Friday, July 30, 2010

Kau Memang Kelakar!

Serius aku bukan peminat Dragon Ball. Tapi aku tahu aksi dalam filem 'The Sorcerer's Apprentice' menyerupai Kame Ha Me Ha seperti dalam kartun Dragon Ball.

Klise. Yaa memang klise. Jika ada aksi melibatkan kuasa menggunakan bola-bola api harus lah ada aksi seperti Kame Ha Me Ha. Nyaris Jerry Bruckheimer tidak menggunakan lagu 'Bola-Bola Api' nyanyian Siti Nordiana & Arwah Achik Spin sebagai runut bunyi uols!

Tapi secara keseluruhan nya filem tadi superb beb! Aku dah bantai gelak sakan seperti perempuan gila bersuara garau. Aku tak kesah gelak macam tu sebab aku tahu dalam wayang kan gelap jadi tiada siapa dapat mengesan suara jantan manakah yang gelak sangat menjengkelkan.


Aku bagi LIMA bintang!!!!


Aku terkena sumpahan tadi! Bukan lah mahu jadi syirik percaya perkara karut. Tapi sebenarnya tadi menonton wayang tanpa pengetahuan My Pangeran Ganteng. Jika beliau tahu mahu aku kena kuliah petang sebab beliau tak bagi aku keluar. Hek hek hek. Bohong sunat uols.

Dah tu beliau macam tahu-tahu aku menipu. Beliau call banyak kali aku tak angkat sebab tengah sibuk pilih barang kat Parkson. Bila beliau tanya kenapa tak angkat aku boleh cakap "takut kredit kitak abis call kmk". Voleyyy??

Disebabkan menjadi perempuan durhaka. Maka sumpahan telah terjadi kepada aku. LRT tergendala jadi aku terpaksa naik bas ke Jalan Masjid India dan kemudian nya naik bas U12 ke UIA. 


AZAB UOLS!!!!!!


Sampai bilik tetap meneruskan pembohongan si Pitung. Ehh tiada kaitan sebenarnya. Tapi lakonan tetap diteruskan supaya tidak disumpah menjadi katak kodok. Seperti nyanyian anak saudara aku,


"Anjang kodok, anjang kodok, anjang kodok."


Ehh tiada kaitan juga. Yaa dan beliau juga suka mendendangkan lagu ini,


"Angahhhhh batis mu bunting padi..."


Anjang ialah kakak aku. Angah pula aku. Ahh balik ni aku kena ajar beliau lagu lain pula. Asyik mahu mengeji kami saja.

Ohh ya terlupa. Tadi masa di dalam bas, naik lah seorang pakcik. Mula2 nya kelihatan normal. Duduk selang dua kerusi di hadapan aku. Tiba-tiba dia membuka baju dan mengepak2 dada nya.


Gila kau sexyehhh!


Ehh bukan bukan. DELETE DELETE. Tekan BACKSPACE. Bukan seksi tapi seksa. Okay beliau kurang siuman. Okay beliau pandang aku dengan pandangan pelik. Okay aku takut dan pura2 conteng cermin bas. Ehh tak tak. Aku pura2 bercakap dengan cermin kawan aku kat sebelah.

Hmm rasa nya tu saja aku mahu cerita. Penat menaip. Hampir tersembul keyboard aku sebab menekan kuat sangat gara2 menahan ari kencing. Patut tak?




"Ya Allah. Permudahkan lah jalan hidup ku. Amin."



Wassalam.


Monday, July 26, 2010

Kaki Ku Di Bibir Mu.

Sepatutnya aku menaiki bas sebuah syarikat terkenal pada pukul 11 pagi. Sila ambil perhatian. Sepanjang puluhan kali aku naik bas yang sama, tidak pernah, TIDAK PERNAH sekali pun berlaku kelewatan. Bas tiba 15 minit awal dan bertolak tepat, TEPAT pada masa nya.

Hari ini, ya hari ini aku sudah bertukar jadi Hulk. Kamu tau kenapa? Sebab aku tunggu 2 jam 15 minit uols.

Mula-mula aku rasa hairan sebab kenapa bas tak sampai walaupun sudah pukul 11. Lima belas minit kemudian pekerja nya memberitahu bas sedang diisi gas dan kemungkinan lambat sedikit.

30 minit kemudian. Sebuah bas datang tapi hanya untuk penumpang jam 11.30 sahaja. Kami tidak, TIDAK dibenarkan naik.

