Thursday, September 30, 2010

Kenapa Aku Berfikiran Lucah Sekarang?

Baru baca tajuk entri si Sheeda pasal hujan aku tiba-tiba berfikiran lucah. Hairan. Sepatutnya aku berfikiran begini, "Ehh baju kat ampaian tu dah 3 hari, takkan tunggu reput berhujan berpanas baru nak angkat?".

Dalam entri itu pun beliau sebut pasal keengganan beliau menghubungi aku yang baru selamat selepas temuduga atas alasan mahu jimat duit untuk kahwin. Orang lain boleh la kau tipu. Ini aku Seri. Kau tu ketiak busuk pun aku tahu. Okay aku hilang motif.

Tak sebenarnya aku sakit hati sebab beliau call aku 12.30 tengah malam semata-mata mahu menunjuk-nunjuk assignment beliau sudah siap. Dan sekarang aku tak boleh tidur. Demm.

Tiba-tiba, beliau tanpa rasa bersalah ajak aku YM.



"Hey si gadis. Tak tido lagi ke?"

"KAU PUNYA PASAL LAH AKU TAK BOLEH TIDO GILA."


Lihat. Nama timangan baru beliau GILA.


"Ahh kau pun bersalah sebab suruh aku minum kat kopi kat Old Town. Ehh macam mana nak betulkan jam dalam blog aku ni. Masa dia asyik salah je."

"EHH DAH KO DUDUK KUTUB UTARA MEMANG LA MASA DIA TAK IKUT JAM MALAYSIA!"


Hati aku keji. Ya aku pun teruskan kutuk beliau habis-habisan dalam Faceboob ehh Facebook. Lihat aku berfikiran lucah lagi. Aku belajar perkataan baru juga. Bangga!

Shida cakap BANJI ialah BUNGEE. Jadi aku dengan senang hati mengeji beliau.


"Aku anti orang memelayukan bahasa asing. Nyaris aku ingat ko cakap BAJINGAN tadi."


Ok lah. Mahu cuba tutup mata. Patut tutup facebook dulu baru boleh lena. Selamat selamat semua. Tata.


Wassalam.


Wednesday, September 29, 2010

Gurauan Membawa Maut.

Tengah syok layan series Bones. Tiba tiba junior sebilik dengan aku menjerit. walaupun berasingan compartment tapi serius aku terkejut. Hampir tersembur milo yang aku ratah.

Ya yaa aku suka ratah milo. Jadi? Milo adalah jajan paling enak menggantikan popcorn. Hmm itu cuma andaian aku saja. Okay sambung sambung. Beliau menjerit,


ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!


Aku terus bingkas ke bilik beliau. Beliau melompat ketakutan atas katil sambil jari nya menunjuk ke atas sesuatu sambil menjerit,


Kak Seriii, lipannnn!!! Tolonggggg.


Mata aku terus saja lihat haiwan yang buat dajal kat junior aku itu. Dan ini yang aku lihat,




Hmm LIPAN?? Dengan penuh tabah dan bersifat keibuan aku menerangkan,


FIZA, NI BUKAN LIPAN. NI NAMANYA ULAT GONGGOK. KENAPA KAMU PANGGIL LIPAN?


Ringan saja beliau menjawap,


Bukan lipan ke kaki banyak banyak?


Agak agak fakta tadi boleh guna dalam Animal Planet tak? Sekian.




"YA ALLAH. PERMUDAHKANLAH JALAN HIDUP KU. AMIN."


Wassalam.


Tuesday, September 28, 2010

Kurangkan Mandi Rahsia Awet Muda.

Cuba bayangkan kamu semua berada dalam situasi aku. Air kat UIA memang sejuk macam air sejuk yang baru keluar dari peti ais. Kalau dah hujan dari malam semalam tanpa henti, maka air mesti lah berkali-kali ganda lebih sejuk bukan?

Jadi logik dan masuk akal bila aku bilang kat Shida aku malas mahu mandi hari ni. Okay aku tipu. Aku dah mandi. Tak aku tipu jugak. Aku baru mandi petang tadi. Okay aku tak nak bincangkan hal malas mandi. 

