Monday, August 30, 2010

Mari Berbuka Sebagai Warga Sarawak.

Test test. Ehem2. Diumumkan waktu berbuka puasa bagi zon Lawas adalah pada pukul 6.30 petang.

Diulangi. 6.30 petang!!!

Entri balas dendam kepada Arnas si Sabah Boy. Semalam beliau hantar sms kepada aku.


"Berlagak lah kau sekarang berbuka lebih awal dari aku?"

"YA WALAUPUN AKU AWAL DUA TIGA MINIT TAPI AKU TETAP BANGGA. JADI SEKARANG SILA BERHENTI BERLAGAK DENGAN AKU SEBAB KAU DAH KALAH!" aku membalas sms beliau sambil menghirup air cendol.


Ehh ehh terlupa. Pernah dengar peribahasa "buat baik berpada pada, buat jahat jangan sekali"? Jadi aku tidak mahu lah buat jahat sekali itu sahaja. Lebih afdhal banyak2 kali bukan? Jadi aku terus sahaja menghantar sms kepada kakak aku di Kuching dan di Johor Bahru.


"Hari pertama bersungkey sebagai warga Sarawak. Yang lain sila telan air liur okay?. MUAHAHAHA." aku sertakan MUAHAHA sebagai tanda puas hati dua-ibu-jari-ke-atas.


Seminit kemudian kakak aku di Kuching menelefon aku. Ahh nombor celcom ku gagal dihubungi kerana aku guna untuk berokband broadband. Beliau telefon pula DiGi. Dapat! Sebab itu hari aku letak orang kuning dalam bagasi. Mana2 aku pergi semua tempat dapat liputan.

Beliau rupanya tidak percaya aku sudah kembali ke rumah. Perkataan pertama yang beliau sebut sudah mengurangkan pahala puasa. Aku senyum tanda puas hati kerana beliau rugi pahala ini hari.


"Cilanet. Inda padah2 kau mulih ah. Patut tah nyuruh call ah nombor bapak."


Translasi:

"Cilanat. Tak bagitahu kau sudah balik. Patut la suruh call kat nombor ayah."


Aku cuma gelak-gelak sambil cakap,


"Aku baru sampai. Mata panda pun masih ada. Malam tadik tidur kat airport."


Kemudian enak enak aku mahu bergosip dengan kakak aku, tiba tiba anak beliau menjerit,


"Mama sik maok beli bontot manok, ngangahhhh!"

Translasi:

"Mama tak nak belikan bontot ayam, angah."


Kakak aku dengan kuasa veto sebagai ibu tetap tidak dapat menolak permintaan anak beliau lalu singgah semula ke bazaar Ramadhan. Kemudian anak beliau ketawa puas hati. Keji tahu?

Okay lah. Aku penat semacam saja balik dari KL. Mungkin cuaca panas menyebabkan mata aku mengantuk saja. Ke aku memang ada penyakit beruang kutub. Penyakit berhibernasi!




"Ya Allah. Permudahkanlah jalan hidup ku. Amin."



Wassalam.


Wednesday, August 25, 2010

Bang-la, Table For Two Peliss!

Tidak seperti tahun tahun lepas. Tahun ini ada sedikit kelainan. Aku dan Sheeda berdua sahaja berbuka. 

Table for two katanya. Sekali sekala berbahasa barat apa salah nya. Bukan boleh batal puasa pun kalau cakap bahasa ibunda sendiri. (Mother tongue katanyaa).

Maka semasa berbuka kami cuba mempraktikkan sikap keji yang sudah lama kami pelajari. Kami memberitahu Kamal bahawa kami berbuka berdua dengan penuh rasa gembira. 

Tapi sebenarnya dalam hati sedih tahu? Atas sebab kami berhati mulia juga kami ambil gambar ini sebagai bahan mem-provoke rasa dengki Kamal. Aku sudah uplot di Facebook. Di blog juga harus ya kawan kawan.

