Thursday, April 29, 2010

Tips Kelihatan Comel Walapun Sawan Lampu.

Semalam Sheeda mengajak aku pergi menemani beliau meng-servis kereta Encik Tomet. Setelah selesai menunggu satu jam lebih kami pergi makan di McD. Aku semestinya mencari bubur ayam oleh sebab keadaan demam yang menggila dan tekak yang perit.

Selain pergi meng-servis kereta, kami juga punya agenda sulit yang lain. Yaa sudah tentu agenda ini melibatkan makanan percuma. Kami lantas ke Bukit Rimau yakni rumah perempuan mengandung a.k.a Natrah.
Aku sebenarnya mahu berjumpa dengan adiknya yang sungguh bersopan santun lagi beradap sopan. Sungguh berbeza dengan kakak nya yang gelak seperti perempuan sihir. 

Di rumah Natrah, aku dan Sheeda tidak berganjak dari meja makan. Aku rasa Natrah sudah tidak sanggup menahan sabar lalu berkata,

"Ehh udah2 ler korang duduk kat meja makan aku ni. Cube la korang duduk kat ruang tamu tu haa."


Aku yang tidak berapa bersopan lalu menjawap,


"Tak mau la. Duduk situ kena duduk sopan santun. Kat meja ni best boleh makan minum kalau tekak kering sebab cakap tanpa henti."


Aku juga rasa Natrah dah tak sabar nak halau kitorang lalu beliau mempromosikan betapa cantiknya ICity. Tempat nya tak jauh dari UiTM Shah Alam. Untuk mengukuhkan cerita beliau beliau menunjukkan beberapa gambar yang diambil ketika beliau ke ICity.

Maka aku dan Sheeda pun menurut saja promosi beliau. Sampai di ICity, aku pun,

*JAW-DROPPED*
.
.
.
.
*AIR LIUR MELELEH*
.
.
.
.
*MENJERIT KEGIRANGAN*


Kemudian aku kena marah dengan makcik Sheeda. Tapi, yang penting tempat itu memang chantek uols. Aku, Sheeda, perempuan mengandung dan suami perempuan mengandung pun melihat lampu2 yang wahhh..no words can described. Gitewww katanyaa.
Maka aku kelihatan nya seperti terkena sawan akibat banyak melihat lampu. Mari layan kan saja gambar kami semalam.



Hahh agak-agak nampak tak tahap kesawanan kami seperti kali pertama melihat lampu berwarna-warni?


"Ya Allah. Permudahkan lah jalan hidupku. Amin."

p/s: demam tapi rasa mahu main hujan. dan rasa mahu makan Marble Cheese Cake.


Wassalam. 

Tuesday, April 27, 2010

Entri Demam Otak Separa Waras.

It's Alive y'all! Yayy!


Maaf "Yayy" itu sepatutnya digantikan dengan Alhamdulillah. Sebenarnya aku mahu khabarkan kepada kamu semua. Henpon aku kini kembali berfungsi seperti sediakala. Maaf atas segala kesulitan yang aku hadapi dan terima kasih atas kesabaran yang kamu semua berikan mendengar aku asyik sedih.

Setelah tiga hari aku jemur beliau dengan lampu meja. Beliau telah sembuh seperti sediakala. Walaupun gembira kerana beliau sudah berfungsi, namun aku terkilan sedikit kerana terpaksa menarik balik permintaan untuk mendapatkan henpon baru di hari ulang tahun aku nanti.

Bak kata kawanku si FIXA HOT,

"Ahh persetankan mereka dan malaikatkan aku. Kita kan gojas."

Hampir berdarah telinga aku ketika membaca ayat beliau. (Tapi aku setuju 100 persen ayat beliau yang terakhir itu). Namun setelah baca sepuluh kali baru aku faham maksud beliau. Ehh kenapa aku tiba-tiba meletak dialog itu. Tiada kena mengena dengan entri aku. Ini semua kesan ubat yang aku makan tadi.

Petang tadi setelah menelan pil selsema dan ubat batuk aku mula merasakan semua saraf aku lemah. Tetapi disebabkan tahap kedegilan mahu melayari internet tanpa had, maka aku gagahkan diri untuk tidak tidur. Namun badan aku tiba-tiba menggigigigigigil uols. Aku akhirnya berat hati tapi ringan tangan menarik comforter dan berdengkur sehingga malam.

Aku tak tahu kenapa aku demam mengejut. Mungkin terkejut kerana malang tidak berbau minggu lepas. Yaa mana pernah malang berbau bukan.  Kalau berbau sedap sudah tentu ramai yang bersedia menghadapi malang. Serius aku sering tertanya-tanya tentang simpulan bahasa yang satu ini.

Maaf aku sering saja tersasar. Baiklah, ini kata-kata yang dipetik dari blog kawan aku Fazlina. Ayat yang cukup buat aku tersedar.
"Don't put a question mark when Allah puts a full stop."
Manusia selalu begitu bukan? Aku juga tidak lari. Banyak yang buat aku sedih minggu ini bukan setakat henpon aku masuk dalam lubang tandas saja. Banyak lah. Tapi aku belajar untuk redha sehinggalah bapak aku menghantar mesej yang penuh makna.

"Macam mana 'orang lemas' tu? Lain kali kalau lemas kat laut bapak tak kesah jangan lemas kat darat. Hehehe."