Fakta ringkas aku mahu kongsikan, lebih sedikit frekuensi kita mandi jadi kurang juga risiko kita terdedah kepada bahan kimia. Agak-agak kalau aku jawap macam ni kat mak aku, sah2 periuk kuali akan berterbangan di angkasa dalam masa 5 saat. 

Maaf jangan ikut perangai malas aku. Aku janji hari ni saja aku malas sebab sejuk. Mengigigigigil uols!

Tadi Shida ajak aku makan kat kawasan Batu Caves. Maksud aku, makan kat kedai makan. Bukan makan kat tepi tangga naik ke gua Batu Caves. Sila faham konsep.

Aku order Tomyam SEAFOOD. Selang beberapa minit kemudian datang kakak hantar makanan. Aku baru berkira-kira mahu makan dengan rakus. Tapi..hmm.

Hmm. Macam mana aku mahu cakap eh. Keliru. Okay, aku kacau-kacau Tomyam SEAFOOD aku. 

Ada udang. Memanglah, nama pun Tomyam SEAFOOD. Kacau lagi.

Aku jumpa sotong. Tomyam SEAFOOD, memanglah ada sotong. Kacau lagi.

Aku jumpa DAGING LEMBU. Ada 3 kerat daging lembu.

Jadi, kesimpulan yang aku dapat buat. Lembu adalah spesis haiwan hidup dalam laut. Sekian.




"YA ALLAH. PERMUDAHKANLAH JALAN HIDUPKU. AMIN."



Wassalam.


Sunday, September 26, 2010

Bila Si Pen-Tipu Men-Tipu Mangsa.

Apabila membaca karangan pendek Arnas si Sabah Boy, aku kagum sebentar. Lantas ringan saja mulut aku berkata,


"KAU MEMANG GENIUS ARNAS. GILA AYAT KAU MEMANG HEBAT!"

"Haha aku tau aku memang hebat. Ehh kejap, tadi aku mo berak tapi tiba-tiba tahik aku tersangkut masuk balik."

"BODOH KAU."


Nampak tidak dalam tiga saat saja si genius boleh bertukar bodoh.

Aku geli bila bercakap pasal tahi. Lebih2 lagi bila kamu mahu cerita kenapa tahi boleh dilengahkan proses pengeluaran nya. Menjengkelkan tahu!

Disebabkan Arnas sudah buat aku rasa mahu muntah. Maka hati keji aku berikrar dan bersumpah akan menjadi rakyat Malaysia yang.....hmm okay aku silap cakap.

Aku bersumpah akan kenakan beliau balik. Beliau pula bagi kesempatan seluas luasnya untuk aku berbuat jahat. 

Hari Sabtu aku ambilkan jubah konvo untuk beliau. Seperti biasa kan jubah konvo mesti lah semua saiz besar. Jadi,



"WEH, JUBAH KAU AKU AMBIK SIZE XL. TU JA YANG TINGGAL. SORI WEH."

"Ko main-main kan?"

"TAK. AKU SERIUS."

"Cakap betol-betol ba."

"BETOL BETOL."



Selepas itu beliau senyap. Aku agak beliau mesti tengah pecah kepala fikir betapa membazir beli 'suit' mahal2 tapi tak nampak sebab jubah size XL bukan calang-calang besar. Saiz XL tu boleh culik anak gajah dua ekor sembunyikan dalam lengan jubah pun orang tak tahu.

Jadi maghrib tadi beliau menelefon aku. Beliau tiada kredit jadi beliau culik telefon mak beliau kerana betul-betul terdesak.

Beliau menyatakan kebimbangan beliau akan jatuh tersungkur atas pentas dengan menyeret jubah. Paling tidak pun betapa beliau akan tidak kacak apabila diambil gambar ahad nanti dengan baju besar.

Aku sebenar nya mahu memberikan kejutan hari selasa nanti. Namun disebabkan aku berhati mulia maka aku,



"HAHAHAHHAHAHAHAHA."

"Kenapa kau ni? Keji. Mesti kau kenakan aku kan? Kau tipu kan? Kes kes kes!"

"HAHAHAHAHAHHAHA." (serius aku tak boleh berhenti mengilai).