Bukan apa. Mana tahu kalau2 kamu terjumpa muka2 di bawah mungkin anda semua adalah orang paling beruntung kerana terjumpa dengan artis. Okay artis!




Watak utama. Okay jangan pertikai!



Watak sampingan.



Thai Tea Sheeda ada bendasing!



Ini perempuan mental. UIA sejuk kena selubung comforter tengahari buta.


Aku dan Sheeda ada syak sesuatu. Kami fikir abang-la tu bubuh arak (atau apa2 benda memabukkan) dalam minuman kami. Serius tahu! Aku dan Sheeda gelak tanpa sebab dan terkekeh-kekeh hampir tersembur kat muka masing-masing.

Atau sebenarnya kami yang MENTAL!





"Ya Allah. Permudahkan lah jalan hidup ku. Amin."





Wassalam.

Kalau Sudah Namanya Berhati Busuk.

Counting. Counting. Ehh bukan aku mahu tukar jurusan accounting. Saja mahu mengira hari untuk pulang. 

Psttt pstt. Lagi 2 hari. Setiap kali teman sebilik, teman seperjuangan waima teman tapi mesra bertanyakan kepada aku perihal pulang raya. Aku mula mengembangkan hidung dan menjawab dengan penuh yakin.


"Kak Seri balik bila raya ni?"

"BALIK? HMM JUMAAT." Jawabku dengan penuh riak, ujub, taksub dan semua sifat mazmumah yang lain.

"Apaaa? Ee benci lah Kak Seri ni."

"OHH SILA SILA. SILA LAH BENCI. AKAK SUKA. HAHA."


Sebenarnya aku tiada idea mahu ngeblog ini hari. Orang barat bilang Writer's Block? Ya gitew. (Sila tahan muntah kamu sekarang).

Aku tak kemas barang untuk dibawa pulang. Biskut raya belum beli. Baju raya? Hampess aku tak jahit lagi. Harap2 pulang ini sempat lah kakak tu tolong jahitkan. 

Kalau tak sempat juga aku ambil gam gajah tampal guna gam! Selesai.

Okay lah. Aku perlu mandi. Kemas bilik. Kemas barang dalam beg. Cari kotak letak bakul hantaran.

Bakul hantaran??? Adoiyai aku terlupa cari kotak semalam. (Bakul hantaran bukan aku yang punya. Ini bakul DAYANG RABIAH yang punya. Aku masih available uols.).

Okay okay lincah lincah! CARGAS CARGAS!



"Ya Allah. Permudahkan lah jalan hidup ku. Amin."



Wassalam.

Saturday, August 21, 2010

Sila Berhenti Buat Aku Nampak Macho!











Ini amaran keras kepada Sharifah Shahidah. AMARAN TERAKHIR tahu? 

Kamu semua pernah tidak menerima panggilan telefon secara tiba-tiba pada waktu yang tidak disangka sangka.


"Helo Seri..?"

"HOLA. HAH NAPE?"











"Weh. Kau angkat talipon bukan nak tanya kabar aku sehat ke tak. Teruk la kau ni."

"HAH? YANG TALIPON KAU. SEPATUTNYA PEMANGGIL YANG CAKAP 'kau apa kabar seri?'. PERLUKE AKU YANG ANGKAT TALIPON TERUS JE TERJAH KAU TANYA KABAR. GO DIE lah!"

"Ekk? Aku sebenarnya takde motif talipon kau ni. Tu yang tiba2 bagi soalan takda kaitan."

"NASIB BAIK AKU DAH BERBUKA. KALAU TAK TERPAKSA AKU POSTPONE NAK MENCARUT."

"Sori lah. Aku tunggu incek tomet ni dah setengah jam masuk surau tak keluar2. Risau aku. Dia ni terawikh sekali ke?"

"BAIK KAU PEGI JENGUK. NTAH NTAH BELIAU TENGAH IMAMKAN SOLAT."