Serius mak sentappp. Hah mampu kau siap ada "hehehe" kat penghujung mesej beliau. Namun tidak mengapa, lepas ini tiada siapa akan mahu pegang dan godam henpon aku kerana telah dicemari najis. Aku lebih senang begitu walaupun orang rasa jijik. Ada aku kesah?
Minggu ini letih sebab terkejar-kejar mahu register subjek. Satu subjek pun aku belum berjaya dapatkan. Kelihatan nya aku seperti menyertai rancangan Amazing Race pula. Habis lencun dengan peluh gara-gara alat pendingin hawa kat ofis rosak. Atau mungkin juga alat pendingin hawa sudah tidak dapat menampung haba yang keluar dari badan pelajar-pelajar yang bengang kerana sistem pengurusan yang sangat lambat. Serius aku cakap LAMBAT.
Besok mahu ambil balik borang Independent Study kat bilik Dean's Kulliyyah of Engineering. Harap2 semuanya berjalan lancar. Aku malas mahu terkejar-kejar lagi. Penat dengan demam yang tak berapa nak elok lagi.

"Ya Allah. Permudahkan lah jalan hidupku. Amin."

p/s: mahu tidur suda. mata seakan panda. nanti kakak kerani lihat pun rasa mahu lari setempat laju2.

Wassalam.

Monday, April 26, 2010

Monyet Juga Hilang Selera.

Tiada mood mahu menulis entri. Sekarang aku demam. Mungkin kerana ditimpa tiga perkara. Ahh malas mahu cerita. Redha saja kan lebih bagus.

Nasib baik teman selesbian ku Malynn duduk secara haram di bilik aku selama 3 hari. Jadi ada juga teman untuk bergosip. Tidak perlu lah aku bergosip dengan dinding mahupun selipar tandas. Bosan tahu, benda2 itu bukan tahu memberi respon.

Disebabkan aku demam, maka jatuhlah hukum wajip aku bangun lambat hari ini. Ehh bukankan aku tidak pernah lagi bangun awal? Ahh abaikan. Tadi bangun lambat. Celik2 mata, Malynn sudah belikan makanan tengahari. Wahh sungguh bertuah nasip badan.

Belum sempat nasi dihadam sepenuhnya, Hasnaa pula datang ke bilik membawa Red Tea dan Yogurt kegemaranku. Aku mula membuat spekulasi konklusi bahawa walaupun muka aku toya, pucat dan tidak berseri sehingga monyet melihat muka aku pun hilang selera makan selama seminggu. Namun, ada juga hamba Allah yang ku namakan khadam2 sejatiku sanggup datang membawa makanan. 

Tapi aku tidak lah mahu demam lama-lama. Nanti bimbang tahap kepanasan badan aku mampu mencairkan otak aku. Aku masih memerlukan otak aku ketika ini. Lagi dua bulan bukan mahu jadi pelajar.

Dalam demam,aku masih sempat window shopping (Mat Salleh bilang tingkap membeli). Tapi sempat juga aku tertidur di surau JJ Wangsa Maju. Ini semua gara-gara pil selsema yang Hasnaa bagi tadi. 

Besok sudah bermula semester 3 sesi 2009/2010. Semester terakhir ku di UIA. InshaAllah. Kamu semua jangan cuma tahu gelakkan blog aku, sekali sekala doakan lah kejayaan aku. 

Aku ngantok bodoh sudah. Besok2 aku sambung. Mahu tidur kerana besok registration subjek. 


"Ya Allah, permudahkan lah jalan hidup ku. Amin."


p/s: wahhh semangat gitu mahu registrasi. kakak2 clerk besok bersedialah menerima pengunjung berhemah seperti aku!



Wassalam. 

Friday, April 23, 2010

Monyet Juga Bijak Siber.

Perkara pertama kena ingat. Puasa tujuh hari. Sebagai melaksanakan janji untuk berpuasa jika aku lulus semua subjek semester lepas. Dan Alhamdulillah Allah permudahkan jalan hidup ku. Amin Ya Rabb. Aku lulus semua.

Psttt kamu semua (sambil toleh kiri kanan mana tau ada monyet mengintai aku). Sebenarnya aku sempat nangis mengigigigil tekan keyboard masa nak check keputusan peperiksaan tadi. Keji bukan aku ni. Okay jangan bilang siapa-siapa okay?

Lupa mahu cerita. Hari ini pertama kali dalam seumur hidup aku bekerja. Aku dengan Sheeda dapat kerja sehari untuk JCard Day kat JJ Wangsa Maju. Jadi packer kedengaran nya sungguh mudah bukan. Terutama jika kamu jadi packer kat kaunter barangan lelaki. Aku pula bertuah seperti baru menang loteri apabila mendapat tempat di kaunter Pakaian Dalam Wanita.

Kamu tak perlu bayangkan. Mari sini aku cerita. Keadaan dalam seksyen aku itu sudah seperti medan pertempuran. Sesi pagi adalah sesi untuk makcik-makcik lepas hantar anak pergi sekolah. Sesi tengahari untuk lelaki-lelaki yang sanggup ponteng mesyuarat untuk membeli jam diskaun 70%. Sesi petang untuk mereka yang bekerja. Aku pasti golongan sesi petang ini tak senang duduk masa bekerja bimbang tak sempat berebut beli lingerie.

