku. Sedari pagi hingga tengahari. Setiap hari arwah meminta maaf. Hmm. Aku pun tak tahu nak cakap macam mana. Hari-hari lah arwah mintak maaf. 

Arwah pergi seminggu sebelum Raya Aidilfitri. Mengejut. Ya aku pun terkejut. Aku siap marah kawan aku, aku bilang soal maut jangan main2. Ye lah, baru sehari sebelum tu aku berbalas chat ucap selamat berbuka.

Bila arwah dah tiada, aku dapat simpulkan logik arwah meminta maaf setiap hari. Paling terkesan semua sahabat apabila arwah cuba mengumpulkan sahabat-sahabat terdekat. Rancangan arwah mahu adakan reunion. 

Sedih. Ya sudah tentu. Seorang sahabat dengan sendu mengungkap rancangan untuk reunion sebenarnya mengumpulkan kami ke majlis pengebumian arwah. 

Hmm, cukuplah. Kami redha. Sedekahkan saja Yassin untuk arwah. Tapi aku tetap simpan message arwah. 



********************

Arghh tak ngantuk jugak. Seperti mahu jogging malam-malam buta. (Terus pose2 ziana zain slimming beauty).

Tetiba teringat masa kat rumah, jogging seawal subuh dan petang-petang. Paling tak boleh blah, tiap kali lepas jogging pagi, singgah kedai beli kuih cakoi. Lepas jogging petang pula singgah stall uncle aku beli cucur pisang. *pitam*

Jadah apa, memang nak tambah lemak lah tuh. 

Dah marathon tonton Nutty Professor, layan ulangan Melodi, layan Tasbih Cinta, ni drama Na O Mei pulak.

Mata asyik tak boleh tidur.

Hmm. Mari membaringkan diri. Dah baring tak boleh taip-taip dah. Aku nak baring pastu cuba tidur. 

Sambil tu teringatkan keletah anak-anak buah aku yang lidah dah cakap Melayu Sarawak, tapi ada hati nak cakap Melayu Brunei macam kitorang aunty2 nya.


"Anik bah aniekkkk.."

"Jangan bah jangannnn.."

"Sapa aniekkk?"


Okai kennot go!! Geli gelemannnn. 







"Ya Allah. Permudahkan lah jalan hidupku. Amin."





Wassalam.


Thursday, May 26, 2011

Geram Pula Rasanya.

Kau geram tak bila kau menjerit-jerit sebab nampak seorang budak (lingkungan 3 tahun) menuju ke sungai sedangkan famili budak tu dok sedap makan ikan bakar, dan hanya gelak-gelak tengok budak tu berlari-larian.

Ehh tu bukan anak dorang ke aku yang terlebih-lebih hormon keibubapaan? Lagi sekali budak tu nak lari, ada lah dalam 4 ke 5 meter saja lagi dengan tebingan sungai. Aku siap cuak jerit-jerit nak ambik perhatian famili dia.

Tetap uols, famili dia pose2 jalan-jalan cari makan. Ratah semua ikan bakar tapi dok asyik panggil budak tu datang. Haram jadah la budak tu nak patah balik. Aku tengok budak tu tukar gear tingkatkan kelajuan.

Apa lagi, abang budak tu (yang aku rasa dalam 20-an kut), berlari-lari sambil membetulkan fesyen seluar londeh nya (hip hop ke kau?). Gila cemas sebab semua orang kat kedai tu dah nak menjerit, last-last nasib baik abang dia sempat tarik kolar baju, kalau tak wallahualam. Aku nampak budak tu memang dah sampai tebing, dah nak jatuh sungai dah.

Kau tahu apa reaksi famili budak tu, paling klasik adalah aksi mak budak tu. Dia boleh cubit anak dia beriya-iya sampai budak tu nangis. Mungkin mak dia kaver line kot, malu beb semua orang pandang sinis. Lagi-lagi mak dia pandang muka aku, terus aku pose-pose geleng kepala pastu buat muka "gila mung ni".

Lagi satu masa aku tengah buat pembayaran kat kaunter, time tu ala-ala ilmiah lah beli novel bagai, beli pulak buku "Jangan bersedih lagi" (walhal aku tolong kawan aku bayar saja).

Dari mula aku beratur sampai aku tunggu baki duit, ada seorang budak perempuan asyik menyondol bontot aku. Aku toleh belakang dia dengan bapak dia.

Aku dengar bapak dia asyik larang, tapi mata meliar pandang tempat lain. Paling aku benci tiada pula bunyi ketegasan melarang anaknya berbuat perangai. Ada lah 3 / 4 kali aku toleh sebab makin lama makin galak pulak budak perempuan tu sondol bontot aku.

Last-last aku toleh, buat muka "WADEFAKKK??" kat bapak dan anak nya. Terus bapak dia tarik budak tu. Ehh pakcik, oh no cik abang, kau ingat comel ke anak ko buat camtu kat aku? Ke ko seronok layan bontot perempuan kena sondol??

Urghhhh WADEFAKKKKKKK!!!!!! Rasa nak pukul laju-laju je buku tu kat bapak budak tu.

Aku tak benci budak-budak. Aku benci mak bapak budak-budak yang tak reti tegur anak. Kalau aku zaman kecik dulu buat bising sikit kat tempat orang, nanti kat rumah kena piat-piat ngan mak aku. Arghh stress!





"Ya Allah. Permudahkan lah jalan hidupku. Amin."