Satu jam kemudian. Pakcik yang duduk sebelah aku dah mula bukak ceramah pagi. Beliau emosi. Aku emosi. Mamat sebelah aku pun emosi.

Dua jam kemudian. Pakcik yang duduk sebelah aku dah emosi tahap bercakap sambil menghayunkan tangan dan terkeluar urat tekak. Aku emosi tahap muka dah tukar kehijauan. Mamat kat sebelah aku emosi tahap mata dah merah. Kerr sebab beliau mengantok. Ahh yang penting kitorang semua emosi.

Dua minit seterusnya aku dan mamat sebelah nekad untuk ke kaunter untuk bertanya. Ikuti perbualan yang dirakam secara eksklusif dan kurang professional.



Aku: Kak, agak2 bas kitorang pukul berapa nak sampai? (nada penuh kemelayuan & keAYUan).

Kakak Kaunter: Ehh adik punya bas memang lambat. Tadi kenapa tak naik ja bas 11.30? (dalam nada terus marah tahap klimaks sambil buat muka kerek).

Aku: Kak, kalau drebar tu kasik kitorang naik saya pon tak hengen nye nak tunggu bas yang tak sampai2.

Kakak Kaunter: Cuba lah paham, bas tu isik gas memang lah lama. (kekerekan beliau makin terserlah)

Aku: Gilaa besar tangki bas tu dia nak isik gas sampai dua jam. (sambil buat muka sinis)

Kakak Kaunter: Korang naik bas pukul 1 ni ja. (sambil print tiket taknak pandang muka aku)



Ehh gila emosi aku tahu. Kalau lah kaunter tu tak ada cermin. Tak usah cakap penampar jepun. Ni ha kaki kiri aku dah naik dulu kat bibir kakak kerek tu. Aku punya lah berbudi bahasa budaya kita bila tanya. Dia pulak terus hamun aku. Apa jadah nya??

Dah selesai, tunggu bas pukul 1 alih2 pukul 1.30 petang baru ada. Memang T***snaSIOSIAL betul!!!

Amaran kepada sesiapa yang berkerja dalam bidang2 macam ni. Sila jangan meng-hanjeng pelanggan yang dah cukup sabar tunggu 2 jam dan masih boleh bercakap sopan dengan anda. 

Kalau nak hanjeng jugak. Aku bersedia melayangkan jari tengah ke angkasa untuk anda!



Sekian entri emosi.

Sunday, July 25, 2010

Ini Betul-Betul Mengjengkelkan.

Ini baru betul-betul Hao Liao ho. Ho Ho Ho. (Sila baca dengan nada iklan HAR MEE). Okay serius iklan itu memang macam kelakar. Faham bukan maksud aku 'macam kelakar'.

Aku tahu lah sekarang ini aku banyak masa senggang. (Seperti tidak percaya aku gunakan 'senggang' berbanding 'lapang'. Gila semua vocab Bahasa Melayu aku guna sekarang). 

Terlampau senggang sampai iklan mee pun aku mahu hafal. Apa jadah nya kau ni Seri? Sila buat benda berfaedah boleh tak? Contoh nya DIET. Yaa DIET.

Diet jangan sekerat jalan. Ehh aku bukan sekerat jalan. Cuma kamu tahu bukan hidup penuh dugaan. Kalau Amir Ukays cakap "ku sangkakan panas berpanjangan, rupanya gerimis, rupanya gerimis mengundang, hang hang hang ahhhh". Dan kamu semua tertipu sebab yang nyanyi lagu tu sebenar nya Zamani Slam.

Okay aku hilang motif. Okay okayy aku ingat. Aku nak diet. Serius betul-betul hao liao woo. Lihat iklan mee boleh jadi tagline pula. 

Nak diet tapi banyak pula dugaan. Ini semua gara-gara Mc-D-O-N-A-L-D-S! Psttt kamu semua. Serius GCB McD mmg sedap wooo. Betul-betul Hao Liao wo.

Satu lagi aku siap hentam durian lepas McD. Gila shedappppp. Makan sampai rasa nak tercirit kat Pandan malam tadi.

Okay lah. Hari ini mahu berjimba-jimba dengan akaks & her future husband. Til then uols. BaiBai.



"Ya Allah. Permudahkan lah jalan hidupku. Amin."


Wassalam.


Thursday, July 22, 2010

Hey Apple. Hey Hey Apple.


Sekarang mood suka tengok YouTube. Buka laptop terus main YouTube. Bukan apa. Aku sudah ketagih dengan The Annoying Orange.