Aku juga ada cerita sedih. Ketika rehat mahu makan malam, aku pergi ke tandas. Henpon aku jatuh dalam lubang tandas y'all. Tindakan refleks kamu tau-tau saja lah. Aku seluk ambil balik pastu cuci kat sinki. So apa kejadah aku buat macam tu, aku sendiri pun tak faham. 

Jadi sekarang ini aku sudah hilangkan nombor telefon semua orang. Yaa SEMUA ORANG. Serius aku sedih. Aku telefon kakak aku percuma saja kena dengar bebelan. Aku letak terus. Merajuk. Okay aku merajuk pun kakak aku buat tak faham. Benci sungguh!

Paling sadis aku boleh lupa nombor telefon ayah dan emak aku. Aku menebalkan muka hantar sms kat kakak aku mahu minta nombor ayah dan mak. Aku tak telefon ayah aku sebab cuak. Jadi aku sms saja. Ya sudah tentu ayat sms aku dimulakan dengan ayat sedih. Nyaris saja aku tidak letak emoticon sedih begini ):

Ayah aku tenang saja. Yalah bukan henpon beliau yang jatuh dalam lubang toilet. Ayah aku suruh keringkan mana tahu boleh sembuh. Hmm ayah aku tak faham ke aku bagi klu mahu henpon baru?

Balik kerja pukul 11malam. Sampai bilik rasa geram sebab lihat barang bersepah. Aku dah agak dah. Aku dah agak dahhhhhh. Aku terus check barang apa yang hilang. Banyak-banyak barang dalam bilik, kenapa benda itu juga dia mahu curi?? 

Dia itu monyet ye kawan-kawan. Mahu tahu dia curi apa? MOUSE y'all. MOUSE. Yang tinggal cuma wayar mouse dengan USB yang masih tersangkut kat laptop aku.

Jangan ingat monyet sekarang tidak maju. Mereka sudah pandai gunakan mouse tahu. Tak cukup itu, monyet juga sudah bijak siber dengan menggunakan 'wireless' mouse. Hahh mampu kau??

Okay sekarang aku serius down. Down Down Downnnn. Wish list untuk ulangtahun kelahiran pada tahun ini semestinya HENPON. Harap-harap kakak atau ayah aku baca blog ini. Pelisssssssss.


"Ya Allah, permudahkan lah jalan hidupku. Amin."


p/s: badan lenguh2. siapa mahu urut? aku bayar 50sen.



Wassalam.

Wednesday, April 21, 2010

Bila Bengap Juga Kelihatan Comel.

Hari ini aku mahu jadi gila kuasa. Ke gila kuasa dua? Okay abaikan. Aku terpaksa updet entri dua kali dalam satu hari. Gila kau memang loser lah Seri. Okay cut the crap.

Semalam hari marathon aku. Bangun pukul 12 tengahari kemudian secara tiba-tiba membuat keputusan mahu pulang ke UIA. Naik bas pukul 2 petang. Ehh aku dah cerita kan dalam entri lepas. Okay malas mahu ulang.

Semalam temankan Hasnaa kat Mechatronics Workshop sampai pukul 5.30 pagi. Sampai bilik mata tak boleh tidur. Jadi aku tunggu masa mahu menyaksikan demonstrasi FYP 2 budak-budak ni pukul 9 pagi.

Demonstrasi pagi tadi dimulakan di Mechatronics Workshop. Jadi banyak lah kejadian suka, duka, kecewa, gembira dan tak lupa juga menipu dengan penuh sopan santun. Ohh ya ada juga kejadian memalukan diri sendiri tanpa paksaan sesiapa.

Cerita ini melibatkan perbualan penuh tragis antara Bro. Shahlan dan seorang budak bernama Keycha San. Maaf aku tak pernah tanya nama sebenar beliau. Panggil saja Keycha. Beliau budak Biotech Manufacturing kalau tak silap. Datang secara sukarela menyaksikan demonstrasi FYP dengan penuh rela. Dan ini perbualan yang menyaksikan kisah penuh makna pagi tadi,

Bro Shahlan: Ada wire crimping tak?


ini wire crimping yang technician tu minta.


Keycha San: Nah. (sambil hulurkan sesuatu)

Tapi Keycha bagi yang ini.So faham tak kaitan 2 benda itu? 

Kami: Itu nama nya wire cutter lah. (hahahhaha gelak dalam hati)

Keycha San: ......


Nahh sungguh comel bukan bila kamu tersalah bagi barang kat technician? Sekarang kamu boleh tengok muka Keycha yang naif dan terjerumus dalam kancah budak-budak Mechatronics. Aku harap beliau tak kan serik berkawan dengan kami semua.


ini lah beliau yang dengan sukarela memalukan diri sendiri.siapa berminat sila hubungi beliau.
Aku malas mahu cerita panjang-panjang hari ini. Kamu lihat saja gambar demonstrasi tadi. Maaf ya kerana gambar Tangan Tejo berada di atas sekali. Sungguh aku kagum dengan projek beliau. Gambar-gambar yang lain aku upload lain kali ya.



 kagum kagum kagummm.

 Itu Tejo. Aku kagum sama kamu Tejo!


Anis dan Yaya dengan robot mereka. Ohh robot tak nampak pula. Demm.