Wassalam.

Monday, May 23, 2011

Dua-Puluh-Enam-Tahun Bukan Esah-Dua-Puluh-Sen.

Aishah lima puluh sen limah puluh sen. Aku minat drama ni bukan sebab primadona kita nampak real macam orang gila. Tapi aku tabik gila beliau menjiwai watak Aishah lima puluh sen tersebut.

Cut cut!!


Jap aku nak pasang doa,


"Ya Allah, alhamdulillah aku bersyukur atas segala limpah kurnia-Mu, aku berjaya mencapai usia 26 tahun. Ku panjatkan kesyukuran tidak terhingga ke atas-Mu kerana diberikan kesihatan, rezeki serta kebahagiaan yang aku kecapi sedari detik aku dilahirkan tanggal 22 Mei 1985. Berikan lah aku kekuatan menghadapi ujian-Mu, lindungi diri ku dari noda-noda dunia, murahkan lah rezeki ku, serta permudahkan lah segala urusan hidupku. Kau tempat ku meminta, kerna KAU yang Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani. Amin."


Aku nak berterima kasih kepada ibu bapa aku, ibu yang sakit melahirkan aku, bapa yang membanting tulang mencari rezeki. Kepada kakak-kakak serta adik bongsu ku, mereka yang sentiasa mendampingi ku ketika susah dan payah. Guru-guru dari tadika perpaduan, SK Dato' Sharif Hamid, SMK Telang Usan, Matriculation Centre of IIUM, & pensyarah-pensyarah IIUM. Sahabat-sahabat yang mengenali aku, tak kira lah kau hensem ke huduh ke, perempuan ke lelaki ke pondan ke tomboy ke, aku tiada diskriminasi dalam berkawan.


Apa-apa pun terima kasih kepada mereka yang memberi ucapan (maaf umpatan tidak diterima semasa hari lahir), tak kurang yang mendoakan aku semalam. 


Doa dan ucapan kalian seumpama BOTOX yang sentiasa membuatkan diriku sentiasa remaja. Gitew feeling2 remaja walhal muka kertu. 


Trimas jugak kat Shahidah Mardhiyah sebab temankan aku jalan-jalan semalam. Kau selamatkan aku dari gelaran LOSER sebab sorang2 masa hari jadi. Erm semalam aku beli novel. Novel melayu, tetiba ubah angin nak baca balik novel melayu uols. Lidah dah pelat cakap omputih nak betulkan balik jadi lidah melayu. KATANYAAA.


Untuk jalan selamat aku pilih novel Ahadiat Akashah, Untuk Tiga Hari. Bukan kerana usia dah dewasa aku pilih novel beliau (aku yakin aku masih remaja), cuma aku mahu bermula dengan penulis terbaik untuk buka minat baca buku balik. Tak mahu la jadi rakyat Malaysia yang malas membaca kan? 


Plastik dah buka semalam, tapi buku sehelai pun tak selak lagi. Okai aku nak mula membaca. Ok lah uols. Tata titi tutu. I love uols.





Wassalam.



Monday, May 9, 2011

Eh Ehh Dah Tahun 2011 ek?

Gila lama aku tak jenguk blog ni. Hari tu plan nak updet pun tak sempat jugak. Hujung bulan lepas sibuk ke Mukah. Bukan nak berpesta kaul ye kawan2, nak ambik adik bongsu bertuah yang final semester kat Politeknik.

Biasalah Pak Ajak, apa-apa plan pun haruslah last minute. Baru lah dikatakan Amazing race. Kelam kelibut packing barang. Tak tahu nak stay di Miri atau Bintulu sebab hotel di Mukah dah takda.

Ada jugak aku cadangkan agar kami berkhemah saja di pantai tepi Kingwood Resort. Namun aku heran kenapa ayah aku membalas dengan jelingan tajam?

Sehari sebelum berangkat ke Miri, aku dan mak aku sibuk menyediakan bekalan untuk dibawa esok pagi. Aku yang berlagak bijak ilmu hisab mengira, perjalanan dari Lawas ke Miri = 4 jam, kalau terus ke Bintulu 2 jam. 

Perut aku bukan boleh tahan kalau seawal pagi sudah memulakan perjalanan. Gastrik katanya, parkinson kedua-dua belah tangan.

Jadi akupun masak ayam masak merah, sambal ikan bilis, telur rebus, dan nasi putih. Gila macam nak pergi berkhemah kan? Macam dah tak ada kedai makan yang kitorang jumpa nanti.

Aku bilang sama mak aku. Kalau dah bawa bekal macam ni, baik kita angkut rumah sekali. Tak payah bimbang2 air tak cukup lah, takut ayam basi lah. Ohh ya, kalau boleh nak bawak juga kucing, dapat makan tulang ayam nanti. 

Masa kat Mukah, aku berlari2 anak mencari tanah nak palit ke dahi. Wajip! Pertama kali kan datang ke Mukah uols.

Acara wajip membeli sagu,dan biskut2 comel rasa sedap gila! Ayah aku pandang tanda protes. Beliau memang pantang menunggu orang beli barang, bimbang juga anak2 nya meminta duit membeli itu ini, itu sudah pasti.

Hmm banyak aku nak updet ni. Tetiba sakit kepala. Nanti2 aku sambung lagi okai.




"Ya Allah. Permudahkan lah jalan hidup ku. Amin. "






Wassalam.