Gila menjengkelkan. Gelak saja sudah menyakitkan telinga. Belum kira beliau panggil nama buah ikut suka saja.

Okay2. Confession confessionnnn. Sekarang telah masuk edisi diet untuk masa depan.

Sejak cuti 3 minggu dah plan mahu diet. Tapi diet cuma berjaya dijalankan kira2 2 minggu yang lepas.

Hasilnya. Jeng jeng jeng.

Ambil alat penimbang. Penimbang badan uols. Jangan guna penimbang ikan mahupun penimbang tepung gandum.Lincah lincah naik atas penimbang. DupDapDupDap.


TURUN 2 KILO Y'ALL!!!!


Segera SMS si Pangeran Ganteng. Beliau gembira siap bagi semangat. Aku sudah mula membayangkan beliau berskirt pendek memegang pompom tali nylon warna-warni citra Melesia.

Okay maaf berimaginasi tinggi pula. Takkan lelaki nak pakai skirt pendek!

Segera SMS mak aku juga. Supaya beliau juga dengki dan lincah2 diet seperti aku.

Dalam hati puas hati. Dalam kepala puas kepala. Dalam tangan puas tangan. Ehh apa aku carutkan ni?

Hmm baru dua minggu sudah riak macam pemenang The Biggest Loser. Arghh. Ini semua pengaruh The Biggest Loser Asia. Hari2 tonton sampai rasa,


"Yes. It's time to KURUS!"


Aku berkata dalam hati penuh semangat sambil rakus menghabiskan aiskrim Le Cremeria.

Okay itu semasa ketiadaan motivasi diri. Setelah menghadiri sesi kaunseling bersama si Pangeran Ganteng. Aku rasa memang patut aku diet. Ini untuk mengelakkan kami dipanggil Papa dan Mama Yokies.

Okay sekarang masa untuk bersenam di atas katil. Bukan tidur uols. Sit up sit up. Lincah lincahhhh!



"Ya Allah. Permudahkan lah jalan hidupku. Amin."



Wassalam.


Tuesday, July 20, 2010

Melakukan Senaman Muka Dalam Aksi Pantas.

Lagi 2 minit mahu pukul 12 tengah malam. Tapi minah2 kat bilik sebelah telah  memekak secara marathon dari pukul 8 malam!

Aku panggil minah sebab manusia tak reti bahasa gelak macam syaittt. Ehh agak2 lah dah pukul 12 mesti la jiran2 dah tidur. Bengap ubi sangat ke? Tak paham2 lagi aku dah tutup lampu siap dah kibas katil kuat2 tadi?

Paling tak boleh tahan siap memekak menjerit cerita pasal cukur teetttt. Euwwwhh peliss!


TMI okay TMI!!!!!!


Cerita dalam kadar volume sederhana boleh tak?


BAB*!


Ya aku mencarut. Sebab time ni perut aku dah sakit memulas. Kepala nyut nyut sebab dari tadi diorang memekak. Dah tak boleh tidur. Urghhhhhhh!!!!

Okay aku emosi. Mahu cari kapas sumbat telinga banyak2.


Sekian terima kasih.


Wassalam.


Sunday, July 18, 2010

I am Engaged Y'all!!!

Baiklah sesiapa yang percaya tajuk di atas. Anda memang bertuah kerana baru baca entri ini sudah kena tipu.

Maaf aku masih tidak dapat menangkis sikap keji suka menipu kamu semua. Aku mahu berterus terang.

Sebenarnya semalam kawan baik ku yang pernah sama2 menuntut di UIA bertunang. Ya aku tahu aku tahu. Ini menambah lagi persepsi bahawa aku masih juga tak laku2 bukan? 

Jangan lah kamu semua bilang aku tak laku. Hati kecil perempuan tua ini sangat sensitif tahu? Ehh tua kah aku? Masih muda okay. 25 tahun uols. Jubli perak lagi. Agak2 jubli emas baru lah tua. Katanyaa.

Hahh aku sudah tersasar. Begini, kawan aku Adelina binti Ibrahim & Munir (bin ape ntah, maaf aku jahil nak ambik tahu) telah mengikat tali pertunangan semalam. Gitew kan aku letak nama penuh kau Ade, biar kau glamer sebentar.

Jadi aku pun tidur lah di rumah Ade ni. Konon2 mahu ringan tulang membantu untuk persiapan majlis pertunangan. Konon nya lah. Tapi aku ringan mulut pula mahu tolong melahap apa yang ada. 