Ini Intelligent Egg Incubator kepunyaan Hasnaa & Urwah.


Aktiviti demonstrasi juga diselangi dengan membina kamus bahasa bersama Bro Fahmi yang membahan cara cikgu aku bercakap. Nahas kamu Fahmi! 

Ohh ya kepada yang akan present FYP besok dan lusa. Best of Luck guys. Aku senantiasa doakan kalian. Wahh gitu vocab 'senantiasa' itu sungguh 70an.


"Ya Allah permudahkan lah jalan hidup ku. Amin." 


p/s: mari qada' tidur kawan-kawan. hilangkan garisan hitam bawah mata anda semua. dan selamat malam.


Wassalam. 

Giliran Bas Mengigigigigigigil.

Hari tu bas Metro 91 yang aku naik merempit. Kali ni giliran bas ekpress pula yang buat hal. Tadi pergi beli tiket pulang ke KL. Dahlah tiket recycle yang siap nampak destinasi JB-MELAKA. Pakat padam guna marker ingat aku tak tahu ke? Ehh kenapa aku teremosi pula.

Tentang bas ekpress yang aku naik ni. Aku lihat dari luar macam okay saja. Setelah duduk dengan selesa dan memasang mp3 player, bas pun mula bergerak. Ehh kenapa penulisan aku seperti ayat karangan darjah 6? Okay abaikan.

Aku perasan sesuatu. Kenapa rasa macam bas dilanggar todak. Seperti kena goncang-goncang. Seperti angin bertiup..okay2 enuf Seri! Huhh rupa-rupanya, bas yang aku naik tu MENGIGIGIGIGIGIGIL y'all!! 

Hahh mampu kau, dengan gigilan bas tu saja sudah mampu menggegarkan otak aku yang dah sedia ada tak waras ni. (Wujud kah perkataan GIGILAN?). Bas tu menggigil dari Terminal Larkin sampai ke Skudai. Fuhh nasip baik. Sebab selepas Tol Skudai, bas pun merempit macam biasa jadi kuranglah gigilan tadi.


------------------------------------------


Aku malas mahu bercerita panjang pasal status Rosely ini. Kamu semua baca saja. Jangan komen. Jangan! (Kerana apa yang dia cakap tu ada benarnya). TITIK.


------------------------------------------


Lupa pula mahu cerita tentang kemaluan malam Ahad lepas. Maaf aku tidak bertujuan mahu mencarut. Inilah akibat jika beronggeng sakan sampai gelak macam perempuan sihir.

Selepas balik dari menonton When In Rome bersama kakak aku, boifren kakak aku dan teman serumah kakak aku, kami pergi ke pasar malam. Okay kamu boleh kira berapa banyak 'kakak aku' dalam ayat sebelum ni. Maaf aku suka tersasar.

Begini, kami sempat singgah kat satu kedai yang jual selipar yang dah berlambak orang pakai sekarang ni. Yang macam platform 1 inci flat gitu kan. Aku sempat juga gelakkan selipar tu. Kaedahnya, masa keluar dari kedai tu kau tahu selipar aku terputus! Depan kedai tu jugak. Demmit!

Aku rasa tuan kedai tu dah sumpah aku sebab gelak-gelak tadi. Maka dengan muka setebal selipar platform itu aku melangkah longlai dan cakap kat abang tu,

"Bang, saya nak selipar ini saiz #." (Maaf saiz tidak dapat dipaparkan)

Yang penting, abang tu siap gelakkan aku sebelum dia ambil selipar yang aku nak. BOLEH??

Dan keluar saja dari kedai tu, boifren kakak aku sempat membuat aksi melayang-layangkan tapak tangan ke matanya sambil membuat tagline,

"Ohh merelipppppp!"

Sentap mak sentappppp. Okay sebelum aku rasa mahu delete entri ini sila baca dengan bersungguh-sungguh okay. Cerita di atas adalah cerita sebenar yang tidak diubah sedikitpun untuk menjamin keberhasilan kamu semua untuk gelakkan aku. Harap malu maklum.


p/s: aku doakan semoga semua pelajar Mechatronics class 2010 berjaya membuat demo pada pagi ini. 


"Ya Allah, permudahkan lah jalan hidup ku. Amin."


Wassalam.


Saturday, April 17, 2010

Bas Buruk Merempit.

Hari ini aku pergi ke Johor Bahru. Perghh gila skema ayat. Mahu buat surprise untuk kakak aku. Ulang tahun beliau hari ini. 17 April. Umur dah 26 tahun. VAVI macam tulis biodata pula.

Beliau terkejut beruk melihat aku sampai di Terminal Larkin tadi. Beliau ingat aku betul-betul pokai tak dapat turun JB. Itu dikira bohong sunat lah kan? Apapun, kepada kakanda ku yang terchenta Dayang Rabiah Bt. Ajak,


"Selamat Hari Tua. Kurangkan EMO tingkatkan pemberian duit kepada adikmu. Moga kau dilimpahkan rezeki dan keberkatan. Amin. I LELEB YU."


-------------------------------------------------


Tadi sebelum naik bas ke JB, aku naik bas Metro 91 sebab nak pergi Bukit Jalil kena naik STAR. Mula-mula aku rasa geram apabila pemandu bas tu memandu dengat SANGAT berhemah. Serius berhemah okay. Agak-agak kalau aku berlari-lari anak sambil korek hidung pun aku masih boleh kejar bas tu.