"Budus. Kau memang kan nak kena kan aku? Aku dah risau kalau2 aku jatuh atas pentas."

"HIHIHIHIHIHI. YES AKU BERJAYA!"



Lihat. Ini dinamakan buat jahat jangan sekali! 




"YA ALLAH. PERMUDAHKAN LAH JALAN HIDUP KU. AMIN."




Wassalam.







Wednesday, September 22, 2010

Kau Pernah Dengar Warga Tua Mencarut?

Okay mood tak elok ini hari. Baru sampai ke UIA. Aku malas mahu updet banyak2 jadi aku letak gambar sahaja.

Sebelum tu aku nak cerita pasal datuk aku. Beliau berusia 81 tahun. Perkerjaan mekanik dan masih lagi mekanik sehingga sekarang. Masa bulan puasa yang lepas ada pelanggan beliau yang hantar mesin generator. Hantar bukan main nak cepat siap, bila dah siap hampeh sampai ke sudah tak ambil2 lagi.

Datuk aku sampai tahap mencarut. Mencarut? Yaa mencarut. Ini kali pertama aku dengar warga tua mencarut.


"Paloii orang atu. Mengantar kan lakas kamas. Dan baik inda tia kan mengambil. BINATANG!"


Aku terjemah untuk kamu semua.


"Bodoh punya orang. Hantar nak cepat siap baiki. Dah elok tak nak pulak ambik. BINATANG!"


Hmm BINATANG tidak lah seteruk makian anak2 muda sekarang bukan? Tapi terkedu jugak aku dan adik aku mendengar beliau mencarut. 

Okay sekarang layan gambar raya.





Ini datuk aku. hek hek. 




Adik bongsu yang luar nampak ayu tapi dalam hati ada gangster.


Ini aku. Maaf sila lihat gambar yang lebih bersopan.




Yes ini aku dalam mode perempuan melayu terakhir. hakhak.




Pose gedik. (Ehh sepupu aku siap nyelit nak join).




Pink mama PINK!!!




Kakak aku memang suka pose gedik angkat kaki kuda.

Gaya bebas ketika menunggu tetamu.



New haircut. Demm aku tak suka rambut pendek! (menyesal dalam hati).


Cukuplah layan gambar raya. Nanti aku bertambah homesick




"Ya Allah. Permudahkan lah jalan hidup ku. Amin."



Wassalam.


Saturday, September 11, 2010

Selamat Hari Raya. (Tajuk Tipikal).

Okay aku tukar lah. SALAM LEBARAN. Tak mahu lah letak 'Selamat Hari Raya', nanti orang bilang aku copycat (err tiru kucing ke?). Bukan apa, aku tak mahu lah tajuk sama macam Pak Dukun Lintah

Walaupun tajuk lain-lain, tapi niat tetap sama. Aku dengan ini (walaupun lambat sehari), mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Mohon maaf zahir & batin atas segala kekhilafan dan kejahilan serta kerakusan aku mengutuk mahupun mengeji sesiapa jua.


Kepada yang pulang berhari raya, memandulah dengan berhati-hati. Ingat lah orang yang tersayang. Bukan apa, aku juga baru kehilangan sahabat paling dekat seminggu sebelum raya. Sehari sebelum raya juga seorang teman di pejabat ayah aku meninggal dunia. Moga roh mereka dicucuri rahmat. Amin.


Kek raya berapa belas biji uols? Baju raya berapa dozen? Handbag? Kasut Raya? Jangan membazir adik kakak. Kalau kau tersungkur lepas raya, jangan kau gadai barang2 raya pula. Ingat membazir itu amalan syaitooonnirajim!

Tahun ini aku buat kek sisik ikan. Yang lain aku serahkan tender kepada adik aku. Biar beliau buat semua. Aku tidak mahu bersikap tamak. Orang tua bilang, orang tamak selalu rugi. Biskut tahun ini ada 5 jenis. Semua aku buat. Yaa semua aku buat kat JJ Wangsa Maju itu hari. Duit kakak aku bagi.