"Itu lah pasal. Eh ehh beliau dah sampai. Aku kena berlagak macam takde apa apa berlaku. Nanti beliau tahu kita adakan sesi mengumpat."

"OKAY. SUDAH. LETAK TALIPON SEKARANG."



Agak-agak Incek Tomet baca tak blog aku? Ahh apa ku kesah. Makwe kau yang tiba2 terjah aku. Lepas tu ajak aku mengumpat kau. Nasip lah labuu.





"Ya Allah. Permudahkan lah jalan hidup ku. Amin."




Wassalam.

Betul-betul Mahu Mencarut. Sedikit Lagi.

Menjengkelkan. Sila ikuti pesanan khidmat ringkas dari Arnas. 6.30 petang waktu tempatan. Aku masih di dalam bas menuju ke Johor Bahru. Beliau sedang bersedia untuk melahap mengikut jam berbuka di Kota Kinabalu.


"Kuetiaw..ayam goreng..gulp. Alhamdulillah sukur segala nikmat. Yang belum berbuka sabarla ya. Hehe."

"KAU SENYAP. KISAH PULA AKU?" dalam hati rasa mahu meludah.



Tidak cukup dengan itu, disertai pula dengan dalil.


"Sesungguhnya orang yang bersabar adalah orang yang beruntung..(berkata sambil melantak karipap ayam dengan pantas)."


Boleh ke tidakk uols? Aku pun dengan penuh tawaduk membalas mesej tersebut.


"AKU RASA MISI JACOB TU TAKKAN BERJAYA. (SESUNGGUHNYA DOA ORANG YANG TERANIAYA SANGAT MUSTAJAB)."


Laju saja beliau membalas.


"Tiba-tiba aku rasa berenti mengunyah dan rasa amat bersalah sangat. Aku mo kembali ke UIA dengan wajah baru yang lebih kacak."


Berjaya juga aku saiko beliau. Misi mahu 6 pack bagai. Berbuka macam ajak satu kampung. Okay aku dengki sebab beliau boleh berbuka sejam awal. Keji sangat.

Oleh sebab tahap keji beliau, aku mahu tunjuk pada semua orang kau punya gelabah salah sebut nama.


"Mana dia sekarang lelaki tu?"

"ENTAH. DIA BILANG LELAKI TU SAMBUNG DEKAT 'BMI' SUDAH. KALAU NDA SILAP AKU LAH. NAPA?"

"Owh makin dekat lah tu. Tergugat lah aku macam ni."

"KAU NI BETUL BETUL PENGALAH. SEMUA LAH KAU MO RASA TERGUGAT. COOL BRO."

"Macam mana aku mo cool lagi. Lelaki tu suda makin dekat. Mana tu kau bilang tadi. Hah di 'IBM'. Belakang UIA saja tu."

"IBM???"

"Iya lah 'IBM'. Kau bilang dia masuk sana tadi bukan?"

"IBM TU KAN JENAMA LAPTOP. APA DIA BIKIN DALAM LAPTOP? MENARI?"

"Demmm. Aku salah sebut. Apa kau gelak-gelak."

"AKU INGAT KAU PUNYA SAIKO SAJA BOLEH BIKIN LAWAK. RUPA-RUPANYA DAYA INGATAN KAU LEBIH KELAKAR."

"Fineee.."


Puas sudah hati aku. Sekarang mahu tekan butang publish. Kemudian suruh beliau baca. Hah padan muka kau Arnas. Berani lagi kau saiko aku dengan makanan? Nahh rasakan lho! HAHAHAHAHA.




"Ya Allah. Permudahkan lah jalan hidupku. Amin."




Wassalam.


(This morning was disaster sebagai permulaan hari. And I learnt something at least. Syukran Ya Allah.)

Thursday, August 19, 2010

Mencarut Lebih Senang Daripada Memaki.