Nak dijadikan cerita, masa nak ambil penumpang kat Sekolah Teknik dan SBP, tiba-tiba saja pemandu tu merempit. Keadaan dalam bas waktu itu penuh dengan budak-budak sekolah sehingga ada yang berdiri kat tangga betul-betul depan pintu bas. Yang paling ngeri pemandu tu boleh merempit siap konar baring tanpa menutup pintu bas. (Yang konar baring tu aku tambah untuk kedengaran lebih dramatik).
Aku waktu itu dah seriau. Makcik sebelah aku dah menjerit-jerit,


"Adik masok dalam sikit dikkk. Kang ada yang tercicir anak orang tepi jalan ni kang! Susah plak nak kutip balik. Driver ni gila kut?"


Yang buat aku rasa macam nak tergelak terguling-guling apabila dialog makcik itu disertakan dengan isyarat tangan yang menunjukkan pemandu bas itu gila sambil mulut nya muncung membebel-bebel. Tapi bebelan makcik itu ada benarnya juga.

Cerita tak habis di situ. Ada pula seorang makcik ni dengan seorang anak kecil. Alkisahnya dia terlepas tempat yang dia nak turun. Konduktor bas tu pula pergi marahkan makcik tu sebab lembab. Sekali makcik tu hambur balik kat konduktor tu,


"Ehh kau nak marah aku. Yang pemandu tu bawak bas macam pelesit mana lah aku sempat nak tekan loceng. Bawak bas macam orang gila, bahaya, blahblahblah. Tu lah tak paham perasaan orang lain."


Lima saat selepas dialog makcik tu aku gelak. Okay aku tipu. Lima saat lepas dialog makcik tu aku terus hantar khidmat pesanan ringkas kat Hasnaa,


"Hasnaa, serius bas ini DISASTROUS!"


Aku rasa budak Teknik yang duduk sebelah aku tu tergelak sebab tengok muka aku pucat sambil tekan talipon dengan tangan terketar-ketar. Tapi aku hairan juga kenapa makcik tu kaitkan pasal tak paham perasaan dia? Hmmm okay abaikan saja.


-------------------------------------------------

Satu lagi benda aku belajar hari ini. Semasa tengah tunggu kakak aku datang jemput kat Terminal Larkin, aku lepak kat bus stand. Kat depan aku waktu tu adalah empat orang abang yang jual tiket bas. Aku perhatikan mereka seorang-seorang. Hisap rokok, hembus (demmm ah angin menuju ke arah aku kutt), cakap kuat-kuat, gelak lagi lah kuat-kuat.

Aku agak tak selesa. Mereka pandang aku semacam. Ke sebab mereka teruja pertama kali melihat tapir memakai tudung berdiri depan teksi dengan muka masam? Okay tiada kaitan. Pendek cerita nya aku agak tak senang melihat mereka. Tapi, kan pepatah Melayu ada menyebut. Don't judge a book by its cover.

Tiba-tiba aku terpandang seorang apek (lelaki cina tua) yang kurang upaya. Meletakkan tongkat nya ke tepi dan sambil itu dia mengensot dengan susah payah untuk mendaki ke arah bus stand kat tempat aku berdiri. Mula-mula tu ada dua orang pakcik melihat apek itu. Kemudia mereka buat bodoh dan blah macam tiada apa yang berlaku.

Baru aku mahu menolong, empat orang lelaki yang aku tak suka tengok tu riuh rendah menuju ke arah apek itu. Seorang membawa tongkat apek itu ke dalam teksi, dua orang memapah apek masuk ke dalam teksi dan yang lagi seorang tolong bagitau kat pemandu teksi lokasi nak hantar apek itu.

Dan aku terus menangis terharu kat situ. Maaf aku menipu kamu semua. Aku cuma mahu wujudkan suasana drama-nur-kasih-tv3 dalam cerita ini. Tapi sesungguhnya aku tersedar. Walaupun muka abang-abang tu semua macam penjenayah, macam tongkang pecah, perangai macam Ali Setan, gelak macam Farouq Gagak Hitam, mulut macam puaka. TETAPI hati mereka mulia tahu. 


p/s: aku sudah jauh dari KL. mahu berjimba-jimba menenangkan otak. tapi kenapa aku rindu UIA? demmmm!


"Ya Allah, permudahkan lah jalan hidup ku. Amin."


Wassalam.




Friday, April 16, 2010

Otak Manusia Ada Usus Y'all.

Sambil hapdet blog dengar lagu Kau Yang Bernama Seri - Handyblack. Gila jiwang kau Seri! Okay aku tipu, aku tengah ulang-ulang lagu What You Waiting For - Mizz Nina. Nyanyi sambil korek hidung.

Hari ni aku nak cerita pasal kawan aku. Nama beliau Arnas budak Sabah. 'budak Sabah' tu bukan nama bapak dia. Kamonn jangan la slow sangat. Arnas ni selalu bilang dia 'cool'. Hari ini dia cuba untuk tunjuk cool dengan memberi fakta tipu kepada aku.
  