Habis lah kau Azah, Pija & Kamal sebab tak dapat datang. Aku dah tolong makan kan lauk kenduri bagi pihak kamu semua. Sila ucap terima kasih kepada aku nanti.

Gambar majlis pertunangan nanti aku upload sebab aku mahu cilok saja dari Facebook beliau. Maaf gambar aku cuma dua tiga shoot saja. Maklum lah aku kan seorang yang pemalu. Aku kurang berminat menangkap gambar seorang diri.

Sehingga kan wallpaper handphone pun aku guna gamba perempuan melayu paling ayu. Kalau tak percaya sila rujuk gambar di bawah.




Nahh ayu bukan??


Yaa dan kamu semua tertipu lagi. Maaf ya, aku ingatkan aku boleh hilangkan perangai mazmumah ni. Rupa2 nya tidak.

Ini semua kesan sampingan melihat kawan aku sudah bertunang. Bila agak nya giliran aku pula? Kalau perempuan boleh meminang lelaki, besok juga aku kahwin. Gila kau Seri!

Okay2 berbalik kepada cerita sebenar. Di rumah Ade ada seekor kucing yang sangat comel. Tak silap nama beliau Molly. Warna kelabu. Molly dikategorikan sebagai 3G. Bukan teknologi 3G yang kamu semua boleh buat video call itu. Beliau binatang sila jangan berimaginasi tinggi sangat.

Maksud aku 3G itu adalah Gemuk - Gebu - Gedik. Semalam beliau mengawan sama Tigra. Kucing milik kawan mereka. Lupa mahu bagitahu kamu. Si Molly ini jantan. Tapi pergerakan sangat perlahan.

Maka nya aku mula berimaginasi mahu mengajar beliau muay thai dalam aksi gerak perlahan. Sudah tentu berjaya. Tapi jika Molly ini manusia aku panggil beliau jantan yang bernama Ali Setan. Berjalan ala2 macho tapi slow nak mampus. Iya lah beliau kan mahu memikat si Tigra. Kena lah berlagak macho bukan?


Binatang mengawan pun mahu cerita ka? Boring!!!


Okay2 aku mahu cerita juga. Sekarang sudah ketagih menonton Annoying Orange. Kamu semua sila lihat di YouTube. Serius kelakar tahu?!

Aku berminat sebab aku rasa perangai si Orange ini macam aku. Gelak pun 50% sama. Ehh aku rasa 70% sama macam aku. Ahh aku up kan lagi 75 persennnn.

Uhhh sejuk pula di UIA ni. Mengigigigigigil uols. Nanti2 aku sambung lagi okay. Sekian.





**********updated************



Aku mahu ambil berkat..haha..mana tahu tahun depan??? perghh!







**********updated************





"Ya Allah. Permudahkan lah jalan hidup ku. Amin."




Wassalam.



Tuesday, July 13, 2010

Cuti Bertujuan Men-comel-kan Perut.

Entri ringkas saja ya. Mahu membuat sedikit penilaian. Dialog di bawah berlaku ketika percutian 3 minggu. Tempat dirahsiakan. (Rahsia bermakna jika kamu pandai mengampu, lambat laun aku akan beritahu juga).



Hari Pertama Restoran 'R':

Aku : Kak, nak ICE lemon tea satu.

Kakak Pelayan : Mahu sejuk ka panas?

Aku : Haa? Hmm sejok.




Hari Kedua Restoran 'R' juga:

Kakak Pelayan : Air?

Aku : ICE lemon tea.

Kakak Pelayan : Mau yang sejok ka panas ka?

Aku : Haa. Okay. Sejok.



Hari Ini di Restoran 'R' lagi:

Aku : Nasi ayam tiga. 

Kakak Pelayan : Mau letak ayam ka daging ka sutung ka?

Aku : Haa? Ayam.

Kakak Pelayan : Haa.




Aku yang salah order atau kakak itu yang tak tahu ICE makna nya apa. Unik bukan restoran tersebut. Order NASI AYAM tapi boleh tukar lauk daging atau sotong. Mudah bukan kalau tukar saja nama nya Nasi Daging atau Nasi Sotong.


Ohh ya satu lagi yang cukup keji. Hari pertama dan kedua kami mahu order mi goreng, kakak pelayan cakap belum siap. Tengahari baru ada. Kami pasrah maka order saja roti telur.

Kemudian, seorang pelayan yang lain hantar mi goreng kat meja sebelah kami. Jarak tak sampai tiga kaki dari meja kami. Kakak pelayan tadi buat muka toya beredar tanpa rasa bersalah. Sekian.



Wassalam.