Alhamdulillah sepanjang kita berpuasa aku lihat sudah ramai yang menghakis sifat-sifat keji. Tapi tidak kurang juga si Arnas yang masih lupa bahawa Ramadhan telah tiba 9 hari yang lalu. 

Beliau masih cuba mempengaruhi otak suci aku bahawa beliau seorang artis. Setiap hari beliau akan menyanyi dengan penuh yakin. Tanpa memikirkan suara beliau yang mampu menggegarkan satu semesta.

Cukuplah mengumpat untuk hari ini. Aku mahu mengadu domba pula. Sudah 9 hari berpuasa. Aku baru berpuasa 4 hari. Santapan sahur aku cuma Quaker Oat dan susu Anlene. Santapan berbuka pula cuma ayam, nasi dan kuih karipap.

Serius aku iri hati bila dengar mak aku dan kakak aku boleh berlagak berbuka puasa dengan lauk pauk sedap. Maaf aku teremosi. Mereka tidak berlagak. Cuma hati keji aku sering menyalah tafsir itu semua. 

Aku rindu dengan kuih perahu, kuih celorot, bubur pedas, ikan terubuk masin, kuih cakoi, cincau susu, kuih seri muka (aku cuma suka makan yang warna hijau, yang bahagian pulut selalu nya akan ajaib dengan tiba tiba atau mungkin juga ke atas lantai?).

Banyak sungguh aku idamkan. Hmm. Biasalah dugaan berpuasa di perantauan. Tapi tidak mengapa. Kepada semua kuih muih yang aku senaraikan di atas. Bersiap sedia lah bahawa kamu semua akan aku rakus menjelang 8 hari akan datang. 

Jika kamu semua berpakat mahu bertukar wajah mahupun rasa, itu semua aku tidak peludi peduli kerana aku tetap akan meratah kamu satu persatu. Nom nom nom nom.

Maaf. Begini lah jika otak sudah tidak keruan mahu pulang ke rumah. Ohh 8 hari. Boleh mula menghitung sekarang.



"Ya Allah. Permudahkan lah jalan hidup ku. Amin."


Wassalam.

Tuesday, August 17, 2010

Kenyataan Memang Pahit Untuk Diterima.

Celik celik mata aku ON Facebook. Buka YM juga seperti biasa. Bukan mahu gelojoh tapi mahu pastikan sekali lagi pagi ini Inbox aku sudah boleh beroperasi. Semalam aku habiskan waktu tidur awet muda ku untuk meng-unblock IP address yang dia bilang di black list.

Aku tak tahu jadah apa yang aku buat malam tadi. Inbox aku tetap tak boleh berfungsi. Pfftt. Hati kecilku mencarut,


"Demm. Aku tidur lambat tetap tak jalan jugak. How biadap is that huh?"


Pasrah. Aku dah tak tahu nak buat apa. Gila kau email penting semua kat dalam tu. Rahsia sulit termasuk aksi peterporn juga ada. Hmm maaf aku cenderung menipu bila marah membuak-buak.

Jadi jika ada sesiapa yang pandai bab-bab sebegini sila angkat jari telunjuk. Aku terdesak mahu minta pertolongan. Ingin aku memetik dialog melayu yang klise, "sudah susah baru mintak tolong"

Iyalah ketika susah barulah minta bantuan. Kalau waktu senang kau tengah goyang kaki apa jadah nya nak mintak aku tolong bukan?

Sebenarnya entri ini mula mula aku mahu dedikasi kan untuk si Arnas aka Sabah Boy. Tapi boleh melalut ke topik Yahoo Mail.

Beliau menyambut hari kejadian hari ini. Namun atas tahap keyakinan yang tinggi beliau menyembunyikan tarikh lahir nya di laman rangkaian sosial Facebook. Dan oleh sebab itu jugalah aku lupa. (Serius aku lupa sedangkan dia sudah ingatkan semalam).