Walaupun aku tak pernah minat subjek Biology tapi aku masih belum dikategorikan bodoh-sombong-kau-hengat-kau-chantek. Serius aku keliru. Entah dari mana datang nya teori otak manusia ada usus. Kalau dulu aku selalu gelakkan teori Darwin, sekarang aku mahu gelakkan teori Arnas pula.



keji kan si Arnab Arnas??


 ------------------------------------------------------

Besok aku mahu ke Johor Bahru. Mahu buat surprise sebab hari Sabtu ni ulangtahun kelahiran kakak aku. Hari tu aku cakap kat kakak aku, cuti ni aku lepak uia saja. Aku bilang kat dia yang aku pokai takda duit mahu ke JB. Kakak aku cakap okay. Tapi dalam hati aku dah gelak-gelak sebab berjaya tipu dia.

Fakta tambahan: kakak aku bank-in duit sebab dia ingat aku takda duit. Mekasih ya donk! 

Dalam otak sudah plan mahu buat dialog macam Eric Leong,

"SURPRISEEEEEEEEEEE."


Tapi tadi tangan gatal mahu hapdet status Facebook. Aku cakap mahu cuti-cuti Malaysia. Kira kalau kakak aku baca status tu dia takkan tahu aku mahu ke JB besok. Kemudian, kawan serumah kakak aku komen.

"Bila nak datang JB?"

Sepantas kilat aku jawap,

"BESOK. JANGAN BILANG KAT KAK ABBIE K?"

Sepantas cakar harimau Kak Zizie balas,


"Tapi ko tulis kat FB ni dia baca jugak kan?"


Hmmmm..
.
.
.
.
Agak-agak korang menjadi tak surprise tu besok? Memandangkan kakak aku hari-hari check Facebook termasuk lah Facebook aku. Okay aku redha jika kamu tuduh aku bengap.



 ------------------------------------------------------


Petang tadi ikut Hasnaa pergi makan Pecal Ayam kat Gombak. Kedai tu ala-ala warung tepi jalan raya. Kiranya selang 1.5meter dari pintu warung ini adalah jalan raya. Jalan ni pulak yang semua jenis kenderaan lalu. Sebut saja, trak lebih muatan, bas ekspress, bas Metro, nyaris kenderaan berkuasa haiwan saja tiada.

Jadi kamu semua boleh bayangkan sekarang bagaimana keadaan aku menikmati Pecal Ayam. Dengan asap hitam, debu, bunyi hon, bunyi bas/trak, dan termasuk bunyi kereta yang konon nya sport mengeluarkan bunyi yang sungguh MENJENGKELKAN.

Pendek katanya, seusai aku makan aku perlu belajar bahasa isyarat sebab aku menjadi pekak sebentar. Tapi tidak mengapa, minum saja Air Soda Gembira, kepekakan aku kembali pulih. Alhamdulillah.


 ------------------------------------------------------


Aku banyak menghabiskan masa di MSD lab. Niat aku mulia mahu membantu Hasnaa menyiapkan FYP beliau. Tidak mengapa bukan kalau ringan tangan mahu tolong kawan, jangan ringan tangan mahu menampar kucing. Keji tahu.

Ada seorang junior aku. Nama nya Is Ketam Bola. Ohh ini bukan nama sebenar beliau. Ini nama dalam Facebook. (Beliau yang paksa masukkan nama nya dalam blog aku).

Is Ketam Bola ni orang nya ganas. Dia perempuan lah, kalau lelaki ganas-ganas aku tak perlu lah sebut di sini. Is ni ala-ala rock gitu. Kalau bercakap, tangan nak rapping jek. Okay aku tipu. Ahh korang tahu kan macam mana perempuan ganas? Sila bayangkan sendiri. Aku malas mahu terangkan satu-satu.

Sedang aku perhatikan perangai Is yang tak serupa budak 24 tahun ni, aku terperasan satu benda. Bila tengok betul-betul, aku seakan tak percaya,


 
 HOMAIGADDDDD!!!Hello Kitty???


Cakap nak ganas, ayat nak laser, perangai nak rock jek, tapi DALAM HATI ADA TAMAN. Kenot go (takleh blah!). Sedehhhh y'all!


p/s: ngantok bodoh. mahu tido. besok ke JB. cuti2 melesia. release tensi.


"Ya Allah, permudahkan lah jalan hidup ku. Amin."



Wassalam.

Wednesday, April 14, 2010

Kopak Lah Aku Kalau Cenggini.

7 April - Syazana 
8 April - Rosely
12 April - Sheeda & Abg Emi 
13 April - Fixa HOT-slash-GOJAS
14 April - Abe Hariz
17 April - Dyg Rabiah my sista
18 April - Bang Piee


Bulan April ni serius banyak gila yang menyambut ulangtahun kelahiran. Aku pun serius benci jugak. Bukan apa, nanti jika aku terlupa mahu ucap selamat hari lahir, sudah tentu ada yang tarik muka kelat.

Kalau muka cantik, tarik muka kelat masih dipandang manis. Tapi kalau muka ala-ala kadar, nak tarik muka kelat gara-gara aku lupa ucap, sila toreh muka kamu dengan pisau. Tiada masa mahu layan.

Bukan apa, aku ini spesis tapir. Banyak makan semut tahu. Jadi banyak yang aku lupa. Nasib baik ada pengingat (orang Melayu cakap reminder) dalam Facebook. Sekurang-kurang nya tidak lah aku jadi si lembab yang memberi ucapan 3 hari kemudian. Memalukan tahu.