Baju raya dua saja. Satu baru siap sehari sebelum raya. Satu lagi raya ke-5 baru siap. Sadis tahu? Kasut raya tak beli sebab aku mahu beralih angin beraya dengan berkaki ayam. Cadangnya mahu meniru gaya Elyanna. Macam cool bukan? Takk, macam keji.

Hari tu masa buat kek aku ada tangkap gambar. Kira2 mahu letak dalam ini entri tapi nanti orang bilang aku riak. Jadi aku batalkan hasrat aku. Hmm tak. Sebenarnya aku segan nak letak sebab muka aku buruk penuh jerawat. Tak, sebab sebenarnya aku segan sebab pakai baju comot2. Tak, sebenarnya aku tak mahu orang curi resepi aku. Ehh takkk. Aku tiada idea sebenarnya mengapa aku tak nak letak.TAKK. Sebenarnya aku malas mahu ambil kabel henpon atas almari berjarak 3 meter dari katil aku ini. Okay kamu semua jangan stress nanti tumbuh jerawat batu!

Aku sebenarnya sudah bercadang mahu tidur. Tapi perut terlampau kenyang sampai memaksa aku ON laptop dan buat entri baru. (Motif?). Penat sampai aku tertidur berdengkur kat sofa. Bukan penat ramai tetamu, tapi penat tunggu tapi tak ada orang yang datang sebab musim hujan, ramai yang malas mahu keluar. 

Besok mahu ke Kota Kinabalu, mahu menjemput kakak ku dari Johor Bahru. Keji tahu! Pulang lambat mahu eskep menolong di rumah. Demm! Aku masih boleh kumpul dosa mengeji beliau sebab belum memulakan sesi meminta maaf lagi. Hak hak.

Okay lah. Mahu layan FB. Terganggu sebentar sebab terdengar adik aku bergayut. Rasa mahu pijak2 kaki beliau sekarang sebab berbisik-bisik itu lebih menjengkelkan dari menjerit2 (seperti aku selalu buat).



"Ya Allah. Permudahkan lah jalan hidup ku. Amin."



Wassalam.

Sunday, September 5, 2010

Siapa Mahu Jadi Abang Aku?

Pelik tahu apabila bangun pagi baca surat khabar dan nampak tajuk utama tentang kemalangan kawan baik sendiri. Tergamam sekejap. Baca sampai habis.




Courtesy of The Borneo Post.





Keadaan kereta arwah (wira hitam).



Sedih bila mengenangkan kenangan bersama arwah. Moga roh nya ditempatkan di kalangan orang2 yang soleh. Amin.


Bercakap pasal persiapan raya. Serius aku mahu mencari seorang abang! Maklumlah ketiadaan adik beradik lelaki menyebabkan aku sendiri terpaksa membantu mengecat rumah. 

Habislah kuku ku yang cantik. Jari jemari yang halus sudah berubah kasar. Ahh senyap kau Seri! Kerja sedikit sudah mahu berkira. (Tapi serius kalau ada sesiapa mahu jadi abang aku, boleh tolong cat rumah. Jangan bimbang, aku akan jadi adik yang baik dan menyediakan makanan yang sedap2 untuk kamu!).

Okay berhenti berangan. Mak aku sudah bising. Kueh Makmur dalam oven sudah hangus aku tinggalkan. Besok2 aku sambung lagi.



"Ya Allah. Permudahkan lah jalan hidupku. Amin."



Wassalam.

Friday, September 3, 2010

BELASUNGKAWA (Entri Khas Arwah Azlan).

Assalamualaikum W.B.T


"Tanggal 24 Ramadhan 1431H bersamaan 3 September 2010M, telah pergi seorang insan bernama Azlan Bin Ismail. Seorang sahabat paling dekat, rakan sedari darjah satu, juga seorang sahabat seperjuangan yang banyak berkongsi suka duka."


Arwah telah terlibat dalam kemalangan dalam perjalanan dari Kuching menuju ke Miri. Dalam keseronokan menghitung hari untuk berjumpa keluarga tersayang akhirnya membuktikan kuasa Allah mengatasi segala-galanya.

MATI ITU PASTI! Ajal di tangan Allah s.w.t. Seperti baru semalam aku berbual dalam Facebook bersama arwah. Yaa baru 2 hari lepas. Masih terngiang ngiang segala nasihat arwah kepada aku.