Beliau yang mempunyai iman yang teguh ingin menghakis sifat2 mazmumah contohnya sikap riak menunjuk-nunjuk bahawa umur semakin meningkat. Beliau lebih senang bersikap low profile. Woww sudah lama aku tidak menjadi barat.

Perlakuan beliau ibarat menanti kejutan dari pesakit alzheimer. Sungguh tiada seorang pun yang memberi ucapan baik dari segi sms mahupun contengan di dinding Facebook.

Akhirnya dengan muka tidak tahu malu, seperti biasa beliau memaksa aku membuka Facebook beliau. 


"Kau bukak la page aku. Cuba tinguk kotak kecil bawah profile picture aku tu. Apa yang teda?"

"JAP. JAP. HAAA. TIADA RELATIONSHIP STATUS BUKAN?"

"Bukan yang itu aku mo cakap. Kau tinguk yang bawah lagi tu. Apa yang teda? Cepat la."

"HAA AKU NDA PAHAM. KAU CAKAP SAJA BA. AKU MALAS MO MAIN TEKA2."

"Itu aku nda letak tarikh lahir aku."

"JADI??"

"...sedih aku teda sorang pun yang ingat."

"OHH YAAA. AKU LUPA. SORI. SELAMAT HARI TUA. ITULAH KAU. BAJET SEMUA ORANG HAFAL KA?"

"Aku cukup yakin bah. Aku kan artis. mengapa teda sorang pun ingat besday aku? "

"AKU BARU MULA PUASA HARI NI. JANGAN KASIK AKU BATAL PUASA SEBAB MUNTAH."

"Aku paham perasaan kau Seri. Kenyataan memang pahit untuk diterima."



Beliau punya sengal Ya Ampun amat menjelikkan. Tapi tidak mengapa. Beliau memang begitu. Walaupun berambut besar tapi hatinya kecil saja. Kali ini aku maafkan atas perlakuan keji beliau.



"Ya Allah. Permudahkan lah jalan hidupku. Amin."



Wassalam.





Monday, August 16, 2010

I am Bujang.


Macam tajuk filem bukan? Okay sekarang aku bukan mahu main wayang. Ini kenyataan. Bukan khayalan.


Okay aku single. Sila isi borang kekosongan sekarang. Sedih sebab single? Menangis? Apa da hal beb? Aku baru hantar pesanan khidmat ringkas ON TEMAN dan hantar ke 33399.

Gila mahu promosi diri sendiri.Perut lapar. Kriok Kriok. Puasa. Tak tahu nak cakap apa. Tapi kira okay juga. Mengarut saja sudah dapat tiga perenggan. Cukuplah.



"Ya Allah. Permudahkan lah jalan hidupku. Berikan lah aku jodoh yang baik dunia & akhirat. Amin."



Wassalam.

Friday, August 13, 2010

Cobaan. Cobaan. Cobaaan.

Bulan Ramadhan ini aku rasa mahu updet tentang kisah anak saudara aku yang pertama kali berpuasa dan godaan yang sangat menjengkelkan.

Semalam hari kedua berpuasa. Kisah ini terjadi ketika di meja makan. 6.45 petang. Lagi 6 minit waktu berbuka.


***************************************


Ica: Boleh tuang aik dalam cawan awal ka mama?

Mama: Boleh.

Ica: Okay dah tuang mama. Boleh kamek baca doa awal?

Mama: Ish. Ney boleh dolok. Kan belum waktu sungkey gik. Kejaaaap gik okay?


***************************************



Tiba tiba.


Awis: Ish. Boleh la.

Mama: Sik boleh.

Awis: Boleh. hahaha.

Ica: Apa kata awis boleh la mak?

Mama: Iboh dengar kata awis ya. Awis sik posa. Kitak posa. sabar okay? (sambil mengurut dada dalam hati berkata, "sabar jak lah aku ngan anak bujang ku tok.").