Maaf jika ada yang terkecil hati jika aku terlupa mengucap selamat. Aku cuma tapir jadian biasa, sifat pelupa memang lumrah alam spesis aku. Tapi aku tidak pernah lupa pakai seluar tahu. (Merujuk kepada seorang pelajar perempuan yang memakai seluar pendek paras lutut dan bertudung ke cafe). Okay tiada kaitan.

Jika ada yang aku terlepas tu, percayalah sesungguhnya aku memang sengaja tidak mahu ucap selamat. Iyalah, nanti aku ucap selamat, kamu pula mahu selindung-selindung umur. Malu konon. Heyy umur mana pernah semakin kecil angka nya.

--------------------------------------------


Pagi tadi, aku dan Sheeda pergi ke KLCC mahu menghantar borang volunteer kat Petorsains. Sudah jatuh ditimpa tangga. Ehh silap-silap, maksud aku sebenarnya 'Sambil Menyelam Minum Air'. Sambil mencari kerja, aku dan Sheeda menyambut kelahiran beliau yang ke-25. Semalam aku ucap selamat kepada beliau,

"Selamat hari tua. Moga kau sukses suksesss. Perghhhh kau sudah tua dowh."

Beliau menjawap,

"TAKPE, MASA KAU AKAN TIBA JUGAK."

Dan aku terus bukak topik lain. Cuak cuakkk.



 
Perempuan ini sudah tua. hahaha.

Ohh ya tersasar pula. Kami sempat bermain bola keranjang di Pusat Kegembiraan di JJ Alpha Angle. Maaf aku sebenarnya jahil, tak tahu apa nama kedai itu, jadi aku namakan Pusat Kegembiraan. Aku gembira sebab aku menang dalam perlawanan itu. Yaa MENANGgung kekalahan.



 Keji kan hanya dapat 69 mata??demmmm.


Sheeda dapat 2 kali ganda daripada aku!


Lebih menggembirakan kami berjaya membazirkan 2 token semata-mata mahu mendapatkan patung comel. Namun disebabkan kami berdua sakai yang baru keluar dari hutan dan tak reti menggunakan teknologi, maka misi kami untuk mendapatkan patung itu gagal.


Baru mahu melacur-camera (camwhoring), tapi abg ni tiba2 enterframe.

--------------------------------------------



Pulang ke UIA, aku terus menemani Hasnaa menyiapkan FYP. FYP ini aku selalu gelar 'Fourth Year Pressure'. Masakan tidak, mana-mana pelajar yang sedang menyiapkan FYP pasti akan memberi komen sebegini,


"Takut lah tak sempat siap."

"Ahh stress. Banyak lagi tak siap."

"Pressure lah programming tak siap lagi."

"Demm report tak siap lagi. Ahh makan McD lagi bagus."


Kenyataan yang keempat itu dibuat oleh Adnan Zulfadhli. (Aku tahu budak ni tak baca blog aku, so aku boleh mengumpat). Ehh bukan mahu mengumpat yang jahat, tapi serius rasa mahu gelak dari Mahallah Asiah ke simpang Engin apabila aku baca kenyataan beliau itu. Kelakar tahu!

Yang paling aku tak boleh lupa betapa besarnya aura FYP ini apabila seorang budak sanggup 'meminjam' (dalam bahasa kasar nya mencuri sekejap) tetikus dari Mechatronics Workshop. Hah MAMPU KAU?


 Hasnaa, tak payah nak sorok. Aku repot kat Bro Shahlan!


Walaupun aku selalu menyakitkan hati budak-budak yang menyiapkan FYP hanya kerana aku sudah exempted FYP pada semester lepas, namun aku tetap doakan agar kalian semua berjaya. Aku juga pernah merasai nya dulu. GAMBATTE KUDASAI!


"Ya Allah, permudahkan lah jalan hidup ku. Amin."


p/s: Melepas rindu dengan Malynn tadi sambil gelak tak hengat dunia bersama Sanadi juga.


Wassalam.

Sunday, April 11, 2010

Menumbuk Dinding Laju-Laju Tidak Berkesan.

Disebabkan aku lambat register semalam, maka aku mendapat bilik paling tinggi dalam dunia. Okay aku tahu aku over. Aku dapat bilik paling atas sekali. Cuma yang bernasib baik, blok aku terletak di hadapan pagar masuk utama ke Mahallah Asiah.

Semalam nasib baik juga aku singgah bilik lama aku kejap. Niat mahu tatap bilik untuk kali terakhir. Aku periksa semua laci dan masa periksa laci katil, aku terkejut. Rupa-rupanya ada lagi barang aku tertinggal y'all.

Demmit!!!

Mungkin aku banyak sangat makan semut. Sebab itu banyak benda aku lupa.

Sekarang letih mengangkat barang tak habis lagi. Ditambah pula letih mengemas barang dalam bilik baru. Rasa mahu menekan papan kekunci laptop guna gigi. Otot semua tidak bermaya.

Bilik baru sekarang ini okay saja. Aku mengharapkan bilik baru ini tidak ada monyet lagi mengganggu. Tapi sangkaan aku meleset. Semalam baru saja kami pindah masuk, monyet-monyet ini sudah menunggu di bilik. Ohh mungkin mereka mengadakan 'room-warming party' untuk kami.