Ya Allah! Aku begitu terasa. Bukan tidak redha. Cuma masih terkejut. Terbayang lagi status beliau tentang ajal. Masih kekal dalam kotak ingatan segala pesanan arwah,


"Seri, aku maok kau polah keputusan yang bait untuk hidup ko. Aku sik mok kawan-kawan ku susah. Aku sayang tokrang semua. Aku maok tokrang suma tauk aku sayang tokrang."

"Satu gik. Jangan tinggal semayang. Aku kinek tok dah berubah juak. Kau pun tauk aku macam ne dolok kan."


Bayangkan, nasihat di atas diulang-ulang setiap kali berbual selama 2 minggu kebelakangan ini. Berulang kali tanpa arwah lupa sekali pun! Semenjak minggu lepas juga arwah mengajak aku mengimbas kembali aktiviti keji kami sejak sekolah rendah.

Bermula dengan bermain di court basketball. Aktiviti selepas kelas tambahan UPSR. Sehinggalah cerita arwah berpindah ke sekolah jiran. Tidak lupa saat2 manis kami bergelar pengawas yang sering diselar oleh cikgu atasan.

Huhh aku rindu. Serius aku rindu. Arwah yang baru2 ini sangat berubah. Aku berani katakan arwah banyak berubah. Penuh nasihat. Aku kagum di saat akhir hayat arwah sempat bertaubat. Aku bagaimana? Insaf aku memikirkan nya. Hidup ini singkat!

Aku mewakili seluruh warga SK Dato' Sharif Hamid, SMK Telang Usan, penduduk kampung Narum dan seluruh warga Marudi ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Azlan Bin Ismail. 

Kami kirimkan sekalung doa agar keluarga arwah tabah dengan ketentuan Nya. Moga roh nya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. AL-FATIHAH.

Sekian entri berkabung.



"Ya Allah. Permudahkan lah jalan hidupku. Amin."


Wassalam.

Wednesday, September 1, 2010

The Biggest Loser.

Walla!!!

Naik penimbang. Okay sudah turun 5 kilogram. Semangat kembali mahu diet.

Berbuka bersama keluarga satu kenikmatan apabila jarang2 pulang ke rumah. Pergi ke bazaar ramadhan pun beli kuih banyak banyak. Lagaknya seperti mahu menjemput satu taman berbuka.

Tapi sekarang aku mahu berlagak pasal juadah aku sejak aku pulang ke rumah Ahad lepas. Boleh dikira juadah berbuka adalah benda yang sama. Kecuali lauk nasi sahaja yang bertukar2 setiap hari.

Kuih wajib adalah Kuih Kusui. Aku cukup suka ini kuih. Beli seringgit 3 biji. Tak boleh beli banyak. Bimbang aku jadi tong sampah bergerak menghabiskan semua kuih yang ada.





Kuih Kusui. Nyems.



Air wajib pula adalah air cendol. Pergh. Sedap sampai rasa tak cukup mulut, mahu sedut ikut hidung pula. Okay aku tipu. Aku belum bertukar jadi tapir lagi sedut makanan ikut celah hidung.

Yang istimewa tentang cendol aku selalu beli ini adalah santan nya dimasak. Cendol ini dijual juga dalam keadaan panas panas. 



Cendol Kampung. Nyems kuasa dua.



Wohh makan seperti esok dah takda jual lagi kat bazaar. Sedap uols. Iyalah kalau dah makan kat rumah, semua makanan jadi sedap. Air sejuk kosong pun sedap.

Anda bagaimana? Adakah juadah anda lebih hebat / masyuk dari aku? Ohh ya sila berlagak pasal juadah anda dalam entri. Nanti aku mahu baca. 

Sekarang tunggu bapak aku beli kulit popia. Mahu mula menggulung popia untuk raya. Haa RAYA?? Tak lama lagi raya. Kena beli mercun bunga. Hmm.



"Psstt psst Bapak, mok beli mercun!"



Sekian entri kenyang perut bulat.



"Ya Allah. Permudahkan lah jalan hidupku. Amin."



Wassalam.