***************************************

Tidak puas hati godaan tadi tidak menjadi, beliau mencuba lagi. Kali ini dengan suara sedikit lantang dan gedik.


Awis: Maaaaak. Intak aik pagung ama tudu cik keh. (mak, mintak aik jagung sama sudu kecik keh).

Mama: Nahh awis. (sambil bagi air jagung dan sudu kecil).

Awis: Uiiii dap nyeeeee. (Uii sedapnyeee).

Ica: Hmmm. (Mata beliau berkaca-kaca menahan kehausan).




Tapi Alhamdulillah beliau berjaya menahan lagi. Tskkkk.



"Ya Allah. Permudahkan lah jalan hidup ku. Amin."



Wassalam.




Thursday, August 12, 2010

Jangan Bergerak. Anda Ditangkap Mengorek Hidong!

Ini Sarip Dol (samseng kampung dusun).



Ini Cik Salmah (nama samaran). (mangsa kejadian). Yang belakang itu bapak aku.


Cik Salmah berusia 5 tahun. Tahun ni kakak aku arahkan beliau untuk mula berpuasa. Beliau juga berkobar kobar mahu puasa. Kata beliau dalam temuramah semalam,


Anjang: Ica posa kah?

Ica: Aok. Sebab mak janji mok bagi hadiah mun kamek tamat posa sebulan.

Anjang: Okeh.

****************************

Lain pula dalam temuramah beliau bersama ibunya,


Ica: Mama, anjang janji mun kamek tamat posa nya merik mek hadiah.

Mama: Menar? Hadiah apa?

Ica: Lima ringgit..

Mama: Haa? Banyak juak. (dalam hati keji beliau: sikit gila).

Ica: Aoklah. Kan mama ada janji mok bagi basikal.

Mama: Hmmm. (sambil berlalu buat tak tahu).


Okay cukup dengan dua temuramah tersebut. Semalam beliau berjaya berpuasa. Berjaya maksudnya tidak tidur berlebihan. Tidur 30 minit saja sebab ustazah beliau bilang jangan tidur lama2.

Beliau juga berjaya menahan diri dari mengorek hidung. Semasa membeli di bazaar Ramadhan, beliau yang tengah menahan lapar telah mengarahkan ibu beliau membeli 4 cucuk buntut ayam.

Cubaan? Dugaan? Sudah semestinya ada. Ini merupakan puasa beliau yang pertama. Jadi orang yang paling senang menggoda ialah adik tercinta.

Muka agak2 skema dan baik. Tapi sebenarnya perangai beliau sangat tidak disangka2. Beliau tahu Cik Salmah ni berpuasa. Maka semasa beliau menghisap botol susu, beliau pun baring di sebelah kakak nya dengan penuh gembira memberi reaksi begini,


"Emmmmm nyaman nyeee..emmmmmm." (sambil geleng2 kepala tanda sedap).


Hah mampu kau? Nasib baik Cik Salmah tidak menghiraukan godaan tersebut. Itu belum kira lagi cubaan adik beliau yang sengaja menyuruh beliau membuka plastik biskut.

Tsskk. Perangai begini sah sah bukan perangai orang yang lahir bulan Mei. Ngeee.

Oke lah. Aku mahu sambung tidur menonton dvd. See you when I see you. Tha-Tha.



"Ya Allah. Permudahkan lah jalan hidupku. Amin."



Wassalam.

Muka Yang Skema Jangan Disangka Tiada Buaya.

Hari pertama puasa aku sudah mahu mengumpat. Semalam aku rasa aku buat entri keinsafan bukan? Ohh jangan silap. Aku bukan mahu mengumpat. Saja mahu berkongsi pengalaman.

Hari ini aku pergi ke Johor Bahru. Mahu berpuasa dengan kakak. Jadi aku gerak gerak khas dari mahallah (baca: asrama) kira kira pukul 10.30 pagi.