"Trimas ya monyet sekalian. Aku rasa semua itu tidak perlu. Kami tetap takut sama kamu semua."

Ini keadaan bilik lama aku yang sudah kosong,


sedih pula lihat bilik lama ):


Yang ini kat bilik baru,


aku masih tak tahu nak tidur macam mana sebab tiada 'kepala katil'.sadis kan?



orange is my new pink.macam cerita Ugly Betty pula.



atas meja masih bersepah.



melalui tingkap ini si monyet durjana itu masuk!

Okay ini cerita memalukan. Semasa tengah kemas barang kat bilik baru, kepala aku terhantuk kat ampaian di luar bilik. Dalam hati,

"VAVIIIII."

Malam tadi tengah tunduk nak buang sampah, sekali lagi kepala aku terhantuk kat meja pula. Kali ini bukan dalam hati saja, mulut aku mula bersuara,

"VAVI VAVI VAVIIIIIIIIII."

Sakit tahu. Ada benjol kat dahi. Kalau orang tanya kenapa ada benjol kat dahi aku mahu jawap apa? Jatuh tangga ketika berjogging turun naik tangga 4 tingkat? PENGSAN.

Perut aku sudah mula berkompang. Tapi malas nak turun makan di cafe. Tunggu saja Hasnaa ajak makan di McD. Aku malas turun naik 4 tingkat. Tak mahu bakar lemak yang aku dah kumpul bertahun-tahun.



"Ya Allah, permudahkan lah jalan hidup ku. Amin."


p/s: Aku rindu mahu menyedut semut bersama Malynn.



Wassalam.




Saturday, April 10, 2010

Jangan Nakal Nakal.

"Plis plis plis kamu jangan nakal..blahblahblah."

Ada rasa mahu muntah tak? Kalau ya, kamu memang sejiwa dengan aku. Kalau tidak, sila pergi. Aku tidak mahu berkawan dengan orang poyo. Eh ehh aku gurau saja.

Maaf baru hari ini dapat updet entri. Itu pun dalam keadaan seperti nyonya jual sayur. Comot dan dikelilingi kotak-kotak.

Aku terpaksa berpindah ke Mahallah Asiah untuk semester terakhir ini walaupun cuma 2 bulan saja. Tertekan tahu. Waktu cenggini lah mahu tukar perabot mahallah. Barang-barang aku termasuk buku sangat banyak. Masakan tidak, koleksi 6 tahun. Bermula dari matric IIUM sehingga masuk Gombak.

Kalau orang yang kahwin, 6 tahun sudah ada 6 anak. Kalau kucing, 6 tahun sudah beratus-ratus anak. Kalau tanam pokok mangga, 6 tahun sudah mula berbuah. Tapi aku, 6 tahun sudah tahu bersilat ketika mengemas barang-barang. Okay tiada kaitan.

Sebenarnya waktu ini aku tak habis mengemas lagi. Bukan apa, tadi aku tiba-tiba hilang motif mahu mengemas. (Nampak nyata tidak alasan aku?).

Dalam bahasa mudah nya kehilangan motif ini dipanggil 'pening'. Dalam bahasa internet ini dipanggil 'ketagih FACEBOOK'. Entah kenapa tangan aku sibuk pula mengkritik status FB kawan-kawan lain sedangkan baju-baju aku masih banyak yang belum disimpan ke dalam beg.

Sedih tahu melihat buku-buku selama 6 tahun disusun rapi dan dibungkus di dalam kotak. Kemudaian diikat dan ditampal alamat ke rumah aku di Sarawak. Sambil itu aku bermonolog,

"Jangan nakal-nakal tahu dalam kapal nanti. Kalau nakal aku bakar kamu sorang-sorang."

Okay, penjodoh bilangan sudah terang-terang salah. Bermonolog menasihati buku merupakan simptom penyakit kurang hormon waras.

Aku sudah pening. Mahu buang sajakah kaktus-kaktus aku? Dalam 6 pasu, 2 pasu sudah lama mati tapi aku sibuk tahap pak menteri, maka aku terlupa mahu buang. Disebabkan kesibukan itu juga, 2 pohon kaktus aku tumbuh secara pelik. Aku rasa mereka ini bermutasi agaknya. Cuba lihat gambar-gambar di bawah, kamu sila beritahu aku kenapa mereka tumbuh begitu.





Satu lagi, badan aku gatal-gatal. Mungkin terkena habuk. Macam perempuan gedik kan alergic dengan tah hapa-hapa. Ehh kenapa itu pun aku nak beritahu kamu semua. Nampak sangat aku tiada idea mahu cerita.

Okay kamu lihat lah keadaan bilik aku sekarang.

walaupun bilik macam tongkang pecah, cadar katil kena kemas okay.


almari dah kosong. ahh lega.


ini baru satu-per-tiga


siap sedia mahu diposkan.


sambil kemas barang, layan teh 'O' panas & cadburry. perghh layann.


Aktiviti mengemas juga dihiburkan dengan lagu-lagu poyo-jiwang-rock kapak. Maaf tadi aku malu mahu mengaku aku juga minat lagu poyo. Okay sekarang kamu boleh maki aku.


"Ya Allah, permudahkan lah jalan hidupku. Amin."



Wassalam.