Perlukah aku bagi definisi mahallah. Mungkin perlu, terutamana bila kamu ada kawan seperti ini,



Dukun Nuar: Weh. Ko duduk mane ha? Aku nak suruh member aku pegi amik ja.

Aku: Member ko budak uia ke? Bilang sama dia aku duk MAHALLAH ASMA'.

Dukun Nuar: Perghh. MAHAL sangat ke asrama ko? Hekhek.

Aku: Mahal jugak lah. Lebih mahal dari penumbuk kiri aku!


Diam. (Mungkin beliau takut). (Atau mungkin beliau jatuh tersungkur gelakkan aku).

Okay berbalik cerita aku gerak dari mahallah. Seperti biasa aku bawa satu beg galas dan satu beg sandang. Dalam 10 meter sampai ke bus stand depan Kulliyyah Engineering, aku melalui kawasan menggantung banner. 

Ketika itu ada dua orang technician uia sedang membuka banner. Muka skema habis. Yang seorang tengah sibuk buka tali banner. Yang seorang jadi mandur. 

Yang jadi mandur ni memang skema habis muka beliau. Pakai cermin mata. Muka alim2.

Aku lalu depan mereka. Baru tiga langkah membelakangkan abang2 ni. Tiba tiba,


"Perjalanan jauh tak ku rasa, kerna hati ku melonjak sama, hekhekhek.."


Aku tak kisah kalau abang tu saja nak mengusik. Yang paling kennot go (baca: tak boleh blah), suara dia nyanyi sebijik suara rempit! Okay serius menjengkelkan. 

Bukan aku saja yang kena. Ada seorang sister ni tengah bawak motosikal pun kena usik dengan beliau. Serius ayat2 rempit beliau gunakan untuk mengusik.

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Muka yang skema huduh jangan disangka tiada rempitnya. Sekian entri menjengkelkan di bulan puasa.



"Ya Allah. Permudahkan lah jalan hidupku. Amin."



Wassalam.

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan Kareem.

Aku mulakan dengan nyanyian anak saudara aku. Sila nyanyi dengan gaya berikut:



"Watermelon Watermelon. (sambil menggoyangkan kepala). Papaya Papaya. (sambil meliuk lentuk tubuh). BUANG Mata Kucing BUANG Mata Kucing. (sambil mencedok bijik mata keluar). Rambutan Rambutan. (sambil menyisir rambut)."


*Agak-agak guru tadika salah ajar ke anak saudara aku terlebih pandai?



Entri kali ini berunsur keinsafan. Tulisan kali ini sememangnya menggambarkan diri aku di alam realiti. Siapa mengeji aku sumpah jadi kodok. Okay maaf, bulan Ramadhan tak elok mendoakan kejahatan. Semula semula. Siapa mengeji aku sumpah jadi bubur lambuk. Boleh sedekah kat Masjid SHAS UIA.

Sila baca dari awal hingga akhir. Siapa yang skip2 jawab sendiri kat Tuhan. Tak baik menipu. Berdosa.

Bulan Ramadhan adalah bulan yang paling dirindui oleh umat Islam yang ingin menambah amalan. (Bukan bermaksud bulan ni saja kamu berbuat baik okay, bulan2 lain juga boleh).

Berpuasa pada bulan Ramadhan menggalakkan kita memahami penderitaan orang2 yang tidak berkemampuan. (Satu hari berlapar jangan gampang sangat melahap masa berbuka. Biarlah ala kadar. Bimbang kenyang sangat sampai tak larat tarawikh).

Selain itu juga berpuasa dapat membersihkan diri dan jiwa dari pekara2 yang dilarang. (Sila berhenti mengorek hidung sekarang!). Dan berdoalah semoga amalan yang dikerjakan dan puasa kita diterima oleh Allah. (Kau jangan bangga sangat boleh tahan tak rokok waktu siang, kau qada' rokok 2 minit lepas berbuka. Keji tahu.).

Kalau 2 hari sebelum berakhir Ramadhan, orang ramai sibuk mencari buluh untuk dibuat lemang. Maka tidak hairanlah jika 2 hari Ramadhan sudah ada budak2 bertopengkan Ali Setan dan Farok Gagak Hitam mencari buluh untuk dibuat meriam.

Dan agak gampang juga mereka bermain meriam buluh di sebelah masjid untuk tujuan mempercepatkan kadar denyutan jantung Tok Imam dan warga tua yang sedang khusyuk menunaikan solat Tarawikh.

Jadi beringat lah kamu wahai budak2, dunia ini semetara, akhirat itu kekal. Kalau masih mahu mencuba kekuatan meriam buluh, sila buat jauh2. Agak2 kalau cedera, kamu cedera seorang diri. Jangan libatkan orang lain.

Aku juga mahu memohon maaf andai terkasar bahasa, termengumpat, terkeji, tersaiko, dan minta dihalalkan makan minum. Sempena bulan yang mulia aku ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua bloggers, rerakan, kekawan, memusuh dan tidak lupa My Pangeran Ganteng.

Aku tahu ada diantara kamu yang skip2 baca entri kali ini sebab bimbang kalau baca akan ada yang rasa panas seperti dibakar. 

Ohh ya sila jangan lupa niat berpuasa. Bangun sahur jangan lupa. Wohh gila semangat aku. Tapi sedih, baru niat mahu puasa, terpaksa dibatalkan. Cuti Palang Merah.





"Ya Allah. Permudahkan lah jalan hidupku. Berilah keberkatan di sepanjang hidupku. Moga aku menjadi insan yang lebih baik dari semalam. Amin."





Wassalam.



*mahu palu beduk nanti kejut kan sahur. (-.-*)/






Sunday, August 8, 2010

Budak Kecil Juga Tahu Melawak.

Berikut sesi pembelajaran antara seorang ibu penyabar dan seorang anak nakal berusia 2 tahun 3 bulan. 



Sesi Pertama:


Mama Awis: Awis tok apa? Tok IKAN.

Awis: Epp..bukan ikan. FISH lah.

Mama Awis: Aok. Bahasa Inggeris FISH. Bahasa Melayu nya IKAN.

Awis: Epppppp...bukan. FISH lahh.

Mama Awis: Hmmmm..




Sesi Kedua: (Masih silibus sama iaitu IKAN)


Mama Awis: Tok EKOR. (sambil tunjuk ekor ikan).

Awis: EKUIII.

Mama Awis: Bukan EKUI. EKOR.

Awis: Emmm nyum nyum. Makan CAKOI. 




Sesi Ketiga: (Watak sampingan terlibat)


Mama Awis: Awis, cuba tanyak anjang tok apa?

Awis: Apa tok?

Anjang: BANTAL.

Awis: Bukan BANTHAI. BANTHARL.

Anjang: Aoklah. BANTAL.

Awis: Eppp. Bukan BANTHAI. BANTAL.

Mama Awis, Anjang: Apakahhh?



Aku bangga sekurang-kurangnya ada juga anak saudara aku yang akan ikut jejak langkah aku. Jenaka itu awet muda kata hati kecil ku. Gemar berjenaka salah satu karektor orang2 yang lahir bulan Mei agaknya.

Ohh ya. Niat mahu main game tapi mouse tiada. Mengenangkan Ramadhan hampir tiba, aku batalkan niat mahu memaki monyet yang curi mouse aku.

Tapi tiada mouse mana layann mahu main game tahu? Mungkin perlu buat kertas kerja kepada kakak aku. Memohon pembelian mouse. WIRELESS MOUSE. Dijamin tidak akan dirompak si monyet lagi. Sekian.




"Ya Allah. Permudahkan lah jalan hidupku. Amin."




Wassalam.